CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Santai, Others (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=106)
-   -   Others : Help me. Ditangkap kerana dadah. (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=342950)

tudung87 22-06-2012 12:53 AM

Quote:

Originally Posted by aloi_fx (Post 13604514)
tgok jenis dadah la sis, boyfriend u menagih dadah jenis ape? kalo ice dgn ganja boleh la gagah nak berenti, kalo heroin,nasihat saya, g cari je yg lain, serius sya cakap, biar sengsara sekarang dr lepas kawin bertahun2 sengsara.. percentage penagih dadah heroin yg pulih sgt2 rendah... satu lagi ayat mulut diorg mmg power...so jangan percaya

heroin boleh sembuh.

tapi, kena masuk program metadon di klinik2 kerajaan+jauhkan dr kawan2 lama.

dah banyak penagih heroin yang berubah sejak join program metadon.

FaZiL^aFiZi 22-06-2012 01:05 AM

Quote:

Originally Posted by alicia_key (Post 13604001)
solat istikharah, mintak petunjuk dari tuhan, betul ke dia ni yg bakal bimbing awak nanti.

id anda best .... :)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock

Orked Orked Orked 22-06-2012 01:06 AM

Quote:

Originally Posted by tudung87 (Post 13608975)
heroin boleh sembuh.

tapi, kena masuk program metadon di klinik2 kerajaan+jauhkan dr kawan2 lama.

dah banyak penagih heroin yang berubah sejak join program metadon.

program metadon tu just untuk heroine addict ke or any kind of drug?

mantoya454 22-06-2012 01:09 AM

Quote:

Originally Posted by Orked Orked Orked (Post 13608939)
both family kenal dan sgt baik. dia knl my family, sy knl family dia. dah naik merisik. cincin risik masih tersarung d jari ni. plan tunang after raya but entahla, bila jadi mcm ni, bergntung pada keadaan. :)

oo ok..patutla tt beriya2 nk selamatkan bakal tunang ni..rupanya da ada cincin dijari..bwkla berbincang ngan 22 family..klo da sayang sangat2 smpi lautan api sanggup direnangi..teruskanlah usaha murni tt tu..saya doakan semoga apa yg tt hajati termakbul..byk2 berdoa pd Allah..

nvmname 22-06-2012 01:13 AM

Quote:

Originally Posted by kalamsiber (Post 13604055)
kaki dadah..., mmg aku xpecaya sampai mati.....,

bapak saudara aku bekas penagih sekarang dah totally changed...
selalu hadir majlis2 ilmu, memang ketara sangat perubahannya yang aku nampak... apa kisah ko?..

Zul.H 22-06-2012 01:17 AM

Sangat sukar perjalanan saudari,

buat lah sembahyang istikarah

Kapal masih belum berlayar,

baru angkat sauh, jika karam pun masih lagi di hampiran pelabuhan, masih ada can nak berenang selamatkan diri..

kalau dah berlayar sudah lepas tgh laut, daratan jua tidak nampak..andai karam, maka sangat susah untuk selamat..


Pilih lah yang mana dirasakan baik, jika dah kawin dan ada anak kelak, lagi lah susah..


Jika sekarang, yg sakit hanya kita sahaja,

akan datang jika sakit adalah kita, keluarga, mertua, anak, harta benda, tujuan hidup dsb..

