CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Religious Talk (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=69)
-   -   Perbincangan ilmiah berkaitan Aqidah Jamaah Tabligh (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=35083)

KOS 14-03-2013 10:26 PM

Sekadar mengimbas kenangan...

scryed 14-03-2013 11:54 PM

KOS strike back?

kutuk sikit2 sudah...kang abis modal plak si firdaus tu ekekek

KOS 15-03-2013 10:06 PM

Quote:

Originally Posted by scryed (Post 16515582)
KOS strike back?

kutuk sikit2 sudah...kang abis modal plak si firdaus tu ekekek

Ok..sikit je..:D

KOS 15-03-2013 10:12 PM

Sedikit ulasan ttg adab tidur yg diamalkan jemaah tabligh

"...
TUDUHAN ORANG YANG MEMBIDAAHKAN ADAB TIDUR TERSEBUT

Ada penulis blog telah menghukum JT telah melakukan bidaah kerana tidur seperti itu. Dan ia berkata adab tidur yang sebenarnya ialah seperti yang dinyatakan oleh Imam al Ghazzali dalam Ihya Ulumiddin, Syaikh Nawawi Banteni dalam Maraqil Ubudiyah dan Syaikh Abdus Somad al Palimbani dan Sairus Salikin, sebagaiman yang sanya nyatakan tadi.

Setahu saya kitab Maraqi dan Sairus Salikin hanya menukil daripada Ihya. Ertinya adab tidur seperti ini adalah fatwa Imam Al Ghzzali. Kata penulis blog tersebut:

…Di sini, dapatlah difahami bahawa Adab Tidur yang sebenar ialah muka kita, dada kita dan kedua tapak kaki kita mestilah menghadap ke arah Qiblat.

(dipetik daripada blog tersebut) http://jamaluddinab.blogspot.com/201...dab-tidur.html

Kenyataan penulis blog yang mengatakan bahawa itulah adab tidur yang sebenar menimbulkan isykal, kerana ukuran kebenaran ialah dalil, sedangkan Imam al Ghazzali tidak menyebutkan satu dalil pun bagi adab tidur tersebut.

Isykal yang saya sebutkan ialah keadaan tidur yang dianggap menghadap kiblat sedangkang menghadap (istiqbal) hanya akan berlaku dengan dada dan muka. Sedangkan pada masa tidur terlentang dada menghadap ke atas, dan muka juga akan menghadap ke atas, kecuali jika menggunakan bantal yang agak tinggi barulah mukanya akan menghadap ke hadapan (atau kiblat)..."


Ini adalah sebhagian penerangan...KLIK SINI utk baca lebih lanjut.


p/s: Firdaus tak perlu baca...dikhuatiri sindrom bulan mengambang datang semula..:D:D

KOS 16-03-2013 12:29 PM

Originally Posted by firdaus83 (Post 8133696)
SEBOK KE HULU KE HILIR je...

Bukan MENGAJI KITAB pun.....

JAHIL Tokek je...

Nyesatkan manusia je..

Tak NGAJI ILMU FIQH ibadat rosak,

Tak NGAJI ILMU TAUHID Aqidah rosak,

Tak NGAJI TASAWWUF perangai fasiq,

Tak NGAJI KITAB, sebok ke hulu ke hilir berdakwah, NYESATKAN ORANG je !!!


Forumer lain balas

aku tgk ko ni pung pang..pung pang..ko pun aku rase tak abis blaja tasawwuf..org tasawwuf ni zuhud..sebab hati dia bersih..tawaduk.. tak dengki..malah sgt merendah diri bile berbahas..yg ni aku tgk pung pang pung pang je lebih..maki org sana..org sini..ko amik tasawwuf dari sanad mana? gaya mcm dah terputus sanad ni..tu psl jadik meroyan mcm ni..ngaji tak abis ke???ke ngaji tak berguru??


Post Original KLIK SINI


P/s: mmg jelas firdaus tak mempunyai pegangan ilmu agama yg kukuh. Setakat belajar sek agama tahap PMR apalah sgt kemampuan dia. Kefasihan bahasa arab komunikas pun diragukan!!. Maaf bukan niat sy mempersendakan firdaus ttp merungkai salahfaham org lain ttg apa yg telah disampaikan oleh firdaus.

:)cgrock:)cgrock

KOS 16-03-2013 04:00 PM

dr firdaus

Sumber-sumber BERKATA-KATA AGAMA DI DALAM KEADAAN JAHIL adalah dari Karkun-karkun Markaz Sri Petaling (KL), Markaz Kubang Bujok (Terengganu), Markaz Kuantan (Pahang), Markaz Sinaran Baru (Johor), Markaz Kedah, dan juga karkun-karkun Pensyarah UTM SKUDAI...

Jadi, aku BERTAUBAT dari berkata-kata perkara yang membawa RIDDAH (MURTAD), dan aku MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH kembali.

Aku nyatakan segala perkara yang MEMBAWA MURTAD dan aku NYATAKAN perkara yang BENAR...


Post original KLIK SINI


fakta ttg markas2 yg telah dihadiri Firdaus dan tempat dia belajar kemahiran. Tak byk kan..tak cukup pengalaman. Takder apa2 pun budak ni. Hampas belaka...

KOS 18-03-2013 02:36 PM

Post drp forumer lain...


Tahukah anda terdapat satu puak di Negeri Johor, mereka giat belajar ilmu tauhid dengan seorang Ustaz yang tidak bertauliah, mereka juga belajar ilmu Falak, dan mereka tidak patuh pada keputusan mufti tentang waktu solat, ramdhan dan hari raya, mereka juga berakhlak seperti puak Salafi ataupun Wahaby iaitu mengkafirkan orang lain.

P/s: Ada fakta yg mengaitkan dgn ilmu falak dlm blognya. Ttp bukanlah firdaus ni ahli falak melainkan hobinya shj. Keterangan post menjurus kpd kelompok yg belajar dgn ustaz yg tak bertauliah. Juga mempunyai persmaan dgn kefahaman yg wujud di indonesia. Justeru kalau kita nak tau pendapat firdaus kena mengaitkan dgn punca.


Post Original KLIK SINI


:)cgrock:)cgrock:)cgrock

akan ku bongkar segalanya2...:D

KOS 18-03-2013 03:00 PM

Fikir sejenak dr post forumer lain...


Semoga saudara senantiasa di bawah naungan dan rahmat Pemilik Kaabah.

Pelbagai pendapat telah di beri.
Oleh orang awam yakni yg bukan dari JT dan juga yg pernah bergaul dgn JT.
Ada yg memberi pendapat hanya dari melihat JT dari jauh dan juga ada yg memberi pendapat hanya dari cakap-cakap sesama sendiri.

Ada yg betul dan ada yg tidak.

Sesungguhnya sekira forumis sekelian ingin memberi pendapat ataupun komen mengenai JT, kenali lah terlebih dahulu akan mereka.
Siapakah ahli JT?
Dari mana asal usul mereka?
Tahap pendidikan Agama mereka?
Tahap sosial ekonomi mereka?
Tahap profesional mereka?
Tujuan ataupun arah tuju mereka?.

Perlu kita kembali kpd Sejarah Islam kalau ingin mengetahui KEKUATAN nya.
Adakah Islam akan menjadi kuat/di hormati sekiranya ekonomi nya kukuh??
Adakah Islam akan menjadi kuat/di hormati sekiranya kekuatan tentera nya ampuh?
Adakah Islam akan menjadi kuat/di hormati sekiranya umat nya 'berILMU'?
Adakah Islam akan menjadi kuat/di hormati sekiranya negara nya MEMBANGUN??

Di manakah KEKUATAN Islam sebenarnya?

