CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Santai, Others (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=106)
-   -   akta dadah,mintak perhatian korang. (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=99575)

haudli 26-09-2009 12:57 PM

akta dadah,mintak perhatian korang.
 
Akta & Undang-undang Dadah :: Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1998)

SEKSYEN
KESALAHAN/JENIS DADAH HUKUMAN

39B

Memiliki 15 gm atau lebih dan/atau morfin
Memiliki 1000 gm atau lebih candu masak atau mentah
Memiliki 40 gm kokain atau lebih
Memiliki 200 gm atau lebih ganja
Memiliki 2000 gm daun koka atau lebih
Memiliki 50 gm atau lebih Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh; syabu atau pil ecstasy
Mati Mandatori


39(A)(2)

Memiliki 5-15 gm heroin atau morfin
Memiliki 250-1000 gm candu
Memiliki 50-200 gm ganja
Memiliki lebih 15-40 gm kokain
Memiliki lebih 750 gm daun koka
Memiliki 30-50 gm Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh; syabu atau pil ecstasy
Tidak kurang lima tahun penjara atau dipenjara seumur hidup dan diwajibkan tidak kurang 10 rotan sebatan


39(A)(1)

Memiliki 2-5 gm heroin atau morfin
Memiliki 100-250 gm candu
Memiliki 20-50 gm ganja
Memiliki 5-15 gm kokain
Memiliki 250-750 gm daun koka
Memiliki 5-30 gm Amphetamine Type Stimulants (ATS)
contoh; syabu atau pil ecstasy

Tidak kurang dua tahun penjara tetapi tidak lebih 5 tahun dan diwajibkan sebatan rotan antara 3 hingga 9 kali




6B

Menanam atau mengusahakan pokok ganja

Penjara seumur hidup dan diwajibkan sebatan rotan tidak kurang 6 kali
6

Memiliki kurang daripada 5 gm candu mentah atau daun koka atau pokok popi atau biji ganja dari popi

Penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM20,000.00

9

Memiliki kurang 100 gm candu masak -sama seperti di atas-

10 Alat-alat menghisap dadah -sama seperti di atas-

12(2)

Memiliki kurang 2 gm heroin atau morfin
Memiliki lain-lain dadah kurang daripada Sek.39(A)(1)
Pejawat awam yang bertugas di penjara, pusah pemulihan, lokap polis atau mana-mana tempat tahanan dan memiliki dadah di tempat tersebut

-sama seperti dia atas dan -

Dirotan tidak lebih 3 sebatan

15(A)

Memasukkan dadah (dadah-dadah yang dijadualkan) ke dalam badan

Penjara tidak kurang 2 tahun atau denda tidak lebih RM5,000.00

15(B)

Berada di dalam premis tempat hisap dadah

Penjara tidak kurang 2 tahun atau denda tidak lebih RM5,000.00

erDrAg00n 26-09-2009 01:02 PM

bagus nie bro...
lagi?
xde akta lain ke??
cam akta dadah berbahaya?
akta penagih dadah?
akta AADK 2004?
masukkan r dalam ni bro...
lengkapkan..
bagi semua taw hukuman2 yg ada kat msia berkaitan dadah

FaRid^sp 26-09-2009 01:06 PM

Quote:

15(B)

Berada di dalam premis tempat hisap dadah

Penjara tidak kurang 2 tahun atau denda tidak lebih RM5,000.00

naya punya kes ni..

ExAvantz 26-09-2009 01:07 PM

kalau aku humban jer dulu dlm longkang...
menyusahkan org...
merosakkan anak bangsa...
!!!!

hamka 26-09-2009 01:27 PM

bagus2..!` sedikit sebanyak boleh menyedarkan sesetengah orang melayu kite yang ingin mencari duit jalan singkat

ajax932 26-09-2009 01:36 PM

Good info bro... thanks..

adioz88 26-09-2009 01:47 PM

akta tanam pokok ketum tak ada ke

imatheonlyone 26-09-2009 01:47 PM

huhu 200 gm ganja mandatori tu...

UiqueSpect 26-09-2009 01:55 PM

rasuah takde mati pon...
mana besar...rasuah?ganja?

ExAvantz 26-09-2009 01:56 PM

tp sbnrnya banyak kes yg ditutup dengan kaedah beli/suap

ganja sekilo + RM = terus jadi bawah 200gram
lawan2 kes dlm mahkamah... terus buang kes...

banyak dh kes aku tgk camni...


All times are GMT +8. The time now is 05:30 PM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.