CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   News, Current Issues, Rumours (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=72)
-   -   TRAGEDI 1313:Pencerobohan di Lahad Datu <Semoga Tentera Malaysia Selamat>UPDATE Pg1 (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=408637)

sizzling_noodle 17-03-2013 12:09 PM

Quote:

Originally Posted by taukereload (Post 16537623)
Bikin kelakar la korang ni... Anda tidak tahu apa Sabahan lalui. Anda hanya membaca dari jauh sahaja. Jangan nak buat tuduhan tidak menentu. Buat kempen jalan sanan sini. Kami di Sabah hidup bersama Tausug bukan sehari, sebulan tapi sudah lebih dari 20 tahun. Pertumpahan darah banyak kali berlaku bertahun lamanya. Adakah anda tahu? tidak kan... Jangan nak perlekehkan Tentera Tausug. Mereka datang bersenjata 100-200 orang. Itu mereka yang kantoi.. Tahukah anda berapa ramai yg ada di Sabah? Setiap daerah ada... Kami mempertahankan bumi Sabah lebih lama dari kejadian yang baru sahaja hangat ini... Dan jangan juga kita gelakkan atau perlekehkan Tentra kita, kenapa perlu bawa berbatalion Tentera, komando hebat2 satu Malaysia di panggil, kereta kebal dibawa, guna jet pejuang semata2 nak bunuh hanya sedikit Tentera. Mereka itu pengganas yang amat berbeza cara berperangnya. Doakanlah keselamatan Tentera kita. Sabahan tahu cerita sebenar.. Oleh yang demikian janganlah nak bangkitkan sentimen politik.. tunding2 jari.. buat kempen, demonstrasi tidak berfaedah.. Jika nak buat, datang sini Sabah buat. Buat di Zon2 hangat cukup tak payah ke Zoh Merah.. Jika survive di Zon Hangat. Syukur... Oleh itu fikirlah dulu. Jangan lemparkan tuduhan. Apa yang anda baca dan alamai sendiri berbeza.

Well said my dear :)paid :D

:)cgrock

sizzling_noodle 17-03-2013 12:13 PM

Quote:

Originally Posted by veaz_azr (Post 16537668)
ade bran..demo kat sebelah zon merah..sebelah je..bkn kat dalam pun..hanya org yg duduk sane tau keadaan kat sane..yg tak duduk sane plak citer gebang..lebih2 plak..:D tread update da jadi tread kaki kebod meluahkan perasaan..

Excuse...yg dekat Lahad Datu tu salah satu mcm kemuncak sudah...cuba belek balik sejarah , google ke aper ke...Semporna dah brapa kali kena "ziarah" brutally??? Cuba pi cek..."visitors" ni datang dari mana...so kami Sabahan tau apa yg kami alami

yg duduk sana nun x tau apa2...jgn cakap lebih2 shj..:mad:

p/s: aku kecik lagi masa tu, depan mata aku sendiri pacik yg jual ayam panggang cedera di bhgn perut kena "bom ikan" :)paid

wokyoh fx 17-03-2013 12:25 PM

TERKINI.

Seorang lagi anggota militan ditembak mati dalam Operasi Daulat di Kampung Tanjung Batu pada 10.15 pagi ini - Panglima Medan Tentera Darat

Admin Sedang Mendapatkan Butiran

fordLASER 17-03-2013 12:29 PM

semoga iktibar dr peristiwa ini akan dapat membuka mata ttg ancaman terhadap rakyat sabah amnya...

sizzling_noodle 17-03-2013 12:30 PM

Quote:

Originally Posted by wokyoh fx (Post 16537925)
TERKINI.

Seorang lagi anggota militan ditembak mati dalam Operasi Daulat di Kampung Tanjung Batu pada 10.15 pagi ini - Panglima Medan Tentera Darat

Admin Sedang Mendapatkan Butiran

Alhamdulillah...w'pun seumur hidup aku x penah alhamdulillah atas kematian sesiapa..kalau aku berdosa atas apa yg aku lafazkan tadi, aku redha tanggung..namun kesedihan atas Malaysian Warriors yg telah gugur memang x akan dapat diubati sampai bila2, tetap akan meninggalkan parut yg sangat mendalam..al-fatihah untuk mereka semua Pahlawan Tercinta :(

p/s : terlalu banyak aku saksikan sendiri kekejaman pihak2 ini, walaupon datang dengan "nama kumpulan" yg berbeza2..tapi tetap datang dari tempat yg sama..do fikir2 kan la..yg kepala ***** asyik politik tu, coba kontrol2 sikit komen2 tu, bila benda ni dah setel korang nak kempen sana kempen sini, lantak korang la

Abu_ 17-03-2013 12:32 PM

Quote:

Originally Posted by taukereload (Post 16537623)
Bikin kelakar la korang ni... Anda tidak tahu apa Sabahan lalui. Anda hanya membaca dari jauh sahaja. Jangan nak buat tuduhan tidak menentu. Buat kempen jalan sanan sini. Kami di Sabah hidup bersama Tausug bukan sehari, sebulan tapi sudah lebih dari 20 tahun. Pertumpahan darah banyak kali berlaku bertahun lamanya. Adakah anda tahu? tidak kan... Jangan nak perlekehkan Tentera Tausug. Mereka datang bersenjata 100-200 orang. Itu mereka yang kantoi.. Tahukah anda berapa ramai yg ada di Sabah? Setiap daerah ada... Kami mempertahankan bumi Sabah lebih lama dari kejadian yang baru sahaja hangat ini... Dan jangan juga kita gelakkan atau perlekehkan Tentra kita, kenapa perlu bawa berbatalion Tentera, komando hebat2 satu Malaysia di panggil, kereta kebal dibawa, guna jet pejuang semata2 nak bunuh hanya sedikit Tentera. Mereka itu pengganas yang amat berbeza cara berperangnya. Doakanlah keselamatan Tentera kita. Sabahan tahu cerita sebenar.. Oleh yang demikian janganlah nak bangkitkan sentimen politik.. tunding2 jari.. buat kempen, demonstrasi tidak berfaedah.. Jika nak buat, datang sini Sabah buat. Buat di Zon2 hangat cukup tak payah ke Zoh Merah.. Jika survive di Zon Hangat. Syukur... Oleh itu fikirlah dulu. Jangan lemparkan tuduhan. Apa yang anda baca dan alamai sendiri berbeza.

betul..
aku pon terfikir jugak kalau setakat 200 orang kenapa sampai bawak 7 battalion siap dengan tank lagi..
saudara sebagai org sabah update lah info2 yg xkeluar tv ni..

ladyelena_11 17-03-2013 12:32 PM

Quote:

Originally Posted by Sweet Rose (Post 16506306)
ya ba kan sis, klu org suluk buli menyelam dlm air

sampai 1 jam tu suda menunjukkan tinggi juga ilmu dorang tu...

klu org biasa tak mungkin leh tahan nafas begitu lama...

yg ni aku percaya gak..sbb akak housemate aku citer...bapak dia dulu salu ditugaskan kat sabah...skali snjata tu jatuh kat laut...dekat sejam gak xtimbul2...
tengok2 pastu muncul dgn senjata yg jatuh tadi tu...

mustopa_a 17-03-2013 12:33 PM

Quote:

Originally Posted by wokyoh fx (Post 16537925)
TERKINI.

Seorang lagi anggota militan ditembak mati dalam Operasi Daulat di Kampung Tanjung Batu pada 10.15 pagi ini - Panglima Medan Tentera Darat

Admin Sedang Mendapatkan Butiran

bravooooooo .. :)cgrock

wokyoh fx 17-03-2013 12:34 PM

Penerima pingat Kesultanan Sulu perlu disiasat
 
IPOH – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) didesak supaya menyiasat semua warganegara Malaysia yang menerima pingat kebesaran daripada Kesultanan Sulu kerana dikhuatiri menyumbang kepada keganasan di Lahad Datu, Sabah.

Bekas Adun Teja, RK Muthu berkata, pihaknya dimaklumkan ramai individu termasuk pemimpin tertinggi parti politik turut ‘membeli’ pingat kebesaran itu.

Beliau mendakwa, setiap pingat yang dibeli dianggarkan bernilai RM50,000 hingga ratusan ribu ringgit.

“Saya khuatir wang hasil pembelian pingat kebesaran Kesultanan Sulu ini digunakan puak pengganas untuk membeli senjata.

“Jika benar perkara berkenaan, secara tidak langsung individu atau pemimpin yang membeli pingat kebesaran ini membantu pencerobohan di Lahad Datu,” katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden Parti Keadilan India, P Jenapala; Naib Ketua Cabang PKR Tambun, S Thannimalai dan Pengerusi DAP Cawangan Tasek Mewah, M Lekchemanan.

Muthu berkata, penerima-penerima pingat kebesaran daripada Kesultanan Sulu harus tampil menyerahkan kembali pingat berkenaan sebagai tanda penentangan terhadap pencerobohan itu.

“Mereka seharusnya sedar tindakan mereka menerima dan memakai gelaran Datuk, Datuk Seri dan sebagainya yang dikeluarkan Kesultanan Sulu merupakan salah satu pengkhianatan kepada negara.

“Oleh itu, saya minta individu mahupun pemimpin yang sudah menerimanya tampil menyerahkan pingat kebesaran itu sebagai tanda mereka membantah tindakan keganasan militan Sulu itu,” katanya.

Tambahnya, isu yang dibangkitkan sangat serius dan pihak polis harus menyiasat perkara itu dengan segera dan dia sendiri akan membuat laporan polis berkenaan perkara itu.

“Kita beri tempoh seminggu kepada polis untuk menyiasat dan individu terbabit tampil mengemukakan bantahan. Jika tiada sebarang tindakan, kita tidak teragak-agak mendedahkan nama-nama penerima yang ada pada kami,” jelasnya.

wokyoh fx 17-03-2013 12:37 PM

Pada jam 9.55 pagi, pasukan keselamatan telah terserempak dengan pihak musuh di Kampung Tanjung Batu dan berlaku pertempuran di mana pasukan keselamatan berjaya menembak mati seorang musuh. Setakat ini pasukan keselamatan masih lagi bertempur dengan pihak musuh dan usaha-usaha menjejaki saki baki musuh masih diteruskan.

Setakat ini, 62 musuh ditembak mati dan 27 daripada mayat musuh telah dibawa keluar dari zon merah manakala kawasan operasi masih lagi ditutup kepada orang ramai dan pegamal media.

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.n...67925285_n.jpg

mustopa_a 17-03-2013 12:41 PM

Quote:

Originally Posted by wokyoh fx (Post 16537999)

tahniah .. selamat berjuang:)cgrock

wokyoh fx 17-03-2013 12:53 PM

Quote:

Originally Posted by Mr.CEO (Post 16537405)

sori off jap .. aku nak tergelak tgk yg ni :eek::eek: giler punya idea... wakkakaa

noavatar 17-03-2013 12:53 PM

Pada jam 9.55 pagi, pasukan keselamatan telah terserempak dengan pihak musuh di Kampung Tanjung Batu dan berlaku pertempuran di mana pasukan keselamatan berjaya menembak mati seorang musuh. Setakat ini pasukan keselamatan masih lagi bertempur dengan pihak musuh dan usaha-usaha menjejaki saki baki musuh masih diteruskan.

Setakat ini, 62 musuh ditembak mati dan 27 daripada mayat musuh telah dibawa keluar dari zon merah manakala kawasan operasi masih lagi ditutup kepada orang ramai dan pegamal media.

sos: http://www.facebook.com/photo.php?fb...8&l=8b44cfeab1

roslanab 17-03-2013 12:58 PM

Quote:

Originally Posted by sizzling_noodle (Post 16537834)
Excuse...yg dekat Lahad Datu tu salah satu mcm kemuncak sudah...cuba belek balik sejarah , google ke aper ke...Semporna dah brapa kali kena "ziarah" brutally??? Cuba pi cek..."visitors" ni datang dari mana...so kami Sabahan tau apa yg kami alami

yg duduk sana nun x tau apa2...jgn cakap lebih2 shj..:mad:

p/s: aku kecik lagi masa tu, depan mata aku sendiri pacik yg jual ayam panggang cedera di bhgn perut kena "bom ikan" :)paid

ya bro JTM pun ada bukaa thread pasal mundu yang serang Semporna..

http://www.carigold.com/portal/forum...d.php?t=413505

Aku pun ada post di thread tersebut;-

Quote:

Originally Posted by roslanab (Post 16377742)
Sebenarnya kalau cerita pasal mundu di Pantai Timur Sabah, memang banyak.
Mundu di sini serang nelayan2 memang banyak kali hanpir setiap tahun ketika dulu.
Kawan aku nelayan pun sudah dua kali kena serang mundu di laut, dengan senjata m16
mundu ni rompak apa saja termasuk enjin bot.

kalau serang ke darat iaitu darat pun byk jugak. Yang beraninya tu, sampai
serang guna bom ke atas balai polis semporna tahun 1995.

kalau google kat internet memang banyak.

Lanun di Semporna tahun 1995

Pengalaman Azhar diserang Lanun

Semporna diancam mundu

Mundu serang Lahad Datu 1985

Sebenarnya banyak lagi.. kena rajin google..

Tu belum lagi kes penculikan oleh mundu dari Filipina.. Menculik dengan tujuan untuk mendapatkan wang tebusan.
TT boleh google sendiri kes2 penculikan di timur sabah ni.

orangseni 17-03-2013 01:02 PM

Quote:

Originally Posted by wokyoh fx (Post 16537999)
Pada jam 9.55 pagi, pasukan keselamatan telah terserempak dengan pihak musuh di Kampung Tanjung Batu dan berlaku pertempuran di mana pasukan keselamatan berjaya menembak mati seorang musuh. Setakat ini pasukan keselamatan masih lagi bertempur dengan pihak musuh dan usaha-usaha menjejaki saki baki musuh masih diteruskan.

Setakat ini, 62 musuh ditembak mati dan 27 daripada mayat musuh telah dibawa keluar dari zon merah manakala kawasan operasi masih lagi ditutup kepada orang ramai dan pegamal media.

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.n...67925285_n.jpg

pertama kali PANGLIMA MEDAN TENTERA DARAT muncul dalam sidang media (ke aku de terlepas sidang media sebelum nih?)

sebelum nih PANGLIMA ATM bergilir-gilir PANGLIMA 1 DIVISYEN :D

TokCu 17-03-2013 01:14 PM

up berita ......

Lahad Datu: Seorang Lagi Lelaki Bersenjata Sulu Ditembak Mati

LAHAD DATU: Satu pertempuran bersenjata pada Ahad antara pasukan keselamatan dan saki-baki lelaki bersenjata Sulu mengejutkan suasana selepas beberapa hari reda dalam operasi Ops Daulat.

Pasukan keselamatan membunuh seorang lagi lelaki bersenjata pada kira-kira pukul 10.15 pagi diikuti pertempuran di Kg Tanjung Batu di sini, kata Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim.

Beliau berkata, mereka kini sedang memburu tiga lelaki bersenjata yang dilihat dalam operasi mopping bagi mengusir baki lelaki bersenjata di kawasan zon merah.

Tiada mangsa dilaporkan di kalangan pasukan keselamatan.

Pertempuran bersenjata terakhir berlaku pada Selasa apabila seorang tentera terbunuh dan seorang lagi cedera bersama-sama dengan tiga lelaki bersenjata yang ditembak mati berhampiran Sungai Nyamuk, tidak jauh dari Kg Tanjung Batu.

hisham27 17-03-2013 01:16 PM

1 bullet = 1 head

http://s23.postimage.org/fjt521rtn/5...16747569_n.jpg

NOEL74 17-03-2013 01:17 PM

Quote:

Originally Posted by wokyoh fx (Post 16536672)
http://www.sinarharian.com.my/polopo..._400/image.jpg

KOTA BHARU- Desas-desus tentang penggunaan ilmu hitam atau sihir oleh militan Sulu mungkin ada kebenarannya.

Perkara ini diakui Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Shamsuri Shafie tidak menolak kemungkinan wujudnya amalan sihir di sebalik konflik melanda negara lebih sebulan lalu itu.

“Memang maklumat dari sumber yang boleh dipercayai mengatakan sihir dan ilmu hitam adalah amalan mereka untuk mempertahankan diri dan menjadi kebal.

“Malah saya difahamkan ada dalam amalan yang memerlukan mereka berendam semalaman dengan bacaan mantera tertentu mungkin untuk mendapatkan kekebalan dan menyebabkan tentera kita tidak nampak kewujudan mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Tidak menafikan setiap kejadian berlaku dengan izin Allah, Shamsuri yang juga pengamal perubatan Islam berkata, amalan sihir sememangnya wujud walaupun mempercayainya adalah syirik.

Menurutnya, militan Sulu sedar mereka kekurangan dari segi kelengkapan kerana itu mencari kekuatan lain untuk mempertahankan diri, menyebabkan mereka memilih mengamalkan sihir dan ilmu hitam bagi mendapatkan kekebalan diri.

Menasihatkan agar tentera negara di perbatasan sentiasa mengingati Allah dan tidak leka, Shamsuri berkata, amalan- amalan sihir ini mampu ditundukkan dengan ayat-ayat suci al-Quran.

“Kita nak berperang kena ingat Allah, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita.

Baca doa, atau ayat- ayat tertentu misalnya, al-Fatihah dan ayat Kursi supaya kita sentiasa berada dalam keadaan benar dan tidak lalai,” katanya.

Betul... paling kurang kena ada seorang geng KAGAT untuk setiap kumpulan yang memantau dan membuat riki..

Ahwazi Mustafa 17-03-2013 01:23 PM

Quote:

Originally Posted by Mr.CEO (Post 16537405)

memang kreatif. :)

thread ni dah boleh tutup kot. dah ke laut. :eek:

linamys 17-03-2013 01:40 PM

Quote:

Originally Posted by RuthlessFairy (Post 16532029)
kalau muka kau mcm sulu, dia tembak la.

kalau muka kau comel, takkan dia nak tembak tetiba.

:)) nasib baik muka comel, ayu melayu asli..:">

jamtulenmurah 17-03-2013 01:41 PM

Quote:

Originally Posted by wokyoh fx (Post 16537999)
Pada jam 9.55 pagi, pasukan keselamatan telah terserempak dengan pihak musuh di Kampung Tanjung Batu dan berlaku pertempuran di mana pasukan keselamatan berjaya menembak mati seorang musuh. Setakat ini pasukan keselamatan masih lagi bertempur dengan pihak musuh dan usaha-usaha menjejaki saki baki musuh masih diteruskan.

Setakat ini, 62 musuh ditembak mati dan 27 daripada mayat musuh telah dibawa keluar dari zon merah manakala kawasan operasi masih lagi ditutup kepada orang ramai dan pegamal media.

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.n...67925285_n.jpg

Muka lelaki sbelah kanan tu Terbaik. :)paid

Nampak Ganas dan Non Kompromi. Itu yg sepatutnye icon PC.

Bukan KP dan Menteri KDN lembik. Muka macam nak menangis masa PC.

istinggar 17-03-2013 01:41 PM

Quote:

Originally Posted by caklempong (Post 16537626)

point saya disini, kita tak perlu iktiraf kedaulatan sebarang sultan sulu, sebab pihak mereka penuh dengan tipu muslihat.

mereka seperti enggan menuntut sabah disebabkan mereka tidak mempunyai asas untuk menuntut sabah,tetapi setelah kita akui kedaulatan mereka, kita tak tahu kad apa yang mereka akan tunjukkan untuk permainan seterusnya

Inilah yang sepatutnya.

Kalau diiktiraf pun, tak mendatangkan apa-apa manfaat bahkan dibuka pula pintu untuk 'pewaris' kesultanan Sulu untuk menuntut barang yang sudah tidak menjadi haknya.

Kamu semua mengiktiraf aku, Sultan Istinggar sebagai pewaris sah Kesultanan Sulu. Dengan ini kamu semua juga mengiktiraf kedaulatan kerajaan Sulu, dengan segala liputan wilayah jajahan takluk beta termasuklah Sabah. Tapi beta sangat pemurah lagi budiman, jadi Sabah itu kamu jagalah, beta berjanji tak akan mengungkit lagi soal Sabah. Beta janji tau. Protokol Madrid tu kita letak di tepi, kita tengok perjanjian dengan Overbeck tu je, yang lain-lain kita abaikan. Apa? Kerajaan Sulu dijajah oleh Sepanyol satu masa dulu? Alah, TL;DR , mungkin salah faham je. Beta janji. Puii.

Kalau aku jadi sultan sulu, macam tulah gaya pujukan aku.

Pekeliling 1, akan ditulisganti dengan Pekeliling 2. Kalau ada klausa bercanggah, maka Pekeliling 2 akan digunapakai. Itulah resam digunakan orang sejak zaman-berzaman. Kecuali si 'sultan' Sulu, dia mahu pakai Pekeliling 1 sahaja. Yang lain-lain takmau ambil kira, dia kata tak aci.

Yang keduanya, bab mengiktiraf kesultanan, perlu datang dari 'master of vasal' terlebih dahulu. Mindanao dan segala pulau kecil-kecil tu wilayah siapa? Filipina. Jadi tuan kepada vasal ialah Filipina. 'Vasal' di sini hanyalah untuk penerangan sahaja, boleh jadi negeri bersekutu (federate state), negara kota (city-state, macam zaman Yunani kuno), atau kesatuan (union, UK dsb.).

Aquino: Oklah saya akui kamu si Istinggar ini Sultan Sulu, peace no war. LOL.

Najib (isteri Rosmah): Oo yeke. Oklah Malaysia juga mengiktiraf kamu si penama yang disebut Filipina itu sebagai Sultan Sulu.

Majlis Raja-raja: Brader, lu Perdana Menteri je, mahu langkah Ruma Bicara ke??

Najib: Lulz, lupa plaks. Korang setel lah sama sendiri.

Pewaris Kesultanan Patani pernah berjumpa dengan Kesultanan Perak selepas Britsh kembali ke Malaya (selepas Jepun kalah), meminta untuk diiktiraf sebagai Sultan Pattani.

Sultan Perak ajak makan di istananya, sembang-sembang sebagaimana ahli keluarga. Tapi Sultan Perak langsung tidak menyentuh soal istiadat seperti diminta oleh pewaris itu. Akhirnya dia balik begitu sahaja. Maksud Sultan Perak ialah....kamu mintalah dahulu dengan raja Thai (Patani berada di bawah Thai dalam Perjanjian Bangkok).

Tak dinafikan soal Sabah ni rumit, apatah lagi soal pewaris pewaras yang entah dari mana asal-usulnya, jadi lebih baik bersyak wasangka, berbanding berbaik sangka.

Beta beredar dulu. Peace no war.

hj_maikel 17-03-2013 02:02 PM

mana pi kpn ngan general zul..?

lucifer666 17-03-2013 02:15 PM

Quote:

Originally Posted by hj_maikel (Post 16538592)
mana pi kpn ngan general zul..?

soklan beng.ngap... nak tau depa kat mana hang pi call balai polis hang tanya..bu.dus...:eek:

Don Malaya 17-03-2013 02:20 PM

terkini,,

Keluarga Jamalul Kiram antara ditahan di bawah Akta Kesalahan Kesalamatan

LAHAD DATU 17 Mac - Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, anggota keluarga Jamalul Kiram antara 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

"Mereka yang ditahan berada di sini dipercayai anggota keluarga (Jamalul) Kiram yang menggunakan nama lain... di sini mereka guna nama lain, di Filipina mereka guna nama lain. Ini kita sedang siasat," katanya dalam sidang media bersama Panglima Medan Tentera Darat, Lt. Jen. Datuk Seri Zulkiple Kassim di Felda Sahabat 16 di sini, hari ini.

Beliau berkata, operasi membanteras pengganas tidak hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram, yang didakwa dalang insiden pencerobohan di Sabah sejak 12 Februari lepas, kerana polis turut menjejaki kaum keluarga anggota militan lain yang dipercayai terlibat insiden pencerobohan itu.

"Kita juga turut menyiasat orang lain yang mempunyai kaitan dengan pengganas di bawah SOSMA," katanya tanpa memberitahu bila mereka akan didakwa di mahkamah.

Mengenai kematian seorang tahanan di bawah SOSMA di Semporna semalam, beliau berkata, individu itu meninggal dunia di hospital akibat sakit dan bukannya membunuh diri seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Sehingga kini seramai 104 orang telah ditahan di bawah SOSMA dan 232 lagi ditahan atas pelbagai kesalahan lain.

Dalam pada itu, Hamza berkata, keadaan di seluruh Sabah adalah terkawal termasuk di Semporna dan Lahad Datu, kecuali di kawasan operasi di gugusan Tanjung Labian, yang kini dalam proses pembersihan. - BERNAMA

LoBye 17-03-2013 02:21 PM

Quote:

Originally Posted by lucifer666 (Post 16538666)
soklan beng.ngap... nak tau depa kat mana hang pi call balai polis hang tanya..bu.dus...:eek:

tq mod..langau thread,xdo kojo lain asik nk provoke org je.. :)cgrock:)cgrock:)cgrock

jamtulenmurah 17-03-2013 02:23 PM

Quote:

Originally Posted by LoBye (Post 16538697)
tq mod..langau thread,xdo kojo lain asik nk provoke org je.. :)cgrock:)cgrock:)cgrock

Dah.

Mod alert tu. Penjara sebulan.

Agak2 la mamat setan ni. Takde update better diam aje. Ni provoke semua org font merah sebesar alam aku pun tak paham apa motip dia ni.

So continue hapdate kes LD.

Dah mau masuk minggu ke6.

Belum ada tanda nak settle down.

hj_maikel 17-03-2013 02:24 PM

Quote:

Originally Posted by lucifer666 (Post 16538666)
soklan beng.ngap... nak tau depa kat mana hang pi call balai polis hang tanya..bu.dus...:eek:

aku rasa nkau lagi be.ngap dari aku kowt.. cuba ko tepon balai skang... aku nk tengok apa balai tu jwb.... tongong...:))

hj_maikel 17-03-2013 02:25 PM

Quote:

Originally Posted by jamtulenmurah (Post 16538707)
Dah.

Mod alert tu. Penjara sebulan.

Agak2 la mamat setan ni. Takde update better diam aje. Ni provoke semua org font merah sebesar alam aku pun tak paham apa motip dia ni.

So continue hapdate kes LD.

Dah mau masuk minggu ke6.

Belum ada tanda nak settle down.

kena banned dah.... baguslah.. menjengkelkan sungguh... :D

LoBye 17-03-2013 02:28 PM

Quote:

Originally Posted by hj_maikel (Post 16538722)
kena banned dah.... baguslah.. menjengkelkan sungguh... :D

attitude ngan id samo2 menjengkelkan..tambah laie ngan avatar dio sepatutnyo banned lelamo ckit..update pliss..

fireuz 17-03-2013 02:32 PM

Member aku kat laut kata, (budak Thailand), US submarine ada datang ke Gulf Of Thailand. Tapi tujuan kedatangan di ragui..

Mungkin ke ada kena mengena yg Kiramjadah klem kata yg US nak tolong dorang?? :-?

http://pics.manager.co.th/Images/556000003198102.JPEG

http://pics.manager.co.th/Images/556000003198103.JPEG

http://pics.manager.co.th/Images/556000003198105.JPEG

SUMBER (Kalau Paham la :)))

Persoalannya, kenapa sejak 2 menjak kebelakangan ni banyak sangat military toys US ni terkandas area Far East Asia ni :-?

TokCu 17-03-2013 02:32 PM

Quote:

Originally Posted by lucifer666 (Post 16538666)
soklan beng.ngap... nak tau depa kat mana hang pi call balai polis hang tanya..bu.dus...:eek:

eloklah direhatkan dulu si lucifer tu

tahniah mod:)cgrock

LoBye 17-03-2013 02:36 PM

"Mereka yang ditahan berada di sini dipercayai anggota keluarga (Jamalul) Kiram yang menggunakan nama lain...di sini mereka guna nama lain, di Filipina mereka guna nama lain. Ini kita sedang siasat," katanya dalam sidang media bersama Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim di Felda Sahabat 16 di sini, hari ini.

LoBye 17-03-2013 02:38 PM

Quote:

Originally Posted by wokyoh fx (Post 16536779)
Semporna: Seorang lelaki disyaki pengganas Sulu yang ditahan dalam Ops Daulat, ditemui mati dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, pagi kelmarin, dipercayai membunuh diri.

Lelaki berusia 25 tahun yang ditahan dalam serbuan pasukan keselamatan di Kampung Pinggir Bakau, Semporna, 10 Mac lalu, dipercayai menjerut lehernya menggunakan baju lokap di pintu jeriji lokap sebelum melipat kedua belah kakinya ke atas.
Suspek itu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Kad pengenalan palsu

Pegawai perubatan Hospital Tawau yang dipanggil ke lokap Cawangan Khas (SB) IPD Tawau mengesahkan suspek yang memiliki kad pengenalan palsu ketika ditahan, sudah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah, mengesahkan kejadian itu.

Mengenai kematian seorang tahanan di bawah SOSMA di Semporna semalam, beliau berkata individu itu meninggal dunia di hospital akibat sakit dan bukannya membunuh diri seperti yang didakwa sesetengah pihak.

jamtulenmurah 17-03-2013 02:42 PM

Quote:

Originally Posted by fireuz (Post 16538765)
Member aku kat laut kata, (budak Thailand), US submarine ada datang ke Gulf Of Thailand. Tapi tujuan kedatangan di ragui..

Mungkin ke ada kena mengena yg Kiramjadah klem kata yg US nak tolong dorang?? :-?

http://pics.manager.co.th/Images/556000003198102.JPEG

http://pics.manager.co.th/Images/556000003198103.JPEG

http://pics.manager.co.th/Images/556000003198105.JPEG

SUMBER (Kalau Paham la :)))

Persoalannya, kenapa sejak 2 menjak kebelakangan ni banyak sangat military toys US ni terkandas area Far East Asia ni :-?

itu kan bekap dari 7th Fleet Armada.

Sebab sekarang situasi korea bergelora nak perang. Lagi ancaman china terhadap spratly......

Rasanya banyak lagi bekap us nak ke pasifik ni. Gelombang krisis makin kritikal dirantau ni. Kapal navy us baru2 ni ada je berlabuh di singapork.

wokyoh fx 17-03-2013 02:42 PM

Keluarga jamalul kiram antara ditahan di bawah akta kesalahan keselamatan
 
Lahad Datu, 17 Mac -Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keluarga Jamalul Kiram antara 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

"Mereka yang ditahan berada di sini dipercayai anggota keluarga (Jamalul) Kiram yang menggunakan nama lain...di sini mereka guna nama lain, di Filipina mereka guna nama lain. Ini kita sedang siasat," katanya dalam sidang media bersama Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim di Felda Sahabat 16 di sini, hari ini.

