CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   News, Current Issues, Rumours (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=72)
-   -   'Banglo itu memang milik saya' (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=404103)

balqis07 29-01-2013 10:10 AM

'Banglo itu memang milik saya'
 
http://www.sinarharian.com.my/polopo..._400/image.jpg
Kediaman milik Fauzi di Seksyen 10, Shah Alam yang hangat diperkatakan di beberapa blog. Gambar kecil: Fauzi

IPOH – “Ya, memang itu banglo milik saya.” Itu reaksi jujur bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menjawab kontroversi siapa pemilik sebuah banglo mewah di Seksyen 10, Shah Alam yang dipaparkan di beberapa laman blog.

Katanya, beliau tidak sedikitpun terjejas dengan pendedahan tersebut yang mengaitkannya sebagai pemilik banglo tersebut selain menimbulkan pelbagai persoalan termasuk mempertikaikan kemampuannya memiliki kediaman besar dan mewah seperti itu.

Menurutnya, banglo tersebut dibina di atas tanah seluas 7,000 kaki persegi yang dibelinya pada 2004 berjumlah RM15 setiap kaki dengan harga istimewa sebagai kakitangan awam ketika itu.

Tambahnya, beliau mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan sekiranya ada pihak ragu-ragu terhadapnya.

“Ketika itu nilai tidak sampai RM1juta pun. Malah, pembinaan rumah itu dibuat secara berperingkat-peringkat dengan mengamalkan penjimatan ketika bekerja dalam kerajaan termasuk wang simpanan bersama isteri.

“Saya juga turut menjual dua buah rumah teres di kawasan Gombak dan Shah Alam untuk membina rumah dua tingkat setengah itu,” katanya.

Fauzi mengakui memang ada tunjuk perasaan yang membantah pembinaan banglo itu kerana ia berhampiran Masjid Negeri dan sebuah hotel terkemuka di kawasan berkenaan.

"Nilai hartanah kini yang semakin meningkat menyebabkan orang ramai mempertikaikan kemampuan beliau memiliki rumah di kawasan terbabit," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan gambar banglo mewah itu di shahalamrebels.blogspot.com.

Blog tersebut menimbulkan beberapa persoalan termasuk bertanyakan dari mana datangnya sumber kekayaan Fauzi hingga mampu membina banglo mewah tersebut.

Antara persoalan yang diketengahkan di blog tersebut adalah: "Mana datangnya duit untuk membina sebuah mahligai mewah yang dikatakan punya kemudahan lif ini?

"Adakah kekayaan ini dikumpul ketika berkhidmat di dalam kerajaan dahulu?" dan "Pembinaan banglo mewah ini pernah mendapat bantahan penduduk di situ kerana dibina di kawasan riadah.

"Ataupun benar dakwaan kononnya beliau menerima RM15,000 setiap kali berceramah?"

Mengulas lanjut, Fauzi menjelaskan, walaupun hampir 10 tahun berlalu, rumah itu pun masih belum siap sepenuhnya dan walaupun beliau bersama keluarga telah menduduki banglo terbabit setahun lalu.

“Harga dulu berbeza dengan sekarang dan logiklah jika orang ramai tertanya-tanya dengan satu-satunya harta saya itu. Empat anak lelaki saya turut membantu memberi dana,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pilihanraya Kawasan Larut berkata, tindakan beberapa pihak mendedahkan gambar rumahnya itu sedikit pun tidak menjejaskan gerak kerja beliau untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

“Saya langsung tidak berasa risau dengan pendedahan itu dan tidak menjejaskan gerak kerja saya untuk memenangi hati pengundi-pengundi di Parlimen Larut.

“Malah, tiada istilah takut dengan pengundi kerana saya telus terhadap perkara ini dan rakyat lebih memahami pemimpin mereka,” katanya.



SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/semasa...-saya-1.126045

boyz371 29-01-2013 10:13 AM

Tak perasan lak rumah ni masa lalu lalang situ

jamtulenmurah 29-01-2013 10:14 AM

kesian.

Habis diungkit.

Padahal tak tanya bini dia ada wat bisnes apa?

anak2 dia keje apa?

Kan dorang semua dok sekali. Tak pelik la masing2 kaver bayaq sikit rumah ni.

GABAN_Z 29-01-2013 10:14 AM

itu jerk rumah yang dia ada... salah ke?

ezeynet 29-01-2013 10:15 AM

ko kaya boleh wpun rompak duit rakyat..
orang lain kaya sikit tak boleh sebab tak sokong perompak..
memang syaitan puak2 ni..

Zulkarnine 29-01-2013 10:17 AM

Sblm naik pangkat kat Bukit Aman, dia keje kat IPD shah alam...