Lihat lah Iraq dgn kekuatan tentera nya semasa Sadam Hussin.
Lihat lah Kuwait dgn duit yg berbillion billion..
Lihat lah Saudi Arabia dgn minyak nya melimpah limpah.
Lihat lah Mesir.......................(tentera + ekonomi)
Lihat lah Turki............................... (tentera + ekonomi)
Lihat lah Pakistan..............(tentera + ilmu nuklear)
Lihat lah Indonesia......................(tentera + jumlah umat Islam)

Apa sudah jadi dgn negara negara ini sekarang??
Adakah mereka kuat?
Adakah mereka di hormati?
Bagaimana dgn perkembangan Islam di sana??

Apakah yg di titik beratkan oleh Agama Islam??
Apakah yg di titik beratkan oleh Rasulullah saw?

Apakah soalan yg PERTAMA akan di tanya kepada kita di Padang Mahsyar??
Kenapa ia di dahulukan dari yg lain?? (spt ekonomi, kekuatan tentera, ilmu etc)

Di manakah KEUTAMAAN di dalam Islam??
Isteri kah?
Anak anak kah?
Pekerjaan kah?
Jawatan kah?
Rumah kediaman kah?
Agama kah?

Apakah TULANG BELAKANG sesuatu AGAMA?? (Kristian, Buddha, Hindu n Islam)
TAnpa nya.................akan MUSNAH or LENYAP lah Agama tersebut??

Orang-orang Kristian telah bertebaran ke seluruh dunia untuk menyebarkan Agama mereka, di Malaysia pun tidak terkecuali, cuba lihat di Pendalaman Sarawak dan Sabah, di perkampungan orang asli di Semenanjung, semua mereka dah sampai.

Bila pula giliran kita sebagai ahli tauhid dan ahli ilmu untuk sampai kesana?, Adakah hanya duduk di rumah dan berdakwah dengan rileks dan tenang sahaja?. Jawapannya tak lain tak bukan Orang "TABLIGH" juga yang menentang dengan Mubaligh Kristian ni..Setiap tahun ada sahaja jemaah ulama/orang awam( yang anda lebih kenal dengan TABLIGH) dari seluruh Malaysia di hantar ke penempatan orang asli dan pedalaman. adakah anda ambil kisah dengan pengorbanan mereka?, yang anda tahu hanya komen dan komen...


CIPTALAH KEHARMONIAN DAN KASIH SAYANG DALAM DIRIMU AGAR DUNIA INI KEMBALI BERSERI...

Sampai disini sahaja coretan saya, semakin lama saya disini semakin gelap dan hitam hati saya, perbincangan ini bukan lagi berbentuk Ilmiah tetapi Nafsu dan Kebencian semata..anda mahu faham mengenai dakwah dan tabligh bertanyalah kepada alim ulama, menangislah dihadapan Allah Yang Maha Agung mohon penjelasan, dan tanyalah hati kecilmu...

Ma'assalam CARIGOLD
:-?:-?:-?


Post Original KLIK SINI

firdaus83 27-03-2013 01:17 PM

Quote:

Originally Posted by KOS (Post 16525269)
Sedikit ulasan ttg adab tidur yg diamalkan jemaah tabligh

"...
TUDUHAN ORANG YANG MEMBIDAAHKAN ADAB TIDUR TERSEBUT

Ada penulis blog telah menghukum JT telah melakukan bidaah kerana tidur seperti itu. Dan ia berkata adab tidur yang sebenarnya ialah seperti yang dinyatakan oleh Imam al Ghazzali dalam Ihya Ulumiddin, Syaikh Nawawi Banteni dalam Maraqil Ubudiyah dan Syaikh Abdus Somad al Palimbani dan Sairus Salikin, sebagaiman yang sanya nyatakan tadi.

