BTC USD 84,849.6 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SCAM (Pending withdrawal more than 1 month) : IntelFX - intelfx.com

ni mangkuk ayun mane lak nih, wat2 xphm konon :eek::eek::eek:

Kawan.Teejay memang wujud.Tanya IB,tanya staff Intelfx,jika mereka bercakap benar kerana Allah Taala,memang mereka akan cakap akaun dan individu ini wujud dan memang benar akaun beliau telah di disable.Cuma kamu di sini telah termakan dengan alasan Owner Intelfx.Yang pos di forum ni,memang dia yang pos sendiri.
 
Tapi sebelum tu, contact Malaysia Book Of Records...ckp ngan diaorg nilah thread forum yang paling panjang kat Msia...bermula dari elok citernya sampai jadi citer yg menimbulkan kemarahan audiens...hero lari ntah ke mana...sedangakan heroin telah dirogol beramai2

Selalunya, dalam mana-mana filem, time hero dengan heroin tengah lari nak selamatkan diri, ada je masalah dengan heroin, biasanya heroin akan terjatuh pastu hero kena patah balik pergi tolong..
 
Azuan ada kat bawah tu...

Currently Active Users Viewing This Thread: 39 (19 members and 20 guests)
MKO, msapar, abcfx, Azuan.IntelFX, kawe78, zxcv, gonjz, Pak Wan, USD, zulqarnain, abuali, ignorexx, mosan1866, oldskoolrocka, rage^, yazaedar

tgh karang ayat kot :-?
 
IntelFX Management

Kepada pelanggan yang dihormati,

Kami di pihak pengurusan IntelFX memohon maaf diatas segala kesulitan yang berlaku terutamanya dari segi pengurusan deposit dan pengeluaran wang. Ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat kami elakkan.
Disini kami akan menerangkan secara terperinci diatas segala kesulitan yang kami hadapi.

Pertamanya, IntelFX telah diancam oleh pihak yang mahu menjatuhkan IntelFX dengan membuat laporan kepada pihak polis dan juga kepada Bank Negara Malaysia (BNM).

Keduanya, ada pihak yang telah menggunakan serangan secara halus terhadap kami.

Ketiganya, ada juga pihak yang telah mengancam keselamatan kami dengan pelbagai ugutan dan yang keempat, ada pihak yang setiap hari cuba menceroboh akaun-akaun kewangan kami dan juga server operasi kami.

Kami juga menghadapi masalah kewangan yang teruk disebabkan oleh sistem data kami telah diceroboh dan semua data serta baki semasa wang pelanggan telah diubah menyebabkan kami terpaksa menanggung kos kerugian yang besar.
Akaun Liberty Reserve kami juga telah digodam dan semua wang didalam akaun tersebut telah dikosongkan.

Seperti yang sedia maklum, ada pihak yang telah menghantar laporan polis serta menghantar aduan operasi syarikat kami kepada BNM. Dengan adanya laporan sedemikian, pihak kami terpaksa mengambil langkah berhati-hati dengan menutup semua operasi kami di Malaysia. Pihak tersebut cuba mengambil kesempatan diatas nama undang-undang Malaysia dengan membuat aduan kepada polis dan BNM kerana seperti yang kita semua maklum perniagaan Forex adalah tidak dibenarkan di Malaysia. Pihak tersebut mengambil peluang tersebut dengan memperkenalkan jenama syarikatnya dan mempengaruhi pelanggan-pelanggan IntelFX.

Kami juga telah dianiaya oleh pihak yang iri hati dengan pelbagai serangan secara halus ke atas kami dan keluarga. Kami juga telah diancam pelbagai jenis ugutan yang mengancam keselamatan kami dan keluarga.

Pihak kami juga terpaksa menanggung kerugian yang besar disebabkan oleh penceroboh yang telah menceroboh akaun pelanggan dan melakukan trading menggunakan lot yang maksima dan menyebabkan akaun pelanggan mengalami kerugian. Disebabkan itu kami terpaksa menanggung semua kerugian pelanggan kami dengan mengembalikan kerugian tersebut. Semua order yang dilakukan oleh pelanggan adalah 100% di hedge oleh IntelFX. Jadi sekiranya pelanggan kami mendapat keuntungan, kami juga akan mendapat keuntungan dan begitu juga sebaliknya. Disebabkan oleh hacker itu, kami terpaksa menanggung kerugian 2 kali ganda.

Disebabkan oleh hal sedemikian seperti kami nyatakan di atas, kami terpaksa berundur diri atas keselamatan kami dan keluarga. Semua pengeluaran yang dibuat oleh pelanggan, kami terpaksa menangguhkannya untuk satu tempoh yang kami akan beritahu kelak. Semua wang anda akan dibayar sepenuhnya tetapi secara berperingkat dan hanya wang deposit sahaja akan dibayar tanpa melibatkan wang keuntungan. Kerugian semasa yang dialami tidak akan ditanggung oleh pihak IntelFX. Pembayaran akan dilakukan menggunakan LibertyReserve sahaja.

Sekian terima kasih dan sekali lagi kami memohon kemaafan diatas apa yang terjadi.

Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.


FNZ Bancorp Limited.
http://www.intelfx.com
[email protected]
 
"Seperti yang sedia maklum, ada pihak yang telah menghantar laporan polis serta menghantar aduan operasi syarikat kami kepada BNM. Dengan adanya laporan sedemikian, pihak kami terpaksa mengambil langkah berhati-hati dengan menutup semua operasi kami di Malaysia."

lawak2 ...polis & bnm pun tak tau pasal intelfx
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.13910
USD / JPY
157.285
GBP / USD
1.32505
USD / CHF
0.82827
USD / CAD
1.41455
EUR / JPY
179.163
AUD / USD
0.70460
Back
Top
Log in Register