Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > Investor, Business, Entrepreneur > Investor Discussion

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 26-04-2008, 04:18 PM
Dann Dann is offline
Administrator

Dann's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2005
Posts: 2,718
Thanks (Received): 1550
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Exclamation AMARAN : Skim Cepat Kaya Kembali Menular

Topik ini kami buka khas untuk memberi AMARAN kepada seluruh ahli & pelawat forum CariGold.com supaya berhati-hati dengan penularan kembali Skim-Skim Cepat Kaya yang bertopengkan "pelaburan". Baru-baru ini kami mendapat maklumat bahawa terdapat satu skim yang mengambil deposit yang bukan dipanggil mencurigakan, bahkan 100% adalah penipuan semata-mata. Skim-skim ini adalah kesinambungan dari program-program cepat kaya yang menular secara besar-besaran khususnya hampir ke seluruh masyarakat pada awal tahun 2007 seperti Swisscash, Danafutures, Fical dan lain-lain.

Skim yang telah kami kesan ini bernama EUVEST, API Mutual & Wallet Money yang mempunyai domain beralamat www.euvest.net, www.apimutual.com & www.Wallet-Money.com adalah 100% buatan penganjur tempatan. Mereka seperti biasa mengutip deposit menggunakan pihak ketiga yang berfungsi sebagai perantaraan di dalam penukaran wang tunai ke sistem 'euro' (biasanya dipanggil 'e-point'). Kami percaya skim ini telah mula menular di dalam masyarakat kita dan baru-baru ini mereka telah mula menjalankan aktiviti mempromosi di dalam internet. Kami yakin penganjur skim ini telah samada mengupah, atau memberi komisen atau menawarkan 'orang tengah' sebagai 'merchant' mereka sebagai salah satu strategi untuk berkomplot di dalam menjalankan promosi. Kami juga percaya banyak lagi skim-skim akan muncul tidak lama lagi.

Walaupun "Term & Conditions", "Disclaimer" & Warnings di dalam forum ini telah menerangkan tentang risiko barkaitan, namun kali ini kami mengambil langkah proaktif memberi amaran secara lebih terbuka kepada anda disebabkan beberapa faktor penting :-

  • Supaya anda tidak tertipu dan terjebak dengan skim-skim ini. Jangan percaya dengan segala kata-kata manis 'orang tengah' yang sibuk membuat promosi. Biasanya 'orang tengah' tidak akan mengaku mereka mempunyai hubungan dengan penganjur.
  • Kebanyakan orang ramai di luar sana masih tidak memahami dan tidak dapat membuat perbandingan, apa itu pelaburan sebenar, apa itu skim piramid. Ini adalah kerana mereka :-
    - tidak tahu apa itu pelaburan sebenar tetapi mempunyai keupayaan untuk terus merujuk ke Bank Negara Malaysia tetapi TIDAK MAHU disebabkan samada semata-mata untuk kepentingan diri sendiri atau telah kabur dengan keuntungan yang bakal diperolehi. Majoriti golongan ini adalah terdiri dari pelajar, orang biasa, kakitangan kerajaan mahupun juga golongan profesional.
    - tidak mempunyai sumber untuk dijadikan rujukan dan kurang berkeupayaan untuk mendapatkan maklumat. Golongan ini biasanya terdiri daripada pakcik, makcik, haji, hajah, dan sebagainya. Pihak penganjur dan orang tengah lebih menumpukan kepada golongan ini kerana mudah dipengaruhi.

  • Kami tidak mahu lagi dicop sebagai laman web haram seperti yang diberitakan oleh pihak yang sepatutnya lebih berpengetahuan, tetapi hanya menggunakan kuasa disebalik kurangnya pengetahuan & kerja. Untuk pengetahuan anda, pada tahun lepas (ketika gelombang skim-skim cepat kaya berleluasa di Malaysia) CariGold forum telah difitnah oleh Pusat Keselamatan Siber Malaysia (MyCERT) sebagai antara laman web yang menawarkan pengambilan deposit haram. Berita ini telah dikeluarkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 22 May 2007. URL di bawah sebagai rujukan
    http://www.utusan.com.my/utusan/info...i&pg=dn_03.htm
    Tanpa sebarang siasatan & Due Diligence yang dibuat oleh pihak berkenaan, dengan tidak semena-mena laporan palsu dibuat terhadap kami sedangkan (sebelum negara diwarwarkan dengan skim ini) dari awal kami telah mengambil langkah drastik mengharamkan segala aktiviti pembelian & penjualan e-points seawal bulan March 2007 lagi. Ia telah membawa impak besar dan melumpuhkan terus kepada keseluruhan skim-skim ini samada di internet & alam realiti. Kami juga telah buat analisa sendiri bahawa CariGold telah dijadikan kambing hitam oleh pihak-pihak tertentu supaya dipersalahkan. Golongan yang membuat pengaduan ke pihak berkuasa ini adalah :-
    -Golongan yang tidak tahu membaca atau malas membaca. Golongan ini biasanya hanya tahu mengikuti skim-skim atau apa-apa yang berkaitan dengan 'buat duit' yang telah dibincangkan di dalam forum ini. Walaupun telah banyak amaran dikeluarkan disetiap penjuru forum section, tetapi golongan ini tidak mengendahkan semua ini. Kesannya, apabila skim-skim ini mula bermasalah, mereka terus membuat aduan bahawa laman web ini terlibat sama.
    -Golongan penganjur ,"askar-askar upahan", pihak ketiga (merchant). Sesiapapun tidak akan tahu siapa mereka ini sebenarnya. Merekalah salah satu golongan yang membuat aduan, menyalahkan forum perbincangan semata-mata. Ini adalah kerana mereka marah setelah pihak forum mengharamkan sebarang transaksi jualbeli epoint satu ketika dahulu.

