CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   News, Current Issues, Rumours (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=72)
-   -   Kadar pengangguran siswazah Malaysia lebih baik daripada di Greece (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=338473)

Viere 01-06-2012 04:55 AM

Kadar pengangguran siswazah Malaysia lebih baik daripada di Greece
 
Semua siswazah SL1M dapat kerja
http://utusan.com.my/pix/2012/0601/U...ri/dn_19.1.jpg
Nor Mohamed Yakcop (tengah) bermesra dengan penerima sijil penghargaan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Unit Perancang Ekonomi di Putrajaya, semalam.
PUTRAJAYA 31 Mei - Hampir 100 peratus siswazah menganggur yang memasuki Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) berjaya mendapat pekerjaan selepas mengikuti program tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, daripada jumlah itu, 93 peratus lepasan skim berkenaan mendapat pekerjaan sejurus tamat latihan.

Katanya, tujuh peratus lagi kumpulan siswazah berkenaan tidak bermasalah mendapat pekerjaan bagaimanapun ia lewat sedikit.

"Melalui program ini, siswazah yang gagal mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian akan diberikan kemahiran softskill seperti kemahiran komunikasi serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

"Pencapaian ditunjukkan peserta SL1M amat membanggakan jika dahulunya kelihatan kurang berkeyakinan, kini mereka sudah berani untuk berucap di khalayak ramai," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Bulanan Unit Perancang Ekonomi (EPU), di sini hari ini.

Di bawah skim yang dilancarkan pada Jun tahun lepas itu, siswazah yang gagal mendapat kerja dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian berpeluang menerima latihan dengan syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) selama setahun.

Mereka juga layak menerima elaun minimum RM1,000 sebulan sepanjang tempoh latihan tersebut dan akan dibantu untuk mencari kerja tetap selepas tamat latihan SL1M.

Nor Mohamed berkata, setiap tahun kira-kira 90,000 siswazah tamat pengajian di universiti dan 70,000 daripada mereka berjaya mendapat kerja dalam tempoh enam bulan selepas itu.

"Bagaimanapun, 20,000 lagi gagal mendapat kerja selepas tempoh tersebut sama disebabkan kekurangan beberapa aspek termasuk tiada kemahiran berkomunikasi dan tiada keyakinan.

"Buat masa ini terdapat 8,265 siswazah mengikuti SL1M," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, tahap pengangguran dalam kalangan belia berumur 15 hingga 25 tahun hanya di sekitar tiga peratus sahaja.

Beliau menambah, situasi itu lebih baik jika dibandingkan dengan kadar pengangguran di Greece yang mencecah sehingga 50 peratus pada lingkungan umur sama.

Sementara itu, Nor Mohamed menasihatkan, graduan yang baru mendapatkan pekerjaan tidak mengamalkan budaya trend melompat kerja.

Beliau berkata, bertukar kerja untuk mendapatkan peningkatan kerjaya yang lebih baik adalah sesuatu yang bagus.

"Tetapi biarlah selepas tiga atau empat tahun apabila pada masa itu mereka sudah mempunyai pengalaman, jaringan dan pengetahuan yang cukup untuk ke tempat lain," katanya.

MoShed 01-06-2012 06:02 AM

gi banding dengan greece..aduss.. apa ke pelik diorang ni..baik bandingkan dengan zimbabwe..

northbioasli 01-06-2012 06:36 AM

Quote:

Originally Posted by MoShed (Post 13405751)
gi banding dengan greece..aduss.. apa ke pelik diorang ni..baik bandingkan dengan zimbabwe..

awat tak banding ngan Papui New Gunie ker..Kepulauan Samoa ker :)):))

tokmat™ 01-06-2012 07:01 AM

pening dah menteri berkenaan.... :)) :))

haniez 01-06-2012 07:01 AM

compare ngan negara2 yg nk muflis nk wat ape....banding la epal ngan epal :p:p

pokok nyor 01-06-2012 07:07 AM

Standard punya statement. .. hahaha
LEBIH BAIK DARI NEGARA LAIN. ..

wan4755 01-06-2012 07:08 AM

tahap menikiran menteri lebih kurang je dgn budak tadika..malu je aku bca kalu anak dia baca lg kena ejk kat skolah...

hafizan78 01-06-2012 07:09 AM

nie thread lawak ke apa? :D

apokalipso 01-06-2012 07:16 AM

kenapa bezakan ngan greece?

copy left 01-06-2012 07:17 AM

Quote:

Originally Posted by wan4755 (Post 13405843)
tahap menikiran menteri lebih kurang je dgn budak tadika..malu je aku bca kalu anak dia baca lg kena ejk kat skolah...

hahahahaha lawakk greece tu mmg lah dah bangkrap leh lah dibandingkan hahahaha statmen menteri mcm rakyat ni x tahu membaca hahahaha

ceria28 01-06-2012 07:23 AM

Jauhnya buat bandingan....negara jiran terdekat takde ke

kerunai 01-06-2012 07:30 AM

lebih baik berbanding timur leste , wakakakaka

namaku 01-06-2012 07:37 AM

Oh my menteri

jejantas 01-06-2012 07:41 AM

Nih yg jawab nih menteri ker atau budak pejabat menteri?

Lancelot 01-06-2012 07:52 AM

keh3.. greece tu negara muflis, banding la dengan negara yang sama maju macam malaysia.. baru betul :D

q_squalus 01-06-2012 07:56 AM

haha... menteri oh menteri...

pijoe 01-06-2012 07:58 AM

"cerdik" betul menteri menteri di malaysia.. pergi benchmark dengan negara paling muflis.... macam mana laa malaysia nak maju... menteri sampah namanya nih....

toyist83 01-06-2012 08:00 AM

Bo.do punya comparison...
Baik ko jadi shabery cheek jer, LCW balik tunggu kat airport siap picit2 kaki lg tunjuk baik/ambil berat..

atlantis 01-06-2012 08:08 AM

kalau korupsi mesti banding dgn nigeria :))

kalau jenayah dia banding dengan mexico :eek:

nak jadi bagus kena banding dgn yg lebih bagus la :(scam

dinlawin81 01-06-2012 08:13 AM

Quote:

Originally Posted by northbioasli (Post 13405788)
awat tak banding ngan Papui New Gunie ker..Kepulauan Samoa ker :)):))

terbaik bro..:)cgrock

safa69 01-06-2012 08:15 AM

patut bandingkan ngan chechnya....baru ada akaii sikit

gongbatu 01-06-2012 08:15 AM

banding dgn monggolia laaa

goal_hunter 01-06-2012 08:17 AM

greece pun masuk gak euro hahaha...bole tak aku compare mcm ni

satriahitam 01-06-2012 08:20 AM

"setiap tahun kira-kira 90,000 siswazah tamat pengajian di universiti dan 70,000 daripada mereka berjaya mendapat kerja dalam tempoh enam bulan selepas itu..."

Nape dia tak bagitau yg 70 ribu tu bukan dpt kerja dlm bidang yg diaorg belajar masa kat U dulu... yg dpt kerja dlm bidang yg diaorg study dulu rasanya mungkin bawah 10 ribu jer kot... lelain mungkin bekerja sendiri, bekerja dlm syrikat famili, bekerja di bawah kelulusan sebenar ( adr degree tapi apply kerja guna diploma), berniaga, pekerja kontrak , guru tadika , yg smbung study sbb x dpt kerja dan memacam lagi... ini baru dinamakan lambakan siswazah.. 70k keluaran tiap tahun, kompeni aku nak pekerja siswazah pun cuma 20-30 org jer setahun, itupun dia amik dari staff yg dah abih blajar dulu sblm bukak kat public... maka meraung the movie la student yg tamat pengajian dari negara yg mempunyai bnyk IPTA/IPTS/Maktab/kolej/mara... pastu student lak tetekan ngan PTPTipu yg akan ikat leher diaorg smpi entah bila...

hurairah01 01-06-2012 08:27 AM

Quote:

Originally Posted by goal_hunter (Post 13406131)
greece pun masuk gak euro hahaha...bole tak aku compare mcm ni

nak tipu pung agak agak la. Orang kampung boleh la tipu. Ye ke? Bukan ke org kampung pun dh leh tgk internet ke?

Tukar statement. Menter leh la ditipu. Rakyat mana leh ditipu.

Kitaorang sumer ni bijak. Tau yang greece tu muflis.

Hahahah. Klaki klaki klaki. :))

adibah 01-06-2012 08:31 AM

hampir 100 peratus lah dpt kije.. kwn aku ramai follow, xdpt pun, diorg bukan jenis pilih2 kije.. mungkin semua kawan2 aku tu dlam golongan hapir 0.00000000000000000001 peratus yg xberjaya kan..

plasticruler 01-06-2012 11:03 AM

aku baca tajuk pun dah tak sanggup baca berita penuh dia..
dia ingat rakyat ni sama bengong mcm dia kot.
hahaa

mrpuyol 01-06-2012 01:03 PM

..greece negara bankrup

GamezStar 01-06-2012 02:11 PM

Quote:

Originally Posted by haniez (Post 13405831)
compare ngan negara2 yg nk muflis nk wat ape....banding la epal ngan epal :p:p

betul la ape yg menteri tu kata.. sebb malaysia pon bakal bangrup gak

NeCaRaS 01-06-2012 02:31 PM

greece tuh negara yg isytihar bankrap..
kiter nak tiru dia gak ke dalam bankrap tuh..
adeh, xde cth perbandingan lagi cerdik ke..?

slvrchair 01-06-2012 02:46 PM

satu lagi statement menteri bod0 dari kerajaan bod0 utk rakyat2 yg bod0

nasilemakpanas 01-06-2012 02:53 PM

kesian aku tgk menteri nie.... takkan compare ngan greece jer... aku pun heran... semenjak 2 menjak nie apa nak compare semua dengan greece... apo dah takdo negaro lain lagi ker?

pecot85 01-06-2012 03:16 PM

naya ada menteri cerdik mcm ni

botet017 01-06-2012 11:12 PM

Kerajaan dune alasan yg same bile compare harge minyak negara kite ngan negara jiran..........

potsmoker 01-06-2012 11:19 PM

Alasan org mls...mntri dungu

azriff 02-06-2012 01:43 AM

nie budak 3 tahun pun boleh bagi alasan kalau style gini.. hanya mangkok2 je ke yang ada dalam UMNGOK ni?? oh lupa, mahathir kata bijak pandai sume kat PR..

Wea Izre 02-06-2012 01:55 AM

lepas ni akan ade statement baru dr pak menteri,lebih baik drp negara greece,dah lapuk dah statement lebih baik dr negara jiran nie,syabas pak menteri semua,pemikiran macam ni yg cai-cai sume harapkan

rayz 02-06-2012 01:58 AM

membazir duit byr gaji beribu2 utk menteri banggggggang mcm ni, malaysia malang betui ada menteri mcm ni..tukar2 la woi, tiru jepun......

Don Malaya 02-06-2012 02:10 AM

kapla hutak diaaa....nak banding ngn negara ape...phui!

desire 02-06-2012 03:47 AM

Banding je dengan MINYAK gris... conform lebih PUAKA perumpamaanya! :eek: :eek: :eek:

Kalau camni la standard menteri BeeEnd... no wonder suatu hari nanti Malaysia pun akan terima nasib semacam Greece... :D


All times are GMT +8. The time now is 05:31 PM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.