BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terkini!!! Link pengiraan dan pekeliling ssm baru jpa

SBPA Batal, SSM Ditambahbaikan, setuju?


  • Total voters
    0
sign..sign...:)paid:)paid

aku xpaham dengan omar osman ni. xkan gaji bos dengan pekerja nak sama rata? :-?:-?

la ni baru tau dia keje kat mana.. macam2 hal. takut sangat dengan exit policy, ke dia slalu dapat 70%? :-?
 
btul ke skim baru ni mna2 jawatan yg ada elaun kritikal akn dkurangkn?
 
18 Disember 2011
SBPA: " TUNGGU SEHINGGA KAMI JUMPA PM"
Utusan Malaysia
18/12/2011


SHAH ALAM 17 Dis. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kakitangan awam tidak menandatangani surat opsyen menerima skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sehingga wakil mereka bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, satu pertemuan dengan Najib akan diadakan pada 22 Disember ini di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya dekat sini bagi meluahkan kekecewaan mereka mengenai kelemahan skim baru itu.

Beliau berkata, dalam pertemuan dengan Perdana Menteri itu nanti, pihaknya akan memaklumkan mengenai beberapa kelemahan yang terdapat dalam SBPA kerana ia dibimbangi menganiayai kakitangan awam.

"Saya yakin Perdana Menteri sendiri pun tidak tahu wujudnya kelemahan dalam pengenalan skim ini kerana tidak diberi penjelasan terperinci oleh pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menerangkan kepada beliau dan kami yakin beliau akan faham dengan masalah kami.

"Justeru, kami menggesa setiap kakitangan awam supaya tidak menandatangani surat opsyen menerima skim berkenaan sehingga kami selesai pertemuan dengan Perdana Menteri," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kali Ke-11 Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) di Hotel Carlton Holiday di sini hari ini.

SPBA diumumkan oleh Najib pada pembentangan Bajet 2012 Oktober lalu yang menjanjikan skim gaji lebih baik berasaskan merit serta kenaikan tahunan di antara RM80 dan RM300.

Omar berkata, menerusi SBPA mereka yang menerima markah kurang daripada 70 selama tiga tahun berturut-turut selepas dibuat penilaian oleh pegawai mereka akan dinasihatkan untuk bersara awal.

"Ini hanya akan mewujudkan budaya bodek pegawai dan selepas ini kita akan lihat ramai kakitangan sokongan keluar untuk minum teh tarik bersama pegawai mereka di kantin pejabat supaya mereka akan dinilai dengan markah yang baik setiap tahun.

"CUEPACS bukan menolak cadangan untuk mewujudkan kakitangan awam berprestasi tinggi tetapi kami yakin ada cara lain untuk menentukannya," jelasnya.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S.Subramaniam ketika ditemui pemberita di Seri Kembangan hari ini berkata, CUEPACS perlu menjelaskan secara lebih terperinci kepada kerajaan berhubung rasa tidak puas hati terhadap SBPA supaya ia dapat ditangani secepat mungkin.

Beliau berkata, perbincangan lanjut dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merupakan antara cara terbaik dalam membantu kerajaan mengambil langkah yang dapat menggembirakan semua pihak.

"Tujuan kerajaan ialah untuk membuat penambahbaikan dan peluang tambahan kepada anggota perkhidmatan awam, tetapi kalau ini mendatangkan isu, CUEPACS kena jelaskan kepada kerajaan supaya perkara itu boleh ditangani dan semua orang puas hati," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Antarabangsa Dr Ambedkar di Seri Kembangan hari ini.

sumber

Yg nak tunggu, tunggu la sehingga habis tempoh diberikan..
Lusa aku nak sign terus..
 
sign..sign...:)paid:)paid

aku xpaham dengan omar osman ni. xkan gaji bos dengan pekerja nak sama rata? :-?:-?

la ni baru tau dia keje kat mana.. macam2 hal. takut sangat dengan exit policy, ke dia slalu dapat 70%? :-?

:)cgrock:)cgrock:)cgrock
:)paid:)paid:)paid
..
 
sign..sign...:)paid:)paid

aku xpaham dengan omar osman ni. xkan gaji bos dengan pekerja nak sama rata? :-?:-?

la ni baru tau dia keje kat mana.. macam2 hal. takut sangat dengan exit policy, ke dia slalu dapat 70%? :-?

memei arr... tp pelarasan gaji x dijelaskan...#:-S, dlm erti bahasa, tangga gaji sbnr SBPA khusu bg golongan Pelaksana x diterangkan dgn jelas... Golongan bos2 memey la ade.. dah la tinggi mencanak.. makin kaya plak..tuh belum tambah income kroni2 lagik...:(scam~X(:(scam
 
aku tak pasti korang dah tgk latest pasal penilaian prestasi dan pergerakan gaji yg jpa keluarkan nih...
aku baru jelas sikit pasal penilaian prestasi dan pergerakan gaji.. kalau awal2 bg tau mcm ni takdelah huru-hara...

http://www.jpa.gov.my/docs/spp/2011/spp082011.pdf

ANTARA ISI:


11. Buat permulaan, penilaian multi rater ini diperkenalkan kepada pegawai di Gred 1-6 dan ke atas. Bagi pegawai di Gred 1-5 dan ke bawah, pelaksanaan penilaian multi rater akan dipertimbangkan mengikut kesesuaian.



12. Bagi tujuan penilaian, hanya dua (2) sumbangan idea kreatif/ inovatif yang utama perlu disenaraikan oleh PYD dan pemberian markah adalah berdasarkan skala penilaian antara 1 hingga 5.



