Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Historical, Myth, Legend

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Forum rules improvised
Last Post: CariGold
Posted On: 05-02-2014
Replies: 0
Views: 21,858
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 52,498
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 39,979
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 10-10-2011, 04:07 AM
seether seether is offline
CG Top Poster Club

seether's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jul 2010
Location: Klang Valley
Posts: 28,427
Poster Rank: #41
Thanked 9,721 Times
Active Level
My Mood:
Default Sejarah Bukit China



Bukit China yang terletak di tengah-tengah bandar Melaka mewarisi peninggalan sejarah Negeri Melaka. Bukit China ialah sebuah bukit dalam kompleks Bukit Cina mengandungi 5 buah bukit, iaitu Bukit Tempurung, Bukit China, Bukit Tinggi, Bukit Tengah dan Bukit Gedong. Walaupun terdapat 5 buah bukit dalam kompleks Bukit China, namun hanya Bukit China yang disebut dalam sejarah.

Sejarah Melayu menceritakan bahawa Maharaja China ingin merapatkan hubungan dengan empayar Melaka, menghantar anaknya Puteri Hang Li Po dengan 500 orang dayang ke Melaka untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansor Shah (1457 - 1477). Baginda memilih salah sebuah bukit yang berhampiran dengan Bukit Melaka (kini, disebut Bukit St. Paul) bagi kediaman isterinya.



Di kaki bukit tersebut terdapat sebuah perigi untuk kegunaan isteri serta dayang-dayangnya yang dinamakan Perigi Raja atau Perigi Hang Li Po dan semenjak itu, bukit ini dikenali sebagai Bukit China. Perigi ini tidak pernah kering dan merupakan satu-satunya punca air semasa musim kemarau. Pihak Belanda membina tembok di sekelilingnya pada tahun 1677 untuk memeliharanya sebagai 'perigi permintaan' (wishing well).



Bukit China menjadi sasaran hampir semua penyerang Kota Melaka sebagai lokasi strategik untuk menakluki Kota Melaka daripada Portugis. Misalnya pada tahun 1528 - 1564, Sultan Alauddin Riayat Syah II dan para pengikutnya menggunakan Bukit China sebagai lokasi strategik untuk menyerang pertahanan Portugis di Bukit St. Paul. Johor, Acheh dan Belanda juga menggunakan bukit ini untuk melancarkan serangan ke atas Kota Melaka.


Replika Stadhuys di kaki Bukit China

Pada pertengahan kurun ke-17, Bukit China yang seluas 26 hektar dibeli oleh Li Kup @ Kapitan Li Wei King dan diserahkan kepada Tokong Hoon Teng untuk dijadikan tempat pengkebumian orang-orang Cina. Inilah permulaannya Bukit China menjadi tanah perkuburan orang-orang Cina di Kota Melaka. Semenjak itu hanya sekali sahaja Bukit China ini menjadi sasaran serangan, iaitu pada tahun 1784 apabila Raja Haji menyerang orang-orang Belanda. Raja Haji yang mendarat di Teluk Ketapang sendiri yang menawan Bukit Senjuang, Bukit China dan kemudiannya membedil Kota Melaka.



Sebagaimana namanya, bukit ini merupakan penempatan rasmi rombongan Cina yang tiba di Melaka bersama Puteri Hang Li Poh. Beliau dihantar ke Melaka oleh Maharaja Cina untuk dikahwinkan dengan Sultan sebagai mengeratkan hubungan diplomatik sehinggalah penjajahan British pada tahun 1511. Hari ini Bukit China menempatkan tanah perkuburan Cina yang terbesar di luar negeri China iaitu banyak kuburan lama yang sezaman dengan dinasti Ming.


Perigi Hang Li Po di kaki Bukit China


Lagenda Bukit China




Pada suatu ketika dahulu, Melaka merupakan antara pusat perdagangan dan pelabuhan yang paling utama di rantau ini. Dan antara negara yang telah mengadakan hubungan perdagangan dengan Melaka ialah negara China. Walaupun Melaka hanyalah sebuah negeri kecil jika dibandingkan dengan China, namun itu bukanlah faktor yang menghalang hubungan yang baik antara Melaka dan China. Hubungan antara kedua-dua kuasa ini semakln erat apabila peminangan Sultan Mansur Syah untuk mengahwini Puteri Hang Li Po dipersetujui oleh Maharaja China.

Setelah segala persediaan diatur, maka tibalah Puteri Hang Li Po bersama dengan rombongan dari China. Rakyat Melaka terpegun dengan kecantikan Puteri Hang Li Po dan sambutan yang diberikan kepada rombongan dari China begitu meriah sekali. Tetapi oleh kerana rombongannya adalah terlalu ramai, maka timbul pula satu masalah untuk menempatkan rombongan dari China itu.

