BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keringnya Tasik Galilee = Turunnya Nabi Isa

well, lebih baik kita tunggu je Dajal keluar tu sendiri..baru dapat tahu yang mana betul yang mana salah..

banyak dah dajal yang kuar skang nih..:D..yg kena pedajal pun ada gak...

btw..sesetengah yg aku baca pada muka depan tuh penuh dengan unsur israeliyat...dalam bible...bab yang terakhir dalam new testement pun ada sebut..jika sungai galilee kering maka akan turunnya jesus..yang akan memerintah kerajaan jerusalem yang baru...apa nama tajuk dalam bab akhir tuh aku dah lupa...
 
Camana topik ni? dah dpt kesimpulan ker? TT masih beraya kot..
mintak TT jelaskan lah cepat2..nnt lagi byk yg terpesong..
 
harap tt boleh la sharekan kepada semua orang maklumat tersebut.

bila tt sendiri 'mempromosikan' teknik keris telah menghasilkan keuntungan pada anak-anak buah tt dalam forex, saya dah mula musykil. apa tujuan diceritakan teknik keris di sini...adakah teknik keris ni boleh didapati percuma, bolehke teknik ni mudah dipelajari...

apa tujuan thread ni di buka bila byk benda masih lagi tt jadikan soalan yang tak berjawab....

just my 2 pips, cewahh...;)
 
4-11.jpg


baru perasan

nape plak nabi isa kene menyebarkan injil/taurat asli ni sbgai kitab suci umat islam....

artikel tu terpesong betol la..
 
Assalamualaikum semua...

Apahal lah korang ni ?
Belum pun habis 3 hari forum ini ditinggalkan KERANA SAMBUTAN 1 SYAWAL 1430 HIJRAH,
dah pun ada kekeliruan yang timbul...

Ingat...
Forum ini diselit2 dengan kiriman ahli2 lain juga,
jadi mereka yang tiada kefahaman biasanya akan menganggap ini sebagai 1 benda yang baru.

Segala kekeliruan yang ditimbulkan akibat dari kiriman orang lain itu,
hal itu rujuk balik ke pautan senarai komen saya di...
Link tugasan di mukasurat pertama di pos-ke 5 itu...

Tolong lah jangan kerana kiriman pos orang lain,
menyebabkan minda anda terawang2 dan...
Menganggap ia 1 kekeliruan...

Bacalah balik apa tujuan utama forum ini dicipta...
Nanti saya akan sambung balik komen ini,
dan ingat lagi,
jangan lena dan main2 kerana masa yang ada untuk anda tinggal tak banyak.

Bersambung di masa terdekat...
Sebab saya nak review balik apa yang anda semua kirimkan...
 
Ulama' yg tinggi ilmunya spt TGNA, Dr Harun Din pun tak menyembunyikan ilmu, kalo sedara dah jumpa hadith tu sila letakkan di sini, jgn berpura2 spt tahu, tapi sebenarnya tak tahu. Peringatan buat diri ku sendiri, jgn sombong dgn ilmu yg Allah beri pinjam kpd kita.

Moga2 Allah selamatkan kita semua dpd azab siksa api neraka. Amin..

Maaf jika bahasa agak sinis.. Maaf zahir & batin.. :)


KOMEN TERIKINI:

FORUM INI BARU SAHAJA DI TANGGA PERTAMA,
ADA 1 JUTA TANGGA LAGI BELUM DICERITAKAN.

SILA RUJUK SENARAI KOMEN SAYA DI POS KE-5 DI MUKASURAT PERTAMA,
SOALAN ANDA INI SUDAH ADA JAWAPANNYA.

AIR YANG PANAS,
ADALAH TIDAK BAIK UNTUK DIMINUM LAJU2,
akan matilah deria2 di lidah anda,
bila matinya deria2 di selaput itu,
maka kurang mujarablah lidah anda untuk mengenalpasti "rasa"...

