SBPA: Khabar gembira atau sebaliknya dijangka diketahui KHAMIS ini [finalllllll]
KUALA TERENGGANU 19 Feb. - Keputusan sama ada tuntutan penambahbaikan sistem Saraan Baharu Perkhidmatan Awam (SBPA) akan memberi khabar gembira kepada seluruh penjawat awam atau sebaliknya dijangka diketahui Rabu ini.
Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Azih Muda berkata, pada hari tersebut, pihaknya akan membentangkan hasil bengkel Jawatankuasa Bertindak SBPA kongres itu kepada Jawatankuasa Penambahbaikan SBPA yang ditubuhkan kerajaan.
"Kelmarin dan semalam kita ada bengkel Jawatankuasa Bertindak SBPA CUEPACS di Kuala Lumpur di mana kita masih lagi mengekalkan cadangan lima perkara yang diutarakan kongres supaya diteliti kerajaan," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama CUEPACS di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, di sini hari ini.
Turut hadir, Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng.
Azih berkata, pihaknya juga menjangkakan isu tuntutan CUEPACS mengenai SBPA dapat diselesaikan sepenuhnya pertengahan April ini.
Dalam perkembangan sama, katanya, CUEPACS amat menghargai kesediaan dan keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersungguh-sungguh untuk membantu menyelesaikan isu itu demi kepentingan penjawat awam khususnya peringkat bawahan.
"Kita sangat hargai komitmen Perdana Menteri untuk dengar pandangan CUEPACS dan kesungguhan beliau untuk membantu menyelesaikan perkara yang dibangkitkan CUEPACS ini," katanya.
"Ini satu penghargaan tinggi daripada kerajaan kepada CUEPACS," katanya.
[update]
CUEPACS tuntut kenaikan gaji RM700 - RM2500
PUTRAJAYA 22 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji 1.3 juta penjawat awam dari gred 1 hingga gred 54 antara RM700 hingga RM2,500.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kenaikan itu perlu dilaksanakan menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan gaji dibuat melalui skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Tuntutan tersebut membabitkan kenaikan gaji untuk gred 1 hingga gred 16 sebanyak RM700; gred 17 hingga gred 26 (RM1,000); gred 27 hingga gred 40 (RM1,500); gred 21 hingga gred gred 48 (RM1,800) dan gred 52 hingga gred 54 (RM2,500).
Omar berkata, kakitangan awam yang sudah mencapai gaji maksimum atau sudah mati gaji pula perlu dibayar selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan dan perlu dinaikkan gred.
''Sebagai contoh bagi mereka yang sudah lima tahun tidak naik gaji, jika gaji mereka dinaikkan RM100, kerajaan perlu bayar tunggakan RM500 selain kenaikan gred," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat petugas khas bersama Jabatan Perkhidmatan Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, CUEPACS turut menuntut agar kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam yang sudah lulus peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) aras 4.
''Ramai yang lulus PTK aras 4 sebelum SBPA diperkenalkan tetapi apabila SSM ditukarkan ke SBPA ramai yang lulus itu tidak mendapat kenaikan gaji, apabila kami berbincang dalam pasukan khas ini dari segi perundangan kerajaan perlu bayar.
''Mereka mana tahu SBPA akan diperkenalkan, tidak adil untuk mereka yang sudah berkorban masa dan tenaga untuk lulus, tapi bila dah lulus tak nak bayar pula," katanya.
Sehubungan itu, CUEPACS meminta mereka yang lulus sehingga 31 Disember 2011 dibayar tunggakan gaji sebelum kajian semakan SBPA diumumkan dan mahu JPA mengeluarkan surat pekeliling mengenainya.
Omar berkata, beliau yakin kerajaan akan bersetuju dengan lima tuntutan yang telah dikemukakan iaitu mengkaji semula pindaan gaji gred 54 ke bawah; mengkaji gaji penjawat awam mencapai gaji maksimum; mengkaji kekananan dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum bertukar kepada SBPA; mengkaji kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak penstrukturan semula semua gred penjawat awam.