Masalah ini segera diatasi apabila Tun Perak yang terkenal dengan kecerdikannya telah mencadangkan sebuah bukit yang dikira begitu sesuai untuk rombongan dari China itu. Bukit itu terus diberi nama Bukit China dan sejak itu Bukit China tidak boleh dipisahkan daripada sejarah negeri Melaka.

Bukit China mempunyai kisah sejarah dan lagendanya. Di kaki bukitnya terdapat sebuah perigi yang dipanggil Perigi Sam Po. Perigi itu mendapat namanya daripada Laksamana China yang terkenal iaitu Laksamana Cheng Ho. Ada yang menyatakan apabila Laksamana Cheng Ho meminum air perigi itu, air tersebut terus menjadi bersih dan jernih. Dan ramai yang mempercayai jika sesiapa yang pernah meminum air perigi tersebut, pasti akan kembali semula ke Melaka, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Tidak kurang juga yang membaling duit ke dalam perigi tersebut sambil meminta permintaan mereka dikabulkan.

Sehingga hari ini Bukit China terus dikunjungi dan akan terus menjadi salah satu tapak sejarah yang penting di Melaka.
__________________
inspiration comes to us slowly and quietly..prime it with a little solitude..
Reply With Quote
The Following 14 Users Say Thank You to seether For This Useful Post:
ajin_06 (17-10-2011), akuisaku (21-06-2012), ArabSays (23-06-2012), azman1609 (14-12-2011), boy.ashraf (27-06-2012), eirsham (17-07-2013), GhostTrader (21-06-2012), Kyat Hunter (27-06-2012), layanjelah (24-06-2012), Lie4rexpay (23-06-2012), stardocs (19-01-2012), steng88 (24-07-2012), tokputih (23-06-2012), zack2terer (08-12-2011)
Paid Advertisement
  #2  
Old 21-06-2012, 03:53 PM
zaidi7977 zaidi7977 is offline
Normal Member

zaidi7977's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jul 2010
Posts: 347
Poster Rank: #7127
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

cam tu rupa nya sejarah bukit cina
Reply With Quote
  #3  
Old 21-06-2012, 04:19 PM
RikiRaikonnen RikiRaikonnen is offline
Normal Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2008
Posts: 111
Poster Rank: #13341
Thanked 0 Times
Active Level
Default

tanah bukit Cina tu besar..
Reply With Quote
  #4  
Old 21-06-2012, 04:30 PM
thelastsamurai thelastsamurai is offline
Super Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2012
Location: Bumi Allah....
Posts: 2,862
Poster Rank: #1344
Thanked 60 Times
Active Level
Default

mesti putih gile hang li po ni...
Reply With Quote
  #6  
Old 21-06-2012, 07:53 PM
ajin_06 ajin_06 is offline
Active Member

ajin_06's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Jan 2008
Posts: 740
Poster Rank: #4345
Thanked 22 Times
Active Level
My Mood:
Default

lama tak rounding saner
Reply With Quote
  #7  
Old 21-06-2012, 07:55 PM
Orked Orked Orked Orked Orked Orked is offline
Newbies

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2012
Posts: 41
Poster Rank: #20520
Thanked 0 Times
Active Level
Default

tak pernah g T_T jauhh
Reply With Quote
  #8  
Old 21-06-2012, 08:12 PM
GhostTrader GhostTrader is offline
Super Active Member

 
Trader Rating: (1)
Join Date: Jun 2011
Posts: 4,582
Poster Rank: #816
Thanked 2 Times
Active Level
Default

ptg2 ramai gak yg joging kat atas bukit cina tu..walaupun ianya kawasan jirat lama,tapi dh jadi mcm tempat beriadah pulak..
Reply With Quote
  #9  
Old 23-06-2012, 12:05 AM
seether seether is offline
CG Top Poster Club

seether's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jul 2010
Location: Klang Valley
Posts: 28,427
Poster Rank: #41
Thanked 9,721 Times
Active Level
My Mood:
Default

skang tpt tu dah pack..mmg ptg2 nampak org beriadah sane..hehehe..
__________________
inspiration comes to us slowly and quietly..prime it with a little solitude..
Reply With Quote
  #10  
Old 23-06-2012, 12:21 AM
qubs qubs is offline
Well-Known
Member

qubs's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2010
Posts: 7,076
Poster Rank: #470
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

hang li poo mesti lawa
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 07:49 AM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE