BTC USD 62,758.2 Gold USD 2,343.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE Kes Lawan Arus Jalan : Ng Pei Ven negatif dadah

sekam padi

Super Active Member
Messages
8,899
Joined
Dec 17, 2006
Messages
8,899
Reaction score
252
Points
91
image.jpg

17342798_1319784361433779_4659002654795776168_n.jpg


17155159_1847018022188776_6857670916937790471_n.jpg


sebelum accident


selepas accident


17202744_1684496444900031_4342272413748076526_n.jpg

khabarnya ini driver celaka tu ...

PERMATANG PAUH - Seorang lelaki maut manakala lima yang lain cedera dalam satu kejadian kemalangan membabitkan empat buah kereta, sebuah van kilang dan sebuah motosikal di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Sungai Dua pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kemalangan tersebut kira-kira jam 7.50 pagi tadi.

"Siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Proton Gen2 dipercayai memandu dengan melawan arus dari arah bertentangan iaitu dari Sungai Dua menghala ke Butterworth, apabila tiba di lokasi kejadian kereta yang dipandu seorang wanita itu kemudiannya dipercayai melanggar sebuah kereta jenis Perodua Kelisa yang dipandu mangsa yang berumur lingkungan 26 tahun itu.

"Perlanggaran tersebut mengakibatkan kereta yang dipandu mangsa terbabas ke kiri jalan dan pada masa sama berlanggar dengan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki," katanya.

Katanya, pada masa sama, kereta jenis Proton Gen2 itu hilang kawalan dan menyebabkan ianya berpusing dan melanggar dengan dua buah kereta dan sebuah van kilang.

"Mangsa yang memandu Perodua Kelisa tersebut dikenali sebagai Mohamad Fandi Rosli berusia 26 tahun itu mengalami cedera parah dan disahkan meninggal di tempat kejadian.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat," katanya.

Katanya, mangsa lain yang terlibat mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Seberang Jaya.

"Pemandu Gen2 kini masih ditahan dan kini sedang dirawat di Hospital Bukit Mertajam.

"Siasatan lanjut mengenai kes ini masih dijalankan dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/seorang-maut-lima-cedera-kemalangan-1.642926
 
Mahkamah lepaskan amoi tuduhan masukkan dadah

12517ramdzan1_1494559533.jpg


12 MEI - MAHKAMAH Majistret Bukit Mertajam, hari ini melepas dan membebaskan Ng Pei Ven, 19, atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan ketika memandu melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan maut di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan dekat Permatang Pauh, 14 Mac lalu.


Majistret Jamaliah Abd Manap membuat keputusan itu selepas mendapati ujian saringan air kencing tertuduh negatif selepas diberitahu Timbalan Pendakwaraya Kamaliza Md Zin.

Jamaliah kemudiannya meminta wang jaminan sebanyak RM5,000 yang dikenakan dikembalikan.

Pada 17 Mac, Pei Ven mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengambil dadah jenis amphetamine sewaktu kejadian.

Mengikut pertuduhan, Pei Ven didakwa memasukkan dadah jenis amphetamine ke dalam badan namun tertuduh minta dibicarakan.

Bagi kesalahan itu dia dituduh di bawah seksyen 15 (1) (a)Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sementara itu, bagi pertuduhan kedua iaitu memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian Mohamad Fandi Rosli,36,mahkamah menetapkan 5 Julai depan untuk sebutan semula bagi serahan dokumen.

Tertuduh diwakili peguam Parmjit Singh Mahinder.

Dalam kejadian 7.50 pagi 14 Mac lalu, tertuduh memandu melawan arus sejauh lima kilometer dari Plaza Tol Sungai Dua menghala ke Butterworth.

Dia kemudian merempuh Perodua Kelisa dan menyebabkan kematian pemandunya Mohamad Fandi.


http://www.hmetro.com.my/utama/2017/05/228756/bebas-tuduhan-guna-dadah

Last edited:
Sponsored Post

dah tgk video tu..
merapu tul gen2 biru tu...:mad:

Amoi lagi. Hari tu kat Kl yg lawan arus guna kete BMW kat KL seorang meninggal amoi jugak. Kat JB yg langgar budak 8 orang meninggal pun amoi jugak. Elok haramkan aje amoi bawak kereta.

BUTTERWORTH: Like a car chase scene in a Hollywood movie, a teenage girl drove her car against traffic along the North-South Expressway, smashing into six vehicles killing one person.

Central Seberang Prai district police chief ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid said a urine test showed the 19-year-old girl was high on methamphetamine.

Police said the girl was believed to be doing more than 110kph along the highway, driving with her hazard lights on.

Other motorists watched in shock and disbelief as her Proton Gen.2 plowed into other cars and a motorcycle.

Videos of the incident were also spread on social media.


The incident happened at 7.50am. She was spotted driving against traffic in the Butterworth to Sungai Dua direction along the fast lane of the PLUS highway.

While a few motorists managed to avoid her, the others were not so lucky as she was speeding.

She first crashed into a Perodua Kelisa head-on. The driver, Mohamad Fandi Rosli, 26, from Sungai Petani, died on the spot, with his body partially thrown out of his vehicle.

After smashing into the Kelisa, the Gen.2 car spun around a few times before colliding with a Hyundai Sonata, Perodua Kenari and a Nissan.

Nik Ros said the other drivers suffered light injuries and were sent to the Seberang Jaya Hospital for treatment.

He said a 27-year-old male motorcyclist was also injured.

Amazingly, the teenager escaped unhurt and has been detained for questioning.

Video Player


http://www.freemalaysiatoday.com/category/...ng-n-s-highway/
 
Last edited:
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register