''Kalau kerajaan merasakan ia melibatkan tuntutan yang tinggi, CUEPACS cadangkan mereka yang telah menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA iaitu Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dan Premier, gaji mereka dipotong untuk diberikan kepada mereka di gred 54 ke bawah.
''Kalau betullah kerajaan mahu rapatkan jurang maka tuntutan itu dirasakan wajar, apa yang kami lakukan ialah menuntut kesaksamaan dan terpulanglah kepada pasukan petugas khas ini untuk menilainya," katanya.
[update I]
PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka membuat pengumuman yang adil dan saksama berkaitan perkhidmatan awam, termasuk mengenai Skim Saraan Malaysia (SSM) dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Perkara itu dinyatakan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman selepas mengadakan pertemuan hampir dua jam dengan Perdana Menteri di pejabatnya di sini hari ini.
Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
"Perkara itu akan diumumkan dalam waktu terdekat dan dijangka memberikan keadilan dan kebaikan untuk semua penjawat awam," katanya kepada pemberita tanpa mengulas lanjut mengenai perkara yang bakal diumumkan itu.
Omar berkata, Cuepacs sendiri akan menyambut baik apa sahaja perkara yang bakal diumumkan serta mengucapkan terima kasih di atas kesudian serta kesediaan Perdana Menteri untuk mengadakan perbincangan dan mendengar cadangan demi
kebaikan penjawat awam.
"Pertemuan hari ini menyentuh mengenai secara keseluruhan apa tuntutan serta pandangan yang dikemukakan Cuepacs selama ini berhubung permasalahan penjawat awam termasuk mengenai isu SBPA," katanya.
Omar berkata Perdana Menteri turut menyatakan kesediaan untuk menghadiri perhimpunan besar-besaran yang akan mengumpul seramai 15,000 penjawat awam yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada
12 Mac depan. - Bernama
[update II]
Pengumuman Semakan SBPA Gaji Baru Pada 12 Mac 2012 Tak Jadi!!
Kalau sebelum ini Cuepacs ada menyatakan yang pengumuman semakan SBPA gaji baru akan dilakukan oleh Perdana Menteri pada 12 Mac 2012. Walaubagaimanapun, tarikh tersebut tidak jadi dilaksanakan dan terpaksa ditunda ke tarikh baru…..
Seperti yang dicanang sebelum ini, akan ada perhimpunan di kalangan kakitangan awam sekitar 15,000 untuk bersama-sama mendengar pengumuman keputusan semakan SBPA gaji baru pada [STRIKE]12 Mac 2012[/STRIKE] (tak jadi)
19 Mac 2012 (tarikh baru) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Nampaknya kakitangan awam kena menunggu sekitar 3 minggu lagi (minggu yang ketiga bulan Mac ini).
Penangguhan ini pastinya ada kaitan dengan sidang parlimen bagi sesi Mac-April yang bakal dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 12 Mac 2012 ini
Yang pastinya, penambaikan memang ada. Tetapi samada berbaloi atau tidak penantian kakitangan awam selama ini, nantikan pengumuman semakan SBPA gaji baru kali ini. Mana tahu berbaloi?

paid

paid
[update III]
KANGAR - Perdana Men*teri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan akan hadir ke Perhimpunan Khas Penjawat Awam yang dianjurkan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada 19 Mac ini.
Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, Najib dijangka mem*buat pengumuman penting kepada selu*ruh penjawat awam mengenai keputusan tuntutan lima perkara dibawa kongres itu berhubung isu Skim Baru Penjawat Awam (SPBA).
Menurutnya, pihaknya percaya keputusan terbaik sudah difikirkan Kerajaan Pusat dalam memastikan penjawat awam mendapat pembelaan sewajarnya dan tidak perlu menunggu masa lebih lama.