Membawa orang ke jalan benar adalah sangat baik pada hakikatnya, bunyi nya sangat mengujakan, atas kertas mgkn boleh...tetapi realitinya saudari, sangat payah...tambahan lagi utk perempuan bimbing lelaki...takut nanti sebaliknya terjadi..awal2 kahwin mgkn boleh, setahun lepas tu? 5 tahun? 10 tahun?.. jamal abdillah pun mengaku sukar utk tinggalkan benda tu..

yg berjaya mmg ada, yg tak berajaya lagi ramai...buat kajian risk management dahulu..

petehketing 22-06-2012 01:28 AM

Sy pernah terlibat dlm uruskan rawatan methadone & subuxone. Masalahnya bila penagih ambik ikut jadual, last2 ketagih kat ubat pulak. Sepatutnya kena mkn bila sudah tak tahan gian. Lama-kelamaan, gian boleh hilang. Cara paling senang nak detect keberkesanan bila timeframe penagih dtg ambik ubat makin lama. Mula2 hari-hari... Pastu selang2 hari...pastu selang2 minggu... Maknanya ketagihan dia makin kurang. Last2 nak jumpa dtg ambik ubat sebulan pun susah, tu tanda dia sudah berjaya. Dgn syarat dia tak ambik barang tu lg. Tp ikhlas nasihat sy, better cari calon lain. Sbb ada kes, sudah bertahun berhenti, hanya sbb terjumpa member sekali je, simpton 'rindu' dtg lg, habis semua. Yg penting, minta panduan dr Allah. Tp kita kena yakin, semua penyakit ada ubat kecuali mati.

RuthlessFairy 22-06-2012 01:34 AM

Quote:

Originally Posted by Orked Orked Orked (Post 13608735)
hi. not heroin.

esok sy dptkan mklumat lebih detail lagi. sy tahu dia bnr2 mahu berubah.

dulu, masa umur aku 18 tahun after spm, aku kerja kat KotarayaKL.
masa aku kerja sana, aku berkawan ngan budak2 sabah yang kaki ICE.
setiap minggu pasti ada yang kene tangkap.
and aku ada crushed ngan sorang mamat ni nama dia Roy. setiap hari aku risau kalau dia kene tangkap.

dan aku takkan lupa JAS yang menjaga aku dan protect dari mat2 kelantan CM. (masa tu puak sabah mmg gaduh ngan puak kelantan).

bersama dengan dorang banyak yang aku belajar ttg ganja dan dadah.aku pernah tgk lengan JAS berbekas jarum masa aku belek2 lengan dia.

dlam masa yg sama, aku kenal Xamel. lelaki idaman aku.
aku kenalkan Xamel dengan Jas.
daripada Jas, aku dapat tahu Xamel pun sebenarnye sekepala ngan dorang.
masa tu Xamel main Ice.
Hubungan aku dan Xamel makin lama makin rapat dan kami sayang each other. sayang sgt.

satu hari dia hilang. rupanya dia balik Kerteh.lepas tu putus hubungan.

aku sambung belajar kat Sungai Petani. aku cari dia balik.
aku try call nombor rumah jiran dia kat terengganu.
akhirnye aku dapat cakapngan adik dia dan adik dia bgitahu yang Xamel ada di pusat pemulihan.

setahun selepas itu, di akhir semester, Xamel call aku balik.
kitorang berjumpa. dia kata dia dah tak amek dadah lagi.
aku seronok.tapi masa tu aku ada Mawardi.
and perasaan sayang tu masih ada, tapi ianya tak bercambah.

mcm biasa, dia kembali hilang.

bila aku belajar di uitm, dia muncul kembali.
dia kata dia kerja offshore. ok. good. ada new life.
aku pun kembali rapat ngan dia..
seminggu aku ponteng kelas and lepak ngan dia.

dengan selambanye, dia amek morphin depan aku.aku nak cakap apa lagi? sampai aku dah pandai buat dapur.
aku tanya dia. kenapa amek lagi benda ni. dia kata kat kapal bosan dan benda ni lah yang jadi hiburan. dem.

seminggu lepas tu dia balik Kerteh dan tibe2 dia cll aku cakap dia nak kawen. terpaksa kawen.
jujurnye masa tu aku tak rasa apa2. sbb aku kecwa. dan aku tahu hidup aku akan susah kalau aku masih bersama dia. takde masa depan.

kembali lost contact.

2008. dia muncul balik.aku kembali bersama dia walaupun dia sudah ada isteri di Penang. 2 hari penuh aku habeskan masa dengan dia, kenang kembali kisah lama.
tapi dia masih lagi bawah pengaruh dadah. this time aku buatkan dapur untuk dia. gile.

lepas dia balik Kerteh, aku berfikir.
untuk apa lagi aku bersama dia? mmg tak terjamin.
blum apa2 mmglah nampak seronok je... kalau dah kawen? sanggup ke tgk laki dok gian?

sejak tu aku terus lost contact and tak pernah jawab apa2 call atau sms dr dia...

2012, June.

Baru2 ni aku try call nombo fon. alhamdulillah, dia masih gunakan nombor itu.
aku jadik rindu pada dia. dia juga rindu pada aku. 12 tahun aku dan dia simpan rasa sayang itu.

melalui cerita dia, dia kata dia dah mulakan hidup baru ngan keje dia kat kapal. seriusly aku sangat seronok.
mungkin kali ni aku takkan lari lagi dan kami takka lost contact.
mahu memandang ke hadapan.


satu hari, aku call dia. suara dia tak sepertti selalu.
suara dia adalah suara orang tgh layan najis tu.
aku kecewa. aku rasa pudar.
dia tipu aku. dia kata dia sudah memulakan hidup baru.

tapi suara itu...aku kecewa dengar suara itu.
siara khayal dengan najis.


cukuplah 12 tahun perasaan sayang ini di simpan.
cinta tak semesti bersatu, kan?




sooo konklusinya, fikir dahulu sblm ada hubungan ngan orang yang terlibat dengan drugs ni...

sharemalaysia 22-06-2012 01:36 AM

Quote:

Originally Posted by tudung87 (Post 13608975)
heroin boleh sembuh.

tapi, kena masuk program metadon di klinik2 kerajaan+jauhkan dr kawan2 lama.

dah banyak penagih heroin yang berubah sejak join program metadon.

tak la.. heroin hanya dapat disembuhkan oleh hero..huhu

ok

program metadon? saya ahli skuad agensi antdadah malaysia.. dapat tahu juga la program ni dari hospital (berkaitan)..

peratusan yang kembali menagih direkod masih lagi tinggi.

Orked Orked Orked 22-06-2012 01:53 AM

apa beza pengguna dan penagih?

adiwira 22-06-2012 01:57 AM

Quote:

Originally Posted by tudung87 (Post 13608975)
heroin boleh sembuh.

tapi, kena masuk program metadon di klinik2 kerajaan+jauhkan dr kawan2 lama.

dah banyak penagih heroin yang berubah sejak join program metadon.

baru pagi semalam tangkap 1 mamat baru lepas hisap heroin.. nak bawak balik ke balai minta teguk metadon...

tak boleh.. diorang sukar nak berubah..

1:100000 jer yg boleh berubah..

kalu tt adik aku.. aku kurung dlm bilik dan bnyk.surah an nur bnyk kali.. bg ade cahaya... bakpo ore tak bg berkahwin dgn penagih..

sheila 22-06-2012 02:06 AM

Quote:

Originally Posted by Orked Orked Orked (Post 13609265)
apa beza pengguna dan penagih?

pengguna tu sekali sahaja hisap dadah
dah sekali guna dia akan ketagih
so jadilah penagih:D

adrawza 22-06-2012 02:09 AM

Quote:

Originally Posted by adiwira (Post 13609297)
baru pagi semalam tangkap 1 mamat baru lepas hisap heroin.. nak bawak balik ke balai minta teguk metadon...

tak boleh.. diorang sukar nak berubah..

1:100000 jer yg boleh berubah..

kalu tt adik aku.. aku kurung dlm bilik dan bnyk.surah an nur bnyk kali.. bg ade cahaya... bakpo ore tak bg berkahwin dgn penagih..



Ade kes yg ketagih metadon pulak lepas dah biasa..

sheila 22-06-2012 02:10 AM

Mana ada pengguna dadah la tt
sekali hisap mmg dah ketagih
Aku bc awal2 tu pon dah pelik bila tt kata bukan tegar
yg aku tahu penagih ni makin lama biar mmg akan ketagih....
Rasanya mmg dia ambik lagila....

adiwira 22-06-2012 02:11 AM

Quote:

Originally Posted by sheila (Post 13609339)
pengguna tu sekali sahaja hisap dadah
dah sekali guna dia akan ketagih
so jadilah penagih:D

tak la.. pengguna tu untuk pesakit kat spital tu.. utk keperluan dirawat.. haha..

9/10 dr komen kat sini suh tinggalkan ajer.. bukan tak bagi harapan pd si lelaki.. biar keluarga dia ambik berat anak dia sendiei.. tt doakan ajer biar dia berubah.. amin

sheila 22-06-2012 02:16 AM

Quote:

Originally Posted by adiwira (Post 13609297)
baru pagi semalam tangkap 1 mamat baru lepas hisap heroin.. nak bawak balik ke balai minta teguk metadon...

tak boleh.. diorang sukar nak berubah..

1:100000 jer yg boleh berubah..

kalu tt adik aku.. aku kurung dlm bilik dan bnyk.surah an nur bnyk kali.. bg ade cahaya... bakpo ore tak bg berkahwin dgn penagih..


kwn aku pernah kawan ngan penagih
kena kurung dan smpi berenti UiTM sebab dia mmg sayang penagih tu even tahu penagih
sekarang dah x de cinta dengan laki lain pon x de cinta termasuk pak we dia skrg
tp still kadang2 rindu nak cari penagih tu....

sheila 22-06-2012 02:18 AM

Quote:

Originally Posted by adiwira (Post 13609357)
tak la.. pengguna tu untuk pesakit kat spital tu.. utk keperluan dirawat.. haha..

9/10 dr komen kat sini suh tinggalkan ajer.. bukan tak bagi harapan pd si lelaki.. biar keluarga dia ambik berat anak dia sendiei.. tt doakan ajer biar dia berubah.. amin

oh dadah rawatan eh....

TT 22-06-2012 03:04 AM

Quote:

Originally Posted by RuthlessFairy (Post 13609183)
dulu, masa umur aku 18 tahun after spm, aku kerja kat KotarayaKL.
masa aku kerja sana, aku berkawan ngan budak2 sabah yang kaki ICE.
setiap minggu pasti ada yang kene tangkap.
and aku ada crushed ngan sorang mamat ni nama dia Roy. setiap hari aku risau kalau dia kene tangkap.

dan aku takkan lupa JAS yang menjaga aku dan protect dari mat2 kelantan CM. (masa tu puak sabah mmg gaduh ngan puak kelantan).

bersama dengan dorang banyak yang aku belajar ttg ganja dan dadah.aku pernah tgk lengan JAS berbekas jarum masa aku belek2 lengan dia.

dlam masa yg sama, aku kenal Xamel. lelaki idaman aku.
aku kenalkan Xamel dengan Jas.
daripada Jas, aku dapat tahu Xamel pun sebenarnye sekepala ngan dorang.
masa tu Xamel main Ice.
Hubungan aku dan Xamel makin lama makin rapat dan kami sayang each other. sayang sgt.

satu hari dia hilang. rupanya dia balik Kerteh.lepas tu putus hubungan.

aku sambung belajar kat Sungai Petani. aku cari dia balik.
aku try call nombor rumah jiran dia kat terengganu.
akhirnye aku dapat cakapngan adik dia dan adik dia bgitahu yang Xamel ada di pusat pemulihan.

setahun selepas itu, di akhir semester, Xamel call aku balik.
kitorang berjumpa. dia kata dia dah tak amek dadah lagi.
aku seronok.tapi masa tu aku ada Mawardi.
and perasaan sayang tu masih ada, tapi ianya tak bercambah.

mcm biasa, dia kembali hilang.

bila aku belajar di uitm, dia muncul kembali.
dia kata dia kerja offshore. ok. good. ada new life.
aku pun kembali rapat ngan dia..
seminggu aku ponteng kelas and lepak ngan dia.

dengan selambanye, dia amek morphin depan aku.aku nak cakap apa lagi? sampai aku dah pandai buat dapur.
aku tanya dia. kenapa amek lagi benda ni. dia kata kat kapal bosan dan benda ni lah yang jadi hiburan. dem.

seminggu lepas tu dia balik Kerteh dan tibe2 dia cll aku cakap dia nak kawen. terpaksa kawen.
jujurnye masa tu aku tak rasa apa2. sbb aku kecwa. dan aku tahu hidup aku akan susah kalau aku masih bersama dia. takde masa depan.

kembali lost contact.

2008. dia muncul balik.aku kembali bersama dia walaupun dia sudah ada isteri di Penang. 2 hari penuh aku habeskan masa dengan dia, kenang kembali kisah lama.
tapi dia masih lagi bawah pengaruh dadah. this time aku buatkan dapur untuk dia. gile.

lepas dia balik Kerteh, aku berfikir.
untuk apa lagi aku bersama dia? mmg tak terjamin.
blum apa2 mmglah nampak seronok je... kalau dah kawen? sanggup ke tgk laki dok gian?

sejak tu aku terus lost contact and tak pernah jawab apa2 call atau sms dr dia...

2012, June.

Baru2 ni aku try call nombo fon. alhamdulillah, dia masih gunakan nombor itu.
aku jadik rindu pada dia. dia juga rindu pada aku. 12 tahun aku dan dia simpan rasa sayang itu.

melalui cerita dia, dia kata dia dah mulakan hidup baru ngan keje dia kat kapal. seriusly aku sangat seronok.
mungkin kali ni aku takkan lari lagi dan kami takka lost contact.
mahu memandang ke hadapan.


satu hari, aku call dia. suara dia tak sepertti selalu.
suara dia adalah suara orang tgh layan najis tu.
aku kecewa. aku rasa pudar.
dia tipu aku. dia kata dia sudah memulakan hidup baru.

tapi suara itu...aku kecewa dengar suara itu.
siara khayal dengan najis.


cukuplah 12 tahun perasaan sayang ini di simpan.
cinta tak semesti bersatu, kan?




sooo konklusinya, fikir dahulu sblm ada hubungan ngan orang yang terlibat dengan drugs ni...

wow xperience btol ke ni..bole buat novel

302 22-06-2012 03:10 AM

bapak aku keje bhagian narkotik menyatekan kesedihan melihat byk anak bangsenye rosak kerane dadah..

harley 22-06-2012 03:56 AM

aku pun kenal ramai kawan penagih. semua tak boleh pakai, kalau bab memujuk memang hebat siot. nak pimjan tu la, nak pimjan ni la..mesti ktia bagi punya :)) :))

WMComm 22-06-2012 04:10 AM

cerita 7 tahun lepas, adik aku terlibat dalam aktiviti ***** ni.ditangkap bersama 4 orang rakan.dari 4 rakan ni salah 1 "cikgu".masuk penjara sungai buloh, 1 tahun x salah aku.

selama dalam penjara, aku x pernah melawat.ini adalah tindak balas kerana aku selalu menegur,menasihat agar tidak bergaul dengan geng2 syaitan ni.4 lepas dengan ikat jamin dan cikgu kena 32B.

selang 2 tahun kawen, Alhamdulillah terus berubah 100%.anak dah nak masuk 3 orang,kerja gaji rm45 1hari.terbaik!!!

cuma aku bengang hutang rm600 beli tayar kancil dia masih x bayar lagi!!! :(scam

akeyrasta 22-06-2012 04:30 AM

Dadah jenis apa? Klu setakat petik nama bukti xde xleh jatuh sabit..
Kalau bukti ada mesti masuk dlm unit makmal timbang untuk mengesahkn berat kandungan.

