BTC USD 86,230.3 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ODASB -> Basic Investment -> Metal Investment -> Chart Study

yg merah - interest+bayaran 500x12 tu pelik tu bro cdan..
err....25% tu tertakluk jugak mengikut masa bila dia membeli emas tersebut. Tapi emas memang menguntungkan.
satu lagi cadangan yg baik.
utk pengetahuan pembaca thread- bukan emas maple leaf ni saja anda boleh guna, ada emas di Public bank,maybank,kijang emas juga yg boleh anda terokai. ikut mana yg anda berkenan. It's depend on you - customer rules:D

Terima Kasih cdan:)cgrock:)paid

OD RM95,000
Int OD BLR-1% 4.55% x RM95,000 = RM4322.50 sebulan = RM360.25
Int sepatut dibayar RM360.25, dibundarkan RM361.00
En Murad boleh membayaran int bulanan sebanyak RM361.00
Lebihan gaji En Murad RM500 (RM361 + RM139) sebulan...
Pembayaran setahun RM500 x 12 bulan = RM6000 setahun...
Cara pembayaran En Murad dapat mengurangkan sedikit baki OD...

En Murad sentiasa mengikuti perkembangan harga emas...
Kijang Emas pada 18/07/2001 - RM1082 / RM1041
Kijang Emas pada 05/08/2009 - RM3561 / RM3447
Kenaikan sebanyak RM2479 = 229.11% sepanjang 9 tahun
Purata kenaikan 25.45% setahun...

En Murad memilih Maple Leaf, Australian Nugget, Singapore Lion
sebagai emas pelaburannya kerana OUB menawarkan harga dan
spread yang rendah, disekitar 3% sahaja, sebab itu En Murad
tidak memilih Kijang Emas yg harga dan spreadnya sekitar 4%
 
utk dikongsi bersama

haaa..
sila lah baca dan buat persamaan dengan keadaan kewangan tuan/puan jika tuan/puan dalam keadaan seperti en Mahmud kita ni...saving takde, pendapatan=perbelanjaan dan ada utang kad kredit/utang along pulak.....

semoga sama sama dapat belajar dan ikut step by step tanpa miss mana mana step tu...miss bererti, boleh jumpa makcik marginah juga..(bukan stakat Fx ada margin call...kewangan peribadi pun ada margin call....tuuuu yg slalu telefon kalau tak bayar utang tu....panggilan margin la tu :)):)))

ohhh baru tahu....CG ni tak boleh attach file dah??? what the F class haha...~X((jangan mara mod) - teguran terbuka je :D
banyak kelebihan forum CG yg dulu dah di tiadakan..baru saya perasan....terima je lahhhhh, ni forum diorang..kita tumpang aje....nak kongsi file,kena letak kat tempat lain dulu...maleh tul den nak buat(tambahan kat sini tenet slow amat tahap banget punye).
 
OD RM95,000
Int OD BLR-1% 4.55% x RM95,000 = RM4322.50 sebulan = RM360.25
Int sepatut dibayar RM360.25, dibundarkan RM361.00
En Murad boleh membayaran int bulanan sebanyak RM361.00
Lebihan gaji En Murad RM500 (RM361 + RM139) sebulan...
Pembayaran setahun RM500 x 12 bulan = RM6000 setahun...
Cara pembayaran En Murad dapat mengurangkan sedikit baki OD...

En Murad sentiasa mengikuti perkembangan harga emas...
Kijang Emas pada 18/07/2001 - RM1082 / RM1041
Kijang Emas pada 05/08/2009 - RM3561 / RM3447
Kenaikan sebanyak RM2479 = 229.11% sepanjang 9 tahun
Purata kenaikan 25.45% setahun...

En Murad memilih Maple Leaf, Australian Nugget, Singapore Lion
sebagai emas pelaburannya kerana OUB menawarkan harga dan
spread yang rendah, disekitar 3% sahaja, sebab itu En Murad
tidak memilih Kijang Emas yg harga dan spreadnya sekitar 4%

oh..begitu kisahnya....guna OD utk melabur didalam emas..
bagus2x...sangat berinformasi.
thanks again CDAN!:D:)cgrock:)paid

FEI (for everybody info) - kalau anda mulakan dari skarang RM95K beli emas semua terus..dan kenaikan sebanyak 229% - yg anda dapat tuai lepas 10 tahun ialah 95,000 x 2.29 = 217,750. lepas tolak kos perniagaan = interest OD - 4322 x 10 tahun = -43,220 dan duit OD yg dipinjam = - 95K,
maka untung bersih anda adalah =
217,750 - 43,220 - 95,000 = 79,930

duit asal ASB anda 100K + 79,930 + (lebihan duit bayaran OD yg guna 6k setahun macam CDAN cerita - dalam 60k gitu) - jadi +/- dapat juga 239k ; dan jangan lupakan dividen ASB tu lagi??
dan jangan lupa zakat 2.5% setahun atas jumlah emas yg cukup nisab dan haul.

jadi, selamat mencongak-congak ye kawan kawan...perkara yg perlu anda buat sebelum melabur/melebur duit anda:
1. kira dulu anggaran pendapatan ASB @8% anda (kalau ada 100k/ berapa saje simpanan duit sendiri) utk jangkamasa 5-10 tahun - dapatkan value anggaran dia

2. baru start kira kira kalau nak merempitkannya menggunakan apa apa tool skali pun, samada termloan ASB / personal loan-OD-ASB / ODASB-Emas / apa sajalah...

selamat timbang timbangkan....tulisan tulisan disini hanyalah utk panduan (guideline) - anda yg menentukan sendiri perjalanan dan halatuju duit anda! Risiko anda punya, untung pun anda punya
 
Last edited:
Tahniah bro...
Rupanya ramai OKB dlm CG ni...
PL ke bro, kalau PL boleh guna RM11,000 masuk dlm ASB akaun...
Convert RM11,000 ke sijil, cagarkan dgn RHB bank...
Dapatkan OD RM10,000, guna RM9000 dari OD untuk labur dlm ASB...

Contoh En Murad ialah kombinasi diantara ASB / OD / EMAS

Perbezaan diantara PL dgn OD
- PL, bayaran balik pokok + faedah berdasarkan jumlah pinjaman
- OD, bayaran balik pokok + faedah berdasar pinjaman semasa
- OD, boleh bayar faedah sahaja

lum okb lg bro...masih lg miskin ilmu nih..not PL la bro ...micro ESP biz loan...(berniaga n projek ternakan)camne erk..ada beza ker...?:-?
 
lum okb lg bro...masih lg miskin ilmu nih..not PL la bro ...micro ESP biz loan...(berniaga n projek ternakan)camne erk..ada beza ker...?:-?

ooo begitu... sekali lagi tahniah bro...
mungkin beza ttg faedahnya, ttp pembayarannya sama...
apa yg sama... bayaran balik pokok + faedah mengikut masa yg ditetapkan... OD dibolehkan membayar faedah sahaja dan bayaran balik pokok pinjaman tiada tempuh tertentu... OD sama macam CC tetapi faedah rendah... sbb itu ada yg gunakan OD untuk settle CC...

teknik pinjaman melalui OD banyak digunakan oleh ca ya nun alif... mereka mencagarkan FD, tanah atau rumah untuk dapatkan modal untuk perniagaan mereka...

nampaknya teknik OD juga sangat sesuai dengan projek ternakan tu...
 
ok paham bro...tabik....:">:">
 
ok, kita dah ada 3 cadangan utk en Murad (si penyimpan 10% pendapatan yg mahu memaksimakan saving dari pendapatan dia)

sape yg nak tambah utk cadangan tu, boleh tambah lagi...takde masalah. nanti saya masukkan kat muka hadapan tu.:">

utk kes 2 - Kes en Mahmud
saya letak nombor2x ni utk kita memudahkan kiraan sahaja...tuan-puan pembaca, silalah gunakan kemahiran matematik + - x / utk mengira mengikut angka angka tuan tuan sendiri ya(tak susah..cuma tukarkan je angka angka tu..kalau ada kemahuan, mesti ada jalan dia insya allah)

ok kita bermula...
En Mahmud

Gaji - 2000 sebulan
Perbelanjaan - 2000 juga sebulan (kira pendapatan = perbelanjaan)- ni dah termasuk lah ni loan kereta,sewa rumah,bil api air, makan minum etc.
Utang kad kredit ada dalam RM5k (ape dia buat entah..joli sakan pastu lupa bayar kottt)
simpanan = 0

jadi macam mana dia boleh mula menyimpan kalau tiap tiap bulan duit dia abis bayar perbelanjaan harian dia saja + utang kad kredit yg asyik bayar minimummmmm aje?
kes ni saya kira kurang berat lah.....sbab masih ada jalan, tak perlu pergi ke AKDK lagi!.

ni cadangan saya: Yg terbaik - pergilah mengaji dengan cikgu-cikgu OD kerana feel belajar dengan cikgu depan mata amatlah berlainan berbanding dengan baca sahaja. Ramai berkata, ilmu boleh dapat free dalam internet- belajar fx ikut internet,belajar kewangan ikut tenet je...tapi percayalah... cikgu tiada galang ganti dengan internet...cikgu yg baik dikenang orang! budi yg baik dibawa mati!:)cgrock

tapi saya terangkan serba sedikit yg saya tahulah ye disini...kawan kawan lain boleh tegur dan tambah kalau ada kurang n silap.

1. Ambil loan (personal loan)..ambillah loan yg seolah olah en Mahmud membayar kad kredit tu bulan bulan..katakan sebulan bayar kredit kad tu je dah RM 260. Jadi, en Mahmud boleh la amik loan yg bernilai 20K @ 5.5% selama 10 tahun dari Bank Rakyat ke (contoh aje ni)

2. Masukkan semua duit tu ke dalam ASB
3. Buat sijil dari ASB tu (dah ada sijil ASB 20k)
4. Buat OD dari bank (95% x 20K = RM 19,000)
5. Bayar semua hutang kad kredit tu guna duit OD. Rm 19K - RM 5k, maka duit OD yg tinggal adalah RM 14K sahaja.

sampai step ni,
maka dah selesailah hutang kad kredit anda.
langkah seterusnya;nak mula ada simpanan la kan? - macam mana?

1. kena pakai kad kredit utk belanja bayar bil,loan kereta etc (mana yg boleh). Katakan statement date kad kredit korang 1hb setiap bulan, due date 20hb kena bayar, kalau tak kena denda.
Maka korang boleh pakai kad kredit tu utk bayar bil bil tu mulai 2hb-10 hb saje - alah, nak bayar semua bil..1 hari je kan..online banking. katakan semua bil bil ni berjumlah RM1k

2. bila Due date Kad Kredit 20hb, bayar semua (RM1k) tu guna duit OD. jangan tinggal 1sen pun utang dah.

2. Gaji en Mahmud masuk pada 25hb setiap bulan - masukkan semua gaji ni kedalam OD akaun. jgn tinggal 1 sen pun.

3. belanja runcit - yg tak boleh pakai kad kredit amik daripada duit OD

4. Tiap tiap bulan, 1hb..keluarkan duit OD dalam 20-30%, bawak simpan dalam ASB.

5. cukup tahun, dapat dividen ASB, masukkan semua dividen tu ke dalam akaun OD...

en Mahmud ulang lah langkah langkah ni semula sampai la utang personal loan en Mahmud tu habis.

kebaikan dan keburukan, pantang larang yg perlu diikut..harap kawan kawan dapat tunjuk. sapa yg ada template utk kiraan ni pun, boleh la tempek kat sini kalau ada.

No. 4 tu, pastikan dimasukkan ke ASB sebelum 1hb bagi memanafaatkan pengiraan dividen bagi tempoh sebulan.:)
 
dah ada kes study yang k dua ke..kes study pertama dah selesai k...

sorry ketinggalan lah bro..pakai komp lama memang ginilah jadinya..
 
Siapa tahu tentang Ballance Transfer, apakah ia boleh digunapakai untuk kes En Mahmud....

Selepas itu baharulah diikuti dengan perancangan En Mahmud seterusnya...

p/s: nak tahu juga ttg BT, tak ada pengalaman sbb guna CC ala kadar je...
 
saya pun tak pernah Balance transfer.
kalau nak senang, bayar je semua utang CC guna OD. khalasss :D
 
Back
Top
Log in Register