“Sehubungan itu, saya menggesa sekurang-kurangnya 20,000 penjawat awam wajib hadir menyertai perhimpunan khas itu untuk menyuarakan tuntutan kita berhubung isu SBPA.~X(~X(~X( (kitorg nak dgr kptusan laaaaaaaaaa,bukan menyuarakan tuntutan)
“
Setakat ini, maklum balas yang diberikan amat positif dan saya difahamkan perhimpunan ini bukan sahaja bakal disertai kumpulan penjawat awam Gred Pelaksana 1 dan 2, malah turut melibatkan kumpulan pengurusan Gred 54 dan ke bawah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Bengkel Pengurusan Ahli-ahli Kesatuan Kastam Semenanjung Malaysia di sebuah hotel di sini semalam.
Hadir sama Presiden Kesatuan Kerja Kastam Semenanjung Malaysia, Ibrahim Ahmad.
[updtae IV]
Semakan SBPA siap awal April
Oleh Abdul Halim Yusoff dan Hanneeyzah Bariah Baharin
2012/03/02
KUALA TERENGGANU: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semakan semula Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dijangka disiapkan awal April, tempoh ditetapkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau difahamkan jawatankuasa semakan semula yang diketuai bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam sudah mencapai banyak kemajuan untuk memastikan proses semakan semula itu disiapkan pada tarikh ditetapkan.
“Saya dimaklumkan Perdana Menteri sudah menetapkan tempoh hingga awal April. Apa pun tunggulah kerana saya percaya apabila tiba masa sesuai, Perdana Menteri akan mengumumkan bentuk dan format bagaimana skim itu hendak dilaksanakan,” katanya selepas perjumpaan khas dengan penjawat awam negeri dan Persekutuan sempena lawatan kerja sehari ke Terengganu, semalam.
Terdahulu ketika berdialog dengan penjawat awam, Muhyiddin berkata, semakan semula SBPA diharap memuaskan hati semua penjawat awam kerana membabitkan arahan serta campur tangan terus daripada Perdana Menteri.
Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) prihatin keluhan penjawat awam dengan menangguhkan skim itu dan melantik panel kajian semula dengan penyertaan pelbagai pihak termasuk CUEPACS.
Muhyiddin berkata, kerajaan BN yang mentadbir negara ini sentiasa membela penjawat awam kerana peranan mereka penting untuk menterjemahkan dasar dan aspirasi yang dirumus kerajaan bagi membela rakyat.
“Kerajaan BN akan pertahankan kakitangan awam. Jika kerajaan beralih tangan, Nauzubillah. Justeru, saya harap penjawat awam dan keluarga mereka termasuk di Terengganu untuk terus bersama kita,” katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan seorang penjawat awam mengenai nasib kakitangan kerajaan jika pentadbiran negara beralih kepada parti lain.
Timbalan Perdana Menteri berkata, komitmen kerajaan BN membela kakitangan awam dan menyemarak pembangunan negara jelas menerusi pelbagai dasar sedia ada, sedangkan pembangkang tampil dengan Buku Jingga dengan pakar ekonomi berpendapat akan menyebabkan negara bankrap dalam tempoh dua tahun selepas pelaksanaan.
Buku Jingga turut menggariskan usaha pembangkang untuk mengurangkan penjawat awam dengan mengatakan Malaysia mempunyai jumlah kakitangan awam berbanding nisbah tenaga kerja, antara tertinggi di dunia.
Muhyiddin berkata, penjawat awam perlu lebih responsif melaksanakan agenda dan aspirasi kerajaan dengan turut sama berdamping atau turun padang bertemu rakyat bagi mendapatkan maklum balas rakyat berhubung sesuatu dasar yang mahu dilaksanakan.
Sementara itu, mengulas kemungkinan kerajaan menamatkan pengambilan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk Kursus Perguruan Lepasan SPM, Muhyiddin berkata, belum ada keputusan dibuat setakat ini.
Muhyiddin berkata, kerajaan juga sudah membuat lantikan Pengarah Pelajaran Terengganu yang kosong sejak tiga bulan lalu dan pengumuman dibuat dalam tempoh terdekat.
GAMBAR HIASAN
Semakan Semula Gaji SBPA 2012 Dijangka Siap April 2012?
