BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terkini!!! Link pengiraan dan pekeliling ssm baru jpa

SBPA Batal, SSM Ditambahbaikan, setuju?


  • Total voters
    0
PRU bulan Mei la. sbb lps tu, anak Najib ada konvo kat US.. boleh ler buat modal dia pi US free..
takde harapan lagi lah kot SBPA ni..
 
sedara aku polis dh dpt gaji SBPA..
ni dh jd org ke 3 yg aku tau dh dpt...
ripley's..believe it or not...
 
SBPA oh SBPA...Bila lah nak on nih...? Aku dah 60% nih nak loan tak lepas... kalau ada kenaikan leh la aku loan lagi... hahahahahah
 
sedara aku polis dh dpt gaji SBPA..
ni dh jd org ke 3 yg aku tau dh dpt...
ripley's..believe it or not...

nak taw, sedara awak 2 kat Bukit Aman ke? Teman xdpt pon lg..camne dier leh dapat..hehehehehe..kew 8 pown kensel, xleh bayaq lg naa..:(scam
 
SBPA oh SBPA...Bila lah nak on nih...? Aku dah 60% nih nak loan tak lepas... kalau ada kenaikan leh la aku loan lagi... hahahahahah


Bank rakyat pon...dok intai berita SBPA ni...ramai sign 60...bole loan panjang lagi banyak taon:))
 
Cuepacs kemuka formla sbpa??

aku copy ngan komen2 skali...
klik link


05 Februari 2012
PINDAH GAJI SSM KEPADA SBPA
Berita Harian
2012/02/05



CUEPACS kemuka formula perpindahan gaji untuk semakan semula skim baru

SIBU: CUEPACS akan mengemukakan formula perpindahan gaji daripada Skim Saraan Malaysia kepada Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim baru itu. Timbalan Presiden 1 CUEPACS, Aziz Muda, berkata perpindahan gaji berkenaan mengambil kira gaji maksimum dan kekananan supaya ia diterima baik oleh semua penjawat awam. “Setakat ini, kenaikan gaji penjawat awam dalam SBPA tidak jelas dan mengelirukan,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam Kesatuan Sekerja Lembaga Air Sibu (SWBEU), di sini, malam kelmarin.

Beliau berkata, hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi iaitu sekitar RM45,000 setahun menjelang 2020 tidak akan tercapai dengan kadar gaji yang diperkenalkan SBPA sebelum ini.

Sementara itu, CUEPACS mengemukakan lima tuntutan utama yang akan menjadi petunjuk tuntutannya kepada kerajaan bagi memastikan penambahbaikan berlaku secara menyeluruh pada pelaksanaan SBPA.

Beliau berkata berdasarkan perkembangan semasa, CUEPACS yakin lima asas utama itu akan dipertimbangkan pasukan petugas khas SBPA.
Sekiranya lima asas utama tuntutan ini masih tidak diterima oleh jawatankuasa, CUEPACS juga tidak akan menerima pandangan mereka. Ini kerana penambahbaikan tidak berlaku.

“Kalau ini (penambahbaikan) tidak berlaku, ia akan menyebabkan rasa tidak puas hati (di kalangan penjawat awam) berterusan,” katanya. – BERNAMA
Posted by CUEPACS at 8:03 PG
28 comments:

East berkata...

Kaedah pindah gaji tu patut ditayangkan ke dalam blog ni...dapat PA beri komen..jgn jadi mcm lampiran c [mati~dalam bahasa cina] jpa sebelum ni, cuepacs hendakla telus
Rabu, Februari 08, 2012 8:09:00 AM
Tanpa Nama berkata...

Biar betul-betul formula .. jangan tipu punya !!
Rabu, Februari 08, 2012 8:10:00 AM
Tanpa Nama berkata...

Habaq mai .. biar kita perbetulkan kalau tak betul ..
Rabu, Februari 08, 2012 8:11:00 AM
cyborg83 aka swalGYL berkata...

betul tu.. patut ditunjukkan kpd semua Penjawat Awam./..
Rabu, Februari 08, 2012 8:12:00 AM
Tanpa Nama berkata...

Kalau Azih Muda akau percayo ... omar aku dah serik.
Rabu, Februari 08, 2012 8:13:00 AM
guru kita berkata...

Pindah gaji tu biarlah , tiada yang terasa dianiaya dan biarlah adil untuk yang baru kerja dan yang telah lama kerja...asasnya T1 SSM KE T1 SBPA, T25 SSM KE T25 SBPA ... HABIS CERITA...
TQ
Rabu, Februari 08, 2012 8:14:00 AM
Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan cadangan supaya semua cadangan penambaikan SBPA yang dibuat oleh CUEPACS dibentangkan dalam blog supaya semua PA boleh beri pandangan. Apa perlu dirahsiakan lagi,biar semua PA faham dan menilai sendiri sebelum SBPA yang baru dilaksanakan.
Rabu, Februari 08, 2012 8:18:00 AM
Penjawat Awam Vateran berkata...