Setahu saya kitab Maraqi dan Sairus Salikin hanya menukil daripada Ihya. Ertinya adab tidur seperti ini adalah fatwa Imam Al Ghzzali. Kata penulis blog tersebut:

…Di sini, dapatlah difahami bahawa Adab Tidur yang sebenar ialah muka kita, dada kita dan kedua tapak kaki kita mestilah menghadap ke arah Qiblat.

(dipetik daripada blog tersebut) http://jamaluddinab.blogspot.com/201...dab-tidur.html

Kenyataan penulis blog yang mengatakan bahawa itulah adab tidur yang sebenar menimbulkan isykal, kerana ukuran kebenaran ialah dalil, sedangkan Imam al Ghazzali tidak menyebutkan satu dalil pun bagi adab tidur tersebut.

Isykal yang saya sebutkan ialah keadaan tidur yang dianggap menghadap kiblat sedangkang menghadap (istiqbal) hanya akan berlaku dengan dada dan muka. Sedangkan pada masa tidur terlentang dada menghadap ke atas, dan muka juga akan menghadap ke atas, kecuali jika menggunakan bantal yang agak tinggi barulah mukanya akan menghadap ke hadapan (atau kiblat)..."


Ini adalah sebhagian penerangan...KLIK SINI utk baca lebih lanjut.


p/s: Firdaus tak perlu baca...dikhuatiri sindrom bulan mengambang datang semula..:D:D

Ingatlah !!!

Adalah merupakan suatu AMALAN BERADAB dan lagi SUNAT ketika TIDUR MENGHADAP QIBLAT.

Dan, begitu juga SUNAT MENGHADAPKAN MAYYIT ke arah QIBLAT ketika diletakkan atau ketika memandikannya.

.....

AL-IMAM AL-GHAZALI RAH. menerangkan di dalam KITAB IHYA' cara MENGHADAP QIBLAT orang yang tidur SAMA seperti orang yang MATI !!!

Sama ada, semasa MAYYIT diletakkan sebelum dikebumikan atau semasa MAYYIT diletakkan dilubang LAHAD.

Cara MENGHADAP QIBLAT adalah berasaskan CARA MENGHADAP QIBLAT di dalam SEMBAHYANG !!!

.....

Tidak ada orang yang MENGENGKARI SUNAT MENGHADAPKAN MUKA dan TAPAK KAKI ke arah QIBLAT bagi yang tidur terlentang kecuali JAMAAH TABLIGH yang SESAT lagi MENYESATKAN UMMAT !!!

.....

Ya, mengadap QIBLAT sebagaimana seseorang itu SOLAH ketika sakit.

Dan, diletakkan BANTAL di bawah kepala agar kepala menghadap ke Qiblat.

.....

Dan, jika sekiranya tiada diletakkan BANTAL di bawah kepalanya, hanya tapak kakinya jua kepada Qiblat.

Maka, memadailah mengadap Qiblat dengan TAPAK KAKINYA sahaja.

Sebagaimana yang diterangkan di dalam Kitab Al-Fiqh ^Alal Mazahib Al-Arba^ah, cetakan Al-Maktabah At-Tijariyah Al-Qubra Al-Misr (Mesir), 1970, Juzuk Pertama, m/s 195, bagi Al-^Alim Al-^Allamah Asy-Syaikh ^Abdur Rahman Al-Jazairiy.

http://i820.photobucket.com/albums/z...h/IMG_0006.jpg

http://i820.photobucket.com/albums/z...h/IMG_0007.jpg

http://i820.photobucket.com/albums/z...h/IMG_0008.jpg

......

Dan, juga tersebut di dalam Kitab Hasyiah Bujarimiy ^Alal Iqna', bagi Asy-Syaikh Sulaiman AL-Bujairimiy, Cetakan Darul Fikr, 1981, Juzuk 1, m/s 405, baris 11 dari atas.

http://i820.photobucket.com/albums/z...IMG_0003-1.jpg

http://i820.photobucket.com/albums/z...IMG_0002-1.jpg

http://i820.photobucket.com/albums/z...imiy/IMG-3.jpg

.....

Dan, tersebut di dalam Kitab Busyral Karim Bi Syarhiy Masa'ilit Ta^lim, bagi Asy-Syaikh Sa^id Ibnu Muhammad Baa ^Isyan, juzuk awal, cetakan ke-2, 1948, Syarikat Maktabah Wa Mataba^ah Mustafa Al-Babil Halabiy Wa Auladuhu Bi Misr (Mesir / Egypt), Juzuk 1, m/s 67, baris 13 dari bawah.

http://i820.photobucket.com/albums/z...m/IMG_0001.jpg

http://i820.photobucket.com/albums/z...m/IMG_0002.jpg

http://i820.photobucket.com/albums/z...0Karim/IMG.jpg

Lebih kurang Melayunya ;

Maka, jika tiada upaya seseorang sembahyang dengan mengiring, hendaklah ia bersembahyang terlentang di atas tulang belakangnya.

Dan, hendaklah dia meninggikan kepalanya sedikit dengan menggunakan sesuatu barang kerana WAJIB menghadapkan mukanya ke arah Qiblat.

Maka, jika sekiranya uzur ia dengan menghadapkan mukanya ke arah Qiblat. WAJIBLAH ia menghadapkan dengan DUA TAPAK KAKINYA ke arah Qiblat.

Dan, jika sekiranya ia telah dapat menghadapkan MUKANYA ke Qiblat. Maka, SUNAT sahaja ia menghadapkan TAPAK KAKINYA ke Qiblat.

...............................

Ingatlah, salah satu perkara yang DIPERJUANGKAN oleh Jamaah Tabligh iaitu ;
“MEMBAWA SIFAT-SIFAT DAN JUGA RUH SOLAT ATAU SEMBAHYANG KE DALAM HIDUP SEHARI-HARI ATAU DI LUAR SEMBAHYANG !!!”

......
Bukankah TIDUR TERLENTANG MENGHADAPKAN MUKA DAN TAPAK KAKI ke Qiblat merupakan SIFAT ATAU RUH SEMBAHYANG ???

.....

Jadi, kesimpulannya, TIDUR TERLENTANG dengan menghadapkan KEPALA ke arah Qiblat atau BELAKANG BADAN ke Qiblat adalah KERJA MEMBELAKANGKAN QIBLAT yang mana ia berlawanan dengan SIFAT SEMBAHYANG..

Dan, juga bersalahan dengan ajaran NABI MUHAMMAD SAW tentang cara MENGHADAP QIBLAT dalam keadaan terlentang !!!!

.....


“Allahumma Arinal Haqqa Haqqan, Warzuknatiba'ah !!! ”

(Ya Allah, perlihatkanlah kepada Kami perkara yang benar itu sememangnya benar. Lalu, Kurniakanlah kami dapat menurutinya.)

“Wa Arinal Batila Batilan, Warzuknajtinabah !!!”

(Dan, perlihatkanlah Ya Allah kepada kami perkara yang salah itu sememangnya salah. Dan, Kurniakanlah kami menjauhi kesalahan itu. Amin Ya Allah.)

KOS 27-03-2013 02:22 PM

[COLOR="Black"]
Quote:

Originally Posted by firdaus83 (Post 16645132)


(Dan, perlihatkanlah Ya Allah kepada kami perkara yang salah itu sememangnya salah. Dan, Kurniakanlah kami menjauhi kesalahan itu. Amin Ya Allah.)



Kebenaran adalah bersama jemaah tabligh. Jika bersama dgn mereka org2 Islam tidak akan rugi. Ilmu yg settitis dikongsi bersama dlm menegakkan syiar Islam. Bukan shj masalah adab tidur bahkan segala pergerakan di dlm kehidupan. Itulah kesempurnaan agama.

Jika dilihat dlm maslh firdaus...lihat kpd zahiriah firdaus sendiri jauh sekali drp apa yg diajar oleh Imam Al Ghazali. Byk bukti jika kita melihat kpd kehidupan sebenar firdaus sendiri. Org sebegini tak layak menngunakan kitab2 sebagai hujah sedangkan byk lagi ilmu yg belum difahami. Apa pandangan firdaus ttg muzik?.. ada post firdaus sblm ini menghentam jemaah tabligh ttg muzik. Apa pandangan imam al ghazali ttg muzik. Jgn jadi dajjal firdaus...:)

Pasal adab ni tuan2 semua boleh tanya alim2 ulamak. Bukan shj adab tidur ttp byk lg adab2 yg menjadi pertikaian dlm melaksanakannya. Adab potong kuku firdaus taknak pertikai ke?..

Ini adalah contoh perkataan firdaus yg menyumbangkan kpd
fitnah.

" Ingatlah, salah satu perkara yang DIPERJUANGKAN oleh Jamaah Tabligh iaitu ;
“MEMBAWA SIFAT-SIFAT DAN JUGA RUH SOLAT ATAU SEMBAHYANG KE DALAM HIDUP SEHARI-HARI ATAU DI LUAR SEMBAHYANG !!!”

......
Bukankah TIDUR TERLENTANG MENGHADAPKAN MUKA DAN TAPAK KAKI ke Qiblat merupakan SIFAT ATAU RUH SEMBAHYANG ??? ""


Ini adalah satu pernyataan FITNAH drp firdaus. Maksud solat yg diajar di dlm jemaah ialah mengambil manafaat secara lansung drp kudrat Allah swt. Dan pernyataan ttg membawa ketaatan di dlm solat di bawa keluar iaitu dlm kehidupan kita seharian dikaitkan pulak dgn adab tidur yg diberitahu oleh firdaus.

Firdaus tak paham apa yang diajar oleh jemaah. Utk paham kena bersama jemaah bukan 3 hari..atau 40 hari shj..atau 4 bulan...ok aku dah pandai...ttp mestilah sentisa bersama jemaah spy pemahaman tidak berbeza drp dengar2 shj drp org yg hanya melihat drp luar. Juga tidak adil kita mendengar org2 yg tidak mahu lagi bersama jemaah. Firdaus adalah contoh org2 yg tidak mahu bersama jemaah mengatakan bhw adab tidur menyalahi dan bidaah padahal sebenarnya dia adalah seorang umat yg penakut dan mempunyai masalah dalaman yg sgt teruk. Drp apa yg saya tahu kelompoknya bertungkus lumus mencari kesilapan jemaah tabligh dgn berkiblatkan indonesia sebenarnya. Perlu diingat bhw indonesia dahulu sgt2 menentang jemaah tabligh dan ramai shj yg ditangkap polis krn terima laporan drp org2 kampung ttp hari ini keadaan jauh berbeza. Kerana apa?...kerana yg haq akan dipelihara oleh Allah. Usaha yg dilakukan jemaah tabligh bukanlah ijtihad ttp inilah yg berlaku di zaman nabi.. Kalau nak hentam pernyataan ni...silakan bersama jemaah tabligh.

Ada internet....kita boleh cari info2 ttg permasalahan adab tidur. Jika disini kita akan melihat sisi pandangan org yg bermasalah dgn jemaah tabligh.


Tetapi adalah lebih baik kita merujuk kpd ustaz2 yg bertauliah drp ust2 yg ditarik tauliahnya....



P/s: Jemaah tabligh sentiasa bermuzakarah ttg adab di dlm kehidupan. Sentiasa menjadikan ust2 atau org2 alim sebagai rujukan. Jika terdapat permasalahan atau pertikaian di dlm muzakarah adab... ia akan dirujuk kpd yg arif sehinggalah adab itu di jadikan amalan2 dlm rutin harian.


All times are GMT +8. The time now is 04:54 AM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.