BEGITULAH JUGA ILMU,
KALAU ILMU DARJAH 1 PUN NAK DIAJAR SAMPAI 1 TAHUN,
ITU PUN BELUM HABIS MURID2 PAHAM,
INIKAN PULA NAK MENGENAL TANDA2 AKHIR ZAMAN YANG SEMAKIN DILUPAKAN?

BERAPA RIBU MANUSIAKAH KALAU FORUM INI TAK SAYA DEDAHKAN,
MAKA MASIH RAMAI UMAT NUSANTARA YANG TAKKAN TAHU SEMPADAN TANDA2 BESAR INI ?
bukan semua tak tahu (tapi "kebanyakannya" tak tahu pun..)
bila tak tahu,
maka potensi untuk DAJJAL menguasai diri anda amatlah cerah...

BANYAKKAN LAH MEMBACA KAUM KERABAT KU,
DAN KAITKANLAH DENGAN SUMBER ALQURAN, HADIS, SAINS, DAN...
...DAN KAITANNYA DENGAN PERISTIWA2 YANG BAKAL ANDA LALUI,
DAN sebahagian peristiwa itu SEDANGPUN ANDA LALUINYA...
ada diantara peristiwa2 itu secara tak langsung,
diwatakkan oleh anak2 anda sendiri,
sebagai ASBAB untuk munculnya tanda2 besar,
perhatikan sikap anak2 anda...

BERFIKIRANLAH DENGAN LEBIH WARAS DALAM MEMBERI KOMEN,
DALAM BANYAK2 CERAMAH AGAMA PUN,
CERAMAH TAKKAN HABIS 2 MINIT LEPAS TU SEMUA JEMAAH TERUS FAHAM,
BEGITU JUGA HALNYA DI SINI,
TAKKANLAH DALAM 1 HARI SEMUA BENDE NAK DICERITAKAN SERENTAK ?

SETIAP KOMEN ANDA AKAN MENUNJUKKAN PERIBADI ANDA,
JANGAN RISAU,
SAMPAI MASA SEMUA MANUSIA YANG MENGIKUTI PERKEMBANGAN FORUM INI AKAN SEDAR,
YANG ANDA DIKELILINGI DENGAN SEMUA SISTEM2 DAJJAL,
DAN SEBAHAGIAN BESAR DARI ANDA SEDANG PUN BERADA DI DALAMNYA...

SESETENGAH PENGUNJUNG FORUM INI ADA YANG BEKERJA SIANG,
MALAM BARU DAPAT BACA (DI KALA ITU DAH BANYAK KIRIMAN LAIN DARI ORANG LAIN),
LAIN ORANG PULA KERJANYA MALAM, SIANGNYA TIDUR BEREHAT,
PETANG BARU DAPAT BACA,
JADI DI SITU ADA JURANG (antara kiriman saya dan respon kawan2 lain)

Respon2 itulah yang bakal menyebabkan minda anda terawang2,
sedangkan kehadiran saya di sini adalah untuk menyelamatkan seramai mungkin umat islam yang fasih berbahasa Melayu,
untuk sedar bahawa bahang kehadiran ketiga2 Al-Masih itu,
semakin hari semakin dekat,
sedangkan tanda2 kehadiran mereka bertiga ini,
sudah pun ada di keliling anda,
dan ramai lagi tak tahu walaupun forum ini sudah pun diapungkan di internet,
dan anda harus ingat,
forum yang saya buat ini,
belum pun berusia 1 minggu...

Maka,
apa yang saya kirimkan ini (yang lepas atau akan datang),
cetak & ulang bacalah balik di rumah,
bukankah saya dah berpesan di mukasurat pertama,
kalau tak percaya kiriman pos saya di mukasurat pertama,
beranikah anda pergi Mufti Negeri dan bertanyakan kesahihannya ?,
untuk membuktikan kajian saya dan HADIS SAHIH yang saya huraikan ini benar atau direka2 ,
atau segalanya palsu ?
ADA BERANI BUKTIKANNYA SALAH ?

Sudahkan anda berjumpa mana2 ulamak di tanah Melayu di sini,
yang berani mendedahkan HADIS SAHIH berkenan tasik GALILEE ini,
yang kaitannya teramat2 rapat dengan status kehidupan kita sekarang ?
anak Melayu mana yang anda rasa sudah pun mendedahkan perkara ini kepada masyarakat umum lebih awal dari saya ?
Kalau ada baguslah....
sudahkah anda membuat pembetulan dalam hidup selepas pendedahan ini dilakukan ?

insya Allah ada lah tu...mintak2 janganlah takde langsung...
kalau ada ulamak yang pernah menyatakan kes yang sama seperti pendedahan saya di mukasurat pertama itu,
silalah nyatakan tarikh pendedahannya...
boleh kita lihat seawal mana warningnya pada masyarakat umum.

Inilah pendekatan saya,
kerana kiriman saya akan dibaca oleh lebih dari 2 ribu orang setiap hari,
dan amat besar liputannya berbanding ceramah2 di TV yang hanya selama 1 jam,
itu pun ade yang tak tahan mengantuk,
apakan lagi ceramah2 di surau,
tak sampai 50 orang pun yang sanggup mendengarnya,
itupun masa maghrib sahaja dibuat ceramah,
pendekatan saya berbeza,
saya memilih untuk berdakwah secara "LIVE" setiap hari,
setiap hari beribu2 manusia akan melihatnya,
dan saya harap dalam beratus2 ribu yang membaca artikel saya ini,
maka mereka sudah pun membuat persiapan peribadi dan persiapan untuk keluarga,
terhadap bahang kehadiran tanda2 besar ini.

Mungkin inilah rahmat dari Allah kepada umat Melayu,
lebih2 lagi yang pandai menghayati agama Islam,
mungkin Allah mengilhamkan saya melalui kemudahan internet ini,
untuk memberi salam peringatan kepada umat di sebelah timur,
tentang kehadiran tanda2 besar yang semakin dekat,
ingatlah,
beruntunglah anda semua kerana ada manusia yang masih sanggup ingat-mengingati,
dan saling menasihati,
sesuailah dengan isi kandungan SURAH AL_ASR.

Semoga anda mendapat pedoman dari kehadiran forum kiriman saya ini,
sekiranya ada manusia lain yang anda membaca kirimannya di forum ini,
janganlah sampai terawang2 dan menjadikan anda keliru,
rujuklah ALQURAN & SUNNAH,
insya Allah anda pasti tidak terpesong apakan sesat,
itulah sebabnya,
HADIS tentang tasik ini dan tanda2 besar kemunculan AL MASIH ini,
adalah bertaraf HADIS SAHIH,
iaitu rekod yang amat pasti diyakini benar, betul, dan hak !!!

Bersambung...
 
hadis kalu dipetik mestilah dinyatakan siapa periwayatnya...sapa penulisnya..kalu pakai sebut HADIS SAHIH..semua boleh sebut...sekarang persoalan utama ialah sahih siapa..Bukhari ke..Muslim ke..jika diambil daripada Hadis Sahih,pastikan jelas siapa penulisnya..kalu tak pasti sama ada sahih atau tidak..next time jangan letak HADIS SAHIH..sekadar letak hadis sudah memadai..

soklan lagi..ko amik ni dari kitab ke atau daripada emel..??
 
Last edited:
hadis kalu dipetik mestilah dinyatakan siapa periwayatnya...sapa penulisnya..kalu pakai sebut HADIS SAHIH..semua boleh sebut...sekarang persoalan utama ialah sahih siapa..Bukhari ke..Muslim ke..jika diambil daripada Hadis Sahih,pastikan jelas siapa penulisnya..kalu tak pasti sama ada sahih atau tidak..next time jangan letak HADIS SAHIH..sekadar letak hadis sudah memadai..

soklan lagi..ko amik ni dari kitab ke atau daripada emel..??

ha bagus soalan ini,
soalan ini akan menyebabkan anda semakin rapat dengan pejabat agama,
pergilah masjid dan tanya IMAM BESAR,
pergilah tanya...
dan pergilah tanya hari Rabu ini bila pejabat kembali membuka pintunya...