  • Statistik forum ini dan diperkuatkan dengan sumber-sumber sahih mendapati terdapat peningkatan aktiviti penjualan tanah, rumah & perniagaan semenjak September 2007. Analisa tidak rasmi ini dapat menyimpulkan bahawa orang ramai khususnya ORANG MELAYU telah banyak rugi setelah ditipu oleh skim-skim cepat kaya khususnya buatan Malaysia mula aktif pada penghujung tahun 2006.

Kami percaya anda mempunyai lebih maklumat tentang perjalanan skim-skim ini dan mungkin lebih dari apa yang telah kami sampaikan di atas. Oleh itu, anda disarankan supaya terus membuat aduan di :-
  • Suruhanjaya Sekuriti (Tel: 603 6204 8999); atau
  • Bank Negara Malaysia (Tel.: 03-2691 5090 / 2698 4163 / 2691 0824 / 2692 6482 / 2694 2143)

Anda juga dialu-alukan berkongsi maklumat dengan kami di sini tidak kira anda dari pihak mana sekalipun. Sila daftar di sini untuk membuat posting. Keahlian adalah percuma.

Anda juga boleh membuat rujukan di laman web Bank Negara Malaysia berkenaan skim cepat kaya di sini

Kami memohon maaf sekiranya mana-mana perkataan di atas yang boleh menyinggung perasaan sesuatu pihak dan individu.

Harap Maklum.
Reply With Quote
Thanks onerich, eday84, EzY-eLoaD, mankj, thetu5 and 2 others thanked for this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 26-04-2008, 04:20 PM
marvelous marvelous is offline
Super Active

marvelous's Avatar
 
Trader Rating: (25)
Join Date: Aug 2006
Location: Dalam Bumi Berpijak Dalam Dunia Nyata
Posts: 7,665
Thanks (Received): 31
Likes (Received): 19
Active Level
My Mood:
Default

Thanks for info admin..Tak serik lagi k?
__________________
Hotlink High Komisen
Reply With Quote
  #3  
Old 26-04-2008, 04:21 PM
zkry zkry is offline
Super Active

zkry's Avatar

 
Trader Rating: (14)
Join Date: May 2007
Location: :: Ezeelink MOBILE-MONEY Service Center ::
Posts: 6,718
Thanks (Received): 109
Likes (Received): 0
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by marvelous View Post
Thanks for info admin..Tak serik lagi k?
Thanks bro Dann... aku dah lama serik....
__________________
Usah dipinta kecilkan ujian, pintalah dibesarkan iman menghadapinya...~solusi~
Reply With Quote
  #4  
Old 26-04-2008, 04:23 PM
anoone anoone is offline
Legendary Member

anoone's Avatar
 
Trader Rating: (8)
Join Date: Mar 2008
Location: baling ~ yong peng
Posts: 12,394
Thanks (Received): 59
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

tq for the info bro,,
Reply With Quote
  #5  
Old 26-04-2008, 04:26 PM
Metro2u Metro2u is offline
Active Member

Metro2u's Avatar
 
Trader Rating: (18)
Join Date: Jun 2007
Location: Bahrain
Posts: 2,255
Thanks (Received): 42
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

thanks for info .... dah agak granti tak lama benda ni
Reply With Quote
  #6  
Old 26-04-2008, 04:27 PM
SedBen SedBen is offline
Super Active

SedBen's Avatar
 
Trader Rating: (16)
Join Date: Sep 2006
Location: Territory of Silent Trader
Posts: 6,935
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Exclamation Banyak lagi skim-skim akan muncul tidak lama lagi

Info yg berguna pada orang2 baru di dlm dunia "pelaburan" ni..
Aku harap orang2 lama dah serik la kan dengan "pelaburan2" yg mcm ni.
Reply With Quote
  #7  
Old 26-04-2008, 04:29 PM
maliq7776 maliq7776 is offline
Super Active

 
Trader Rating: (4)
Join Date: Mar 2008
Posts: 7,840
Thanks (Received): 73
Likes (Received): 0
Blog Entries: 3
Active Level
My Mood:
Default

lege rasenye ade alert2 camni..tq bos..
Reply With Quote
  #8  
Old 26-04-2008, 04:33 PM
Metro2u Metro2u is offline
Active Member

Metro2u's Avatar
 
Trader Rating: (18)
Join Date: Jun 2007
Location: Bahrain
Posts: 2,255
Thanks (Received): 42
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Rasa nya ada 1 lagi yang sedang bergiat mungkin belum masuk paper

harap2 cepat2 masuk paper ler ...
Reply With Quote
  #9  
Old 26-04-2008, 04:34 PM
mat_factory mat_factory is offline
Regular

mat_factory's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2008
Location: kulim to putrajaya.....
Posts: 469
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

very good info for CG members.... berhati-hati dijalanraya, beringat-ingat di laman web.. bukan senang nk senang woii....
__________________
Reply With Quote
  #10  
Old 26-04-2008, 04:36 PM
miXxer miXxer is offline
Legendary Member

miXxer's Avatar
 
Trader Rating: (14)
Join Date: Nov 2007
Location: 32.301353,-64.790892
Posts: 13,257
Thanks (Received): 63
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by Metro2u View Post
Rasa nya ada 1 lagi yang sedang bergiat mungkin belum masuk paper

harap2 cepat2 masuk paper ler ...
xleh cite je ke kat sini..
__________________
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump

CariGold