Kwn aku abg dia masuk dlm 3kilo weed buat pojek berdua dgn kwn dia pakai van kompeni..
Yg kesian duit epf bapak dia lbh 40k abis nk tukar seksyen 39b ke 39a. Duit mmg banyak abis kena kencing dgn ocp lain kena scam dgn peguam lain... Da la budak ni anak da dua org adehhh...

Setahu aku weed lg bahya dari dadah kimia sebab dia akn kira berat slps buang batang tumbuhan tu je kira senang ckp mmg timbangan berat walau dibahgi dgn dua org pun da boleh sabit 39b.

Mintak dijauhkan la..

copy left 22-06-2012 07:49 AM

Quote:

Originally Posted by Orked Orked Orked (Post 13603934)
- pernah terlibat dengan dadah. tapi ambil dadah paling akhir sekitar hujung bulan 12 2011. pernah membantu rakan yang mengambil dadah utk mengedar (runner), dan membiarkan rumahnya dijadikan premis untuk membungkus tetapi sudah tidak melakukan perkara sebegitu lagi.
- sewaktu masih mengambil dadah, dia bukan penagih yg terlalu tegar.
- dibawa ke balai untuk membantu siasatan kerana polis menerima banyak laporan berkaitan dari rakan-rakannya yang tertangkap kerana dadah. polis sedang membuat operasi sedang mencari sebanyak mungkin penagih yang ada di daerah ini.
- telah dimasukkan ke dalam lokap.



saya nak tanya, apakah kemungkinan2 yang berlaku? celaru sangat. saya tahu dia dah betul2 insaf tapi kwn2 dia yang tertangkap banyak sebut nama dia di balai padahal dia sudah tidak mengambil benda tu lagi.

we are getting married soon. bukan semua orang pun nak hidup dalam keadaan jahil sampai bila-bila. semua orang nak jadi orang yang sentiasa memperbaiki diri. dia termasuk dlm golongan orang macam tu. saya tahu. please help me, what should i do T____________________T

kalo ikut undang2 manusia yg salah tu tetap perlu dihukum.
pernah dengar x org tu masuk mahkamah diatas kes 10 tahun dulu,benda2 mcm ni dah byk terjadi.

strom 22-06-2012 08:09 AM

Nama dah naik..tak buat salah pun mesti kena petik..satu jer solution..lepas kawin pindah daerah atau negeri lain..mulakan hidup baru..something best left forgetten tak pe..kalau masih lagi stay tempat tu kemungkinan jadi addict balik sgtt tinggi..kita tak tahu cara drug addict ni hadapi masalah tapi yg pasti bila dorang tertekan hanya dadah jalan singkat lepaskan terkanan..pindah..jgn tunggu..

satsepit 22-06-2012 08:46 AM

penangan mat dadah ni mmg power.

takde sebab untuk teruskn perhubungan ngn dia.
takat cincin di jari pulangkan je balik.
yang ada anak dalam perut pun org tak bagi nikah ngn kaki dadah. azab simpan anak luar nikah lebih ringan dari berlakikan mat gian.(yg ni takde kaitan ngn TT)

eLLYaNa 22-06-2012 10:03 AM

Quote:

Originally Posted by psx_dream87 (Post 13604033)
emm cuba la tanya dekat peguam

kat cg ni ada kot peguam

tapi mungkin kalau dituduh pun bersubahat kot

kat cg ni mmg ada peguam hrtu, tp dia dah jd scammer :))

ok utk tt,
cinta itu mmg buta.
aku harap biar mata ko je la yg 'buta' sekejap (mungkin bf ko hensem).
tapi jangan la biar hati ko turut menjadi buta.
berapa peratus keyakinan kau terhadap dia yg dia akan betul2 berubah?
kalau 200%, baru ko bole teruskan hubungan dan berkahwin dgn dia.

