View Single Post
  #4  
Old 27-03-2011, 01:19 PM
hafizan78 hafizan78 is offline
Legendary Member

hafizan78's Avatar
 
Trader Rating: (24)
Join Date: Apr 2009
Posts: 11,594
Poster Rank: #216
Thanked 145 Times
Active Level
Default

Ubant Kencing Manis Tidak Berguna?

Apa sudah terjadi kepada para pakar perubatan? Ramai daripada mereka bukan lagi berhati ikhlas untuk menyembuhkan keadaan pesakit! Mereka cuma mementingkan keuntungan sahaja! Mereka cuma buta-buta mengeluarkan ubat kepada pesakit seperti yang dicadangkan oleh pengilang ubat.

Kebanyakan ubat kencing manis yang diambil oleh pesakit kencing manis adalah untuk tujuan pengawalan paras gula dalam darah sahaja. Ubat-ubat kimia tersebut hanya boleh bertindak untuk sementara sahaja, apabila kesan ubat itu berkurangan atau hilang, paras glukosa darah akan melampung naik lagi...

Apa yang menyedihkan adalah kesan sampingan jangka masa panjang yang dibawa oleh ubat kencing manis tersebut. Kesan sampingan ini kerap dinafikan oleh pengilang ubat dan mereka kerap salahkan kepada pesakit atas faktor-faktor yang lain...

Adakah ubat kimia merupakan satu-satunya Penawar Kencing Manis yang ada? Apakah jalan alternatif lain yang semulajadi dan selamat?

Ubat Kencing Manis- Metformin
Metformin merupakan ubat kencing manis yang paling utama bagi pesakit diabetes, khasnya pesakit Type 2 Diabetes. Fungsi ubat ini adalah untuk menghalang proses penghasilan glukosa daripada glikogen di dalam hati. Selain daripada itu, ubat kencing manis ini turut merangsangkan sensitiviti reseptor insulin pada permukaan membran sel.

Pembukaan Pintu Glukosa pada permukaan membran sel adalah dikawal oleh reseptor insulin, ia hanya akan dibuka selepas insulin berpaut dengan reseptor tersebut. Pesakit Kencing Manis mengalami satu keadaan yang digelar rintangan insulin di mana reseptor insulin menjadi kurang sensitif dalam menarik insulin. Apabila insulin tidak dapat masuk ke dalam sel-sel badan untuk tujuan penghasilan tenaga, ia akan dilantun kembali ke dalam saluran darah dan menyebabkan peningkatan bacaaan gula darah.

Gula lebihan yang tidak boleh digunakan ini akan disingkir keluar melalui kencing dan menghasilkan kencing yang manis yang menjadi kegemaran semut-semut.

Pesakit diabetes biasa perlu bergantung kepada ubat kencing manis seperti Metformin untuk sepanjang hidup mereka ada kepekatan dos ubat itu akan semakin bertambah sehingga satu hari di mana buah pinggang sudah rosak dan tidak boleh menyingkirkan sisa ubat ini. Masa itu, doktor akan mula nasihatkan pesakit tersebut untuk mula suntikan insulin.

Last edited by hafizan78; 03-03-2012 at 08:57 AM..
Reply With Quote