Beliau berkata operasi membanteras pengganas tidak hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram, yang didakwa dalang insiden pencerobohan di Sabah sejak 12 Feb lepas, kerana polis turut menjejaki kaum keluarga anggota militan lain yang dipercayai terlibat insiden pencerobohan itu.

"Kita juga turut menyiasat orang lain yang mempunyai kaitan dengan pengganas di bawah SOSMA," katanya tanpa memberitahu bila mereka akan didakwa di mahkamah.

Mengenai kematian seorang tahanan di bawah SOSMA di Semporna semalam, beliau berkata individu itu meninggal dunia di hospital akibat sakit dan bukannya membunuh diri seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Sehingga kini seramai 104 orang telah ditahan di bawah SOSMA dan 232 lagi ditahan atas pelbagai kesalahan lain. Dalam pada itu, Hamza berkata keadaan di seluruh Sabah adalah terkawal termasuk di Semporna dan Lahad Datu, kecuali di kawasan operasi di gugusan Tanjung Labian, yang kini dalam proses pembersihan. - BERNAMA

prince_smile 17-03-2013 02:45 PM

Aku rasa team2 penjejak skrg ni masih menilai jumlah2 pengganas yg masih tinggal dalam hutan tu. Amat merbahaya if our team anggap mereka tinggal sedikit kerana dikhuatiri hanya helah mereka semata2. Apa pun mereka mmg berani dan terima kasih kembali kerana berusaha mengembalikan keyakinan rakyat.

lady_nite06 17-03-2013 02:45 PM

Quote:

Originally Posted by blueskuini (Post 16537543)
Saya penduduk asal. Orang kampung menggunakan kepala anjing untuk menceritakan ttg pencerobohan di Sabah. So, jgn ambil hati ya.

Kasar kata kata mu.xpe.aku faham.elakkan menggunakan perkataan tu didalam forum.kawan aku akan diterbangkan ke putrajaya esok dr sabah.gara gara mulut celupar.dia dibawak menghadapap jabatan perdana menteri.itulah akibat mengutk apmm.berhemah la ketika berforum.

fireuz 17-03-2013 02:46 PM

Quote:

Originally Posted by jamtulenmurah (Post 16538820)
itu kan bekap dari 7th Fleet Armada.

Sebab sekarang situasi korea bergelora nak perang. Lagi ancaman china terhadap spratly......

Rasanya banyak lagi bekap us nak ke pasifik ni. Gelombang krisis makin kritikal dirantau ni. Kapal navy us baru2 ni ada je berlabuh di singapork.

Tima kasih atas pencerahan.. Sebab tu saya suka Carigold, pasti ada yg membantu untuk pencerahan kalau x sure things..
Thanks bro :)cgrock

Mata38 17-03-2013 02:47 PM

aku cuma tertanya pada diri sendiri..

dalam ni kita masing2 mengeluarkan banyak 'kertas siasatan' atas kertas putih ke atas konspirasi pihak ketiga seperti USA. Masing2 dalam ni ada sumber dan kenalan mereka masing2 dan mungkin ada antara meklumat tersebut benar dan mungkin hanya sekadar andaian.

tetapi ada tak sesiapa kat sini yg highlight atau maklum benda ini kepada pihak berkenaan atau paling tidak pun mungkin kepada KDN, Polis, Media Massa, PKR atau UMNO sekalipun.

Kerana bagi aku, pada ketika ini istilah soal ketiga dalam konteks siasatan kertas putih oleh kerajaan adalah merujuk kepada rakyat Malaysia sendiri iaitu Anwar Ibrahim. Sedangkan hakikatnya ini adalah kerja pihak luar dan agak tidak munasabah untuk kita sesama Malaysia untuk bergaduh sedangkan orang luar mengambil kesempatan.

Tiada unsur politik dan tidak kisah sama ada kita BN atau PR tapi andai benar ini adalah anasir yahudi dari Pinoy dan USA maka kita yang tahu akan maklumat tersebut jika benar sahih akan kebenarannya sepatutnya bersatu dan ajukan kepada pihak yg berkenaan.

just my 9 cents..

All times are GMT +8. The time now is 02:57 PM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.