"saya taknk jadi polis sbb polis suka amik rasuah"
dia senyum je...

tp aku percaya dia ni bersih...Pakcik aku pencen kerje Mardi, takde apa2 kelulusan, pekerja bawahan je pun mampu buat Banglo lepas pencen...

clorox_bersih 29-01-2013 10:17 AM

jujur dan telus, takda apalah yang nak ditakutkan..
hahaha..

-RIZUAN- 29-01-2013 10:18 AM

tu kadang tomahan org ni tk berasas..amik kira value semasa jer..kalau pembinaan berperingkat dan ko sendiri kawal kontraktor dlm aspek bajet sebenarnya mmg byk yg jimat...
lgi satu masalah utama "MELAYU" ddk rmh buruk dia kata ko kedekut/miskin/malas..dok rmh mahal dia kata mcm2...

syahays 29-01-2013 10:18 AM

xpelik la die ade rumah ni...
biasa je...

ezeynet 29-01-2013 10:19 AM

tok fauzi pun..cepat2la bongkar habis..
baru terdiam puak2 ni..
dah 2 kali kena serang aka fitnah..
balasla balik tembakan..:))

akuehebat 29-01-2013 10:19 AM

Quote:

Originally Posted by ezeynet (Post 16003058)
ko kaya boleh wpun rompak duit rakyat..
orang lain kaya sikit tak boleh sebab tak sokong perompak..
memang syaitan puak2 ni..

kalo x betul, tu fitnah tu..islam x ajar judge org mcm tu....islam menganjurkan utk bersangka baik..mgkin betul dulu hrga murah..x mustahil org kerajaan bule beli tnaha..dan rumah tu d bina sikit2, adan ada bini cover sket, anak2 dia cover sket..hnya Allah y maha mengetahui...

aliQue 29-01-2013 10:20 AM

Ada la kenal satu family yang dok kat kawasan elit Seksyen 7 lama. Banglo diorg mmg besar. Taraf villa dah. Tapi villa tu bukan bapak dia sorg je keluar duit. Anak2 pun tolong support sekali. Der.

ezeynet 29-01-2013 10:21 AM

Quote:

Originally Posted by akuehebat (Post 16003104)
kalo x betul, tu fitnah tu..islam x ajar judge org mcm tu....islam menganjurkan utk bersangka baik..mgkin betul dulu hrga murah..x mustahil org kerajaan bule beli tnaha..dan rumah tu d bina sikit2, adan ada bini cover sket, anak2 dia cover sket..hnya Allah y maha mengetahui...

'ko' tu bukan tuju tok fauzi..

azam74 29-01-2013 10:23 AM

aku rasa perkara mcm ni tiada masalah pun. Ada pihak yg sangsi, suatu 'siasataan' dibuat, yg dituduh pun dah beri penjelasan, so end of the story la

apiez_85 29-01-2013 10:29 AM

oh rumah dia ke...pelik aku ada seketul umah kat area tu..mmg terbaik kawasan umah dia :D

iswaraburuk 29-01-2013 10:30 AM

ungkit mengunkit menjadi amalan skg ni

xalimx 29-01-2013 10:31 AM

lepas ni jual umah ni , dengan harga semasa, pastu duit tu beli umah lagi besar kat kawasan yang akan naik....confirm rumah lagi besar sesangat...

dalam 4-5 tahun akan datang , harga semasa kawasan tu dah mencanak naik, orang pertikaikan lagi...haishhhh

N3 Smart 29-01-2013 10:31 AM

menurut kawan aku yg bapanya pernah bekerja dgn Dato Fauzi ni, dia ni seorang yg jujur dan jika melawat balai/IPD dalam seliaan dia, pasti dia akan singgah surau utk solat. So, dari akhlaq dia waktu bekerja, aku yakin dia ni bersih...wallahu'alam.

LEMANtheMAN 29-01-2013 10:34 AM

nasib melayu..rumah besar sikit orang ingat sumber tak halal..

kalo yang lain punya rumah..senyum aje tak cakap ape2

Green Apple 29-01-2013 10:34 AM

tak elok fitnah..selidik dulu anak dato fauzi bisnes pe..
-harta dia camne..tok aku ngan ayah dato fauzi adik beradik..
-tok aku adik je.. ade tanah berpuluh ekar kat taiping,banyak dah wakaf.buat kelapa sawit.
-bekas pegawai polis yg jujur..pergi opis selalu puasa sunat.senang tolong sedara mara ada msalah..kes jenayah,ape sekalipun salah tetap salah.

ceria28 29-01-2013 10:35 AM

bukannya umah tu baru dibina sekelip mata saja. bila rumah dah siap mcm2 org kata....tp masa nak buat dulu takde pula org peduli mcm mana susah payah nak siapkan umah tu...

qba437 29-01-2013 10:36 AM

Quote:

Originally Posted by Zulkarnine (Post 16003077)
Sblm naik pangkat kat Bukit Aman, dia keje kat IPD shah alam...

"saya taknk jadi polis sbb polis suka amik rasuah"
dia senyum je...

tp aku percaya dia ni bersih...Pakcik aku pencen kerje Mardi, takde apa2 kelulusan, pekerja bawahan je pun mampu buat Banglo lepas pencen...

kalu berjimat cermat..keje jujur..lepas pencen akan merasa senang..yer la..gratuiti saja dah berapa..tuh belum campur pendahuluan pencen..kalu dua-dua penjawat awam..memang mampu la nak bina mahligai..even semasa buat tuh masih berkhidmat..

kloromonokarbon 29-01-2013 10:40 AM

Relax la berani kerana benar

Green Apple 29-01-2013 10:41 AM

Quote:

Originally Posted by N3 Smart (Post 16003266)
menurut kawan aku yg bapanya pernah bekerja dgn Dato Fauzi ni, dia ni seorang yg jujur dan jika melawat balai/IPD dalam seliaan dia, pasti dia akan singgah surau utk solat. So, dari akhlaq dia waktu bekerja, aku yakin dia ni bersih...wallahu'alam.

-yup betul..polis jujur yg tak dapat dibeli oleh ahli politik@gangster..dia biasa buat lawatan balai mengejut.pakai jubah@baju melayu,ketayap+kain pelikat.
-

zeroxlegend 29-01-2013 10:43 AM

keje gomen kaya kot..byk je yg blh wt banglo besar2..
asalkan bijak berbelanja dan berjimat cermat..tu je..

skYnEt-gEnIUs 29-01-2013 10:44 AM

besaq umah.....

jimie86 29-01-2013 10:46 AM

terbaik cth ni..jimat cermat zaman keje sampai leh standby rumah utk anak2 masa depan

Green Apple 29-01-2013 10:46 AM

Quote:

Originally Posted by Zulkarnine (Post 16003077)
Sblm naik pangkat kat Bukit Aman, dia keje kat IPD shah alam...

"saya taknk jadi polis sbb polis suka amik rasuah"
dia senyum je...

tp aku percaya dia ni bersih...Pakcik aku pencen kerje Mardi, takde apa2 kelulusan, pekerja bawahan je pun mampu buat Banglo lepas pencen...

-mmg betul bro..ayah aku suh jadi polis..boleh la kot minta dia rekemen..sepupu aku masuk ,org tau anak buah fauzi,takde sape nak buli.tapi dia nasihatkan aku,tak payah la.cari keje lain..jadi polis bukan kena berani je..iman kena kuat..jadi polis cikai pun ada rasuah..rasuah tepi jalan..

Dreamboxjb 29-01-2013 10:47 AM

kesian pun ada juga, maklumlah punyai ini aja

tokmung 29-01-2013 10:47 AM

fitnah bertebaran,

sabarlah wahai mulut dan sang emosi

azrulazman 29-01-2013 10:47 AM

baru nak korek skrg

taza 29-01-2013 10:48 AM

memacam hal Malaysia hari ini :)

serangge 29-01-2013 10:51 AM

aku keja kilang je... ada gak banglo.

qba437 29-01-2013 10:52 AM

banglo ku tiada..ada pun bapa punya..:D

diaboliq 29-01-2013 10:53 AM

terbaekkk la dato fauzi..
sprm apa lg tggu...ke takut malu sendiri..

KIZMAN 29-01-2013 10:53 AM

ini namanya perang saraf...

berani kerana benar...lain la umno, berani kerana salah, takut kerana benar...

amira88 29-01-2013 11:27 AM

Puak2 ni mmg la... Nmpak sng skit mula la kne hadal big bos...

NEMO 29-01-2013 11:30 AM

kalu pengarah..gaji sah2 atas 10k...umah 1 juta pun baru 5-6k sebulan..tu lum kire income bis lain

syakirin 29-01-2013 11:30 AM

kesian beliau habis dipertikaikan..

syakirin 29-01-2013 11:32 AM

Quote:

Originally Posted by serangge (Post 16003514)
aku keja kilang je... ada gak banglo.

tudia..bila otai mula bersuara..hehe..keja mana2 pun kalau pandai berjimat dan saving boleh je buat banglo kan bro?:)


All times are GMT +8. The time now is 03:14 AM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.