Sukma 2012 - Terengganu Juara Kali Ke 4 Berturut-turut
KUALA TERENGGANU - Terengganu menyasarkan memungut 47 pingat emas pada kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) yang akan berlangsung di Pahang bulan depan bagi mengekalkan kejuaraan kali keempat berturut-turut.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata selain latihan dan komitmen yang serius oleh semua pihak yang terlibat, Terengganu juga mengambil langkah dengan melantik bapa-bapa angkat untuk setiap sukan yang disertainya.
"Bapa-bapa angkat ini akan memainkan peranan mereka dengan memberi nasihat dan motivasi kepada ahli-ahli sukan di bawah jagaannya.
"Selain itu kita juga mengekalkan pemberian insentif kepada atlet yang berjaya iaitu RM5,000 bagi atlet yang memperoleh pingat emas, RM3,000 (perak) dan RM2,000 (gangsa)," katanya kepada pemberita semasa Majlis Pelantikan Rasmi Ketua Kontinjen Terengganu ke Sukma Pahang di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Pegawai Daerah Kuala Terengganu Wan Nawawi Wan Ismail diplih sebagai Ketua Kontinjen Terengganu ke Sukma Pahang selepas diputuskan pemilihan oleh mesyuarat Exco.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Rozi Mamat dan Pengarah Majlis Sukan negeri Terengganu Zainol Abidin Husin.
Ahmad berkata walaupun ada dalam kalangan tiga atlet Terengganu yang tidak dapat bertanding di Sukma Pahang kerana mewakili negara pada temasya Olimpik di London, tetapi beliau berharap akan lahir nama atlet baru yang mampu menyumbangkan angka emas yang besar.
Tiga atlet Terengganu tersebut ialah Khairul Anuar Mohamad bagi acara memanah lelaki, Nur Shafiqah Hashim (memanah wanita) dan jaguh lumba basikal, Adiq Husainie Othman yang masing-masing mempunyai tugas lebih getir mengharumkan nama negara di temasya sukan bertaraf dunia itu.
"Antara sukan yang menjadi fokus kita ialah berbasikal kerana kita rasa boleh mendominasi walaupun ada ahli sukan berbasikal kita yang sudah lebih usia dan tidak layak menyertai Sukma kali ini," katanya.
Pada Sukma 2008, Terengganu yang menjadi tuan rumah melakar sejarah apabila buat julung kali muncul juara dan mengulangi kejayaan semasa Sukma di Melaka tahun 2010 serta meneruskan kejuaraan dalam Sukma Kuala Lumpur tahun lalu.
Sementara itu dalam perkembangan lain Ahmad berkata kerajaan telah meluluskan tiga rancangan tanah berkelompok iaitu kepada generasi kedua Felda di Bukit Bading 130 lot, tapak rumah di Kampung Bukit Tinggi Hulu Nerus 92 lot dan 222 lot untuk Felcra Seri Bandi di Kemaman.
Katanya bagi 92 lot tapak rumah di Kampung Bukit Tinggi sudah diluluskan kepada 46 pemohon dan separuh peserta lagi akan dipilih kemudian manakala bagi 222 lot untuk Felcra Seri Bandi akan diagih hak milik dalam masa terdekat ini.
MISI MEMPERTAHANKAN GOLD MEDAL SUKMA
04.07.2012, Rabu, Stadium Darul Makmur, 430pm
Pahang vs TERENGGANU
Good Luck adik2 Sukma Bolasepak Terengganu
*Awok2 kita yang berada di sekitar Kuantan & Kemaman boleh lh g buwi sokongan ker adik2 junior kita ni...
Selamat pagi tranung.. Tahukah anda hari nie hari yg ke4 sukma di pahang.. Tranung duduk di tnggan ke11 dgn 2 gangsa.. Pulau pinang tangga pertama dgn 5emas.. Tranung mcn biase r awal2 v org lu.. Kene sukan2 top kita ye mari lonng r.. Pagi nie kol8 Acara bolasepak.. Tranung jupe tuan umoh pahang.. Semoga berjaya wira2 mudaku.. Peteh ganu peteh - Pokman
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE