CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   News, Current Issues, Rumours (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=72)
-   -   1,000 pekerja Proton protes tentang gaji (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=407288)

Gadgetshop88 08-02-2013 09:27 PM

1,000 pekerja Proton protes tentang gaji
 

Kira-kira 1,000 pekerja pengeluar kereta nasional, Proton di Tanjung Malim dan Shah Alam mengadakan bantahan petang ini berhubung kenaikan minimum gaji bagi kakitangan sedia ada yang sebelum ini dibayar antara RM901 dan RM1,200 dan hanya mendapat kenaikan empat peratus.

Bantahan di Tanjung Malim, bermula pada jam 5.30 petang dan berakhir sejam kemudian, ekoran pelaksanaan gaji minimum pada bulan Januari.

Timbalan Presiden Kesatuan Pekerja Proton Tanjung Malim, Azmi
Jamaluddin berkata, pekerja peringkat rendah sebelum ini memperolehi gaji RM600 tetapi kini mendapat kenaikan RM300 berikutan pelaksanaan gaji minimum.

"Bagaimanapun, mereka dengan gaji RM901 hingga RM1,200 hanya diberikan kenaikan empat peratus. Ini hanya kenaikan minimum RM36 kepada RM40," katanya kepada Malaysiakini.

Oleh itu, bantahan hari ini adalah untuk mendapatkan penjelasan daripada majikan mereka.

Kesatuan dalam surat bertarikh 17 Januari menyatakan mereka yang
mendapat gaji RM600 kini mendapat RM900 manakala mereka dengan gaji RM1,201 dan ke atas diberi pembayaran one-off.

Surat itu yang ditandatangani oleh Setiausaha kesatuan tersebut, Mohd Zaki Hairan menyatakan bahawa rundingan bermula pada bulan November tetapi tiada tanda-tanda penyelesaian dicapai.

Dalam satu kenyataan, Presiden Kesatuan Pekerja Proton Tanjung Malim, Zainudin Dollah berkata pekerja mahukan penyusunan semula gaji bagi mereka yang memperolehi RM901 hingga RM1,200 bagi mendapatkan kenaikan yang setanding dengan mereka yang dinaikkan gaji dari RM600 kepada RM900.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Sekerja Elektronik Semenanjung
Malaysia (Wilayah Barat), Wan Noorulazhar Mohd Hanafiah berkata 700 pekerja berkumpul di sebelah kilang Proton Shah Alam untuk menuntut pelarasan gaji berikutan pelaksanaan gaji minimum.

Beliau berkata perhimpunan bermula jam 5.30 petang berhampiran kilang tersebut yang diketuai Pengerusi MTUC Selangor dan Wilayah Persekutuan, N Gopalkishnan.

Sementara itu, menurut laporan China Press, kira-kira 500 pekerja asing sebuah kilang perabot di Muar mengadakan mogok hari ini terhadap majikan mereka yang enggan melaksanakan gaji minimum.

AuraSuccess_88 08-02-2013 09:29 PM

cian jugak...kat diaorg.tapi gaji minimum kata ritu 900 ja..

fauzizul 08-02-2013 09:30 PM

parok kene majikan :D

fredo 08-02-2013 09:31 PM

kos hidup meningkat skrg...

rionesta 08-02-2013 09:33 PM

yg x tahan pekerja asing pon sibok dok wat mogok gak...

hum 08-02-2013 09:34 PM

gaji 600 je dulu?

patut la kereta proton byk yg masalah..tapi harga kereta mahal gak..

namaku 08-02-2013 09:35 PM

Gila babas...gaji rm600 pun nak kerja...mentaliti melayu yg tak maju...cerita kat org kampung sambil buka dada " aku kerja kat proton" ..walhal gaji ciput mer...baik berniaga kat pasar malam jer...

sangbogol 08-02-2013 09:37 PM

ada lg yg gaji 600 dalam proton nih,nak makan apa tuh 600 klu dah ada keluarga.

Gadgetshop88 08-02-2013 09:38 PM

Quote:

Originally Posted by namaku (Post 16131033)
Gila babas...gaji rm600 pun nak kerja...mentaliti melayu yg tak maju...cerita kat org kampung sambil buka dada " aku kerja kat proton" ..walhal gaji ciput mer...baik berniaga kat pasar malam jer...

bangsa yg penakut akan selamanya ditindas:)paid

TT 08-02-2013 09:40 PM

mmgla xpuas hati..yg rm600 naik rm900 senyum dah

scid 08-02-2013 09:41 PM

Quote:

Originally Posted by sangbogol (Post 16131057)
ada lg yg gaji 600 dalam proton nih,nak makan apa tuh 600 klu dah ada keluarga.

600 tuh basic rasenyer sblm campor elaun

shahfarinahmad 08-02-2013 09:43 PM

Quote:

Originally Posted by namaku (Post 16131033)
Gila babas...gaji rm600 pun nak kerja...mentaliti melayu yg tak maju...cerita kat org kampung sambil buka dada " aku kerja kat proton" ..walhal gaji ciput mer...baik berniaga kat pasar malam jer...

mangkuk,suwei betul kutuk org camni.better gak diaorg pilih nak krja proton wpun gaji 600.kalo diaorg pilih jadi kaki pau duit org kat tgh2 kl,kaki ragut,kaki rembat moto n kereta org,apa mau cakap?

sblm nak kondem org,masuk dlm diri org tu dulu!

sitoplasmat 08-02-2013 09:54 PM

Quote:

Originally Posted by shahfarinahmad (Post 16131106)
mangkuk,suwei betul kutuk org camni.better gak diaorg pilih nak krja proton wpun gaji 600.kalo diaorg pilih jadi kaki pau duit org kat tgh2 kl,kaki ragut,kaki rembat moto n kereta org,apa mau cakap?

sblm nak kondem org,masuk dlm diri org tu dulu!

dia anak menteri..sebab tu ckp mcm tu..ingat senang ke cari keje skrg?..lihat dunia dari mata burung, bukan dari bawah tempurung..nei mesti baru tingkatan 3...kecing pun bercabang lagi..kehkehkeh..

kurosaki 08-02-2013 10:00 PM

bg aku..patotnye gj minimum xyah bg kt warga asingla..skang warga asing same gj ngan warganegara..

pudins70 08-02-2013 10:01 PM

Nama GLC tapi bayar gaji pekerja 600 sebulan. Bangla kong-si-kong kat site aku pun boleh dapat dekat 2000 sebulan.

zamadi82 08-02-2013 10:02 PM

Quote:

Originally Posted by sitoplasmat (Post 16131217)
dia anak menteri..sebab tu ckp mcm tu..ingat senang ke cari keje skrg?..lihat dunia dari mata burung, bukan dari bawah tempurung..nei mesti baru tingkatan 3...kecing pun bercabang lagi..kehkehkeh..

itu orang yang xpernah hidup susah senang saja cakap orang lain.... kalo pernah rasa susah baru dia nak menghargai kerja orang walaupun gaji kecil..

zamadi82 08-02-2013 10:04 PM

Quote:

Originally Posted by kurosaki (Post 16131270)
bg aku..patotnye gj minimum xyah bg kt warga asingla..skang warga asing same gj ngan warganegara..

sokong 100%...nilai kerja warganegara disamakan ngan warga asing, xpatut..

azlanhussain 08-02-2013 10:05 PM

baru naik gaji minima 900
kalau 1200 macam pembangkang nak... agaknya apa jadi :)


lepas ni gaji2 yg besar2 semua pun mogok.. dah yg kecik naik banyak, yg besar pun nak naik banyak... :)

apa solusi kerajaan PR agaknya, bila gaji minima 1200... :)

G.Spicy 08-02-2013 10:06 PM

Quote:

Originally Posted by namaku (Post 16131033)
Gila babas...gaji rm600 pun nak kerja...mentaliti melayu yg tak maju...cerita kat org kampung sambil buka dada " aku kerja kat proton" ..walhal gaji ciput mer...baik berniaga kat pasar malam jer...

Berniaga air soya tepi jalan pun buleh RM200.00 sehari. :D

Biar nampak selekeh tapi lebat.

+kOoL+ 08-02-2013 10:07 PM

Quote:

Originally Posted by Gadgetshop88 (Post 16130977)

Kira-kira 1,000 pekerja pengeluar kereta nasional, Proton di Tanjung Malim dan Shah Alam mengadakan bantahan petang ini berhubung kenaikan minimum gaji bagi kakitangan sedia ada yang sebelum ini dibayar antara RM901 dan RM1,200 dan hanya mendapat kenaikan empat peratus.

Bantahan di Tanjung Malim, bermula pada jam 5.30 petang dan berakhir sejam kemudian, ekoran pelaksanaan gaji minimum pada bulan Januari.

Timbalan Presiden Kesatuan Pekerja Proton Tanjung Malim, Azmi
Jamaluddin berkata, pekerja peringkat rendah sebelum ini memperolehi gaji RM600 tetapi kini mendapat kenaikan RM300 berikutan pelaksanaan gaji minimum.

"Bagaimanapun, mereka dengan gaji RM901 hingga RM1,200 hanya diberikan kenaikan empat peratus. Ini hanya kenaikan minimum RM36 kepada RM40," katanya kepada Malaysiakini.

Oleh itu, bantahan hari ini adalah untuk mendapatkan penjelasan daripada majikan mereka.

Kesatuan dalam surat bertarikh 17 Januari menyatakan mereka yang
mendapat gaji RM600 kini mendapat RM900 manakala mereka dengan gaji RM1,201 dan ke atas diberi pembayaran one-off.

Surat itu yang ditandatangani oleh Setiausaha kesatuan tersebut, Mohd Zaki Hairan menyatakan bahawa rundingan bermula pada bulan November tetapi tiada tanda-tanda penyelesaian dicapai.

Dalam satu kenyataan, Presiden Kesatuan Pekerja Proton Tanjung Malim, Zainudin Dollah berkata pekerja mahukan penyusunan semula gaji bagi mereka yang memperolehi RM901 hingga RM1,200 bagi mendapatkan kenaikan yang setanding dengan mereka yang dinaikkan gaji dari RM600 kepada RM900.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Sekerja Elektronik Semenanjung
Malaysia (Wilayah Barat), Wan Noorulazhar Mohd Hanafiah berkata 700 pekerja berkumpul di sebelah kilang Proton Shah Alam untuk menuntut pelarasan gaji berikutan pelaksanaan gaji minimum.

Beliau berkata perhimpunan bermula jam 5.30 petang berhampiran kilang tersebut yang diketuai Pengerusi MTUC Selangor dan Wilayah Persekutuan, N Gopalkishnan.

Sementara itu, menurut laporan China Press, kira-kira 500 pekerja asing sebuah kilang perabot di Muar mengadakan mogok hari ini terhadap majikan mereka yang enggan melaksanakan gaji minimum.

sebelum aku komen pape, nk tanya dlu, betul ke nama dia macam tu?.. :-?

alberq 08-02-2013 10:08 PM

patut la kereta proton kurang kualiti..gaji rendah....pastu mesti keje pun lebih kurang jer

namaku 08-02-2013 10:10 PM

Quote:

Originally Posted by shahfarinahmad (Post 16131106)
mangkuk,suwei betul kutuk org camni.better gak diaorg pilih nak krja proton wpun gaji 600.kalo diaorg pilih jadi kaki pau duit org kat tgh2 kl,kaki ragut,kaki rembat moto n kereta org,apa mau cakap?

sblm nak kondem org,masuk dlm diri org tu dulu!

Hhahaha...mentaliti macam ni majikan suka ambik kesempatan..biar gaji murah asalkan jangan meragut,merompak....tapi tak tanam dalam diri,biar berniaga untung sekupang asalkan keuntungan berpanjangn..

Kesian kat hg mentaliti macam s****h :eek::eek::eek:

ayonyor 08-02-2013 10:11 PM

inilah yg dikatakan hujan batu di negeri sendiri hujan emas di negeri org.
melayu swasta di pinggirkan..

hidup melayu!!

arul57 08-02-2013 10:13 PM

ciput benor gaji RM600..bhgn mana ni?
tp kalau dok tg malim, RM900 pun dah cukup...buat OT...bolehla dpt RM2k sebulan..

aiman27 08-02-2013 10:26 PM

yg bpendapatan lebih skit drp rm900 kalu bg kenaikan 10% kira sudah bagus.. yg dpt naik byk bertuah, yg naik skit bersyukur. kalu nak dengki nt kalu semua xdpt mcmane. mgkin arini rezeki mrka mgkin next rezeki kita pula..

exofx 08-02-2013 10:29 PM

lepas ni tutup la kilang proton. pakat2 beli kereta import, murah2 jah sbb pr menang..haha.. kemana2 dorg ni nk kerja pasni..hihi

eizjoe 08-02-2013 10:35 PM

Quote:

Originally Posted by hum (Post 16131032)
gaji 600 je dulu?

patut la kereta proton byk yg masalah..tapi harga kereta mahal gak..

x caya aku gaji rm600 je...:o

waepy 08-02-2013 10:37 PM

gaji RM600 tu bangla & mat indon kot, sbb tu diorang x puas hati, indon dgn bangla naik gaji sampai RM300, diorang hanya naik RM30 jer...

jku8505 08-02-2013 10:39 PM

kroni2 makan daging... kuli2 makan tulang jer....

shahfarinahmad 08-02-2013 10:47 PM

Quote:

Originally Posted by namaku (Post 16131361)
Hhahaha...mentaliti macam ni majikan suka ambik kesempatan..biar gaji murah asalkan jangan meragut,merompak....tapi tak tanam dalam diri,biar berniaga untung sekupang asalkan keuntungan berpanjangn..

Kesian kat hg mentaliti macam s****h :eek::eek::eek:

diaorg pilih utk makan gaji yg sikit tp halal,dari berniaga cd haram,untung masyuk,tp duit tu? sndiri mau ingatla.:(scam

zamreda 08-02-2013 10:52 PM

tu sbb aku tgglkan proton...masalah bukan gaji aje kecil...elaun syif malam pon tiada...ingat lagi bersengkang mata tahan ngantuk nak keluarkan produk tuk rakyat malaysia dan seantero nie..kilang lain pon elaun syif malam lagi bnyak..

kopirait 08-02-2013 11:01 PM

Kecik gak gaji kilang Proton ni rupanya.
Walaupun jenama Malaysia.

mzak 08-02-2013 11:05 PM

gaji basic RM600 da tak releven...

mmg kena henjut OT kaw2 la...

susah betol jadi rakyat bawahan nie....


zamreda 08-02-2013 11:05 PM

Quote:

Originally Posted by arul57 (Post 16131394)
ciput benor gaji RM600..bhgn mana ni?
tp kalau dok tg malim, RM900 pun dah cukup...buat OT...bolehla dpt RM2k sebulan..

ot apanya...klau syif bergilir2 tang mana ot tu?:-?:-?:-?

teringat masa ot satu syif...kemas tmpt kerja 20 minit..selebihnya main kerem dlm bilik khas..:eek::eek:

antagenaiz 08-02-2013 11:10 PM

Quote:

Originally Posted by namaku (Post 16131361)
Hhahaha...mentaliti macam ni majikan suka ambik kesempatan..biar gaji murah asalkan jangan meragut,merompak....tapi tak tanam dalam diri,biar berniaga untung sekupang asalkan keuntungan berpanjangn..

Kesian kat hg mentaliti macam s****h :eek::eek::eek:

kurang2 rezeki dorg tu halal..yg lu nak kutuk2 kerja org tu pasai ape..agak2 kalu semua org nak keja yg berpangkat n gaji besar..sape plak nak bt keja2 buat keta tu???guna otak lu tu skit jgn bg nampak bengap sgt..wo doa kan ahli keluarga or lu sdri tak kena ragut ngn peragut sampai mampos..maybe time tu lu br nak ckp..nape la peragut nih tak cr keja halal biar la gaji murah pn.. :))

kopiais 08-02-2013 11:12 PM

patutnya gaji mimimum RM1200 la..baru la boleh survive sket

periamuda 08-02-2013 11:14 PM

Quote:

Originally Posted by Gadgetshop88 (Post 16130977)

Sementara itu, menurut laporan China Press, kira-kira 500 pekerja asing sebuah kilang perabot di Muar mengadakan mogok hari ini terhadap majikan mereka yang enggan melaksanakan gaji minimum.

Warga asing pun nak mogok...kalo aku buang je baik amek pekerja tempatan.

sppk2442 08-02-2013 11:15 PM

aku pernah jumpa pakcik ni gaji seribu anak 7 tapi cukup je keperluan anak beranak dan aku pernah jumpa laki bini campur gaji dua belas ribu tapi susah dok byr hutang je, yg penting ikhlas

rey1988 08-02-2013 11:16 PM

aku ingatkan orang2 proton ne gaji dorang tinggi..

so xdela tinggi mana pon en..

Jackhalid 08-02-2013 11:17 PM

kalau ko ada company dan perkara camni berlaku, cuba kira...

1000 pekerja x RM300 kenaikan = RM300,000 kenaikan dalam kos operasi sebulan. setahun = RM3.6 juta...

tapi, dari segi produktiviti mungkin sama sahaja.

dalam erti kata lain, produktiviti stay tapi kos naik.
kalau diorang tak bagi para pekerja ni buat kerja lebih memang sia-sia je la bayar gaji lebih tu.


All times are GMT +8. The time now is 12:54 PM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.