View Single Post
  #372  
Old 17-09-2009, 01:20 AM
armins_eye armins_eye is offline
Active Member

armins_eye's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2006
Posts: 2,207
Thanks (Received):
Likes (Received):
Active Level
My Mood:
Default

Assalamualaikum & Salam Sejahtera pada sidang hadirin sekalian.

Salam keberkatan pada bulan yang mulia bulan Ramadhan.
Selepas penelitian dari forum ini selepas saya tinggalkan 12 jam,
iaitu saya ada tugasan penting di siang hari,
tanpa saya sedari di waktu siang tadi sehinggalah selesai isyak,
sekali lagi forum ini melalui fasa ke-2 nya,
dengan ledakan balasan yang 2 kali ganda dari hari semalam.

Untuk pengetahuan anda semua,
semalam merupakan genap 1 hari thread ini dibuka,
dan jumlah pemerhati pada hari pertama ialah 4 ribu orang ++,
dan pada hari ini jumlah pemerhati yang direkodkan bertambah kepada 2 kali ganda lebih,
dan menjadikannya total 11 ribu pemerhati,
hanya selepas hari ke-2 sahaja...

Alter terahsia ini adalah salah 1 cabang dari ASBAB peristiwa besar itu:
Tahukah wahai saudara2 serumpun ku...
Ini merupakan 1 tenaga rahsia yang dimiliki oleh anak Melayu sahaja.
Kamu sendiri tak sedar betapa dalam diri kamu ini mempunyai 1 tenaga yang tak dapat dikalahkan pun oleh mana2 tenaga lain di luar sana,
yang lazimnya sedang melakukan kerosakan di muka bumi ini,
inilah yang saya namakan alter sulit anak Melayu,
yang baru sahaja anda ledakkan,
dan ini hanyalah 1 per 1000 yang anda pancarkan,
yang mana tenaga ini ada dalam semua darah2 DNA melayu sahaja.
Sekali lagi saya katakan,
sedang asyik kamu semua bersemangat berkobar2...
pancaran inilah yang pasti menjadi ASBAB kejadian besar di kemudian hari.



Pendedahan yang mengkagumkan
tahukah anda,
anda semua amat bertenaga sekali ketika membahaskan tentang dasar utama tajuk forum saya ini,
dan bayangkan,
kalau alter ini saya salurkan pada perjuangan yang akan timbul tak lama aje lagi iaitu ketika 1 hari sebelum hadirnya "peristiwa besar",
cuba layangkan sedikit minda anda ke hadapan.....
letakkan diri anda di atas kuda,
berselendang kuning bertengkolok laksamana, berbaju melayu,
dan bayangkan ketika anda mara ke medan perjuangan,
meninggalkan perkampungan muslim menuju ke utara,
dan anda merupakan salah1 batalion di belakang 1 orang lagi anak Melayu yang yang amat disanjung,
di depan anda seorang pemuda ditakdirkan memegang kalimah putih disalut hitam,
kencang deras meluru kehadapan........
maka apa sahaja kuasa yang ada di hadapannya takkan dapat dikalahkan pun,
dan anak Melayu pasti sentiasa menang,
hanya kalau 1 per 1000 tenaga anda digunakan dari sini,
disalurkan ke medan itu...

Ini baru sahaja di meja tulis maya,
anda sudah pun memancarkan alter misteri ini,
bayangkan kalau saya berjaya membuka tenaga2 anda ke saluran betul,
dengan pendedahan yang bakal menyebabkan kamu semua bertambah yakin dengan semua ilmu dan tanda2 untuk dikenali,
maka percayalah,
salah seorang dari anda pasti tergolong dalam kumpulan2 yang diperlukan itu........

==============================================

bersambung.....


Semalam saya ada sediakan 1 tugasan untuk semua hadirin,
1 perkembangan yang baik di mana tiada lagi kiriman karut dan merapu,
alhamdulillah berkat nasihat dari saya,
banyak pula hadis2 Sahih yang tampil dikirimkan untuk pendedahan umum,
secara peribadi saya ucapkan tahniah kepada saudara "tomie",
kerana beliau banyak mengirimkan tentang hadis2 riwayat Muslim berkenaan tanda2 untuk mengenal dajjal,
walaupun pada hari pertama itu,
beliaulah orangnya yang mengirimkan pos artikel tentang seorang anak melayu yang dah terpesong,
yang di dalam blognya mengaku pula sabagai imam Mahdi...

Berbalik2 kepada topik asal forum ini,
saya ada selitkan 2 tugasan semalam,
dan salah 1 tugasan itu akan saya jawap dalam bentuk video kan ?
namun lagi 1 tugasan tak saya boleh jawap lagi kerana anda semua belum lagi menjawap apa yang disuruh...
jangan risau,
pasti ada manusia yang berjumpa dengan hadis itu nanti...

Penerangan:
di akhir zaman nanti (sedangkan zaman ini merupakan pintunya),
akan wujud 1 saat di mana,
1 golongan besar dari barat,
akan memasuki kota suci umat Islam di utara,
tanpa perlu pun mengangkat senjata apakan lagi berperang,
dan saya akan huraikan hadis ini dalam bentuk video sahaja,
dan video ini pun bukanlah ciptaan saya,
tapi cukuplah sebagai syarat untuk menunjukkan bahawasanya,
sempadan2 untuk lengkapnya tanda2 kecil itu,
akan berlaku bila2 masa sahaja dari hari ini....

saya akan bersambung kejap lagi,

untuk masukkan video itu,
video tu pun sebenarnya secara anda tak perasan anda pernah pun melihatnya,
dan anda pun dah lupa......
sebab apa lupa ???
sebab barang yang senang dapat maka senanglah hilang,
kerana itulah saya sediakan tugasan,
supaya apa yang nak saya sampaikan dalam forum ini,
nak saya paterikan dalam otak kamu masing2,
supaya sentiasa beringat dan sentiasa sayang pada keluarga kamu...

bersambung lagi beberapa minit.....

Reply With Quote