Biarlah hasil perbincangan ini akan memuaskan hati semua Penjawat Awam, bukan mudah untuk memuaskan hati semua 1.4 Penjawat Awam. Biarlah realistik sikit, janganlah yang Kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin.
Rabu, Februari 08, 2012 8:22:00 AM
Tanpa Nama berkata...

Senang cerita swastakan pekerja pekerja kerajaan ni !

So ade performance naik gaji , malas di exit policy kan !

So tak payah gaduh !
Rabu, Februari 08, 2012 8:26:00 AM
Tanpa Nama berkata...

Patut upkan gaji semua PA RM 2,000 tak kira kerani ke , doktor ke ! Biar semua sama rata ! Baru fair dan semua berpuas hati @ naikkan gaji 50 % utk semua PA pun ok jugak !

Formula yang mudah pun JPA tak boleh ikut ke ?

Pasal ape susah susah ! Semua happy Pnp dan Sokongan pun hepy !
Rabu, Februari 08, 2012 8:31:00 AM
Tanpa Nama berkata...

Sebab jd lampiran c x jelas bukan apa...sbb nk sorok jagi puak jusa yg naik 83% tu...sedangkan yg bawah ni naik hanya 4-6% saja...ni semua tektik celaka punya hal..
Rabu, Februari 08, 2012 8:35:00 AM
Tanpa Nama berkata...

macam mana tak puas ati....dulu cakap sampai 40% gaji naik...lepas pembentangan , tak sperti yg djanji...bukan tamak...cuma kalau bjanji tu...bpada2 lah sikit...jgn bjanji suka ati je..PA yg gred rendah spt pemandu kenderaan mmg mgharapkan berita yg baik...tugas pemandu jgn dianggap remeh...kerana pemandulah yg sama sibuknya membawa pegawai membuat urusan ...jadi tunaikanlah janji.....
Rabu, Februari 08, 2012 8:58:00 AM
Tanpa Nama berkata...

Kaedah pindah gaji tu patut ditayangkan ke dalam blog ni...dapat PA beri komen..jgn jadi mcm lampiran c [mati~dalam bahasa cina] jpa sebelum ni, cuepacs hendakla telus
-----------------------------------
Saya rasa tak perlu ditayangkan dahulu sekiranya ia masih dalam peringkat perbincangan kerana hanya akan menimbulkan perbalahan dikalangan PA, Percayalah kepada
cuepacs.
Rabu, Februari 08, 2012 9:02:00 AM
Tanpa Nama berkata...

Cadangan kepada Ceupacs supaya

1. Diambil gaji P3T yang terakhir dalam SSM dan di bawa ke gaji baru SBPA.

2. Bagi yang tiada P3 diambil dari P2 yg terakhir...
Rabu, Februari 08, 2012 9:10:00 AM
Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama guru kita berkata...

Pindah gaji tu biarlah , tiada yang terasa dianiaya dan biarlah adil untuk yang baru kerja dan yang telah lama kerja...asasnya T1 SSM KE T1 SBPA, T25 SSM KE T25 SBPA ... HABIS CERITA...
TQ

-------------------------------------
Habis yang berada di P2 dan P3 apa cadangannya. Nak letak T yang mana?
Rabu, Februari 08, 2012 9:18:00 AM
Han Yon Wei berkata...

cadangan pemindahan gaji dari T ke T amat x logik dan datang dari idea seorang yang dungu.

T5 SMM ke T5 SBPA - naik RM300
T10 SSM ke T10 SBPA - naik RM800
T20 SSM ke SSM T20 - naik RM1800

adil ke tu? Mcm mana la otak org yg sanggup bagi cadangan mcm ni.

Pasti datang dari senior yang tamak haloba, ***** dan dengki busuk hati pada junior
Rabu, Februari 08, 2012 9:27:00 AM
Tanpa Nama berkata...

Kump. Premier/Tertinggi - Kenaikan Gaji 100%
Kump. Pelaksana - Kenaikan Gaji 10%

Kump. Premier/Tertinggi - kereta disediakan, parking free
Kump. Pelaksana - kereta beli sendiri, parking bayar hari2

Kump. Premier/Tertinggi - 5 tahun skali leh claim rm82k cash ganti tiket flight
Kump. Pelaksana - nak beli tiket airasia pun semput

Kump. Premier/Tertinggi - bonus separuh gaji. gaji berpuluh ribu syok la
Kump. Pelaksana - bonus minima rm500

Kump. Premier/Tertinggi - ade driver bawa ke mana2
Kump. Pelaksana - disuruh naik bas sbb kurangkan jln sesak

Kump. Premier/Tertinggi - ade elaun keraian
Kump. Pelaksana - x de lain keraian (tapi keluar duit poket utk rai)

Kump. Premier/Tertinggi - arah keje sana sini
Kump. Pelaksana - buat keje sana sini

Kump. Premier/Tertinggi - mcm2 elaun yg x spatutnye bribu2 ringgit
Kump. Pelaksana - elaun ciput tp bila minta naik skit dah bising

Kump. Premier/Tertinggi - minoriti
Kump. Pelaksana - majoriti (UNDI ADALAH RAHSIA)"
Rabu, Februari 08, 2012 9:31:00 AM
Tanpa Nama berkata...