Orked Orked Orked 22-06-2012 11:55 AM

update baru. sy baru lepas dari balai, since pagi tadi. smeua dah ok. dah dibebaskan dan bebas dr tuduhan. alhamdulillah. nti sy update balik. thanks all!

gaban_baik 22-06-2012 11:58 AM

Quote:

Originally Posted by sheila (Post 13603995)
emmmmmmmmmm x tau...
sepupu aku pon pernah jadi mat dadah
skrg mmg elok je....
dah kawen, keje kat AADK plak tu

sepupu ko tu AADK mana? lebih kurang cm member kg aku jer...

sheila 22-06-2012 12:56 PM

Quote:

Originally Posted by gaban_baik (Post 13612106)
sepupu ko tu AADK mana? lebih kurang cm member kg aku jer...

org kedah?:-?

orangseni 22-06-2012 02:34 PM

Quote:

Originally Posted by Orked Orked Orked (Post 13612079)
update baru. sy baru lepas dari balai, since pagi tadi. smeua dah ok. dah dibebaskan dan bebas dr tuduhan. alhamdulillah. nti sy update balik. thanks all!

kena beringat jugak ... sebab intipan tetap akan dijalankan ... berapa lama tuh xtahu la ...

Orked Orked Orked 22-06-2012 02:44 PM

Quote:

Originally Posted by orangseni (Post 13613063)
kena beringat jugak ... sebab intipan tetap akan dijalankan ... berapa lama tuh xtahu la ...

ya i know. i have been told.

procyon 22-06-2012 03:16 PM

tgk pada cite tt ni, mcm boleh kena LLPK..(langkah2 pengcegahan khas)..boleh ditahan reman sehingga 60 hari dan dihantar ke simpang renggam utk satu tempoh yg ditetapkan oleh KDN kemudian boleh dibuang daerah.tapi ni utk kes yg melibat tangkap tapi tak der barang..bukan utk sekali tapi byk kali operasi tapi brg mmg takder so LLPK ni boleh diguna pakai.

apapun polis boleh dakwa atas apa kesalahan yg dirasakan sesuai.selagi ditahan reman utk siasatan, polis ada hak utk rujuk kes apa yg sesuai.tapi bila disahkan atas pertuduhan di mahakamah,time tu standby peguam...LLPK tak boleh guna peguam utk membebaskan sebab itu bukan bwh arahan mahkamah tapi atas kuasa KDN...harap ni dpt membantu.kalau sesape yg lebih tahu harap dpt menambah apa yg patut..

brozul 22-06-2012 03:35 PM

Quote:

Originally Posted by Orked Orked Orked (Post 13612079)
update baru. sy baru lepas dari balai, since pagi tadi. smeua dah ok. dah dibebaskan dan bebas dr tuduhan. alhamdulillah. nti sy update balik. thanks all!

alhamdulillah dah bebas dari tuduhan...

pindah la ke tempat lain...

jauh2 dari tempat lama...

nikah je dulu kalau takda duit sgt...

pindah tempat, mulakan hidup baru...

Ringgitman 22-06-2012 03:41 PM

Cuba TT tepek gambar TT kat sini.... mana tau jumpa jodoh kat sini.....<:-P<:-P<:-P<:-P<:-P

tudung87 22-06-2012 08:25 PM

Quote:

Originally Posted by adiwira (Post 13609297)
baru pagi semalam tangkap 1 mamat baru lepas hisap heroin.. nak bawak balik ke balai minta teguk metadon...

tak boleh.. diorang sukar nak berubah..

