CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Offline Business, Entrepreneur Discussion (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=177)
-   -   Kolam simen ternak ikan keli (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=39743)

atlantis 12-06-2008 04:04 PM

Quote:

Originally Posted by Gila2FX (Post 1560917)
tak payah risau? aiyo! kot dibuatnye pecah empangan aku tu... huhu... :((

tak pecah punya.
pecah tu bukan sebab senget tapi sebab nipis atau mendakan tanah.
takpun kena langgar keter :))

Gila2FX 12-06-2008 04:07 PM

Hmm.. ni kena cari kontraktor ar.. kena tanya kontraktor mana?kelas A,B,C,D,E,F,G atau Z ???

Gila2FX 12-06-2008 04:08 PM

so, sape2 yg arif bab simen ni dan struktur binaan nih tolong post kat sini yer... aku dah pening kepala dah nih...

pagiygglpkinisdhtrg 12-06-2008 04:13 PM

salam bro. daripada ngko susah2 buat kolam simen baik beli kolam tangki je. senang nak tukar air. senang nak pindah. harga tak mahal. cadangan aja sebab aku pon plan nak ternak ikan keli. tgu modal je.:)paid

rudeen 12-06-2008 04:29 PM

bro kalau nak buat kolam/kolah kena buat tapak dulu,sekeliling,cara nak buat tapak kena guna batu bata ikat selang seli.struktur bawah mesti kuat tapi tak la sekuat nak buat rumah.semin biasa boleh guna untuk mengikat batu bata,tapi untuk plaster bahagian sudut2 elok digunakan simen gam/waterproof supaya tiada air yg meresap keluar.

edrais 12-06-2008 04:31 PM

brapa besar kolam ko nak buat dan berapa unit?

vedder9 12-06-2008 04:34 PM

Bro..setakat 20' x 20' kat kampung aku diaorang guna tank jenis fibre glass je, murah dan maintenance pun senang.

Pakai FRP pun OK, tapi mahal sikit dari fibre glass tu

atlantis 12-06-2008 04:35 PM

Quote:

Originally Posted by edrais (Post 1561203)
brapa besar kolam ko nak buat dan berapa unit?

kontrektor dah masuk ! :)cgrock

vedder9 12-06-2008 04:53 PM

Quote:

Originally Posted by Gila2FX (Post 1555362)
kebanyakkan penternakkan keli dalam kolam simen ni pakai besi ker?? macam mana nak letak besi tu?? aku tengok kolam orang lain macam tak pakai besi pon?

Bro, i kasik sikit pandangan mengenai pembinaan kolam dari sudut engineering...i xde xperience dalam penternakan keli..so pandangan i cuma dari sudut pembinaan kolam secara general.

Besi memang ada, pakai BRC lagi senang kerja, untuk kes kolam setakat 20'x 20', bro guna 1 lapis BRC A6 pun dah lepas dan ketebalan lantai kolam sekitar 125mm gitu.

bancuhan simen, jangan guna simen lepa (simen+pasir), kena guna bancuhan konkrit, kadar bancuhan biasa 1:2:4 (simen : pasir: aggregate kasar). Ini lebih kurang konkrit Gred 24

Untuk kolam, bro kena buat kerja-kerja waterproofing sikit supaya air tidak mengalir keluar dari kolam. Untuk kolam ikan, i x pasti apa jenis material yang bersesuaian, takut ikan keli mati pulak nanti kalau silap material.

Semoga membantu

edrais 12-06-2008 05:06 PM

Quote:

Originally Posted by atlantis (Post 1561244)
kontrektor dah masuk ! :)cgrock

kontrektor kelas z,

ikut macam vedder cakap tu la.
kalau ko nak kuat takut mendap buat ground beam, ikat batu start atas beam.

vedder9 12-06-2008 05:15 PM

Quote:

Originally Posted by edrais (Post 1561572)
kontrektor kelas z,

ikut macam vedder cakap tu la.
kalau ko nak kuat takut mendap buat ground beam, ikat batu start atas beam.

Beam bro kena buat disekeliling kolam tu dan juga ditengah-tengah kolam supaya rentang lantai tidak terlalu besar. Beam disekeliling kolam untuk tujuan pembinaan dinding bata nanti. jangan lupa melakukan kerja-kerja water proofing sehingga ke paras dinding bagi mengelak resapan air. (cadangan saiz beam : 250mm x 500mm dengan 2 bilangan tetulang R10 atas dan bawah, tetulang ricih R6 - 125mm )

Untuk menguatkan kawasan lantai, bro ratakan batuan crusher run setebal 300mm dan dipadatkan dengan plain compacter sebelum kerja-kerja pembinaan lantai dilakukan.

tabor 28-08-2008 04:29 PM

Quote:

Originally Posted by vedder9 (Post 1561236)
Bro..setakat 20' x 20' kat kampung aku diaorang guna tank jenis fibre glass je, murah dan maintenance pun senang.

Pakai FRP pun OK, tapi mahal sikit dari fibre glass tu

samela FRP ngan fiberglass bro.. Fiber Reinforced Plastik.. yang lagi satu tu polytank.. yang orang dok buat simpan air atas umah tu.. tank fiberglass memang mahai sket tapi maintenance senang.. kalo pecah ke crack ke senang nak repair..

vedder9 28-08-2008 04:37 PM

Quote:

Originally Posted by tabor (Post 2163431)
samela FRP ngan fiberglass bro.. Fiber Reinforced Plastik.. yang lagi satu tu polytank.. yang orang dok buat simpan air atas umah tu.. tank fiberglass memang mahai sket tapi maintenance senang.. kalo pecah ke crack ke senang nak repair..

Hehe..silap type bro...
HDPE tank actually :D

edrais 28-08-2008 04:49 PM

la..tak siap lagi ke kolam tu tuan tanah?
tapi pada aku la...baik ko beli je precast concrete bulat je, cuma kena buat base slab je.abis citer.

yg orang guna buat perigi tu. amik yg besar secukup rasa la.org kg panggil hume. sebab kompeni yg buat tu hume, banyak lagi kompeni yg buat benda ni.

Gila2FX 28-08-2008 05:46 PM

alahai.... kan aku dah bagitau kat post sebelom nie jangan persoalkan atau membezakan kolam simen dgn kolam yg lain sebab memang aku nak pakai kolam simen jugak atas faktor penilaian yg dah aku buat bersama dgn penternak berpengalaman... lagi pon thread ni perbincangan khas utk kolam simen je..

benda ni berkaitan dgn modal dan keuntungan... aku ni baru je balik dari taklimat SKM(Suruhanjaya Koperasi Malaysia) tadi kat Tg.Karang.... sorang penceramah dari Green Vision S.B(tempat org tua aku praktikal LSK beberapa bulan lepas) ada menjawab persoalan macam nie tadi dari salah seorang peserta... ia berkenaan dgn modal dan keuntungan...

ok la, aku explain skit. ada beberapa jenis kolam yg biasa digunakan :
1- kolam simen
2- kolam tanah
3- kolam kanvas
4- kolam poly/fiber tank

pernah tak korang tgok org cina ternak ikan keli secara besar2ran selain menggunakan kolam simen dan tanah? mana ada.. diorang pakai kolam simen dgn tanah je... sebab? "modal dan keuntungan"... kenapa aku tak pilih kolam tanah? pertama skali sebab tempat aku nak ternak ikan tu tak sesuai buat kolam tanah dan keduanya nak menjamin kebersihan ikan tu... kolam simen je la yg sgat2 sesuai aku gunakan... kalau pakai kolam kanvas atau polytank dan dilakukan secara besar2ran, jawabnya ko mengadap modal kat kolam tu je lah(sebab kolam jenis ni mahal)... untung poket tak merasa... apa pon, bergantung kepada kemampuan masing2... :D

vedder9 29-08-2008 11:34 AM

Apa perkembangan terkini projek Bro..?

