BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terkini!!! Link pengiraan dan pekeliling ssm baru jpa

SBPA Batal, SSM Ditambahbaikan, setuju?


  • Total voters
    0
Lain macam bunyinye tu bro..
kat jabatan aku, kita sign 60 tp boleh pencen 58..
masa pencen 58 tu semua kita dapat kecuali pencen bulanan kena tunggu umur 60 tahun la baru dibayar..

ini salah faham bro.. even KPP aku arituh pun dok paham camnih..
yg sebetulnya gini...

Sign jaa option utk pencen kat mana2 umur pun.. 56,58,60

tetiba dah kaya memorek(wat contoh) umur 50 nak pencen....

ok pada umur 50 yg akan dapat...

1. Wang ganjaran
2. GCR

masa pun berlalu...living happily ever after...
umur pun dah sampai 55 tahun... maka dapat laa surat mengatakan..
pencen bulanan tuan akan start dibayar...

Agak2 bulih paham tak nih... rasanya sesantai mungkin doh ayat aku guna nih heheh...

So mesti akan tertanya2 apa lebihnya pencen pada umur 60 ????:-?

1. Wang ganjaran dpt lebih
2. Dpt makan gaji sampai umur 60
3. Kerja lebih lama dari org yg sign 56,58


Ok berbalik pada contoh tuan plop...

katakan sign 58... n staff tuh kerja sampai umur 58...
so pada umur 55 di takkan dapat apa2 pun pasal dia masih lagi kakitangan awam.. pasal still berkerja
n pada umur 58 tuh yg dia dpt

1. ganjaran
2. GCR
3. Pencen terus dibayar..
 
Last edited:
ini salah faham bro.. even KPP aku arituh pun dok paham camnih..
yg sebetulnya gini...

Sign jaa option utk pencen kat mana2 umur pun.. 56,58,60

tetiba dah kaya memorek(wat contoh) umur 50 nak pencen....

ok pada umur 50 yg akan dapat...

1. Wang ganjaran
2. GCR

masa pun berlalu...living happily ever after...
umur pun dah sampai 55 tahun... maka dapat laa surat mengatakan..
pencen bulanan tuan akan start dibayar...

Agak2 bulih paham tak nih... rasanya sesantai mungkin doh ayat aku guna nih heheh...

So mesti akan tertanya2 apa lebihnya pencen pada umur 60 ????:-?

1. Wang ganjaran dpt lebih
2. Dpt makan gaji sampai umur 60
3. Kerja lebih lama dari org yg sign 56,58


Ok berbalik pada contoh tuan plop...

katakan sign 58... n staff tuh kerja sampai umur 58...
so pada umur 55 di takkan dapat apa2 pun pasal dia masih lagi kakitangan awam.. pasal still berkerja
n pada umur 58 tuh yg dia dpt

1. ganjaran
2. GCR
3. Pencen terus dibayar
..


Katakan ketika masih staf gomen, dan tengah2 memorek kita meninggal pada umur 57 thn, kira camne plak ?..
x dpt merasa apa2 tu ?


..
 
Last edited:
kalu meninggal tuh dah dikira kes lain bos....
rasanya kalu meninggal .. semua kelayakan dibayar...

amber tok pasti plop kes meninggal nih.. tp base on opismate punya kes
suami dia (bomba KB17) meninggal pada umur tak silap 38 tahun...
pencen mmg terus dpt.. kat isteri dia.. tp skek jer laa... dia ada kiraan lain utk kes meninggal
pasal GCR n Ganjaran tuh tak pasti
 
agaknya semua dah sain opsyen SBPA walaupun tarikh dilanjutkan sampai 15 Januari. dan sekarang dah senyap isu pasal SBPA ni. agak2 korang, gaji SBPA akan dapat tak time gaji Januari ni?
 
Facebook KPPA

Berhubung dengan cadangan untuk penambahbaikan skim-skim PA saya bercadang mewujudkan kumpulan separa profesional. Ini bagi mengkelompokkan skim-skim yang kemasukan asasnya adalah STPM, Diploma dan SPM+Sijil. Bagi kemasukan menggunakan kelayakan asas PMR dan SPM dikekalkan sebagai kumpulan pelaksana. Apa pandangan rakan-rakan semua.



APA KATA ANDA SEMUA??
 
Cuepacs minta skim sbpa bagi pensyarah ipta dikaji semula

06 Januari 2012

Bernama
5/1/2012


PUTRAJAYA, 5 Dis (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mengkaji semula Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi semua pensyarah gred 54 ke bawah di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata ini kerana skim itu dilihat seolah-olah tidak mengambil kira kesarjanaan dan kekananan seseorang pensyarah.

"Oleh sebab itu, Cuepacs meminta supaya satu pertemuan diadakan antara Majlis Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu.

"Kita juga berharap dapat mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengusulkan prinsip peralihan tangga gaji yang saksama dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Pemantapan Skim Perkhidmatan Universiti Bil 1/2002 di sini.

Omar berkata beberapa perkara dibincangkan dalam pertemuan beliau dengan MAAC itu.

Beliau berharap JPA dapat mengambil kira kekananan dan kesarjanaan 29,000 pensyarah di Malaysia dalam melaksanakan perpindahan tangga gaji di bawah skim baru itu.

"Pensyarah penting kerana mereka membentuk pemimpin negara di masa akan datang, oleh itu, kebajikan mereka perlu dijaga," kata Omar.

Sementara itu, Pengerusi MAAC Profesor Madya Dr Razli Che Razak berkata setelah meneliti kandungan SBPA, beliau mendapati hasrat Perdana Menteri, iaitu semua penjawat awam mendapat kenaikan gaji antara tujuh dan 13 peratus menerusi skim tersebut, tidak dapat dinikmati kumpulan pensyarah berkenaan.

"Apa yang penting juga, kita harap agar kenaikan gaji di kalangan pensyarah dapat dikira mengikut kesarjanaannya dan pengalamannya," katanya.

Beliau berkata prinsip peralihan tangga gaji untuk gred 54 ke bawah dalam skim perkhidmatan universiti adalah termasuk DS, DM, DU dan DUG.

-- BERNAMA

LINK
 
Cuepacs minta skim sbpa bagi pensyarah ipta dikaji semula

double post
 
Last edited:
Cuepacs minta skim sbpa bagi pensyarah ipta dikaji semula

tripple post
 
Ade sapa2 kat sini yang ada tangga gaji baru skim kejuruteraan ye..?
Ved masih belum menerima borang opsyen untuk di tandatangani lagi sebenarnya...
 
Back
Top
Log in Register