Berita semasa
Agak berlainan dengan versi Cuepacs yang mengatakan Perdana Menteri akan mengumumkan pengumuman keputusan semakan semula gaji SBPA pada 19 Mac 2012 ini setelah ditunda daripada tarikh 12 Mac 2012. Ada tarikh baru lagi?
Pada asalnya inilah butiran makluman yang diberikan oleh pihak Cuepacs :
1.Pengumuman keputusan semakan semula gaji SBPA 2012 dilakukan di Perhimpunan Khas Penjawat Awam yang bakal dianjurkan Cuepacs di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 19 Mac 2012 ini
2.Pengumuman melibatkan keputusan tuntutan lima perkara dibawa kongres itu berhubung isu semakan semula gaji SBPA (Skim Baru Penjawat Awam) 2012
3.Cuepacs mahu menggesa sekurang-kurangnya 20,000 penjawat awam wajib hadir menyertai perhimpunan khas itu untuk menyuarakan tuntutan bersama berhubung isu SBPA
4.Cuepacs mahu peluang kedua diberi kepada kakitangan awam untuk memilih opsyen melanjutkan umur persaraan daripada 58 kepada 60 tahun, walaupun tarikh penyerahan borang bagi tujuan itu berakhir 31 Disember lalu (antara tuntutan terbaru)
Sepatutnya semak dahulu dengan teliti barulah diumumkan dan tidak membuat semakan “asal ada”. Jangan dah umum, ada lagi semakan semula buat kali ……………………
Walaubagaimanapun, berita terbaru SBPA Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin mengatakan semakan semula gaji SBPA 2012 hanya akan siap pada awal bulan April. Itu baru selesai semakan. Kalau baru siap semakan, pengumuman keputusan semakan semula gaji SBPA 2012 belum boleh diketahui lagi?
[UPDATE V]
Dalam kata mahu diadakan perhimpunan penjawat awam bersama Perdana Menteri seminggu selepas perasmian sidang parlimen pada minggu hadapan (19 Mac 2012), berita terbaru SBPA yang diperolehi, dijangka YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak akan membuat pengumuman penting pada hari Khamis ini 8 Mac 2012.
Perhimpunan penjawat awam bersama YAB Perdana Menteri Malaysia akan diadakan pada:
Tarikh : 8 Mac 2012
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Perdana, Dewan A dan Dewan B Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Semua penjawat awam di seluruh Malaysia dijemput hadir bagi mendengar satu pengumuman penting yang akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Lagi Cadangan Cuepacs : Penambaikan SBPA
Tidak mahu & tidak bersetuju beberapa nama jawatan yang terkandung dalam SSM ditukarkan seperti yang ada pada Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Antaranya ialah :
Pemandu kepada Pembantu Operasi
Penyelia Asrama kepada Pembantu Tadbir
Penolong Pengurus Asrama kepada Penolong Pegawai Tadbir
Pengurus Kolej Universiti kepada Pegawai Tadbir
Pembantu Penerbit kepada Pembantu Penerangan
Pegawai Penerbit kepada Pegawai Penerangan.
Antara sebab Cuepacs menentang cadangan tersebut adalah kerana :
-bertentangan dengan aspek tugas mereka
-gred bagi jawatan berkenaan juga didapati tidak berkembang

paid

paid
[updtae FINAL]
keputusan
1)struktur sbpa dibatalkan
2)ssm akan ditambah baik
3)penubuhan suruhanjaya-mgkaji perkhidmatan awam
4)pelarasan gaji
-13%-gred 1-54
-9%-gred utama n gred khas
continue..........
-8% -turus 3& 2
-7%-turus 1 dan KSN
5) SSM diubah dari struktur gaji matrik ke struktur minimum maksimum gred 1-54= 80-320 kenaikan ikut gred
6) Bantuan sara hidup kawasan b naik dari 200 ke 250 sebulan,
kawasan c =RM100 ke RM150 sebulan
7)Insentif wilayah, pendalaman dan kritikal diteruskan
8)Pegawai pendidikan dikekalkan penambaikan laluan kerjaya berasaskan time based
PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.
Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.
Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).
Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.
Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.
Najib membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.–BERNAMA