BTC USD 86,608.0 Gold USD 4,361.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info SARA 1Malaysia pulangan dividen lumayan lebih 32.16%

PELANCARAN Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) satu usaha berterusan pihak kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah di negara ini membuat pelaburan bijak dengan risiko rendah.
Ikuti temubual wartawan Bisnes Metro, Shanty Nur Shaffizan Shafee dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Che Piah (gambar) mengenai skim itu yang bakal memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah yang layak dengan pinjaman pelaburan tanpa faedah daripada empat institusi kewangan dilantik.

BOLEH Tan Sri jelaskan mengenai Skim Sara 1Malaysia secara ringkas?
Sara 1Malaysia yang dilaksanakan PNB adalah satu unit pelaburan amanah bermatlamat menggalakkan kumpulan berpendapatan rendah antara RM500 dan RM3,000 sebulan untuk berjimat dan melabur. Peserta boleh memohon pinjaman pelaburan RM5,000 yang dilaburkan di dalam Saraan 1Malaysia dengan pembayaran balik minimum lima tahun tanpa kadar faedah kerana ia ditanggung kerajaan. Pembiayaan keseluruhan ditawarkan berjumlah RM500 juta dengan sasaran 100,000 peserta isi rumah.

Apakah kelayakan bagi memohon pelaburan ini?

Peserta yang layak adalah mereka yang tidak pernah menerima manfaat skim khas lain daripada kerajaan atau yang diuruskan Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB).
Ia seperti Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Amanah Saham Bumiputra Sejahtera (ASB Sejahtera), Amanah Saham Wawasan 2020-Bandar selain tidak memiliki pelaburan dari mana-mana tabung unit ASNB. Sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul mesti bersamaan ataupun kurang daripada RM10,000.


Adakah peserta dibenarkan melabur secara tunai bagi skim ini?

Tidak boleh. Skim ini hanya boleh dilaburkan menerusi pinjaman dengan pihak perbankan yang dilantik iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN), RHB Bank (RHB), Maybank dan CIMB Bank (CIMB). Tempoh pemprosesan antara tiga dan lima hari bekerja.

Mereka yang layak boleh pergi ke mana-mana cawangan bank terbabit dan mengisi borang Sara 1Malaysia dengan membawa dokumen seperti kad pengenalan, kad pengenalan pasangan asal berserta salinan serta dokumen pengesahan pendapatan.

Bagi pemohon dan pasangan bekerja, penyata gaji atau penyata bank selama tiga bulan terkini diperlukan. Sekiranya tiada penyata gaji atau penyata bank, pengakuan perisytiharan yang dinyatakan di borang permohonan Sara 1Malaysia Bahagian C akan diguna pakai yang perlu ditandatangani di hadapan saksi sama ada majikan, penghulu, pegawai kerajaan kumpulan pengurusan dan profesional, ahli dewan undangan negeri atau ahli parlimen.


Bagaimanakah cara pembayaran balik pinjaman?

Daripada segi pulangan pendapatan, peserta yang menyertai skim ini dijamin memperoleh pulangan sebanyak RM134 sebulan sekiranya tidak membuat pinjaman.
Jika tiada sebarang pengeluaran dibuat, peserta bakal menerima kira-kira RM13,000 apabila tempoh matang kelak.

Namun, jika mereka tidak membuat sebarang pembayaran balik setiap bulan, mereka tetap memperoleh imbuhan RM50 sebulan selepas RM84 ditolak sebagai bayaran balik pinjaman dan selepas lima tahun, peserta hanya memperoleh RM5,000.


Komen Tan Sri mengenai dakwaan setengah pihak yang menganggap ini adalah skim cepat kaya?

Jika skim cepat kaya, kita tawarkan pada orang kaya. Ini adalah penyertaan kepada mereka yang berpendapatan rendah di bawah RM3,000 yang tidak mampu untuk membuat pelaburan dalam dana seperti ini. Kita wujudkan skim ini untuk memberi peluang kepada mereka melabur serta mendidik mereka mengenai pelaburan saham amanah sebagai satu bentuk instr
 
so tak payah buat pinjaman pun boleh la kan ? :D :D :D
 
aduyai..melepas nak wat skim ni..sangkut ngan ASB la pulak..
 
simpanan mesti kurang dari 10k pulak dah dalam asb......... aduyai
 


5. Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul adalah bersamaan atau kurang dari RM10,000;

Maksud dia simpanan CASH 10K dalam asb kan??? kalau aku cuma ada 2K CASH DALAM BUKU AKAUN ASB PASTU LOAN ASB 100K(bank pegang dalam bentuk sijil) ble apply tak???:-?:-? Otai tolong kasi pencerahan:)cgrock:)cgrock
 
tadi ak da g maybank da nk wat.tpi xboleh sebab bujang even ade tanggungan xlayak..pastu sape yg wat loan asb pon otomatik xlayak kecuali simpanan tunai diri+isteri dlm asb kurang dri rm10000..serba sdikit kriteria isi rumah die yg layak:

1) suami+isteri pendapatan bwah rm3000
2) janda atau duda yg xde anak xlayak
3) bujang lagi la xlayak..hampeh

wat penat je ak g tadi
 
tadi ak da g maybank da nk wat.tpi xboleh sebab bujang even ade tanggungan xlayak..pastu sape yg wat loan asb pon otomatik xlayak kecuali simpanan tunai diri+isteri dlm asb kurang dri rm10000..serba sdikit kriteria isi rumah die yg layak:

1) suami+isteri pendapatan bwah rm3000
2) janda atau duda yg xde anak xlayak
3) bujang lagi la xlayak..hampeh

wat penat je ak g tadi

takda harapan la nak wat napknya ~X(~X(
 
2 la psl.aku da smgt amik cuti rini.bole plak die ckp bujang xlayak even ade tanggungan.snang ckp yg lyk ni da berkahwin jela.
 
kalau yg ada buat loan ASB pn xlayak sbb ia diambil kira.

borg sara 1malaysia kehabisan di kebanyakan bank berkenaan td. keesokan senario pn mgkin sama kalau g lewat akan kehabisan juga. nak senang print dr link ni aje. dah siap isi terus g hantar aje. http://www.sara1malaysia.com.my/Borang_SARA1M.pdf

aku nasihatkan g ke RHB bank jgn g BSN sbb kalu ikut BSN kena ada amanah saham 1malaysia baru leh apply. kalu ikut RHB dan CIMB pula bila loan dah approve baru buka akaun amanah saham. Maybank aku xtau pula dia kata ape lak.
 
Back
Top
Log in Register