BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Buah hati suami orang & sebabnya di post #108

Saya Pernah :


  • Total voters
    0
kalau cun aku tak jadi andartu kot?

*cough* dia kata, aku menyenangkan hati dia. dia suka sbb aku tak ganggu masa dia dgn famili dia, tak demand apa2, tak kacau anak bini dia, risk-free gitu. kakaka.

memang la aku tak demand or kacau dia, bukan aku nak jd bini dia pun. apsal dia x paham pun, i dunno.

Orang cun melecun kan memilih...Tak ke? :)) :eek: :))

Jgn marah eh..saje mengusik. Ramai yg bujang 3 dlm ni rasanya :eek::eek::eek::eek::eek::eek::eek::eek::eek::eek::eek::eek:
 
eh eh siapa nak ajak lak
perasan haha..

abg hidier ada leh ajak tgk wyg
leh blanja ramai2 skali warga cg

ye la ye la. sib bek aku x tulis tunggu yu single kalau nak ajai ai tgk wayang lagi. muahahaha!

:p
 
Kekasihku Suami Orang

Oleh: Editorial Remaja

Tarikh: 18 Januari 2012

ISTILAH KEHIDUPAN BERMULA PADA USIA 40 TAHUN BOLEH DIKATAKAN SINONIM DENGAN KAUM ADAM. KENAPA? SEBAB KETIKA INILAH MEREKA MULA MENCARI DAN MENGINTIP ANAK GADIS REMAJA UNTUK DIJADIKAN KEKASIH HATI. WALAUPUN MEREKA MEMEGANG GELARAN ‘SUAMI ORANG’, ITU TIDAK MENJADI HALANGAN ASALKAN KEINGINAN ITU TERCAPAI. ALANGKAH HEBATNYA MEREKA TATKALA MEMANCING SI GADIS. LAGAKNYA SEPERTI ORANG BUJANG MALAH LEBIH HEBAT DARIPADA SANG TERUNA.

Adakah kamu ingin terjerat atau sengaja mahu menjerat diri? Kalau boleh elakkan diri daripada menjadi mangsa lelaki buaya darat ini. Mereka hanya mahu mempermainkan kamu dan tidak pernah serius untuk menjadikan kamu kekasih hatinya. Apa kata kamu ikuti tip-tip ini untuk dijadikan panduan agar kamu tidak mudah diperdaya.

1. Penuh Kasih Sayang

Mengenali lelaki seperti ini tidak terlalu sukar kerana mereka mempunyai sifat penuh dengan kasih sayang. Mereka tidak lokek untuk menunjukkan rasa sayang mereka itu terhadap kamu. Boleh dikatakan saban hari kamu akan dimanjai dengan kata-kata manisnya yang mampu membuatkan kamu terbuai syahdu. Panggilan serta cara si dia menangani kamu itu seolah-olah si dia sudah berpengalaman dan kerana itulah kamu mudah terjerat dengan cinta lelaki seperti ini. Oleh itu kamu haruslah berwaspada!

2. Prihatin

Jika kamu tiba-tiba jatuh sakit, siapakah orang pertama yang akan menerkam ke arah kamu terlebih dahulu? Sudah tentu kekasih hati kamu bukan? Sekiranya kamu meneliti dari sudut yang lain, kamu sudah boleh mengagaknya. Cara mereka mengambil berat seperti kamu itu budak kecil yang tidak tahu apa-apa. Layanan si dia terhadap kamu itu sungguh luar biasa, tidak seperti sang teruna yang agak kekok. Sebenarnya si dia mahu kamu tahu bahawa dialah orang yang paling takut dan risau jika kamu jatuh sakit. Cara ini akan membuatkan kamu rasa dihargai.

3. Bermulut Manis

Hurm! Ini sangat berbahaya untuk kamu si gadis jelita. Kenapa? Sebabnya kamu mempunyai hati yang sangat lembut. Bak kata pepatah, “kerak nasi kalau direndam dengan air lama-lama akan menjadi lembut juga” maka samalah perumpamaan itu dengan kamu. Si dia hanya menyuntikkan sedikit bius cinta sahaja ke dalam hati kamu terus kamu terlentok dan akhirnya jatuh cinta. Kata-katanya mampu membuatkan kamu tidak boleh tidur malam. Setiap hari pasti kamu menunggu panggilan atau pesanan ringkas daripadanya. Asalkan ada, ia sudah memadai buat kamu. Oleh itu, awas!

4. Suka Berjenaka

Ha! Ini satu lagi sifat yang ada pada suami orang. Kamu harus tahu tentang ini! Suami orang paling suka bila mana orang di sekelilingnya ketawa. Bagi mereka, dengan ketawa akan membuatkan orang yang berada di samping mereka berasa senang. Dengan kamu juga seperti itu, jika kamu disuntik dengan jenaka setiap hari pasti kamu akan seronok dan terhibur bukan? Kamu tidak akan berasa bosan dengannya. Bagi kamu, si dia pandai memikat hati kamu dan tahu cara membuatkan kamu ketawa tatkala kamu mula merajuk. Jadi kamu perlu berhati-hati!

5. Lagak Seperti Bujang

Pergh! Kalau kamu tengok lagak suami orang kalah si teruna yang sentiasa mendambakan cinta kamu itu. Ayatnya lebih berkuasa daripada sang teruna malah kalau diajak bertanding, sudah tentulah mereka yang menang. Bahkan boleh dikatakan status ‘suami’ itu cuba digugurkan serta merta agar kamu tidak mengesyaki apa-apa. Gayanya pula diubah sama sekali seperti orang bujang dan kalau boleh biarlah kamu tidak mengetahui tentang status yang dipegangnya kini. Kamu harus tahu gaya orang bujang yang sebenar dengan mereka yang mahu menjadi orang bujang, memang jauh perbezaannya.

6. Gatal

Adoi, terasa malu bila mana melihat suami orang mula menggeletis dengan anak gadis sunti. Miangnya bukan main lagi bukan, kadangkala terasa rimas dengan sikap mereka yang agak keterlaluan itu. Sebagai seorang suami seharusnya mereka menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga dan bukannya memancing anak gadis untuk dijadikan mangsa pemuas nafsu. Kegatalan itu jelas kelihatan bila mereka tidak puas hidup bujang ketika zaman sebelum mereka berkahwin. Oleh itu kamu perlu tahu tentang ini!
 
apa kata kalau isteri orang bercinta dengan suami orang...
 
Org tua2 ckp, ckp siang pandang2... ckp mlm dengar2. Jgn nnt ibarat meludah ke langit. Ko tak duduk tmpt diaorg, ko tak rasa.

Aku suka pegang msatu je...Kita boleh lihat,tp jgn kita menghukum.

Allah bagi LELAKI kahwin 4 mesti ada SEBAB. Apa pompuan semua sama ke? Alangkan kembar pun belum tentu serupa..

Zaman skrg ramai pompuan dari lelaki, ko check dkt Jbtn Perangkaan tak caya. Jgn nnt esok2, ko tak berkenan kat laki org...tapi laki ko berkenan kat lain org.

So, nasihat aku 1 je..Jgn cepat menghukum :)cgrock

kau kata aku x duduk di tpt siapa, yg aku x merasa? tpt laki org yg menggatal dgn pompuan lain?

aku ckp mcm tu sbb aku xmo layan dia. bila layan, dia perasan. yg penting, aku x rasa dia layak utk berkahwin 4. dan aku rasa dia x berani sebenanya nk kawin 2. takat ajak je. saje test, suh mintak kebenaran isteri, mcm2 alasan diberi. sedangkan yg 1 tu pun dia xleh handle. aku bg tips utk memenangi semula hati isteri, mcm2 alasan die bagi. ntah buat entahkan tidak.

die nak kawan, ok fine, kita kawan. aku bukan nk jadi isteri ke-2. tapi kenapa la mesti dia perasan yg die tu bf aku? stress tau. bila ade org merajuk2. ~X(

kalau laki aku nanti berkenan dgn org lain, kalau dia menepati syarat utk berpoligami, aku xde masalah besar. aku da ckp awal2, kalau die nk madukan aku, dia kena bgtau aku. tapi kalau dia x layak, tapi gatal jugak nak bernikah dgn org tu, lepaskan je la aku.
 
Back
Top
Log in Register