1.sebelum kaedah pindah gaji ssm ke sbpa tu dibawa ke panel penilaian..sepatutnya cupecs bincangkan dan tunjukkan draf kepada semua persatuan dibawah cupecs dulu..jangan pandai-pandai dua tiga orang ajk cupecs saja..nanti jadi macam kenaikan gaji zaman pak lah..tidak adil pada kumpulan [email protected] 10% saja berbanding 25-35% pada kumpulan sokongan.
2.sepatutnya cuepacs dan panggil ahli yang pro dalam bidang statistik dll untuk buat draf gaji ni..bukan ikut otak ajk cuepaqs saja..kalau ikut omar osman ni..dia kira nak samakan gaji kumpulan sokongan dengan gaji [email protected] tak fikir nilai antara spm dan ijazah yang jauh bezanya.
Rabu, Februari 08, 2012 9:49:00 AM
Tanpa Nama berkata...

la ape ni ! Aritu kata gred 41 jgn dibanding dgn gred 32 dan 38 tapi dok tengok sekarang ni gred sokongan banding gaji dan elaun dengan JUSA dan kump Premier mak oii!

Gred sokongan ni biar betul !

Gred sokongan ni lepas ni banding dengan PM kot !
Rabu, Februari 08, 2012 9:51:00 AM
yu ye berkata...

.sebelum kaedah pindah gaji ssm ke sbpa tu dibawa ke panel penilaian..sepatutnya cupecs bincangkan dan tunjukkan draf kepada semua persatuan dibawah cupecs dulu..jangan pandai-pandai dua tiga orang ajk cupecs saja..nanti jadi macam kenaikan gaji zaman pak lah..tidak adil pada kumpulan [email protected] 10% saja berbanding 25-35% pada kumpulan sokongan.
2.sepatutnya cuepacs dan panggil ahli yang pro dalam bidang statistik dll untuk buat draf gaji ni..bukan ikut otak ajk cuepaqs saja..kalau ikut omar osman ni..dia kira nak samakan gaji kumpulan sokongan dengan gaji [email protected] tak fikir nilai antara spm dan ijazah yang jauh bezanya.
''''''''''''''''''''''''''''''''
saya sokong cadangan anda nanti pnp mendapat kenaikan rendah pulak padahal puak pnp ni yang banyak merancang dan memikirkan perjalanan jabatan
Rabu, Februari 08, 2012 9:53:00 AM
Tanpa Nama berkata...

Patut gaji Pnp naik 100 % setimpal dengan akademik , pangkat dan pengalaman !
Rabu, Februari 08, 2012 9:57:00 AM
orang borneo berkata...

ELAUN WILAYAH TAK PATUT DI TAMBAT.INI MENIDAKKAN HAK ORANG SABAH DAN SARAWAK.PUAK PTD YANG RAKUS TELAH MENIDAKKAN HAK KAMI PENJAWAT AWAM SABAH DAN SARAWAK.
Rabu, Februari 08, 2012 9:57:00 AM
Tanpa Nama berkata...

memang tak adil, 32 & 38 naik lagi tinggi dari 41...
Rabu, Februari 08, 2012 10:01:00 AM
Tanpa Nama berkata...

Sehingga kini, AKU DENGAR JKUASA INI TIDAK PERNAH MENGADAKAN MESYUARAT !!

Macamana nih? Dari mana formula yg dikatakan pindah gaji dpd SSM ke SBPA ??

Formula siapa?
Siapa yg buat?

KENA TIPU LAGI ??? !!!
Rabu, Februari 08, 2012 10:05:00 AM
Tanpa Nama berkata...

hantar formula tu dulu lau setuju semua PA okeylah lau nak puaskan hati semua sampai bila nak dpt gaji SBPA tu....janghan tamak sangat nanti mcm pak pandir.....
Rabu, Februari 08, 2012 10:13:00 AM
Tanpa Nama berkata...

Kalau gaji gred sokongan naik lebih dari Pnp maka semua Pnp kita undi utk PR !

Heheheheeh guna taktik gred sokongan dan Kupek ! Taktik ancam !

Ok tak !
Rabu, Februari 08, 2012 10:14:00 AM
Tanpa Nama berkata...

Hamba dengan ini mencadangkan gaji Pnp yakni gred 41 dinaikkan gaji 100 % kerana beban tugasan yang semakin meningkat akibat kerani tak mahu buat kerja !

Kerajaan juga patut mengkaji untuk mengurangkan kerani yang berlambak di jabatan kerajaan yang tiada kerja ! Dgn ni boleh wujudkan perkhidmatan awam yang kejat !
Rabu, Februari 08, 2012 10:16:00 AM
Tanpa Nama berkata...

aku mmg tak suka ngan SBPA
 
Back
Top
Log in Register