Jamaluddin Jarjis kembali ke Putrajaya, kini duta khas ke AS
Presiden Obama (kiri) dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis.
KUALA LUMPUR, 18 Jan — Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis akan memegang peranan baru sebagai “duta khas” untuk perbesarkan pengaruh selepas kontraknya tamat hujung April ini, yang akan membenarkan orang kuat Najib ini meluangkan lebih banyak masa di Putrajaya menjelang pilihan raya umum.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman memberitahu The Malaysian Insider bahawa Ahli Parlimen Rompin itu akan mengekalkan status jawatan menteri “walaupun mempunyai banyak masa untuk melaksanakan tugas-tugas sebagai pegawai yang dilantik.”
“Beliau tidak akan menetap di Amerika tetapi Kuala Lumpur dan akan membantu duta baru dan ia penting untuk negara mempunyai kepakaran beliau,” kata Ahli Parlimen Kimanis ini.
Bekas menteri kewangan dan menteri perdagangan ini merupakan arkitek utama di belakang inisiatif-inisiatif yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak di bawah slogan 1Malaysia untuk mengurangkan tekanan inflasi sejak ia meningkat sehingga 3 peratus pada Mac dan peningkatan terus berlaku mencapai 3.3 peratus pada November.
Skim-skim seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia yang dilaksanakan untuk meningkatkan bekalan perumahan kos sederhana, Kedai Rakyat 1 Malaysia dan Restoran Menu Rakyat 1 Malaysia telah diperkenalkan tahun lepas.
Bajet 2012 juga menyaksikan Najib mengumumkan pelaksanaan Bantuan Rakyat 1 Malaysia RM500 bagi isi rumah yang berpendapatan dibawah RM3,000 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM2.6 bilion.
Kepulangan Jamaluddin berkemungkinan menyaksikan Putrajaya akan melaksanakan langkah-langkah pengurangan kos sara hidup.
Anifah juga berkata langkah itu telah diluluskan oleh perdana menteri dan sekarang dikemaskini Jabatan Negara Amerika Syarikat.
Jamaluddin digugurkan daripada Kabinet oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya umum 2008 dan dinafikan majoriti dua pertiga di Parlimen.
Tetapi Najib melantik Jamaluddin sebagai Duta Malaysia ke tempat rakan perdagangan keempat terbesar dan pelaburan asing terbesar selepas menerajui kepimpinan negara pada April 2009.
Perdana menteri telah mengadakan beberapa mesyuarat dua hala dengan Presiden AS Barack Obama, terbaru semasa menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) Keenam pada November lalu di Bali.
Antara pemimpin lain di bawah pentadbiran Najib adalah bekas presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu dan bekas presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting yang yang ditugaskan di Asia Selatan dan China.
__________________
[CENTER][SIZE="3"][url="http://bit.ly/mymlvpn"][color="Red"][B]SUNLIGHTVPN-Unlimited BANDWIDTH QUOTA for Celcom Pre&Postpaid NOW!(KLIK SINI)[/B][/color][/url]
[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=372979"][B][COLOR="RoyalBlue"]Homestay Murah Di Malacca Perfect Homestay @ Bandar Melaka (KLIK SINI) [/COLOR][/B][/URL]
[URL="http://www.getahsabah.com/?ref=investment"][B][COLOR="Magenta"] MENCARI PELABURAN DENGAN PULANGAN [COLOR="Purple"]5%-7% SETIAP BULAN (KLIK SINI)[/COLOR][/COLOR] [/B]
[SIGPIC][/SIGPIC][/URL]
[B]Celcom SKMM - Call, SMS Murah. Internet RM25/month.Modem. Percuma sebulan (PM ME)[/B][/SIZE][/CENTER]
kalau dia pakai biasa2 je kan bgs....nmpk lagi huduh lak bila dia pakai mcm ni...ke dia ni yg huduh??
__________________
Perlukan Performance part, spare part, GT128, Kriss 110, ACE115...servis dan modifikasi dengan harga termurah...Area Klang-Shah Alam
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE