CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Santai, Others (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=106)
-   -   * Tau Makan jek...meh bubuh Resepinya Dekat sini * (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=97278)

wanzex 11-09-2009 11:02 AM

Quote:

Originally Posted by RINI ROSES (Post 4691116)
ahahaha...ko tepek jek bagi meriah..lom lagi ada dalam list

tepek sekali mata lembu..mata kambing..mata kucing

wakakakaka!

Telur Mata Kerbau

Kiriman: SangBogo
Sumber: Diajar oleh arwah nenek dari Kedah (masakan klasik kedah)

Bahan-Bahan:
1. Telur AA sebiji
2. Kicap Masin Pekat (Maggi Pekat) 1 sudu besar
3. Lada Hitam di tumbuk kasar 1 sudu kecil
4. Minyak kacang(spt knife) 1/2 cawan
5. Kuali jenis wok (lengkung)

Cara:
1. Pastikan minyak panas
2. Masukkan telur (kuning jgn pecah)
3. Tuangkan kicap diatas telur
4. Tabur kan serbuk lada diatas kicap+telur
5. Sendukkan minyak panas siram diatas telur tadi.
6. Sebelum kuning telur keras, angkat dan hidangkan

L.O.V.E 11-09-2009 11:03 AM

Quote:

Originally Posted by RINI ROSES (Post 4691145)
aku nak try puding yang ko buat tu...

ko pakai mangkuk apa tu...puding buah campur!

mangkuk puding ler..
ilang dah mangkuk tu..
camne nak wat puding lagi nie

irsaffy 11-09-2009 11:03 AM

Quote:

Originally Posted by RINI ROSES (Post 4691131)
dah expirate budu tu...ekekekekeke!

yg expired la best..:p

marlen 11-09-2009 11:05 AM

Ayam goreng ala-ala KFC

Bahan-bahan
1 ekor ayam (ikut suka kalo nak banyak buat banyak)
1 biji telur
2 sudu minyak bijan
2 sudu serbuk lada putih
1 kotak tepung goreng kentucky
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
Ayam dipotong ikut suka. Kemudian dibersihkan.
Di dalam satu mangkuk, masukkan ayam, telur, minyak bijan dan serbuk lada putih. Gaulkan sehingga rata.
Perapkan lebih kurang 30 minit.
Ambil ayam yang diperap dengan bahan-bahan tadi kemudian digolek-golekkan dengan tepung kentucky.
Panaskan minyak. Goreng ayam hingga masak dan keperangan. Ulang hingga habis ayam yang diperap tadi.

L.O.V.E 11-09-2009 11:07 AM

Takoyaki
 
http://img188.imageshack.us/img188/3042/takoyaki.png


Bahan-bahan ( 4 orang makan )

* 250g tepung takoyaki
* 1 biji telur
* 750ml air
* filet ketam dihiris nipis (atau apa saja mengikut selera)
* kobis (dicincang halus)
* secubit garam
* kicap unagi @ kicap sushi

Cara-cara

1.Tepung_takoyaki bancuh tepung dengan air (tepung takoyaki yang boleh dibeli di pasaraya JUSCO)
2.pukul telur dan masukkan kedalam bancuhan tepung tadi,dan kacau lagi sehingga rata dan diletakkan secubit garam
3. tapis bancuhan tepung diatas supaya bacuhan tidak berketul-ketul.
4. panaskan acuan kuih cara dengan api yang perlahan,letak sedikit minyak didalam acuan supaya nanti kuih tidak melekat.
5. tuang tepung tadi kedalam acuan sehingga penuh.dengan cepat,masukkan filet ketam dan kobis.
6.selepas itu,tuangkan sedikit lagi bancuhan tepung tadi keatas acuan tadi,bila bancuhan hampir masak sedikit,pusing2kan takoyaki perlahan-lahan untuk mendapatkan bentuk yang bulat (guna sudu kecil)
7. letakkan sedikit minyak ditepi-tepi lubang acuan supaya takoyaki masak dengan cantik
8. setelah masak,angkat dan sapukan dengan kicap unagi dan mayonis...Siap!

#kalau malas nak masak li jer kuih nie kat jusco.. sedap!!!

wanzex 11-09-2009 11:08 AM

Quote:

Originally Posted by irsaffy (Post 4691160)
yg expired la best..:p

http://www.spa.gov.my/images/SPAnavi...anita/budu.jpg

L.O.V.E 11-09-2009 11:10 AM

Kaya Ball
 
http://img141.imageshack.us/img141/2102/dsc00296uv.jpg

Bahan-bahan ( 120 biji )

* 5 biji telur
* 1/2 sudu makan garam (untuk rasa lemak n xmuak )
* 1/3 susu pekat tin kecil
* 500 ml air
* 1 sudu makan baking powder
* 600gm tepung (atau lebih bergantung kepekatan)
* 1 sudu kecil vanilla
* untuk inti seri kaya dan seri kaya pandan... ada org bisnes leh taruh penutbutter tp milla test x dpt...Adunan nie xleh..heheh..

Cara-cara

1. pukul telur sehingga berbiuh...masukkan susu pekat pukul lagi..(sekejap ja). masukkan air pukul lagi...masukkan vanila berselangseli dgn tepung,garam dan baking powder pukul sehingga adunan sebati......Panaskan acuan atas dan bawah, titiskan dengan sedikit minyak kemudian isikan separuh dengan adunan kemudian letak sedikit serikaya dan tutup dengan adunan hingga 3/4 penuh. biarkan seketika sehingga adunan penuh dan tutup acuan dan masak hingga keperangan.

L.O.V.E 11-09-2009 11:12 AM

tetiba nak rasa nak makan takoyaki chicken cheese.. uwaaa

marlen 11-09-2009 11:15 AM

Macaroni & cheese (goreng)

Bahan-bahan ( 2 org )
Setengah biji bwg besar (potong dadu)
2 biji bwg putih (tumbuk)
2 tbsp tomato puree
2 tbsp cili boh
sedikit daging cincang
2 tbsp susu segar
3 genggam macaroni
2 keping keju cheddar(parut)
sedikit olive oil utk menumis
sedikit garam dan ajinomoto

Cara-cara
Masakkan macaroni ikut belakang pek.dah sudah,tos kan air
tumiskan bwg merah,bwg putih.dah naik bau..masukkan cili boh
Bila cili dah garing, boleh tambah sedikit air (utk bg xhangit).kemudian, tambahkan tomato puree
masukkan pula daging cincang..masak sampai daging tu masak
Masukkan macaroni..kemudian tambahkan susu segar
bila semua dah sekata, masukkan cheddar cheese,gaulkan sampai keju cair.garam n ajinomoto to taste

rafina_80 11-09-2009 11:17 AM

Masak Lemak Cili Api Daging Salai dgn Mangga Muda

Bahan-bahan ( sekeluarga )
  • 500gm Daging Salai
  • 1 biji Mangga Muda
  • 1500ml santan (kalau nak kuah byk lebih tambah lagi)
  • 20 biji cili api (kalau nak pedas tambah lah cili lagi)
  • 1 inci kunyit
  • Garam secukup rasa

Cara-cara
  1. Daging salai dihiris nipis.
  2. Tumbuk cili api dengan kunyit sehingga lumat.
  3. Rebus daging salai dengan cili yang telah ditumbuk sekejab. Ini untuk pastikan daging salai empuk dan cili masak sempurna.
  4. Apabila daging telah empuk. Masukkan santan dan garam.
  5. Mangga dikupas kulit dihiris nipis. Kacau gulai sehingga mengelegak. Rasakan garamnye. Akhir sekali masukkan mangga yang telah dihiris, biar gulai mengelegak sekejab. Tutup api.