1:100000 jer yg boleh berubah..

kalu tt adik aku.. aku kurung dlm bilik dan bnyk.surah an nur bnyk kali.. bg ade cahaya... bakpo ore tak bg berkahwin dgn penagih..

diorang amik balik rata2 sebab xde keinginan berubah+bercampur dengan kawan2 yg hisap dadah.

kawan2 diorang ni selalu offer free je.. sape yang tahan dapat heroin freeee..

tudung87 22-06-2012 08:33 PM

Quote:

Originally Posted by petehketing (Post 13609161)
Sy pernah terlibat dlm uruskan rawatan methadone & subuxone. Masalahnya bila penagih ambik ikut jadual, last2 ketagih kat ubat pulak. Sepatutnya kena mkn bila sudah tak tahan gian. Lama-kelamaan, gian boleh hilang. Cara paling senang nak detect keberkesanan bila timeframe penagih dtg ambik ubat makin lama. Mula2 hari-hari... Pastu selang2 hari...pastu selang2 minggu... Maknanya ketagihan dia makin kurang. Last2 nak jumpa dtg ambik ubat sebulan pun susah, tu tanda dia sudah berjaya. Dgn syarat dia tak ambik barang tu lg. Tp ikhlas nasihat sy, better cari calon lain. Sbb ada kes, sudah bertahun berhenti, hanya sbb terjumpa member sekali je, simpton 'rindu' dtg lg, habis semua. Yg penting, minta panduan dr Allah. Tp kita kena yakin, semua penyakit ada ubat kecuali mati.

salah.

nak berhenti metadon bukan begitu.

dia akan minum metadon hari2 sehingga dia stabil. selalu dlm tempoh 2 tahun. pastu, slowly turun dos dia.

kalo dia jarang2 minum metadon, memang dia takkan berjaya.

tudung87 22-06-2012 08:34 PM

Quote:

Originally Posted by sharemalaysia (Post 13609191)
tak la.. heroin hanya dapat disembuhkan oleh hero..huhu

ok

program metadon? saya ahli skuad agensi antdadah malaysia.. dapat tahu juga la program ni dari hospital (berkaitan)..

peratusan yang kembali menagih direkod masih lagi tinggi.

peratusan pesakit menagih balik sebab diorang still bercampur dengan geng2 lama.

kalo diorang still bercampur dengan geng2 lama, memang punah.

program metadon utk menghilang gian kepada heroin.

kalo ingin berjaya dalam program metadon kena ada ciri2 di bawah:
-keinginan berubah. (paling utama sekali)
-jauhkan diri dari kawan2 lama yg masih penagih.(bila diorang masih bercampur, memang geng2 diorang akan bagi free je heroin ni. sape yang taknak dpt stok free???)
-kadang2, dengan geng2 metadon p0n jangan rapat. kawan dengan orang yg xde kaitan dengan metadon/heroin.
-minum metadon hari-hari

hairy84 22-06-2012 08:47 PM

memang sedih bangsa melayu banyak makan dadah...aku slalu jugak pusing KL bg makan kat gelandangan nie... kebanyakan memang melayu...sampai program kat masjid jamek pun ade gak dorang 'kene' benda nie.. sedih btul... mane letaknye akal pun aku xtau la....

wanpip 22-06-2012 09:37 PM

Quote:

Originally Posted by Orked Orked Orked (Post 13608897)
dah prnh tnya, tlg kawan katanya.. so how? :(
noted, blood test.

tolong kawan?...tu jawapan paling lawak kalau ko nak tau..jangan main2 la dgn set2 ni..ngko x mamapu nak bimbing dia..dia x perlukan sesiapa kalu dia betul2 nak berubah..silap haribulan dgn ko skali dia tarik..

nikkeanu 22-06-2012 10:02 PM

Quote:

Originally Posted by Ringgitman (Post 13613866)
Cuba TT tepek gambar TT kat sini.... mana tau jumpa jodoh kat sini.....<:-P<:-P<:-P<:-P<:-P

cadangan bernas ni...:p


All times are GMT +8. The time now is 09:05 AM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.