CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Vacancies (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=110)
-   -   Kerja Sambil Belajar Di New Zealand RM1,600 Seminggu..minta pandangan plzz!! (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=35237)

BizClub 21-04-2008 03:49 PM

Kerja Sambil Belajar Di New Zealand RM1,600 Seminggu..minta pandangan plzz!!
 
aku terbaca kt sini http://www.utaraonline.net/v2/module...rticle&sid=268
nampak mcm ok tp sape2 yg tahu menahu n expert pasal ni tolong bg pandangan skit.

Catatan Santai IBNU HASYIM

19 APRIL 08, tepat jam 12 malam, saya ada temujanji dengan seorang kawan, yang sudah 6 bulan tidak berjumpa. Dia baru pulang dari New Zealand. Secara kebetulan, waktu itu di tarikh ini, genab 1 tahun umur blog Ibnu Hasyim. Asalnya, dialah sahabat yang membantu dan menolong hingga wujudnya blog ini setahun lalu.

Kami bertemu di Maju Junction, minum-minum ringan sambil menghirup udara tengah malam di bandaraya KL. Mungkin di meja itu juga dia membina blog saya setahun lalu. “Tak terasa hampir 6 bulan saya berada di sana.” Katanya. “Saya lihat di sana banyak peluang-peluang pekerjaan dan boleh belajar bahasa Inggeris di sana, terutama bagi anak-anak muda yang masih menganggur.”


Sekumpulan Mat-mat rempit tiba-tiba sampai, dengan bunyi bising enjin motor mengganggu perbualan kami. Tapi, kami tak peduli. “Ha, bagus tu. Kerja apa? Apa syarat-syarat pengambilannya?


“Saya telahpun berunding dengan seorang pengusaha ladang (di New Zealand), orang Islam gayanya macam dari kumpulan Jamaah Tabligh (sebuah badan dakwah antarabangsa). Dia perlukan ramai pekerja-pekerja lagi. Kerjanya kutib buah apple, potong kentang dan lain-lain, tidaklah berat sangat. Dibayar gaji kira-kira RM1,600 seminggu.


Mungkin kalau sebulan setelah ditolak sewa rumah, makan dan lain-lain, bolehlah dapat bersih gaji antara RM4,000 ke RM5,000. Boleh pula mendalami bahasa Inggeris, atau belajar agama sesama kawan-kawan. Itu sebab saya nak pilih yang baik, sembahyang cukup dan boleh susun program tarbiah ringan-ringan.” Jelasnya.


“Al-hamdulillah, itulah yang baik. Saya boleh bantu carikan muda-mudi yang nak kerja. Kita boleh bantu Mat-mat rempit dan Mat-mat lepak dari segi ekonomi dan agama. Sebelum pergi kita adakan taklimat atau tazkirah. Mungkin di sana, di New Zealand pun boleh diadakan juga. Apa lagi kalau yang pergi itu adalah pemuda-pemuda dan muslimat PAS, atau PKR. Kita boleh ambil mereka melalui pertubuhan-pertubuhan tersebut, bahkan ketua-ketua lajnah ekonomi atau cawangan boleh fikir dapatkan derma untuk tabung-tabung amal mereka.” Cadang saya. “Bagaimana syarat-syaratnya pula?”


“Hendaklah warganegara Malaysia, lelaki atau perempuan. Berumur 18 hingga 30 tahun, ertinya sihat tubuh badan, boleh kerja. Tak perlu pengalaman professional. Tetapi kalau ada, pengalaman kerja macam wayaring, electrical atau lain-lain yang lebih baik, saya cuba cari di tempat lain yang gajinya lebih besar lagi.” Katanya dengan yakin. “Syarat-syarat lain, kena ada paspot, dan wang pengurusan visa atau permit kerja (working holiday atau kerja sambil melancung) sekurang-kurangnya 6 bulan (boleh ditambah), urusan penginapan atau lain-lain antara RM1,200 hingga RM2,000 sahaja.”


“Tambangnya berapa?

“Pergi-balik kira-kira RM3,800!” Jelasnya.

Jadi kena siap lebih kurang RM5,000 untuk seorang. Kerja sebulan dah boleh bayar balik, kalau berhutang. Ringkasnya…



Peluang Kerja Sambil Melancung Ke New Zealand:

Di Sektor Pertanian: Gaji RM5,000 sebulan.