yid 31-08-2008 04:32 PM

kalau ikan keli kolam simen saiz apa yg sesuai dan kalau upah org buat brp kos utk satu kolam ? katakan ada tanak dalam 5000sq ft

ulam 01-09-2008 12:19 PM

Solution makanan
 
Aku kolam dah siap, tapi hold dulu sbb harga pallet skrg terlalu mahal untuk aku nak mula ternak..
So ada kwan2 yg leh kasi advise x untuk solution makan untuk ikan keli, selain dari tali perut ayam... :)

akmylz 03-09-2008 04:49 AM

Kami ada membekalkan kolam kanvas dan kolam fiber..Pakej yang disediakn :

Pakej RM25000

- 6 buah kolam Fiber ( diameter 8 kaki )
- benih keli 12000 ekor
- Sistem penapisan dan pam
- Paip PVC
- khidmat pemasangan

Pakej RM 6000

- 4 buah kolam kanvas ( 15 x 8 )
- khidmat pemasangan

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi kami : 017-3321232 ( akmil )
http://ternaklintah.webs.com/

Gila2FX 03-09-2008 05:15 AM

Quote:

Originally Posted by akmylz (Post 2202679)
Kami ada membekalkan kolam kanvas dan kolam fiber..Pakej yang disediakn :

Pakej RM25000

- 6 buah kolam Fiber ( diameter 8 kaki )
- benih keli 12000 ekor
- Sistem penapisan dan pam
- Paip PVC
- khidmat pemasangan

Pakej RM 6000

- 4 buah kolam kanvas ( 15 x 8 )
- khidmat pemasangan

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi kami : 017-3321232 ( akmil )
http://ternaklintah.webs.com/


la... semua thread ko rosakkan... sini kolam simen je... baca kat 1st post...

mr. nice 03-09-2008 05:28 AM

mr. nice ada kenalan di banting yg buat kolam simen
mr. nice tgk ada lebih kurang 8 kolam yg disusun bersebelahan secara menurun.
mr. nice tgk air dari kolam satu menurun ke kolam dua.. dan seterusnya
mr. nice rasa takde besi, cuma bata ngan simen saja.

ayien 03-09-2008 06:04 AM

aku suh bapak sedara aku buat kan kolam simen kat aku, so aku tak tau sangat macam mane nak buat, tapi dari apa yang aku tengok dier buat macam same je nak buat rumah, tapi die ade cakap satu je kat aku, jangan pakai ape benda tuh yang warna putih tu, kapur ek? sebab nanti ikan mati. itu je la. yang lain cam biase jer.

ulam 07-11-2008 07:06 AM

aku UP lik thread nie, jom bincangkan kita bincangkan semula... ;)

vedder9 07-11-2008 07:47 AM

Nak bincang ape lagi bro..?

dayof40 07-11-2008 07:56 AM

Sekarang aku nampak aktif kembali projek keli nie sebab ada satu syarikat dapat tender dekat luar supply benda nie. Ko cuba g kat blog nie http://www.pekanaquaculture.blogspot.com dia nie pun aku tengok aktif lagi.

hirudo 07-11-2008 09:29 AM

ala...susah2 pakai je kanves....ko lapik je kat atas simen tu...kalau aku, aku just tempah je kanves ukuran kita tentukan sendiri dan suruh kedai buat....

aku pakai kerangka besi je...mudah alih, jimat kos , satu kolam cuma dalam rm400, air paras lutut je

Masterpeace 11-11-2008 11:46 AM

salam bro,

kalau bro nak buat ikan keli sebagai hobi,saya rasa elok wat secara kecilan, contoh dalam kanvas ke, xpun tank fibre ke, xpun kolah kat rumah ke.. heheehhe..

tapi kalau nk buat dalam skala yang besar dan serius, elok cari market dulu dan study bende2 mcm ni dulu, baru kata orang, apa yang kita buta tu x sia2,analisis semua perkara,dari segi kos,pembinaan,penjagaan,jualan, marketing,risiko..semua tu mesti kena ada dulu,itu pun kalau nak serius..tapi kalau dah bermodal puloh ribu,eloklah buat secara terancang,nanti bro gak yang dapat untung..apa apepun good luck..

Mr sinergy 19-11-2008 09:25 AM

www.fqfeedmill.com.......sumber makanan halal n efissien...
nak benih pun depa ley dapatkan....servis cantik.....:)cgrock

sandaldm 19-11-2008 10:26 AM

kpd yg berminat buat projek keli ni..tmpat xjd mslh..dlm kolam simen ke kanvas ke..tp yyg penting management..kalau kita xmanage elok2 tu yg jd ikan terbantut,penyakit..so harus blaja manage dl..psl dh ado pengalaman..last ikan kecik n byk mati..manage xbtl..ms br blaja dl..

akmylz 20-11-2008 10:22 AM

Kami ada membekalkan kolam kanvas dan kolam fiber..Pakej yang disediakn :

Pakej RM25000

- 6 buah kolam Fiber ( diameter 8 kaki )
- benih keli 12000 ekor
- Sistem penapisan dan pam
- Paip PVC
- khidmat pemasangan

Pakej RM 6000

- 4 buah kolam kanvas ( 16 x 6 x 3)
- khidmat pemasangan
- benih keli 8000 ekor


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi kami : 017-3321232 ( akmil )
http://ternaklintah.webs.com/

mathasni 27-01-2009 01:16 AM

Hang biaq betoi resepi tu, yg aku tau kalau nak ikat bata nisbah dia 1 simen + 3 pasir.Sori la aku pun bukannya pandai sgt tapi aku baru je siapkan rumah aku (ubahsuai).La ni aku dok tgh pikiaq nak buat part time bela ikan gak...rasanya nak buat kolam simen je.

mathasni 27-01-2009 01:27 AM

Quote:

Originally Posted by atlantis (Post 1560410)
mana ada simen waterproof/tak waterproof :))

petua takmo resap, lapisan akhir plaster tu, kasi lapis dgn simen pure. nanti dia jadi licin dan tak poros.

Ya, betoi tu

mathasni 27-01-2009 01:51 AM

Kpd gila2fx apa cita kolam simen hang? Aku ni baru je join kat sini. Aku dah baca mcm2 teori kat sini dan bagi aku ada betoinya cuma la ni bergantung kat bajet yg hang sanggup nak labur. Kalau nak jimat ada caranya tapi kalau hang punya bajet besar tarak masalah boleh buat cantik punya!

DUNHILL20 27-01-2009 06:06 AM

Quote:

Originally Posted by Gila2FX (Post 1555316)
yer ker?? memang aku ada dengar cam tu... tapi kalau letak macam jubin, okey tak?? jubin kan licin... :-?

Abang aku ade wat die pakai kolam siap pasang..ikan keli ni boleh bela dalam ruang sempit tapi makan kene cukup dan air kene sentiase tukar..x payah pakai simen coz banyak modal kene pakai lagipun untuk mengelakkan dari air terlampau sejuk menyebabkan ikan keli ni mati..

zulfazubir 08-02-2009 11:15 AM

Keli organik-produk muslim
 
TERNAKAN KELI & LINTAH- KAEDAH ORGANIK

Kini terdapat kaedah baru dalam penternakan ikan keli dan lintah dengan menggunakan makanan organik yang akan diberi sekali sahaja sehingga harvest. Hanya perlu masuk makanan organik, masuk benih dan tunggu hasil sahaja.

Tidak perlu memberi makanan seperti perut ayam, pelet dan lain-lain.
Kaedah yang boleh menjimatkan kos sebanyak 90% dari cara ternakan lama yang amat merumit dan meletihkan.

Makanan organik diberi sekali sehingga boleh jual, sekali gus mempu memiliki Ikan keli yang bersih, segar, berkualiti dan dijamin halal.

Tempoh sehingga boleh dijual adalah 3-4 bulan.

Produk ini juga akan mengurangkan kadar kematian dan pembesaran yang tidak sekata.
Kaedah ini akan dapat menjimatkan kos makanan,masa penjagaan, air dan pelbagai lagi.


2KG = 1000
5kg(1bag)= 2500 ekor benih keli

Penghantaran percuma sekitar Pendang dan Alor Setar

PENGHANTARAN KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA TURUT DISEDIAKAN DENGAN HARGA YANG MINIMUM.

Satu beg = RM75(5kg)

Sila hubungi...

Zulfa 019-5071997 (Pendang,Kedah)
Zulkifli 012-4588021 (Alor Setar, Kedah)

Harga di atas tidak termasuk kos penghantaran. Jika permintaaan banyak harga
boleh dirunding lagi.

Cuba dulu baru tau. Berminat call atau sms.

Stok terhad.

qassam 25-02-2009 09:04 PM

aper kate buat mcm nie-dinding simen tp lantai tanah?dinding mmg kna kukuh,ikat bata laa..aku bela dlm tangki air jer,hehe..tp ade plan dk nk buat yg kolam besar nie..insyaallah

BuRaGaS 24-03-2009 12:46 AM

aku cadangkan kolam pakai stnl/steel.. tahan karat dan licin.. mulut ngan kulit ikan x rosak.. kalo ikan tu sejuk sediakan baju sejuk sorag sekor.. kui..kui..

obim517 30-06-2009 10:34 AM

salam,

PROJEK TERNAKAN UNTUK DIJUAL..

Projek ini mengandungi :
- 1 kandang kambing 24x80
- 27 kolam simen beserta anak ikan keli(mampu keluarkan hasil 5 tan keli seminggu)
- 1 pam air
- sumber air gunung
- 1 rumah pekerja
- alatan perikanan yang lain
- rumput napier telah ditanam

LOKASI Ulu Yam

Yang nak jual hanya projek sahaja sebab tanah bukan milik tuan punya projek ini..kena sewa bulanan RM1000 / month...tanah seluas 4 ekar...

HARGA - RM300K (nego)

SEBAB UNTUK DIJUAL - pindah tempat baru ( dekat dgn tempat kediaman )..

HASIL - Hasil benih keli dlm rm30k/mth ..saiz kolam boleh keluarkan hasil keli besar 4tan/week

Pembeli projek ini akan menerima pokok cili 400beg yang sudah mula berbuah tanda saguhati daripada owner projek ini..

Sekian,terima kasih.


Aidier
0133673807

aurafx 05-07-2009 11:19 AM

berapa kos nak buat kolam simen sebesar 60 x 80 kaki? harga kengkawan

jefri82@gmail.com 27-09-2010 06:06 PM

Ikan Keli Untuk Panduan Umat ISLAM..!!!
 
KAMI ADALAH PEMBEKAL IKAN KELI & TALAPIA MERAH (Dijamin HALAL & BERSIH)
Harga Ikan Keli: Rm 3.80 per/kg
Harga Ikan Talapia Merah : Rm 6.50 - RM 7.00 per/kg
Bayaran : Tunai
Jenis Makanan Ikan Ikan : Pellet.
Sumber Air Untuk Ternakan : Air Bukit
Lokasi : Kawasan Lembah Klang
Berminat sila hubungi : 016 6992342 (Jefri) call/sms untuk tempah IKAN KELI & TALAPIA MERAH
http://penternakan.webs.com


HARAM (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman ****. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
1 Kepala berbentuk V
2 Bentuk badan mirip torpedo
3 Badan berwarna hitam berkilat
4 Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
5 Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
6 Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

HALAL (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
1 Kepala berbentuk U
2 Bentuk badan tirus
3 Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
4 Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
5 Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
6 Digoreng tidak meletup


All times are GMT +8. The time now is 11:58 PM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.