Insya Allah mereka semua sedia membantu dan menerangkan,
panjangkan artikel saya ini dan bagi mereka baca pun takpe,
saya yakin mereka semua dah pun tahu tapi belum ade usaha pendedahan yang dilakukan secara LIVE sekarang ini,
mungkin "proses" untuk mendedahkannya sudah bermula,
tapi saya yakin pendedahan seperti saya belum ade yang pernah buat pun...

cukuplah kehadiran saya ini sekadar memberi peringatan,
sekadar muqadimah....
dan selebihnya menjadi tugasan peribadi anda sendiri,
samada untuk membuktikan perkara ini salah,
atau...
akhirnya mengakui semua tanda2 ini adalah benar belaka,
tanpa memberitahu kembali kepada saya...

sekiranya anda lemah untuk bersemuka dengan ulamak,
cukuplah dengan menghantar email,
mereka semua insya Allah pasti membalasnya,
anda boleh mulakannya saudara,
dan sebenarnya ramai pun dah bertanya...

Ingatlah,
perkara yang kita cari sendiri akan sentiasa teringat di dalam fikiran,
berbanding dengan perkara2 yang kita dapat dengan senang...

Lihatlah masyarakat kini,
bila didedahkan ramai yang insaf,
dan kembali saling nasihat menasihati,
walaupun sebahagiannya mula mempertikaikannya,
maka sesuailah dengan apa yang Allah turunkan dalam isi kandungan dalam AlQuran,
iailah Surah Lukman,
tentang segala penyakir dan karenah masyarakat.

bersambung lagi...
 
ha bagus soalan ini,
soalan ini akan menyebabkan anda semakin rapat dengan pejabat agama,
pergilah masjid dan tanya IMAM BESAR,
pergilah tanya...
dan pergilah tanya hari Rabu ini bila pejabat kembali membuka pintunya...

Insya Allah mereka semua sedia membantu dan menerangkan,
panjangkan artikel saya ini dan bagi mereka baca pun takpe,
saya yakin mereka semua dah pun tahu tapi belum ade usaha pendedahan yang dilakukan secara LIVE sekarang ini,
mungkin "proses" untuk mendedahkannya sudah bermula,
tapi saya yakin pendedahan seperti saya belum ade yang pernah buat pun...

cukuplah kehadiran saya ini sekadar memberi peringatan,
sekadar muqadimah....
dan selebihnya menjadi tugasan peribadi anda sendiri,
samada untuk membuktikan perkara ini salah,
atau...
akhirnya mengakui semua tanda2 ini adalah benar belaka,
tanpa memberitahu kembali kepada saya...

sekiranya anda lemah untuk bersemuka dengan ulamak,
cukuplah dengan menghantar email,
mereka semua insya Allah pasti membalasnya,
anda boleh mulakannya saudara,
dan sebenarnya ramai pun dah bertanya...

Ingatlah,
perkara yang kita cari sendiri akan sentiasa teringat di dalam fikiran,
berbanding dengan perkara2 yang kita dapat dengan senang...

Lihatlah masyarakat kini,
bila didedahkan ramai yang insaf,
dan kembali saling nasihat menasihati,
walaupun sebahagiannya mula mempertikaikannya,
maka sesuailah dengan apa yang Allah turunkan dalam isi kandungan dalam AlQuran,
iailah Surah Lukman,
tentang segala penyakir dan karenah masyarakat.

bersambung lagi...

jawapan ko tidak memuaskan hati semua orang...soklan pokok masih tak terjawab...hadis mana ko amik..
 
Back
Top
Log in Register