Syarat:

i. Warganegara Malaysia.

ii. Lelaki/perempuan berumur antara 18-30



Sila hubungi:

Abu 03 41465655 atau 013 2053054

Shah 012 2550686

HMH_Resources@yahoo.com
Ibnuhasyim@gmail.com

Inilah catatan santai kali ini.
Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 19-04-08. KL.

mattop 21-04-2008 03:51 PM

kaji biar sampai abis tuan.... kang kantoi jual dadah payah plak... :D

rafina_80 21-04-2008 03:55 PM

a ah..betul tu..skali sampai sana terjebak dgn pengedaran dadah..
buat apa cari kemewahan di negara org..
org lain berpusu2 dtg ke negara kite..

hafis_81 21-04-2008 03:56 PM

takut kt sini cite yg best2..
smpai kat sana lain jd plak..
pk dulu..

BizClub 21-04-2008 03:56 PM

Quote:

Originally Posted by mattop (Post 1259749)
kaji biar sampai abis tuan.... kang kantoi jual dadah payah plak... :D

tu lah nak tanya...ada sape pnh dgr...:-? :-?

pedagang cyber 21-04-2008 04:04 PM

bahaya, kang sampai sana kena dera pulak

arulgit 21-04-2008 04:06 PM

jaga2 bro..:D

razif1224 21-04-2008 04:09 PM

hujan emas di negeri orang... hujan batu di negeri sendiri....
so.. fikir-fikirkan lah!!! We Love Malaysia! :)paid :D

JutawaN_MilleniuM 21-04-2008 04:11 PM

mmg ada keje camtu tapi kena hati2 sajelah dgn org yg nak ambik kesempatan nie..
Wife saya ada cerita dia punye kawan keje petik strawberi je..income boley tahan tapi lupe plak kat mane..australia kot..

bluehorny 21-04-2008 04:17 PM

Quote:

Originally Posted by hafis_81 (Post 1259781)
takut kt sini cite yg best2..
smpai kat sana lain jd plak..
pk dulu..

Mmg ada jenis keja2 yg mcm ni kat oversea sana..
samada keja kat factory, restoran jd kitchen-hand , assistant cook etc..part-time or full-time.

Salary mmg lumayan kalau compare dgn nilai duit kita.
Masa aku dulu, keja part-time kat restoran dibayar dlm RM19/hour.
So kalau anda keja sehari 5 jam dah boleh earn RM100 .
On weekend you get double pay and on Public Holiday you can earn
tripple pay perhour !!

Keja kat ladang bawang, kapas, petik oren,apple,cherry etc.
Aku pernah buat keja2 ni masa kat australia dulu..part-time during cuti semester..
Kalau kat newzealand aku rasa just the same..:D
Jgn jadi II (illegal immigrant) dah le :D

bluehorny 21-04-2008 04:21 PM

Quote:

Originally Posted by pedagang cyber (Post 1259832)
bahaya, kang sampai sana kena dera pulak

Kalau kat australia, mmg ramai muslim..Sydney, Melbourne, Canberra , Perth dan other places.

Ramai org Iraq, Iran, Turki $ Timur Tengah kat sana.
Kat NewZealand pun aku rasa sama..dorang ni ada yang mengusahakan ladang, jd penternak, buka kedai daging (butcher)
etc..
:D :D

bayai75 21-04-2008 04:44 PM

Ha ah betul tu sumer aku setuju .....baik siasat betul2 ....bukan apa.... no herat feeling kat organizer tu tp beringat lah yer klou saper2 yg berminat sbb banyak skim yg edar dadah tu ....

Maaf sekadar mengingatkan jer.....

mufiza81 13-05-2010 02:05 PM

saper tau cara nak g kerje kat new zealand tu.....ader yg leh tlg tak

muhafis 13-05-2010 04:30 PM

tlg sisat kan minat nakgi sane..
newbie tapi..

qifays0909 13-05-2010 04:38 PM

best ni... kat malaysia takde ke gaji yg camni...

Niyang 13-05-2010 04:42 PM

cam menarik..... aku berminat...

CigaR 18-05-2010 04:09 PM

sy pernah dengar ni..
pastikan semua document TT wat sendiri..
pegi sana biar secara visitor dulu...sbb klau nak cabut senang..
then bila sampai sana tengok sendiri betul atau tak..

yg saya tau, memang ada kerja camni...lumayan salary nya..
istilah kene dera tu takde lah..tapi tak mustahil kalau dapat tuan yg zalim..

in my point of view, tak salah mencuba lebih2 lagi lelaki..
bnyk pengalaman tu dapat...
anyway, all the best to you tt... ;)

eastmail@yahoo.com 18-05-2010 04:18 PM

Dulu ada sorang mamat dr T'ganu, junior banyak umur dia dari saya, tp ada RM100k lepas 3 tahun duduk di NZ kutip apple. Dia keje dgn tokey cina jd PATI kat sana sbb susah katanya nak ambil permit keje. Badan kena sihat psl susah nak p klinik klu dokumen x de. Keje mmg senang, walaupun tokey bayar agak murah banding dgn legal worker. Jumpa mamat ni kat satu seminar usahawan di KL, dia nak cari partner bela ayam ribu-riban.

Hang B Hang F 18-05-2010 04:38 PM

saya ade sepupu yg dah pun pergi sana n dah pun balik selepas 4 bulan..k juz nak kongsi..die habis kan rm7k nk pg sana..coz transport,passport, n visa melancong kot mcm tu la..sampai sane die di hijrahkan dgn pelbagai cara,3 daerah kena lalu..naik feri la.bas la,van la..sampai la tmpt kerja..kerja nya kutip buah apple..so gaji purata die dapat sepatutnya..rm5k sebulan..tapi masalahnye..die masuk pakai visa melancong..so kene renew 3bulan seterusnye..masalah lagi..gaji die dibyr separuh je..kata nk tangguh takut lari..pastu die nk renew visa mahal..so tak cukup..takut py pasal terus balik m'sia semula..tak balik modal..rugi lagi adalah..sekurg2nya kene tinggal sana bekerja 1thn baru untung katanya..

pesanan die..betul kerja sana gaji besar..tapi jangan bergantung pada sape2..sbb klu dgn ejen..nanti passport visa kite tak dpt pegang..so susah klu nak cr kerja lain klu kene tipu..semua kene buat sendiri..n pergi sana cr kerja sendiri..same je kes budak2 johor cr kerja kat singapore..semua kene buat sendiri..jgn cr org tgh..bkn la kite nk buruk kan ejen..tapi lebih elok kita buat semua sendiri..selamat..kalau nak juga pakai ejen..ikut diorg pg sana macam pelancong biasa je..bila sampai sana..die carikan keje..ko bayar komisyen die bila dpt gaji pertama..so mesti die akan crkan ko kerja yg terjamin untuk komisyen die..

k boleh betulkan kalau salah info..:)

redrose4j 09-11-2010 07:08 PM

melancong sambil buat duit di New Zealand
 
Hai, buat semua yang berminat untuk mengetahui cara cara untuk melancong ke New Zealand dan Australia dan bekerja secara sah tanpa bergantung kepada mana2 pihak/ejen tunggu website saya www.bumihijau-nz.com.Saya tinggal di New Zealand dan arif tentang law disini.Panduan dari A-Z diharap dapat membantu anda semua...salam:">

redrose4j 09-11-2010 07:12 PM

untuk semua walaupun anda tak mahir berbahasa Inggeris...kebolehan berbahasa inggeris walaupun sedikit amat berguna so rajin2 lah belajar ye jgn malu2

engineeringdead 09-11-2010 07:19 PM

apa ni redrose4j,
bagi web link pun error (mcm tipu jer..)

mr_turner 09-11-2010 07:25 PM

ntah..website error laa....
secam ke nie boss??

mr_turner 09-11-2010 07:26 PM

ntah..website error laa....
secam ke nie boss??

Miss_Sunshine 09-11-2010 08:16 PM

Kalau xsilap dulu ade gak gov agency yang open pasal keje kat NZ ni. Jadi pengutip anggur. Masa tu dia wat trip sambil kerja.. dalam 2 minggu kat NZ. Tapi aku xjumpa carik lak website tu

nurbiz 09-11-2010 08:53 PM

Salam cgrian semua..keje nie kitorunk kat aussie panggil "fruit picking"..n keje nie memang ada..gaji mmg masyuk laa..gaji dibayar mengikut berapa byk buah yg korunk ambek..ada yg ikut bakul ada yg ikut kilo tgk tempat kat mana korunk keje..student2 kat snie selalu buat fruit picking time cuti sem..lepak sana dalam sebulan ada la dapat dalam average $2000 = RM6000 (dah tolak kos bagai)..ada yang dapat lagi byk pon ada..keje lak xsemestinye kutip buah je..ade yang keje tukang susun buah dalam kotak la etc..mengikut kata rakan2 aku tokey2 ladang nie mmg suka amek org mesia keje ngan dorunk sebab katenye kita nie rajin xhengat:)paid:)paid ok habis pasal intro fruit picking...

..dari segi nak kerja tu kalau dari sudut student yg ada student visa aku tau ar..ktrunk kene apply Tax File Number (TFN) pastu convert visa jadi "working visa"=bayar dlm $60 camtu..ha pastu dah leh apply keje..kat snie gaji dibayar ikut minggu..so yg kes kate gaji kene sekat tu maybe tokey tu kot yg bermasalah:-?..

..seriusly pas aku abes blaja nanti pastu terasa cam nak datang aussie bercuti mmg aku akan buat fruit picking..apply visa wut passport pastu beli tiket ke aussie (xmahal airasia RM1400 dah dapat kalau timing betul)..apply dulu kat farm tu secara online sebelum fly..kata siap2 ko dtg guna visa pelancong and nak keje as part timer backpacker..untuk penginapan toksah risau..selalu dorunk ada sewakan backpackernye room yg murah2..xnk sewa pon xpe..taun lepas member2 aku gi nak jimat punya pasal dorunk bercamping sebulan kat ladang tu :eek::eek::eek:..habis lunyai tent aku dorunk kejekan..

apapepun takat nie sume geng2 aku yang pernah berkonvoi ramai gi petik buah xpernah yang komen kate xbest..sume kate masyuk la apa la pengalaman baru la (padahal dorunk tgh sronok duit byk hehe:D)..so pada pandangan aku keje nie mmg ok n masyuk..just kene rajin skit jer..lagi rajin lagi byk dapat gaji..hehe

btw aku ckp2 nie aku sindri xpenah experience fruit picking nie lagi..sebab setiap kali cuti jer konpem aku balek mesia :">:)paid

LoBye 09-11-2010 09:17 PM

Quote:

Originally Posted by Miss_Sunshine (Post 7799698)
Kalau xsilap dulu ade gak gov agency yang open pasal keje kat NZ ni. Jadi pengutip anggur. Masa tu dia wat trip sambil kerja.. dalam 2 minggu kat NZ. Tapi aku xjumpa carik lak website tu

pak sedara aku ponah ikut nih..thn 2006 kalo aku x silap,..hehehe.. x smpi sebulan dh larikkk...alasan dio,sejuk terlampau..nak amik air semayang pun x bulih.. :eek:

penangboy 09-11-2010 09:29 PM

mesti rebut peluang nie aku tak leh la dah keje kerajaan

redrose4j 15-11-2010 09:48 PM

Typical malay
 
Salam, kan saya kata akan datang... tengah dlm proses bina website www.bumihijau-nz.com. Semuanya panduan secara percuma nak tolong sesama Melayu. Skang ni sibuk bebenar ngan kerja takde masa. Insyaallah akan siap nanti...Yelah dengar mcm2 org Malaysia tak tau/kantoi bila dtg NZ. Ada yg kene tipu ngan ejen etc. Saya dah lama dok NZ,(juga ada PR Auastralia)dan arif undang2 disini especially bab2 imigresen.Skang ni website dah publish tapi tak lengkap lagi ok.buat sementara tu tengok link2 yg ada kat website tu k.

redrose4j 15-11-2010 09:54 PM

kenalah belajar berbaik sangka...sebab tulah ada yg maju ke depan dan ada yg tertinggal di belakang.

redrose4j 15-11-2010 10:16 PM

sebenarnya nak dtg keje di NZ memang takde masalah kalau kita tau cara-caranya yang sah dan betul sebab NZ berbeza ngan lain2 negara barat yg strict bab2 pekerja asing ni. Australia salah satunya memang susah sikit kecuali kalau anda 18 hingga 30 thn (working holiday visa) atau golongan profesional berdaftar tapi NZ istimewa sebab banyak kategori tak kira umur (atuk2 nenek2 yg masih kuat dan sihat pun bleh)atau apa-apa kelulusan.Amaran,jangan berniat utk jadi illegal or overstayer sebab dah banyak kes yg saya lihat (kena tangkap tido lokap 3 hari)kena iring polis ke airport tangan bergari ( malu oi. Kalau nak dtg sebagai visitor dulu boleh tapi anda kena berani dan confident. Sebab custom officer dapat agak masa kat airport ( ramai yg kandas dan dihantar pulang keesokan harinya) kalau anda yakin dan berniat utk melancong dulu takpe tapi tak perlulah bagitau anda berniat utk bekerja. Ini dah jadi illegal bagi Border Law NZ. Depa pentingkan niat dan kejujuran atau dlm bahasa Inggeris intention and honesty. Kalau nak terangkan kat sini panjang lebar tak cukup satu muka surat.Kalau custom luluskan visitor visa 90 hari takpelah memang bagus dan selepas itu boleh apply work permit.

redrose4j 15-11-2010 10:23 PM

Apapun, sebelum membuat keputusan buat dulu research dan homework. Jangan cepat tetipu dengan ejen2 yg menjanjikan mcm2 janji manis. Tak perlu menggunakan mana-mana ejen tapi kene banyak buat kajian. Sebab tulah saya berusaha nak buat website ni sebab saya faham masalah yg kebanyakan org alami dan ramai tak mahir berbahasa Inggeris.

untitoxin 15-11-2010 10:33 PM

kerja smbil belajar mmg sronok tp parents ilang benefit nk tolak tax nnti la...so kne igt gk tuh..huhuhu

engineeringdead 16-11-2010 12:15 AM

redrose4j ..
kalau nk pakai pekerja email aku kat sini
engineeringdead@gmail.com

p/s: aku nk cari duit, byr hutang

JohnJenin 16-11-2010 12:24 AM

ni kerja perah tetek lembu ni..hahaha..

hairy84 16-11-2010 10:30 AM

xyah le ke sana,, memang 5k banyak.. cube tuka ke duit dorang.. lebih kurang keje kat malaysia je.. :D

snipers 16-11-2010 10:53 AM

Quote:

Originally Posted by nurbiz (Post 7799934)
Salam cgrian semua..keje nie kitorunk kat aussie panggil "fruit picking"..n keje nie memang ada..gaji mmg masyuk laa..gaji dibayar mengikut berapa byk buah yg korunk ambek..ada yg ikut bakul ada yg ikut kilo tgk tempat kat mana korunk keje..student2 kat snie selalu buat fruit picking time cuti sem..lepak sana dalam sebulan ada la dapat dalam average $2000 = RM6000 (dah tolak kos bagai)..ada yang dapat lagi byk pon ada..keje lak xsemestinye kutip buah je..ade yang keje tukang susun buah dalam kotak la etc..mengikut kata rakan2 aku tokey2 ladang nie mmg suka amek org mesia keje ngan dorunk sebab katenye kita nie rajin xhengat:)paid:)paid ok habis pasal intro fruit picking...

..dari segi nak kerja tu kalau dari sudut student yg ada student visa aku tau ar..ktrunk kene apply Tax File Number (TFN) pastu convert visa jadi "working visa"=bayar dlm $60 camtu..ha pastu dah leh apply keje..kat snie gaji dibayar ikut minggu..so yg kes kate gaji kene sekat tu maybe tokey tu kot yg bermasalah:-?..

..seriusly pas aku abes blaja nanti pastu terasa cam nak datang aussie bercuti mmg aku akan buat fruit picking..apply visa wut passport pastu beli tiket ke aussie (xmahal airasia RM1400 dah dapat kalau timing betul)..apply dulu kat farm tu secara online sebelum fly..kata siap2 ko dtg guna visa pelancong and nak keje as part timer backpacker..untuk penginapan toksah risau..selalu dorunk ada sewakan backpackernye room yg murah2..xnk sewa pon xpe..taun lepas member2 aku gi nak jimat punya pasal dorunk bercamping sebulan kat ladang tu :eek::eek::eek:..habis lunyai tent aku dorunk kejekan..

apapepun takat nie sume geng2 aku yang pernah berkonvoi ramai gi petik buah xpernah yang komen kate xbest..sume kate masyuk la apa la pengalaman baru la (padahal dorunk tgh sronok duit byk hehe:D)..so pada pandangan aku keje nie mmg ok n masyuk..just kene rajin skit jer..lagi rajin lagi byk dapat gaji..hehe

btw aku ckp2 nie aku sindri xpenah experience fruit picking nie lagi..sebab setiap kali cuti jer konpem aku balek mesia :">:)paid


Cerita hang memang bagus, boleh buat panduan. Tetapi............ tanya sikit. hang tak boleh ker tulis elok2 sikit. Menantang KORUK dan DORUK tu apa? Tengkorak ker?.

rasa macam nak hempuk laptop jee aku ni bila duk baca asyik ada ayat "koruk doruk" ni. menatang jadah apa tulis lagu tu.:mad::mad:


tu belum masuk lagi ayat Skuk, - lagi jadah.

yeahboy 16-11-2010 11:07 AM

Quote:

Originally Posted by engineeringdead (Post 7848106)
redrose4j ..
kalau nk pakai pekerja email aku kat sini
engineeringdead@gmail.com

p/s: aku nk cari duit, byr hutang

gua pun nak jugak!!!:D

boey 16-11-2010 11:19 AM

kang kat sana kena suh jual bon**t

backspace 16-11-2010 11:37 AM

Quote:

Originally Posted by engineeringdead (Post 7848106)
redrose4j ..
kalau nk pakai pekerja email aku kat sini
engineeringdead@gmail.com

p/s: aku nk cari duit, byr hutang

den pun minat...simonperize@yahoo.com


All times are GMT +8. The time now is 03:54 AM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.