Fungsi Dan Kuasa Panel Pembangunan Sumber Manusia
26. Fungsi dan kuasa PPSM adalah seperti berikut:

a) memberi perhatian yang teliti dan pertimbangan yang mendalam untuk memastikan penilaian dibuat dengan betul dan teratur, tanpa sebarang unsur penganiayaan;

b) mengesahkan pemarkahan bagi pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi berdasarkan pencapaian KPI dan markah penilaian prestasi seseorang PYD. Sekiranya terdapat keraguan dan mempunyai asas yang kukuh PPSM boleh mengubahsuai dan menyelaras markah berkenaan;

c) dalam situasi di mana PYD memperoleh markah prestasi kurang 70 peratus, PPSM perlu menjalankan siasatan atau apa-apa tindakan bersesuaian untuk memastikan tiada sebarang unsur penganiayaan dalam pelaksanaan penilaian prestasi pegawai. PPSM hendaklah melantik pegawai penilai lain yang bersesuaian bagi membuat penilaian prestasi khas terhadap PYD yang berprestasi kurang 70 peratus untuk tempoh selama enam (6) bulan;

d) mengesyor atau menentukan penempatan dan pembangunan kerjaya sesuai dengan potensi, kebolehan, keistimewaan serta kemajuan pegawai;

e) mengesyorkan bimbingan dan kaunseling dengan tujuan memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi dan motivasi pegawai;

f) menentukan kelayakan atau kesesuaian untuk pergerakan gaji, pingat, bintang kebesaran, anugerah dan surat penghargaan; dan
g) mengenal pasti dan merancang keperluan latihan pegawai.

27. Keputusan PPSM adalah muktamad kecuali jika dapat dibuktikan bahawa keputusan itu telah dibuat berasaskan kepada maklumat yang salah.





j) Laporan Pemeriksaan Kesihatan
i) Laporan pemeriksaan kesihatan ini adalah untuk diisi oleh PYD yang berada dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 1-6 atau setaraf) sahaja.
ii) PYD dikehendaki mengesahkan pemeriksaan kesihatan yang telah dijalani dalam tahun penilaian dengan melampirkan laporan pemeriksaan kesihatan yang berkenaan dalam borang LNPT.
k)
 
Update: rupa2nya bini aku yang salah faham,,,kerani pun dikatakan agak tension digasak berbagai soalan


jaga2 baru tadi bini aku g taklimat SBPA,,,

kerani dia sendiri (yang buat gaji) kurang faham, perbezaan antara pemindahan dari SSM ke SBPA dan Pergerakan Gaji tahunan (TPG):

kefahaman kerani bini aku, mengikut apa yang diceritakan:

1. Tiada TPG pada tahun 2012, dan bini aku akan trima gaji SBPA pada April 2011 kerana TPG bini aku April ni.


correction:
  • Gaji SBPA berkuatkuasa pada 1 januari 2011 masa ni gaji penerima opsyen dah gaji SBPA,
  • dan akan dapat 1 lagi kenaikan pada TPG masing2...
  • contohnya kalau Pemindahan dari SSM ke SBPA = 2300, apabila PGT maka akan naik ke 2425....(ini contoh ye)
  • Perkara ini jelas di dalam pekeliling,,,
    Kaedah Pemindahan Gaji Dan Tarikh Pergerakan Gaji
    Pekeliling Guru

    47. Kaedah pemindahan gaji bagi pegawai yang TPG pada 1 Januari termasuk pegawai yang dinyatakan di perenggan 46 di atas, gaji pegawai dipindahkan ke gaji SBPA mengikut prinsip di perenggan 44 di atas dan kemudian pegawai diberi Kenaikan Gaji Tahunan (KGT).
    64. Bagi maksud pemindahan gaji ke JGS pada 1 Januari 2012, PPP diberikan satu Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.
    68. TPG tahunan iaitu pada 1 Januari, 1 April, 1 Julai dan 1 Oktober adalah dikekalkan.

2. Gaji bulan 1 hingga 3 adalah gji ssm, dan pada bulan 4 baru gaji SBPA.

Correction: Bulan 1 dah dikuatkuasakan SBPA. sepatutnya pada bulan satu sudah menggunakan JGS (jadual gaji sebaris) SBPA...
seperti dalam pekeliling:

  • Tengok perkara 64 di atas


  • [*]TARIKH KUAT KUASA

    113. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012.
  • Borang Opsyen
    BAHAGIAN B
    4. Tuan/puan dengan ini ditawarkan Saraan Baru Perkhidmatan Awam dari skimn perkhidmatan ................................................... ke skim perkhidmatan
    ................................................... berkuat kuasa pada 1 Januari 2012. Gaji tuan/puan
    mulai 1 Januari 2012 ditetapkan seperti berikut:

ini hanya huraian aku....bak kata orang putih,,,in my humble oppinion, nanti bini aku akan g tanya kerani dia, untuk pebjelasan,,,
 
Last edited:
68. TPG tahunan iaitu pada 1 Januari, 1 April, 1 Julai dan 1 Oktober adalah dikekalkan.

yang ni tak faham langsung maksudnya..
sebab kebanyakan staf tpg nya berubah selepas sbpa.. ada di awalkan, ada di lewatkan..
 
68. TPG tahunan iaitu pada 1 Januari, 1 April, 1 Julai dan 1 Oktober adalah dikekalkan.

yang ni tak faham langsung maksudnya..
sebab kebanyakan staf tpg nya berubah selepas sbpa.. ada di awalkan, ada di lewatkan..

ini adalah formula dari pembuat SBPA...T lain, bulan lain,,,

sebab banyak T...gaji sama, ada senior dan ada junior...

ada yang dapat 1 Januari, 1 April, 1 Julai dan 1 Oktober....

yang awal tu senior le,,,walau gaji sama ngan junior...
 
Back
Top
Log in Register