CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Electrics, Electronics, DIY (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=251)
-   -   bagaimana nak kesan litar elektrik rosak kat rumah? (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=375738)

david.cronenberg 23-10-2012 04:05 PM

bagaimana nak kesan litar elektrik rosak kat rumah?
 
Kes yang asyik berlaku adalah ELCB (peranti arus bocor ke bumi) atau MS (suis utama) yang "trip". Kebiasaannya setiap kali kilat atau petir tunggal ianya akan trip tetapi dapat di selesaikan dengan mengubah kedudukan suis ke posisi ON kembali. Tapi camne kalau secara tiba2 proses tadi gagal di laksanakan? Ok, jangan bimbang, cuba lihat betul-betul peranti-peranti perlindungan yang terdapat dalam DB (kotak fius agihan) di pintu utama masuk rumah kita (lokasi berbeza setiap rumah)


ni gambar DB

http://3.bp.blogspot.com/-SLAD_E1qmz...N_SWITCH_1.jpg


1. Pastikan tangan anda tidak basah.


2. Perhatikan mana-mana peranti tadi yang trip(kaedaan dimana suis peranti terpelantik ke posisi OFF. Kebiasaanya kebawah). Cuba tolak ke atas.

3. Jika yang trip tadi melibat ELCB mahupun MS, cuba OFF kan peranti yang kecil MCB ( peranti litar kenit ). Turun kan suis ke posisi OFF kesemuanya dan cuba ON kan MS. Jika boleh dan tiada sebarang trip MS yang berlaku, anda telah berjaya sebahagiannya dan ikut langkah seterusnya.

4.ON kan pula ELCB dan tunggu seketika untuk memastikan tiada tripping berlaku. Jika trip, ini menandakan ada litar yang telah tersentuh dengan body (earth) .

- Caranya begini, cari terminal Neutral pada DB. Terminal ini biasanya di tamatkan padanya kabel berwarna Hitam. OFF kan MS dan buka kesemua kabel yang terdapat padanya dan asingkan di antara satu sama lain.

- ON kan MS dan ELCB. Pada ketika ini ELCB pasti akan dapat di ON kan. Jika tidak boleh, ini bermakna ELCB tadi telah rosak dan gantikan yang baru mengikut kadar AMPERE yang sama.

- Kita anggap tiada kerosakan pada ELCB dimana ianya dapat di ON kan. Sekarang, cuba sentuhkan satu per satu kabel Neutral yang di asingkan tadi pada terminal Neutral sehingga berlaku tripping.


gambo MCB

http://www.panoramaelectric.co.id/MCB.JPG



PS: Pastikan suis lampu dan peralatan pada soket (plug) berada dalam keadaan ON
- Sekarang, pasangkan semula mana-mana kabel yang tidak melibat tripping yaitu hanya yang tidak bermasalah sahaja di tamatkan kabel pada terminal Neutral.

- Kabel yang bermasalah tadi diasingkan dan sebaiknya di balut kuprumnya dengan pelekat PVC untuk mengelakkan touching.


- ON kan semua MCB dan sekarang sistem elektrik telah pulih. Perhatikan lampu atau mana2 alat elektrik anda berfungsi atau tidak. Jika tidak berfungsi, litar ini je lah yang rosak (boleh jadi juga peralatan elektrik anda yang rosak) Cuba cabutkan peralatan tadi dari sistem pendawaian dan pergi ke DB dan sentuhkan kabel Neutral yang di asingkan tadi (yang bermasalah mula2 tadi) ke terminal neutral. Jika tiada tripping berlaku. Ini tandanya peralatan tadi yang rosak. Jika masih tripping juga, memang confirm litar yang rosak dan memerlukan pendawaian semula litar ini SAHAJA.

Ini sambungan, JIKA ELCB dan MS dapat di ON kan tetapi MCB masih dalam keadaan OFF


Gambo ELCB

http://4.bp.blogspot.com/_qi4m7JCY_i...s1600/ELCB.jpg


PS: Pada ketika ini tiada sebarang kabel Neutral yang terlibat. Jangan keliru kerana ini sambungan dengan cara di mana ELCB gagal di ON kan.

- Cuba naikkan (ON kan) MCB satu persatu sehingga tripping berlaku. Jika kesemuanya MCB berjaya di ON kan tanpa masalah. Selesailah tugas kita.Bukan main susah payah tetiba terus berjaya. Ingat, kekadang sistem elektrik tidak sama dengan teori. So jangan salahkan elektrik pulak. Banyakkan baca Bismillah.

- Jika salah satu atau lebih MCB yang gagal di ON kan, Biarkan dan ON kan sahaja mana yang boleh

- Perhatikan lampu atau mana2 peralatan elektrik berfungsi dan jika terdapat ada yang degil tidak berfungsi, ini lah punca kerosakan litar yang mana MCB tadi tidak dapat di ON kan.

- Alihkan peralatan/cabut soket/mana2 alat yang terlibat dengan litar yang rosak ini dari sistem eletrik dan ON kan semula MCB. Sudah tentu boleh kan? Kalau tak berjaya juga walaupun peralatan elektrik telah diasingkan, ini bermaksud litar yang rosak dan memerlukan pendawaian semula hanya untuk litar ini SAHAJA.

selamat mencuba.

sumber imaeazma.blogspot

Bro_Izantie 23-10-2012 04:06 PM

nnti aku check..thanks TT

zaj 23-10-2012 05:24 PM

Thanks for the info ... TT Ada buat service wiring kat rumah ke :)

rocketeer999 23-10-2012 06:15 PM

ugh.. agak teknikal ni.. ssh skit nak hadam.

by the way, thanks

david.cronenberg 25-10-2012 10:02 AM

Quote:

Originally Posted by zaj (Post 14914907)
Thanks for the info ... TT Ada buat service wiring kat rumah ke :)

takde tuan. cuma share maklumat yg bole berguna.

AzsAs 25-10-2012 10:05 AM

Aku rasa wiring kat umah aku problem coz lampu bilik air ngan ruang tamu 2-3 bulan sekali kene tukar..asyik terbakar je..mcm2 jenis mentol dah try..pastu kali ni bengong,kene bukak lampu bilik air baru leh buka lampu bilik:(

playar 25-10-2012 03:41 PM

yups.. sama rumah gua..
ada satu soket lampu dlm bilik asyik terbakar jer mentol..
dah banyak kali tukar.. padahal mentol jenis sama cam kat ruang tamu..
agak2 wiring jugak ker TT..

cili api 25-10-2012 04:01 PM

TT ssaya ada 2 pertanyaan

1. suiz lampu luar rumah saya tiada letrik/berfungsi (dah test guna test pen) adakah ia disebabkan kerosakan salah satu MCB

2. Lampu kalimantang dirumah saya selalu sukar dihidupkan/sering berkelip jika ekon dipasang.. adakah ia disebabkan kerosakan MCB atau arus eletrik kat rumah tak cukup.

Thanks

isteri_aku 27-10-2012 12:37 PM

ok...ok...tambahan

aritu aku nak pasang kipas siling...sblm pasang tu aku ceq wire earth..aku terkejut kejap sbb mentol testpen aku menyala!!!
tp bila aku sentuh dgn jari tak kene karen pulak..

jd aku pun teruskan pasang kipas tu...dan bleh hidup tanpa masalah
kipas jenis yg pakai remote...xde regulator

so ada apa2 masalah ker nanti? atau wiring kat rumah aku ada masalah??

smoulder88 27-10-2012 12:47 PM

kalo ikut..
mccb untuk lighting ngan socket kena berlainan..
satu mccb tuk lighting ngan fan point je..
satu lg mccb tuk socket ngan air cond point..
setiap mccb ade had berapa connection boleh sambung
size wire pun berbeza..
tp skrg byk wiring ikut dan je..
2 kadang2 jd trip 2..

adil2604 27-10-2012 12:55 PM

tq TT...mmg info yg sgrt berguna....

mat_letop 27-10-2012 12:58 PM

zaman skerang wireman wiring ikot dan dia jer
asal boleh jimat
wiring main loping2,terbang2 jer

zamreda 02-11-2012 03:50 AM

Quote:

Originally Posted by isteri_aku (Post 14949581)
ok...ok...tambahan

aritu aku nak pasang kipas siling...sblm pasang tu aku ceq wire earth..aku terkejut kejap sbb mentol testpen aku menyala!!!
tp bila aku sentuh dgn jari tak kene karen pulak..

jd aku pun teruskan pasang kipas tu...dan bleh hidup tanpa masalah
kipas jenis yg pakai remote...xde regulator

so ada apa2 masalah ker nanti? atau wiring kat rumah aku ada masalah??

tespen skg nie ko jgn percaya nampak lampu dlm tu hidup bila ditekan...

aku terai tekan kat badan aku nie pon boleh menyala tespen tu...jadi klau aku nak tipu mcm siustaz karan tu tunjuk kat org kpg pon boleh..:eek::eek::eek:

skYnEt-gEnIUs 02-11-2012 07:37 AM

nice share tt....

OnlineRobot 02-11-2012 07:41 AM

jgn kena renjatan dah la

hati2 kalau nak buat
kalau tak konfiden takyah buat naya je mati kering :)

mustopa_a 02-11-2012 07:55 AM

mccb .. telah direka untuk litar tertentu,.. contoh .. mccb1 utk lampu+kipas ruang tamu, mccb2 plug bilik 1 dan 2, mccb3 plug dapur, mccb4 lampu bilik dan gitu la seterusnya, bergantung jurutera elektrik yang rekabentuk litar, kalau trip satu litar cuma mccb tu saja yang trip dan sudah tentulah suiz elcb pun ikut trip.., litar utk plug tidak boleh bersama-sama ngan lampu sbb karen berlainan, dan wayar pun lain,

khairuls 02-11-2012 10:31 AM

kat rumah aku pon selalu problem trip ni. sensitif sgt, asal ada kilat sikit mesti trip. kalau time hujan ribut petir tu memang bergelap la sampai dah reda baru aku on kan balik.

adakah sebab wiring tak betul atau ada sebab lain ye?

michael scotfield 17-11-2012 04:15 PM

Quote:

Originally Posted by playar (Post 14937038)
yups.. sama rumah gua..
ada satu soket lampu dlm bilik asyik terbakar jer mentol..
dah banyak kali tukar.. padahal mentol jenis sama cam kat ruang tamu..
agak2 wiring jugak ker TT..

mentol ke lampu kalimantang? kalau lampu kalimantang try tukar ballast dia

JaweWetan 17-11-2012 04:26 PM

Quote:

Originally Posted by khairuls (Post 15012062)
kat rumah aku pon selalu problem trip ni. sensitif sgt, asal ada kilat sikit mesti trip. kalau time hujan ribut petir tu memang bergelap la sampai dah reda baru aku on kan balik.

adakah sebab wiring tak betul atau ada sebab lain ye?

maknenye sistem perlindungan rumah anda berfungsi dgn baik..:)

NyOx 19-11-2012 11:31 AM

Quote:

Originally Posted by cili api (Post 14937198)
TT ssaya ada 2 pertanyaan

1. suiz lampu luar rumah saya tiada letrik/berfungsi (dah test guna test pen) adakah ia disebabkan kerosakan salah satu MCB

2. Lampu kalimantang dirumah saya selalu sukar dihidupkan/sering berkelip jika ekon dipasang.. adakah ia disebabkan kerosakan MCB atau arus eletrik kat rumah tak cukup.

Thanks

salam,

saya cuba bantu sekadar yg mampu.

soklan

1 -adakah sebelum ini berfungsi? jika ya, sila check dekat mcb plug fuse slalu 16A. jika lihat dekat mcb xada tendang mean OFF mungkin fius terbakar..

2- jika pakai ekon, slalu disarankan tarik wiring baru untuk ekon & mcb pakai fuse 20amp. jika dikongsi, itu mungkin menyebabkan arus dikongsi dengan wiring lain. kalau lampu susah on kena check ballast.. kalo ballast lama kena tukar. selalu kalau ballast nk rosak dia akan keluar bunyi kalo on lampu..

http://static.traderscity.com/board/...nductive-1.jpg

agustine 19-11-2012 11:42 AM

boleh terbakar ni

nanti_sat 19-11-2012 05:30 PM

Quote:

Originally Posted by AzsAs (Post 14933743)
Aku rasa wiring kat umah aku problem coz lampu bilik air ngan ruang tamu 2-3 bulan sekali kene tukar..asyik terbakar je..mcm2 jenis mentol dah try..pastu kali ni bengong,kene bukak lampu bilik air baru leh buka lampu bilik:(

wire switch dengan wire life terbalik tu tuan.perlu swap balik kedua-dua wire 2.tp pastikan main switch off dulu..takot terkena lektrik kalo trpegang life wire.

undi 18-12-2012 11:52 PM

Quote:

Originally Posted by mat_letop (Post 14949709)
zaman skerang wireman wiring ikot dan dia jer
asal boleh jimat
wiring main loping2,terbang2 jer

belajo elok2 ngan abg kita tuh, pah2 wat wiring sendiri laa mau cantik :))

david.cronenberg 21-01-2013 12:35 AM

Quote:

Originally Posted by playar (Post 14937038)
yups.. sama rumah gua..
ada satu soket lampu dlm bilik asyik terbakar jer mentol..
dah banyak kali tukar.. padahal mentol jenis sama cam kat ruang tamu..
agak2 wiring jugak ker TT..

masalah ballast, kalu da tukar ballas tak bole juga. tamba kapasitor.

keputat 21-01-2013 01:19 PM

Quote:

Originally Posted by zamreda (Post 15010038)
tespen skg nie ko jgn percaya nampak lampu dlm tu hidup bila ditekan...

aku terai tekan kat badan aku nie pon boleh menyala tespen tu...jadi klau aku nak tipu mcm siustaz karan tu tunjuk kat org kpg pon boleh..:eek::eek::eek:


Hahahahahaha .... Jgn percaya sama itu testpen... Kelak kamu yg merana.... Ekekekekek

nikamin 21-01-2013 01:25 PM

singgap jap..

nikz5535 15-03-2013 08:27 PM

As-slm..mau bertanya sesiapa yg pandai wiring.. Wiring dekat rumah saya ini rasa memang ada masalah... maybe wireman yg buat keje dulu buat loop... MCB selalu TRIP..

P/s rumah ini 2 tingkat..tapi ntah mcm mana wireman guna Tnb Single Phase..mungkin juga antara sbb power tak cukup di rumah..ada cara untuk perbaiki keadaan ini selain upgrade ke 3phase.. Kalau guna 3phase hanya perlu tukar MAIN BOX sahaja kan...wiring tetap boleh guna yg lama?

1. Ada 1 point diguna untuk peti freezer... selalu trip..guna MCB 20A...Klau sy nak tukar ke MCB 32A bolehkah? Takder masalah kah nanti?

2. Power usage dekat rumah boleh tahan la..banyak juga benda2 bear mcm over smua ..tapi jarang guna.. Tapi kadang masa buka lampu malam lambat nak on..kelip2 lama baru on..kenapa yer.

terima kasih

nikz5535 15-03-2013 08:28 PM

Mohon bertanya masalah
 
deleted.............

Poseidon™ 15-03-2013 08:39 PM

ada dua cara kan TT,

satu pasangkan semua MCB dan test wire neutral satu persatu selepas MS dgn ELCB dibuka. Yang ni elok untuk MCB model lama yang pakai wire kan.

satu lagi tak payah buka neutral wire kt terminal, offkan semua MCB dan on ELCB dan MS, pastu test angkat satu persatu MCB, yang mana mcb tu diangkat dan ada trick ELCB bermakna litar tu ada masalah.
:-?

nikz5535 15-03-2013 09:15 PM

Dari pencarian forum oversea dan website.. maybe nak tukar MCB 32 AMP untuk freezer tuh..

hucqim80 16-03-2013 12:26 AM

Salah satu punca, kerosakan peralatan elektrik adalah kerana earthing yang tak berapa baik, earth pole yang dipacak/tanam berintangan agak tinggi..salah satu sebab ialah tempat earthing di pacak, tanahnya kering dan kurang konduktiviti dgn bumi..

Contoh rumah teres yg earth pole telah berada dalam rumah setelah membuat renovation pada hadapan rumah hanya meter tnb sahaja dipindah keluar tapi earth pole berada di dalam rumah..

Simptom2 earth kurang berkesan..tripping semasa kehadiran kilat..lampu senang rosak..dll.

Poseidon™ 16-03-2013 12:30 AM

Quote:

Originally Posted by hucqim80 (Post 16526520)
Salah satu punca, kerosakan peralatan elektrik adalah kerana earthing yang tak berapa baik, earth pole yang dipacak/tanam berintangan agak tinggi..salah satu sebab ialah tempat earthing di pacak, tanahnya kering dan kurang konduktiviti dgn bumi..

Ni kes ELCB susah nak trip masa ada kebocoran arus pada manusia dan ada sambaran petir.

Poseidon™ 16-03-2013 12:32 AM

Quote:

Originally Posted by nikz5535 (Post 16524696)
Dari pencarian forum oversea dan website.. maybe nak tukar MCB 32 AMP untuk freezer tuh..

Fius kena balance dengan kabel yang dipakai..

cekadaklaut 16-03-2013 12:36 AM

mcb sama dgn mccb ke?

street_wizer 16-03-2013 12:44 AM

bagus TT ni..nice sharing..
dari pengetahuan aku yg cetek ni..mcb n mccb xsama..tapi fungsinya lebih kurang sama je..memutuskan litar bila berlaku lebihan arus..
mccb spttnya stand utk moulded case circuit breaker dan digunakan dlm pendawaian industri..mcb tu utk rumah2 kediaman lah..huhu..maap kalo tersilap..sape tau boleh betulkan..

aqu_fadhil 16-03-2013 12:53 AM

bagus ni tt....

silibug 16-03-2013 01:20 AM

hari tu rumah kena petir.. Elcb trip.. tapi psu cpu pun rosak gak.. kenapa ek?
elcb lmbt bertindak ker?
cmane xnak bg berulang kembali?

irsyadpenang 16-03-2013 08:52 AM

Quote:

Originally Posted by silibug (Post 16526848)
hari tu rumah kena petir.. Elcb trip.. tapi psu cpu pun rosak gak.. kenapa ek?
elcb lmbt bertindak ker?
cmane xnak bg berulang kembali?


ELCB tuan pakai berapa Amp?

fajulia 16-03-2013 10:28 AM

Quote:

Originally Posted by khairuls (Post 15012062)
kat rumah aku pon selalu problem trip ni. sensitif sgt, asal ada kilat sikit mesti trip. kalau time hujan ribut petir tu memang bergelap la sampai dah reda baru aku on kan balik.

adakah sebab wiring tak betul atau ada sebab lain ye?

Ini menandakan sistem anda adalah berkesan/selamat. Earthing bagus/betul kedudukannya. Mungkin akan memberi masalah pada keluarga esp. anak2 kecil jika trip berlaku pada waktu malam. Tak kurang juga kalau time balik kampung, mungkin akan trip bila kilat. susah jugak tu.....

Apa yang anda boleh buat ialah tukar ELCB kepada yang kurang sensitif i.e. 0.3Amp untuk mengelakkan kerap trip bila tempias kilat. Pendapat saya, walaupun pakai ELCB 0.3A, ia mungkin kurang menjejaskan keselamatan peralatan letrik kerana kita masih pakai MCB yg sensitif i.e. <20 mA. Ini apa yang saya tahu.... mungkin ada pakar letrik lain yang boleh komen pasal ni..... silakan.....:D

nikz5535 16-03-2013 10:35 AM

tq
 
Quote:

Originally Posted by Poseidon™ (Post 16526566)
Fius kena balance dengan kabel yang dipakai..

rasanya wayar rumah pkai 4mm... nanti check balik..


All times are GMT +8. The time now is 07:35 PM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.