KUALA LUMPUR 26 Jun - Wang kertas Malaysia siri baru akan berada dalam edaran mulai 16 Julai ini.
Menurut Bank Negara Malaysia, selepas pengumuman awal Mei lalu, ia sudah berbincang dengan beberapa pemegang kepentingan sepanjang beberapa bulan lalu untuk melicinkan pengenalan wang kertas siri baru itu.
Pemegang kepentingan termasuk institusi kewangan, kompleks membeli-belah, syarikat pengangkutan awam, syarikat telekomunikasi, penggendali parkir, pemilik kiosk pembayaran dan penggendali mesin tiket dan jualan.
"Pihak berkenaan harus mempercepatkan penentukuran dan pengubahsuaian untuk menerima wang kertas siri baharu untuk kemudahan orang ramai.
"Jika penetukuran mesin tidak disiapkan menjelang 16 Julai walaupun sudah diberi peringatan awal sekurang-kurangnya enam bulan, penyelesaian alternatif harus disediakan untuk orang ramai. Ini termasuk menyediakan kaunter tukaran wang atau kutipan tiket secara manual untuk kemudahan orang ramai," menurutnya dalam satu kenyataan.
Untuk maklumat lanjut mengenai siri wang kertas baru itu, hubungi BNMLINK di 1-300-88-5465 atau 03-26988044 sambungan 7307/8658 atau emel kepada ncs@bnm.gov.my.
__________________
Ingin saya jelaskan bahawa jika UMNO itu thagut menurut persepsi Dr Wahbah az Zuhaili kerana penyakit KORUPSI, KRONISMA DAN NEPOTISMA (KKN). Maka PAKATAN itu berkali ganda lebih thagut dari segi literal kerana PAKATAN itu jelas membawa fahaman LBGT, LIBERALISMA DAN PLURALISMA (LLP)." YANG MANA LEBIH MEMUDARAT AKIDAH, ISLAM, NEGARA ??
cun tapi nilai tak sama mcm duit baru huhu ..adehhhh jgn membazir lah keraajaan oii ..yg lama pon masih kekal cantik...apa ada pada cantik tapi nilai tak seberapa..adehhh bab membzir bee een cukup pandai ...
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE