BTC USD 85,908.5 Gold USD 4,322.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perintah Allah supaya beriman kepada Pembawa Cerita & Kitab Hadis?

Status
Not open for further replies.
pubin ada anak.

anak pubin baca al quran, Allah perintah solat.

anak pubin tanya solat itu apa.

pubin jawab sembahyang.

sembahyang itu apa

pubin jawab sembah Allah

macam mana nak sembah Allah

pubin jawab itu pun nak kena ajar ke.

anak pubin tanya sembahyang macam orang cina ka orang india

pubin jawab jangan banyak tanya solat ja la macam mana ko nak solat.

anak yang malang... sarcasm :eek::eek:
 
Dan sesiapa yang menentang Rasulullah
sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk, dan
ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman
Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan
(pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan
neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
(An-Nisaa' 4:115)

Ayat ini sekadar menerangkan mereka yang "mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman" (iaitu menentang Rasulullah saw), dan saya tidak dapat melihat bagaimana ianya berkaitan dengan perintah Allah supaya kita beriman dengan cerita yang dibawa oleh Pemberita.
Thumb-Down-icon.png

Dan orang-orang yang terdahulu
yang mula-mula dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan
orang-orang yang menurut mereka dengan kebaikan
Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia
serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai
mereka kekal di dalamnya selama-lamanya
itulah kemenangan yang besar.
(At-Taubah 9:100)

Ayat ini sekadar menyatakan "orang-orang yang menurut mereka dengan kebaikan," dan bukannya perintah Allah untuk mengikut cerita-cerita yang di bawa oleh Pemberita (Periwayat).
Thumb-Down-icon.png


Aku jawab ringkas je dulu sebab kau belum bagitahu apa yg kau faham tentang "Taat pada Allah dan RasulNya".

Pada zaman Rasulullah saw orang2 yg beriman itu melihat dan mengikuti perbuatan Rasulullah saw

a021-46a6c294e14c0e3f0ef688afeae44935.png


Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
(Al-Ahzaab 33:21)

Demikiannya juga kalau kau tak ambil ayat AQ sekerat2 dan baca kisah Nabi Nuh, Nabi Hud, Nabi Soleh,

Nabi hanya berkata

a108-a2ed84f150af68e29cdee3402d0366a1.png


" Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku. (Asy-Syu'araa' 26:108), (Asy-Syu'araa' 26:110), (Asy-Syu'araa' 26:126), (Asy-Syu'araa' 26:131), (Asy-Syu'araa' 26:144), (Asy-Syu'araa' 26:150), (Asy-Syu'araa' 26:163), (Asy-Syu'araa' 26:179),

Dan Harun a.s. berkata kepada kaumnya ketika Musa a.s pergi ke bukit Tursina bermunajat (iaitu sebelum kitab Taurat diturunkan)

a090-4d4bc987af1f929c360a85a489788b7a.png


Dan demi sesungguhnya, Nabi Harun telahpun berkata kepada mereka sebelum itu: "Wahai kaumku, sesungguhnya kamu hanya diperdayakan dengan patung itu, dan sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang melimpah-limpah rahmatNya; oleh itu, ikutlah daku dan taatlah akan perintahku".
(Taha 20:90)

Jadi disitu dapat kita lihat, bahawa perkataan Rasul yg diutus oleh Allah itu perlu dipatuhi walaupun belum atau tidak diturunkan kitab kepadanya. Kerana semua yg diperkatakan oleh utusan Allah dari kalangan Nabi dan Rasul adalah wahyu yg diwahyukan kepada mereka.

a003-8221b5222b7bbe5b1bc536937662496d.png


Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.
(An-Najm 53:3)

a004-e44479c7bc48b3ed04edcd803037163c.png


Segala yang diperkatakannya itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.
(An-Najm 53:4)

"Wahyu yg diwahyukan kepadaku" tidak seperti apa yg group kamu sangkakan Nabi hanya bercakap ketika turun ayat AQ dari Allah melalui perantaraan Jibril... jika tak hanya berdiam 24/7.

Akan tetapi Nabi saw sentiasa melakukan perbuatan dan bercakap... dan semua itu tidak lain dari wahyu atau ilmu dari Allah.

Sekali lagi, jika kau tidak termasuk orang yg baca AQ sekerat2... maka bacalah kisah Nabi2 lain bagaimana mereka sentiasa mendapat ilmu dari Allah... perhatikan contoh di bawah

a094-ddd703b816e58c569ff53b9b15abbe20.png


Dan semasa kafilah (mereka meninggalkan Mesir menunju ke tempat bapa mereka di Palestin), berkatalah bapa mereka (kepada kaum kerabatnya yang ada di sisinya): "Sesungguhnya aku ada terbau akan bau Yusuf. Jika kamu tidak menyangka aku sudah nyanyuk (tentulah kamu akan percaya)".
(Yusuf 12:94)

a095-a44c6b304d1ffff1ec68c3c800d7a7ee.png


Mereka berkata: "Demi Allah! Sesungguhnya ayah masih berada dalam keadaan tidak siumanmu yang lama".
(Yusuf 12:95)

a096-f71e7dbb5ec4bc3c3081005a455c5958.png


Maka sebaik-baik sahaja datang pembawa khabar berita yang mengembirakan itu, dia pun meletakkan baju Yusuf pada muka Nabi Yaakub, lalu menjadilah ia celik kembali seperti sediakala. Nabi Yaakub berkata: "Bukankah aku telah katakan kepada kamu, sesungguhnya aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahuinya?"
(Yusuf 12:96)

See... walaupun keluarga Nabi Yaakub a.s meragui bahawa Nabi Yaakub a.s dipengaruhi oleh emosi... tetapi sebenarnya tidak. Nabi Yaakub a.s sentiasa mendapat ilmu dari Allah... tidak semestinya dalam bentuk kitab.

Jadi rumusannya, ilmu dari orang2 yg beriman yg yg hidup sezaman dengan Nabi saw diperintahkan oleh Allah dari ayat diatas agar mengikutinya.

Perintah untuk bertanya pada orang yg berilmu ada dalam AQ

a043-d4afa4e45d331bd7a6cb2b55efcd9bd8.png


Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.
(Al-Nahl 16:43)

Dan rujuk juga (Al-Anbiyaa' 21:7), (Al-Furqaan 25:59)
 
Last edited:
Proses Kepada Perhambaan....

Hutang Negara Malaysia 2012 (RM456.1 Bilion)

The Malaysian Insider

Hutang negara Malaysia yang meningkat kepada hampir seratus peratus sejak 2007 kepada RM421 billion menunjukkan risiko fiskal bahawa sekiranya ekonomi negara ini tidak diuruskan secara berhemah, ia boleh mencetuskan keadaan ekonomi yang teruk, kata pakar analisis ekonomi hari ini.

--

hutang pernah berkurangan?

setiap bayi yang lahir secara langsung berhutang sebanyak $16,289

tax akan naik.. dan
semuanya akan naik...
duit saja yang jatuh..
kesannya, rakyat menjadi hamba...
bukan hamba Allah
tetapi hamba kepada sistem
dan sanggup melakukan apa sahaja
walaupun terpaksa membelakangi agama.. :)
 
Post ini pun belum dijawab...

Jadi adakah patut dengar ulasan hadis Nabi saw dari orang yg baca AQ sekerat2 dan tidak memahami AQ menurut landasan yg betul.



(Percaya kepada Qada' dan Qadar tidak dinyatakan pada ayat di atas dan berdasarkan hujahan semata-mata)

TT tidak beriman pada Qada dan Qadar... bagus...
Teruskanlah dalam kesesatan

a022-ed8a3ac57769dda80e9b76e45789632d.png


Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
(Al-Hadiid 57:22)


Dalil-Dalil lain Dari Al-Qur-an

"…Dan adalah ketetapan Allah itu suatu ketetapan yang pasti berlaku." [Al-Ahzab:38]

Juga firman-Nya:

"Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran." [Al-Qamar: 49]

Dan juga firman-Nya yang lain:

"Dan tidak ada sesuatu pun melainkan pada sisi Kami-lah kha-zanahnya, dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran tertentu." [Al-Hijr: 21]

Juga firman-Nya:

"Sampai waktu yang ditentukan, lalu Kami tentukan (bentuknya), maka Kami-lah sebaik-baik yang menentukan." [Al-Mursalaat: 22-23]

Juga firman-Nya yang lain:

"…Kemudian engkau datang menurut waktu yang ditetapkan hai Musa." [Thaahaa: 40]

Dan juga firman-Nya:

"…Dan Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya." [Al-Furqaan: 2]

Dan firman-Nya yang lain:

"Dan yang menentukan kadar (masing-masing) dan memberi petunjuk." [Al-A’laa: 3]

Firman-Nya yang lain:

“… (Allah mempertemukan kedua pasukan itu) agar Dia melakukan suatu urusan yang mesti dilaksanakan...” [Al-Anfaal: 42]

Serta firman-Nya yang lain :

“Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israil dalam Kitab itu, ‘Sesungguhnya kamu akan membuat kerusakan di muka bumi ini dua kali...” [Al-Israa’: 4]
 
Assalam...

TErima kasih pada MOD kerana ada melabel Anti-Hadis, ini sebagai precaution pada kami yg jahil dlm bab beragama.

Saya perasan dlm mana2 thread Anti-Hadis atau thread2 yg mempertikaikan periwayatan hadis tiada satu pun cuba merungkai pada bagaimana hadis itu di kumpul dan di sahkan oleh Imam2 Muktabar Hadith.

Di sini saya merujuk specifically pada Hadis yg dikumpulkan oleh Imam2 Hadis ASWJ dan bukannya Hadis periwayatan Syiah. Ilmu hadis adalah cabang ilmu agama yg khusus yg mana ia merujuk kpd kaedah periwayatan hadis itu dikumpulkan dan kaedah yg diguna pakai untuk mengesahkannya.

Di sebabkan saya bukan tokoh Ulama Hadis atau guru agama yg bertauliah maka bukanlah tempatnya utk saya menjelaskan secara terperinci tentang disiplin ilmu hadis.

Persoalannya, TT dan rakan2 TT yg menolak atau mempertikaikan status kesahihan Hadis2 Shahih oleh 6 Imam Hadis Muktabar ASWJ, bolehkah jelaskan pada kami apakah asas dlm disiplin / methodologi pengumpulan hadis dan pengsesahan status kesahihan sesuatu hadis. Ini kerana secara logiknya saudara hanya boleh menolak atau mempertikaikan tentang sesuatu setelah saudara tahu dan faham dgn jelas ttg sesuatu perkara (dlm kes ini asas disiplin ilmu hadis-yg mana kebanyakan pelajar2 jurusan agama level Bachelor dah didedahkan).

Seperkara lagi, Dr Maurice Bucaili sememangnya mempertikaikan kesahihan beberapa periwayatan hadis. Akan tetapi jika beliau membaca secara detail Kertas Kerja yg di bentangkan beliau di Temple College, ia sebenarnya merujuk kepada periwayatan Hadis2 Masyhur yg mana sanadnya di ambil hanya kerana ia mashyur dikalangan umat Islam ketika itu. Beliau bukannya merujuk pada periwayatan Hadis2 bertaraf Mutawathir dan Hasan yg mana kaedah men'shahih'kan berbeza dengan Hadis Masyhur. Saya andaikan TT merujuk pada kertas kerja bila mengatakan yg beliau juga menolak hadis.



P/S: Maaf, saya tak ingat samaada sy simpan lagi atau tidak kertas pembentangan Maurice Bucaili ni, jadi kalau ada rakan2 CG yg memiliki kertas pembentangan Dr Maurice Bucaili (telah dibukukan dan diterbitkan untuk Cetakan Ke-3 kalau x silap) tolong bagi citationnya kat thread ni.
 
Post ini pun belum dijawab...

Jadi adakah patut dengar ulasan hadis Nabi saw dari orang yg baca AQ sekerat2 dan tidak memahami AQ menurut landasan yg betul.

baca betul-betul sebelum komen ler...

"...tidak dinyatakan pada ayat di atas..."

dan "hujahan" itu bermaksud untuk memasukkan rukun itu bersama-sama rukun lain
walaupun beriman kepada Qada dan Qadar tidak dinyatakan pada ayat-ayat Allah berkaitan keimanan...

macam sekarang ini..
nko berhujah untuk memasukkan
Rukun Beriman Kepada Pemberita
sebagai Rukun Iman No.7 :))
 
Last edited:
baca betul-betul sebelum komen ler...

"...tidak dinyatakan pada ayat di atas..."

Maksudnya kau mmg baca AQ sekerat2... dan dengan menggunakn pengetahuanmu yg terbatas mempertikai Hadsi Nabi saw. Walhal Qada dan Qadar itu sebahagian dari intipati AQ.
 
Assalam...

TErima kasih pada MOD kerana ada melabel Anti-Hadis, ini sebagai precaution pada kami yg jahil dlm bab beragama.

Saya perasan dlm mana2 thread Anti-Hadis atau thread2 yg mempertikaikan periwayatan hadis tiada satu pun cuba merungkai pada bagaimana hadis itu di kumpul dan di sahkan oleh Imam2 Muktabar Hadith.

Di sini saya merujuk specifically pada Hadis yg dikumpulkan oleh Imam2 Hadis ASWJ dan bukannya Hadis periwayatan Syiah. Ilmu hadis adalah cabang ilmu agama yg khusus yg mana ia merujuk kpd kaedah periwayatan hadis itu dikumpulkan dan kaedah yg diguna pakai untuk mengesahkannya.

Di sebabkan saya bukan tokoh Ulama Hadis atau guru agama yg bertauliah maka bukanlah tempatnya utk saya menjelaskan secara terperinci tentang disiplin ilmu hadis.

Persoalannya, TT dan rakan2 TT yg menolak atau mempertikaikan status kesahihan Hadis2 Shahih oleh 6 Imam Hadis Muktabar ASWJ, bolehkah jelaskan pada kami apakah asas dlm disiplin / methodologi pengumpulan hadis dan pengsesahan status kesahihan sesuatu hadis. Ini kerana secara logiknya saudara hanya boleh menolak atau mempertikaikan tentang sesuatu setelah saudara tahu dan faham dgn jelas ttg sesuatu perkara (dlm kes ini asas disiplin ilmu hadis-yg mana kebanyakan pelajar2 jurusan agama level Bachelor dah didedahkan).

Seperkara lagi, Dr Maurice Bucaili sememangnya mempertikaikan kesahihan beberapa periwayatan hadis. Akan tetapi jika beliau membaca secara detail Kertas Kerja yg di bentangkan beliau di Temple College, ia sebenarnya merujuk kepada periwayatan Hadis2 Masyhur yg mana sanadnya di ambil hanya kerana ia mashyur dikalangan umat Islam ketika itu. Beliau bukannya merujuk pada periwayatan Hadis2 bertaraf Mutawathir dan Hasan yg mana kaedah men'shahih'kan berbeza dengan Hadis Masyhur. Saya andaikan TT merujuk pada kertas kerja bila mengatakan yg beliau juga menolak hadis.



P/S: Maaf, saya tak ingat samaada sy simpan lagi atau tidak kertas pembentangan Maurice Bucaili ni, jadi kalau ada rakan2 CG yg memiliki kertas pembentangan Dr Maurice Bucaili (telah dibukukan dan diterbitkan untuk Cetakan Ke-3 kalau x silap) tolong bagi citationnya kat thread ni.
 
Assalam...

TErima kasih pada MOD kerana ada melabel Anti-Hadis, ini sebagai precaution pada kami yg jahil dlm bab beragama.

Saya perasan dlm mana2 thread Anti-Hadis atau thread2 yg mempertikaikan periwayatan hadis tiada satu pun cuba merungkai pada bagaimana hadis itu di kumpul dan di sahkan oleh Imam2 Muktabar Hadith.

Di sini saya merujuk specifically pada Hadis yg dikumpulkan oleh Imam2 Hadis ASWJ dan bukannya Hadis periwayatan Syiah. Ilmu hadis adalah cabang ilmu agama yg khusus yg mana ia merujuk kpd kaedah periwayatan hadis itu dikumpulkan dan kaedah yg diguna pakai untuk mengesahkannya.

Di sebabkan saya bukan tokoh Ulama Hadis atau guru agama yg bertauliah maka bukanlah tempatnya utk saya menjelaskan secara terperinci tentang disiplin ilmu hadis.

Persoalannya, TT dan rakan2 TT yg menolak atau mempertikaikan status kesahihan Hadis2 Shahih oleh 6 Imam Hadis Muktabar ASWJ, bolehkah jelaskan pada kami apakah asas dlm disiplin / methodologi pengumpulan hadis dan pengsesahan status kesahihan sesuatu hadis. Ini kerana secara logiknya saudara hanya boleh menolak atau mempertikaikan tentang sesuatu setelah saudara tahu dan faham dgn jelas ttg sesuatu perkara (dlm kes ini asas disiplin ilmu hadis-yg mana kebanyakan pelajar2 jurusan agama level Bachelor dah didedahkan).

Seperkara lagi, Dr Maurice Bucaili sememangnya mempertikaikan kesahihan beberapa periwayatan hadis. Akan tetapi jika beliau membaca secara detail Kertas Kerja yg di bentangkan beliau di Temple College, ia sebenarnya merujuk kepada periwayatan Hadis2 Masyhur yg mana sanadnya di ambil hanya kerana ia mashyur dikalangan umat Islam ketika itu. Beliau bukannya merujuk pada periwayatan Hadis2 bertaraf Mutawathir dan Hasan yg mana kaedah men'shahih'kan berbeza dengan Hadis Masyhur. Saya andaikan TT merujuk pada kertas kerja bila mengatakan yg beliau juga menolak hadis.



P/S: Maaf, saya tak ingat samaada sy simpan lagi atau tidak kertas pembentangan Maurice Bucaili ni, jadi kalau ada rakan2 CG yg memiliki kertas pembentangan Dr Maurice Bucaili (telah dibukukan dan diterbitkan untuk Cetakan Ke-3 kalau x silap) tolong bagi citationnya kat thread ni.

Saya ada berbincang dengan ariez dan
tidak menganggap kisah silam boleh menjadi satu yang muktamad untuk menentukan kisah hari ini...
jadi, satu sahaja kita boleh bergantung... al-Quran

Allah memberikan kita akal, dan zaman sentiasa berubah
sepertimana juga dahulu tiada perjanjian Bretton Wood Agreement
tetapi kini kita telah tertakluk dengannya
maka itu kita memerlukan akal utk menentukan nasib kita sendiri..
kita tidak perlukan "orang purba" untuk menentukan nasib kita
oleh itu cerita hari ini bergantung kepada fakta hari ini...

jadi jika Tuan ada ayat al-Quran yang jelas, boleh kemukakan di sini...
 
Maksudnya kau mmg baca AQ sekerat2... dan dengan menggunakn pengetahuanmu yg terbatas mempertikai Hadsi Nabi saw. Walhal Qada dan Qadar itu sebahagian dari intipati AQ.

dia beriman sekerat-kerat je kot...:D

pelabur => saya malu...:D
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register