marlen 11-09-2009 11:19 AM

Black Pepper Chicken Chop

Bahan-bahan
*UNTUK DIPERAP*
2 paha ayam (kalo suke, debone kan. kalo malas, biar je tulang nye)
2 ulas bawang putih (cincang)
1 cm halia (cincang)
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos Lee & Perrins
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar madu
garam secukup rasa
*SOS BLACK PEPPER*
1/2 botol sos lada hitam
2-3 sudu besar sos tiram
3-4 cendawan butang (cincang)
1/2 biji bawang besar (cincang)
garam/gula secukup rasa

Cara-cara

gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok.
selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak.
balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy).
lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap.
tapi kalo rase tak cukup je sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper.caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa.

RINI ROSES 11-09-2009 11:21 AM

Neh Salah satu masakkan feveret aku yang aku buat sendiri...resepi asli!..wakakaka


Sawi Jepun Bersiram Sos Tiram

Bahan2 :
Sayur Sawi (ikut suka nak berapa banyak)
Bawang Putih 2 ulas
Tepung Jagung 1 sudu (bancuh ngan air terus)
Sos Tiram (sukat ikut suka)
Garam (sedikit sebagai perasa)
Minyak (2 sudu)
Air (Sukat ikut suka nak banyak mana kuah)

Cara2nya:
1.Rebuskan sayur tadi jangan sampai lembik (lecur) sangat. Agak dalam 2-3 minit terus angkat dan toskan.Dah kering sayur tu korangterus bubuh dalam pinggan.

2.Sediakan kuali dan panas kan minyak kemudian tumiskan bawang putih yang telah dititik.

3.Masukkan pula sos tiram dan ini terpulang pada selera memasing berapa banyak nak guna.

4.Lepas tu masukkan air dan ikut suka berapa banyak nak kuah tu tapi mestilah bersesuaian dengan banyak mana korang tuang sos tiram tadi.

5.Kacau hingga mendidih dan rasa masin ka tawar kuah tu. Kalau tawar boleh ler tambah sos sikit lagi atau masukkan garam.

6.Bila dah mendidih korang masukkan pula tepung jagung yang dah dibancuh ngan air tadi.Kegunaan tepung jagung tu sebab nak pekatkan kuah sos tiram.

7.Akhir sekali bila dah mendidih kuah tu, korang tuangkan terus ke dalam pinggan yang berisi sayur yang direbus tu. Siap untuk dimakan.

sekian!

L.O.V.E 11-09-2009 11:21 AM

Ayam Goreng Berempah
 
Bahan-bahan ( 1 keluarga kecil )

* 6-8 ketul chicken wings-potong 2,bersihkan dan toskan
* 1 cm halia*
* 4 ulas bawang merah-potong dadu*
* 4 ulas bawang putih-potong 2*
* 3 batang serai-potong bulat*
* 1/2 labu bawang besar-potong dadu*
* Kunyit hidup/serbuk kunyit
* 2 sudu mkn sos cili-boleh lebihkan sedikit jika suka
* Garam dan serbuk perasa(optional) secukupnya

Cara-cara

1. Masukkan bahan2 bertanda * ke dalam pengisar bahan kering,kisar sehingga lumat. Kalau tak ada pengisar tumbuk menggunakan lesung batu sehingga lumat-jika menggunakan kunyit segar hendaklah ditumbuk dengan lesung batu untuk mengelakkan kesan kuning pada pengisar..
2. Gaul ayam bersama bahan2 yang dikisar tadi dan tambahkan sos cili serta bahan2 perasa-garam dan serbuk perasa(jika mahu)
3. Perap didalam bekas tertutup dan diletakkan dalam peti sejuk..
4.
Ayamberempah1
Adalah disyorkan perap ayam sekurang2nya setengah jam sebelum digoreng agar rempahnya bergaul mesra bersama ayam tadi..semakin lama diperap,semakinnn enak!
5. NOTE:kepak ayam tidak perlu digoreng terlalu lama untuk mengelakkan isi ayam yg kering.

marlen 11-09-2009 11:26 AM

Sos kentang putar

Bahan-bahan
650 ml air
5 sudu besar stok ayam brand Maggipun bleh
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang
40 gm mentega
20 gm tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat
garam

Cara-cara
Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.

RINI ROSES 11-09-2009 11:27 AM

humak aih...sos kentang putar tu...ekekeke!

rafina_80 11-09-2009 11:29 AM

ROTI LAPIS DAGING

Bahan-bahannya:

* 2 batang roti perancis yang besar
* 1/2 kg daging cincang
* 2 sudu teh lada putih
* sedikit daun sop/bawang dihiris halus
* 50g mentega
* 3 tangkai lada hijau dihiris halus
* 3 tangkai lada merah dihiris halus
* 100g bawang goreng
* 1 biji kelapa (ambil 700ml santan)
* 2 sudu teh warna kuning
* 7 biji telur
* 2 sudu teh garam
* 3 biji bawang besar- potong dadu


Cara membuat:

1. Daging cincang digoreng dan ditoskan.

2. Perapkan roti bersama santan, kemudian diramas ramas sampai halus, masuk kan garam dan 3 dari 7 biji telur. Masukkan minyak bekas goreng daging tadi bersama mentega., dikacau lagi hingga rata dan bahagikan adunan roti kepada 3 bahagian.

3.Apabila sudah sejuk, masukkan bawang goreng,lada putih,daun sop & bawang, lada merah & hijau, dan bawang besar yg dah dipotong dadu, dan telur, digaul hingga rata.

4.Sediakan loyang. Masukkan roti dahulu untuk lapisan bawah dan kemudian lapiskan dengan daging, buat seterusnya hingga habis.

5.Bakar dengan menggunakan suhu 180íC selama 45 minit.

polong 11-09-2009 11:29 AM

http://bestweekever.blogs.com/photos...kestest_m1.jpg

cornflakes susu..:D

1 bungkus cornflakes
1 botol susu coklat/puteh

walla..siap..~!

selamat m'cuba..

marlen 11-09-2009 11:30 AM

Quote:

Originally Posted by RINI ROSES (Post 4691305)
humak aih...sos kentang putar tu...ekekeke!

tu sos je..kentang nya buat sendiri..lenyek je..letak butter sikit..garam ngan lada sulah..:p:p

marlen 11-09-2009 11:33 AM

Puding karamel

Bahan-bahan
400cc(400ml) susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus
3 biji telur- pada suhu bilik
2 biji telur kuning-pada suhu bilik
2-3 titik esen vanila
[ KARaMEL ]
5 sudu besar gula
2 sudu besar air

Cara-cara
Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

RINI ROSES 11-09-2009 11:34 AM

Quote:

Originally Posted by rafina_80 (Post 4691317)
ROTI LAPIS DAGING

Bahan-bahannya:

* 2 batang roti perancis yang besar
* 1/2 kg daging cincang
* 2 sudu teh lada putih
* sedikit daun sop/bawang dihiris halus
* 50g mentega
* 3 tangkai lada hijau dihiris halus
* 3 tangkai lada merah dihiris halus
* 100g bawang goreng
* 1 biji kelapa (ambil 700ml santan)
* 2 sudu teh warna kuning
* 7 biji telur
* 2 sudu teh garam
* 3 biji bawang besar- potong dadu


Cara membuat:

1. Daging cincang digoreng dan ditoskan.

2. Perapkan roti bersama santan, kemudian diramas ramas sampai halus, masuk kan garam dan 3 dari 7 biji telur. Masukkan minyak bekas goreng daging tadi bersama mentega., dikacau lagi hingga rata dan bahagikan adunan roti kepada 3 bahagian.

3.Apabila sudah sejuk, masukkan bawang goreng,lada putih,daun sop & bawang, lada merah & hijau, dan bawang besar yg dah dipotong dadu, dan telur, digaul hingga rata.

4.Sediakan loyang. Masukkan roti dahulu untuk lapisan bawah dan kemudian lapiskan dengan daging, buat seterusnya hingga habis.

5.Bakar dengan menggunakan suhu 180’C selama 45 minit.

adeh sedap neh kak!

rafina_80 11-09-2009 11:34 AM

ROTI JOHN

Bahan:

* 200gm daging cincang
* 3 biji roti perancis yang kecil
* 6 biji telur
* 2 biji bawang besar
* 1 batang cili merah dihiris
* sedikit serbuk lada hitam dan garam

Sosnya:

* 15 tangkai lada kering kisar
* 5 sudu makan tomato sos
* sedikit cuka, air dan sedikit gula dan garam
* Campurkan semua bahan-bahan diatas dan masak hingga mendidih

Cara membuat:

1. Daging cincang disangai dengan sedikit rempah sop.
2. Pukul telur dengan sedikit garam dan lada hitam.
3. Masukkan daging, bawang besar dan hirisan cili merah.
4. Roti dibelah dua dan letakkan adunan telur diatas roti dan masak di kuali yang telah dilengseri dengan sedikit minyak masak.
5. Balik-balik kan. Setelah masak, hidangkan bersama hirisan timun,tomato dan daun salad

rafina_80 11-09-2009 11:36 AM

Quote:

Originally Posted by RINI ROSES (Post 4691363)
adeh sedap neh kak!

cube lah..memang sedap..=P~

RINI ROSES 11-09-2009 11:36 AM

fuh kencang betul resepi korang...!

L.O.V.E 11-09-2009 11:39 AM

Quote:

Originally Posted by RINI ROSES (Post 4691380)
fuh kencang betul resepi korang...!

wat aku teringin nak makan je
skang nak makan takoyaki tu..
ko penah makan tak

L.O.V.E 11-09-2009 11:44 AM

Coconut Shake
 
http://img30.imageshack.us/img30/909...ake224x300.jpg

bahan-bahan
**sebiji kelapa muda (ambil air & isinya)
**aiskrim vanila
**50 ml susu cair
**ais kiub

cara2 membuatnya
**masukkan kesemua bahan-bahan kedalam pengisar,kisar hingga sebati.
**sejukkan dan sedia utk diminum.


# dulu selalu wat time jadi bar tender kat restoran thai...

L.O.V.E 11-09-2009 11:47 AM

Murtabak segera
 
Bahan-bahan ( 6 keping )

* 100 g daging cincang
* 2 biji ubi kentang
* 1 sudu setengah rempah kari
* 1/2 biji bawang besar
* 1 ulas bawang putih
* daun sup
* minyak
* 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
* kulit popia
* 2 biji telur

Cara-cara

1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
3.apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
4.pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

rafina_80 11-09-2009 11:48 AM

BEEFSTEAK RAFINA

Bahan:

* 500 gm daging steak (bersihkan) (daging batang pinang pun boleh)
* 1 s/b kicap pekat
* 1 s/k madu/gula (guna madu lagi sedap)
* 1 s/b sos plum

Bahan yang perlu dikisar :

* 1 s/k lada hitam
* 3 ulas bawang putih
* 2 ulas bawang
* 1 batang serai
* 1 inci halia

Cara membuat:

1. Daging dipotong lebar setebal 1 cm [1/2 inci].
2. Gaulkan semua bahan yg disediakan dan perapkan selama 4 atau 5 jam.
3. Masukkan semua bahan dalam non-stick pan dan tutupkan dgn tudung.
4. Masakkan atas api sederhana sehingga air kering dan daging lembut.
5. Angkat daging dan sediakan sos

SOS LADA HITAM

Bahan:

* 1 s/b lada hitam
* 1 s/b tepung jagung ]
* 1 cawan air ] bancuhkan
* 1 s/b sos tomato
* 1 s/b kicap pekat

Cara membuat:

1. Gunakan non-stick pan yg merebuskan daging tadi.
2. Panaskan semua bahan termasuk bahan lebihan daging dalam non-stick pan tadi.
3. Bila mendideh, tuangkan dalam mangkuk dan sediakan sayuran untuk hidangan.

SAYURAN

* Salad
* tomato
* kentang goreng
* baked beans


PASTU SUSUN LER SEMUA TU KAT DALAM PINGGAN..
SUSUN CAM KITE MKN KAT RESTORAN TU..
PASTU TUANGKAN SOS ATAS DAGING..

RINI ROSES 11-09-2009 11:52 AM

Quote:

Originally Posted by L.O.V.E (Post 4691399)
wat aku teringin nak makan je
skang nak makan takoyaki tu..
ko penah makan tak

manalah pernah aku makan benda2 neh semua..ekekeke!

RINI ROSES 11-09-2009 11:53 AM

alamak kak rafina dah kuarkan resepi beefstick dia...

L.O.V.E 11-09-2009 12:06 PM

sapa ada resepi
desert thai
dier letak santan, nangkan, ngan sengkuang tu.. huhu..
dulu selalu wat tapi dah lupa lah

tebbaloi 11-09-2009 06:37 PM

Quote:

Originally Posted by L.O.V.E (Post 4683059)
http://4.bp.blogspot.com/_wIMmyq1J4S...0/P3213430.JPG

Bahan-bahan ( 2 org )
4 keping roti
1 biji telur
2 keping slice cheese
2 sudu minyak msk

Cara-cara
Pukul telur.
Potong bahagian tepi roti.
Ambil dua keping roti dan letak kepingan cheese di tengah2.
Belah dua.Buat lagi sampai abis.
Panaskan minyak. Celup roti ke dalam telur. dan gorengkan di atas kuali. Seelok2nya guna kuali non-stick frying pan.Takde pun tkpe...kuali biasa jek la... Pastu balik2kan sampai la kekuningan.
Dah siap...mkn la panas2......SeLaMat MenCube..

huhu simple tapi buat aku laporr... ~X(

L.O.V.E 11-09-2009 07:54 PM

Quote:

Originally Posted by tebbaloi (Post 4693945)
huhu simple tapi buat aku laporr... ~X(

sahur kang nak masak yeay

Kurma 11-09-2009 08:03 PM

wah baguih thread ni.....errrrr nk bagi resepi apa tah
:D

L.O.V.E 11-09-2009 08:04 PM

tadi baru berbuka ngan takoyaki tunjuk..
wakakaka.. nak wat tak reti huhu

RINI ROSES 12-09-2009 09:45 AM

belum ada resepi terbaru ka...!

RINI ROSES 12-09-2009 09:58 AM

aku dah update resepi ngan nama korang kat depan...terima kaseh!

tebbaloi 12-09-2009 09:59 AM

Quote:

Originally Posted by L.O.V.E (Post 4694272)
sahur kang nak masak yeay

huhuh tak sempat nak masak!! lambat bangun lak.. ermm lam peti ais aku tadak cheese keping tuu.. cheese spread ada laa.. bule tak sis?? :D

http://www.woolworths.co.nz/ImageSer...0650354111.jpg

RINI ROSES 12-09-2009 10:01 AM

boleh kot janji cheese!

sapu butter pun ok!

tebbaloi 12-09-2009 10:05 AM

Quote:

Originally Posted by RINI ROSES (Post 4698169)
boleh kot janji cheese!

sapu butter pun ok!

huhu jgn maree aku modify resepi nih besok! :D

RINI ROSES 12-09-2009 10:07 AM

aku tak maree kalau ko bagi aku rasa...wakakakaka!


All times are GMT +8. The time now is 02:59 AM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.