Saya mmg bekerja kat Jakarta.... Old town white coffee baru jer bukak kat sana.... tapi mmg kedai makan mmg menguntungkan..... Prosedur kat sana tgk jenis tempat TT nak berbisnis....
__________________ Bagi peminat-peminat tudung bercorak moden dengan harga berpatutan.
Stok Instant Shawl baru masuk. Stok Terhad. Untuk Gambar & Maklumat Lanjut.
saya mmg bekerja kat jakarta.... Old town white coffee baru jer bukak kat sana.... Tapi mmg kedai makan mmg menguntungkan..... Prosedur kat sana tgk jenis tempat tt nak berbisnis....
kiranya bisnes trading la ni. ada satu kawasan yg harga lembu murah tapi kawasan lain sangat mahal. begitu juga harga tanaman contohnya buah pinang. sebelum nak melakukan bisnes ni kene research dulu. pegi kawasan tu kaji dari segi pengangkutan dan karenah birokrasi lebih2 lagi birokrasi yg tak rasmi.
lagi satu aku pernah pegi kampung yg takde elektrik dan air. kampung tu kereta pun takder. moto jer ada. pickup ada sebiji aku penah nampak itupun buat angkut kelapa. nak masuk kampung tu kene naik bot 2,3 jam. aku temuramah beberapa penduduk kampung. aku dapati hasil utama kampung tu kelapa, sarang burung layang2 dan padi.
org kampung sana miskin jadi baja dan racun diorg pinjam kat org kaya kat situ. interest yg dikenekan melebihi 100%. kira diorg kene tindasla. tapi diorg takder pilihan daripada tak tanam padi lbh baik pinjam. sebenarnya kampung tu kampung trans. lbh kurang felda la kat sini. kerajaan bagi tanah diorg kene usahakan. jadi setiap penduduk kampung situ ada tanah utk cucuk tanam.
berbalik citer pinjam tadi. bila aku tanya org kampung diorg kata lebih 50% penduduk kampung situ pinjam ngan org kaya tu. sebenarnya citer dia mcm ni. bawah org kaya ni ada lagi org2 bwh dia. jadi kalau tak pinjam kat org kaya ni diorg akan pinjam bawah org kaya ni. org bawah tu pun sebenarnya pinjam dari org kaya tu gak. org kaya tu bukan asal penduduk situ. untuk pengetahuan penduduk kampung situ ada dalam 500 keluarga. belum masuk kampung sebelah lg. kampung tu pun tak ada senarai kawasan yg layak mengundi. cuma beberapa tahun ni jer baru kerajaan tempatan sedar yg dalam tu ada kampung.
cara pembayaran hutang ialah hasil tanaman dijual semula pada org kaya tersebut dgn harga yg org tu letak. jadi org kampung situ jual jer berapa yg dia ambik pasal org sana tak tahu dunia luar. sebelum tu di akan tolak hutang. dirg akan keluar bandar kalau ada hal penting jer. pasal keluar bandar kos tinggi. kalu bot penuh rp50ribu sama dgn rm20. untuk pergi dan kos sama utk balik. aku tak tau jadi aku naik bot tak ikut jadual so, aku terpaksa sewa satu bot terus rm200 sama dgn rp500ribu.diorg panggil chated (sewa)
atas interview aku, aku dapati biasanya belum menuai (panen) lagi hutang dah lebih dari hasil tanaman. jadi penindasan ni tiada kesudahan. yg kaya tu bertambah kaya. rumah pun makin besar. aku ada tanya gak berapa hutang purata setiap org yg berhutang tu. diorg kata sekitar rp2,3juta. tak byk rupanya dlm rm1000 jer.
utk pengetahuan, diorg menuai cuma sekali jer setahun sbbnya ikut musim hujan dan pengangkutan utama kampung tu ialah sungai. sedangkan kampung tu dikelilingi air. jadi aku tanya kenapa tak guna air sungai tu. ada beberapa jawapan yg aku dapat:
1.air situ payau jadi tak sesuai
2.kualiti padi tak berapa bagus
3.kalau luar dari musim hujan byk tikus
aku pun tak tau mana yg betul.
transport utk keluar bandar guna bot dan kapal angkut barang. kapal dan bot tu dibuat guna kayu. harga kapal lbh kurang harga kete kat sini. harga yg pasti aku tak tau.
utk pengetahuan gak. kalau ko datang dr bandar lbh2 lg msia. pastu ko duk kampung tu. org akan hormat kat ko. kalau ko ada jasa atau apa2 yg bersangkutan dgn diorg, ko jadi mcm bos kat sana. sebenarnya bukan kampung tu jer mcm tu. kampung lain pun sama. aku dah masuk beberapa kampung pendalaman. layanan diorg memang bagus. pasal diorg respek org luar. ko cakap, diorg akan dengar. aku pernah bersembang ngan org kampung ramai2 kat surabaya diorg dgr cakap aku dan diorg kelihatan hormat. waktu tu ada kenduri, aku saja follow. sembang ngan sorang tu, lama2 semua berkerumun dekat aku nak dengar citer aku. aku citer sikit pasal msia diorg dah kagum. itu kampung lain. yg aku citer ni kawasan sumatera.
oh, lupa nak citer, bila menuai setahun sekali bermakna 6 bln kerja, 6 bulan lepak2. takder keje. barang kat sana pun mahal mungkin pasal kos bawa masuk tu tinggi.
daripada citer aku ni korang rasa apa bisnes yg baik yg boleh diambil peluang dari situ?
siapa yg berminat cuba senaraikan. aku nampak memang byk bisnes yg boleh buat...
ape yg fzlik ckp adelah benar..aq juga sedang tembus pasaran sumatera selatan.setiap kawasan dikawal oleh kardes sebelum polis.dikaw aq pinjam 1000 bayar 2000 kebun @ motor jdi cagaran..tpi aq x entertaint coz x nk riba.aq beli tanah siap getah 2.4acre dn setiap bulan lepas tolak gaji bersih rm800 to rm1300.aq sedang dpt offer lgi 100k utk 9.6acre.hasil bersih 4k to 6k per bulan.dn perlahan2 aq akn pindah 1/2 investment aq kesana.kt sana 30years back of malysia.so pikirlah peluang2 yg ade.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE