CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Health, Fitness (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=279)
-   -   Sihat secara Sunnah .. cuka apple,cuka delima,cuka kurma .. (jom kongsi pengalaman) (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=330613)

mysoul 29-04-2012 12:00 AM

Sihat secara Sunnah .. cuka apple,cuka delima,cuka kurma .. (jom kongsi pengalaman)
 
ASSALAM...

ada yang mengamalkan ke minum CUKA2 ni ?? bawah ni berkaitan ACV atau apple cider vinegar.. ??Share2 lah pengalaman :)


Sabda Rasulullah saw: “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA). Ya Allah berkatilah pada KHAL. Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL dalam sesuatu rumah.” Hadis Riwayat Muslim dan Ibn Majah.

Senarai khasiat cuka epal dan madu adalah seperti dibawah:


1. Merangsang pemecahan lemak
2. Melancarkan perjalanan darah
3. Menguatkan tenaga dalaman
4. Meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran anak-anak
5. Melawaskan usus besar dan kecil
6. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer
7. Masalah kulit seperti jerawat
8. Menghalang penyerapan atau timbunan lemak
9. Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu
10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)
11. Melembapkan dan mengencangkan kulit
12. Mencegah dan mengawal selulit
13. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha
14. Meredakan sakit dan sengal sendi
15. Menurunkan risiko masalah jantung dan barah
16. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
18. Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang
19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
20. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.


Cara Penggunaan:
1) Campur dengan segelas air suam / diminum sejam sebelum makan apa2 @ ketika bangun tidur @ sebelum tidur
2) Campur dengan segelas air suam / plus madu dan diminum sejam sebelum makan apa2 @ ketika bangun tidur @ sebelum tidur



ni gambar salah satu ACV yang ada jual di farmasi Guardian

[IMG]http://img844.imageshack.us/img844/7592/acvp.jpg Uploaded with ImageShack.us[/IMG]

mysoul 29-04-2012 12:15 AM

sapa2 mengamalkan minum cuka apple nih sharee2 ler

chaphoo 29-04-2012 12:45 AM

Try cari cuka kurma...

mysoul 29-04-2012 12:51 AM

Quote:

Originally Posted by chaphoo (Post 13072848)
Try cari cuka kurma...

yup tau2 hehe ..tapi yang agak popular cuka apple.. hehe.. mcm mn minum cuka kurma? perkembangan

ilhamic 29-04-2012 12:54 AM

dibuat drpd apa?

mysoul 29-04-2012 12:59 AM

Quote:

Originally Posted by ilhamic (Post 13072936)
dibuat drpd apa?

daripada Apple jika cuka apple...jika cuka kurma drpd kurma... jika cuka delima drpd delima :)

fikirmanz 29-04-2012 01:00 AM

Quote:

Originally Posted by ilhamic (Post 13072936)
dibuat drpd apa?

biase aku bli yg epal pnye..ala giant ade jual..slalunye aku mkn roti cicah epal cider ni la..huhu

mysoul 29-04-2012 01:02 AM

Quote:

Originally Posted by fikirmanz (Post 13072974)
biase aku bli yg epal pnye..ala giant ade jual..slalunye aku mkn roti cicah epal cider ni la..huhu

wahaha..rasa ape sedap x?? nabi kita dulu pun makan roti cicah cuka huhuhu..:)cgrock:)cgrock

mysoul 29-04-2012 01:07 AM

sape2 lagi mengamalkan cuka apple or apa2 cuka jemput2 la share kebaikannya... :)... ramai2 sihat

shide 29-04-2012 01:20 AM

Quote:

Originally Posted by mysoul (Post 13073021)
sape2 lagi mengamalkan cuka apple or apa2 cuka jemput2 la share kebaikannya... :)... ramai2 sihat

ye... badan sihat dan kuat...
cuka/pati kurma dan delima terbaikk..
makanan sunnah nabi..
tetapi, ada juga org suka cuka anggur,epal..
pilihan masing2.. :)

shide 29-04-2012 01:21 AM

Quote:

Originally Posted by mysoul (Post 13072496)
ASSALAM...

ada yang mengamalkan ke minum ACV ni??Share2 lah penggalaman :)


Sabda Rasulullah saw: “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA). Ya Allah berkatilah pada KHAL. Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL dalam sesuatu rumah.” Hadis Riwayat Muslim dan Ibn Majah.

Senarai khasiat cuka epal dan madu adalah seperti dibawah:


1. Merangsang pemecahan lemak
2. Melancarkan perjalanan darah
3. Menguatkan tenaga dalaman
4. Meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran anak-anak
5. Melawaskan usus besar dan kecil
6. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer
7. Masalah kulit seperti jerawat
8. Menghalang penyerapan atau timbunan lemak
9. Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu
10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)
11. Melembapkan dan mengencangkan kulit
12. Mencegah dan mengawal selulit
13. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha
14. Meredakan sakit dan sengal sendi
15. Menurunkan risiko masalah jantung dan barah
16. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
18. Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang
19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
20. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.


Cara Penggunaan:
1) Campur dengan segelas air suam / diminum sejam sebelum makan apa2 @ ketika bangun tidur @ sebelum tidur
2) Campur dengan segelas air suam / plus madu dan diminum sejam sebelum makan apa2 @ ketika bangun tidur @ sebelum tidur



ni gambar salah satu ACV yang ada jual di farmasi Guardian

[IMG]http://img844.imageshack.us/img844/7592/acvp.jpg Uploaded with ImageShack.us[/IMG]

em...kalo beli produk yg dari us or europe ni.. xtau dia proses camne..
takot ada campur benda lain je...

mr_xhizors 29-04-2012 01:39 AM

mne nk dpt ek cuka kurma@delima yg dari negara arab??td g tesco..ada nmpak cuka epal,nk bli tp tkot bukan jenis yg org slalu minum..:))

CyberMachine 29-04-2012 01:50 AM

Quote:

Originally Posted by fikirmanz (Post 13072974)
biase aku bli yg epal pnye..ala giant ade jual..slalunye aku mkn roti cicah epal cider ni la..huhu

tak rasa tersangkut kat tekak ke??

bojed 29-04-2012 02:00 AM

Aku minum cuka apple ni dgn air suam.

Kadang2 gaul dgn minyak zaitun dara (extra virgin olive oil) pastu cicah dgn roti bakar.. fuhh terangkat!

mysoul 29-04-2012 02:01 AM

Quote:

Originally Posted by bojed (Post 13073420)
Aku minum cuka apple ni dgn air suam.

Kadang2 gaul dgn minyak zaitun dara (extra virgin olive oil) pastu cicah dgn roti bakar.. fuhh terangkat!

wah cam best je kan... erm nak tnya apa rasa bila cecah ngan roti???

akuisaku 29-04-2012 02:03 AM

CUKA??? rase ape ea??x taw lak..ade cuka apple and so on...taw ade cuka putih tue je..

mysoul 29-04-2012 02:06 AM

Quote:

Originally Posted by akuisaku (Post 13073435)
CUKA??? rase ape ea??x taw lak..ade cuka apple and so on...taw ade cuka putih tue je..

yup cuka.. tpi bukan cuka buatan tu..itu tajam n xbaik untuk kesihatan sgt...huhu..cka dri buah2an ni adalah antara makanan nabi2 dulu.. rasa dia kalau campur madu ada rasa masam2 manis.. xtergambar rasanya..bila minum rasa cam segar.. pastu mengenyangkan..

sesuai untuk org nk diet.. :)

akuisaku 29-04-2012 02:08 AM

Quote:

Originally Posted by mysoul (Post 13073455)
yup cuka.. tpi bukan cuka buatan tu..itu tajam n xbaik untuk kesihatan sgt...huhu..cka dri buah2an ni adalah antara makanan nabi2 dulu.. rasa dia kalau campur madu ada rasa masam2 manis.. xtergambar rasanya..bila minum rasa cam segar.. pastu mengenyangkan..

sesuai untuk org nk diet.. :)

owh....thnx....:)cgrock

bojed 29-04-2012 02:08 AM

Quote:

Originally Posted by mysoul (Post 13073424)
wah cam best je kan... erm nak tnya apa rasa bila cecah ngan roti???

Aku tak pernah makan cuka apple cicah roti tapi aku biasa campur dgn extra virgin olive oil pastu cicah roti. Sedap gila bro! Ada rasa lemak2 sket, rasa masam2 sket.. entah la xtau nak cakap camne dia punya sedap.

Ikut selera masing2, tapi aku lagi suka cuka apple campur minyak zaitun cicah roti daripada roti sapu butter :D

mysoul 29-04-2012 02:09 AM

Quote:

Originally Posted by akuisaku (Post 13073472)
owh....thnx....:)cgrock

welkam.. hee share2 pengetahuan..kalau nak cuba apa salahnya kan.. sihat secara sunnah :):)cgrock:)cgrock

mysoul 29-04-2012 02:14 AM

Quote:

Originally Posted by bojed (Post 13073474)
Aku tak pernah makan cuka apple cicah roti tapi aku biasa campur dgn extra virgin olive oil pastu cicah roti. Sedap gila bro! Ada rasa lemak2 sket, rasa masam2 sket.. entah la xtau nak cakap camne dia punya sedap.

Ikut selera masing2, tapi aku lagi suka cuka apple campur minyak zaitun cicah roti daripada roti sapu butter :D

haha..amboi mcm terliur lak saya hahaha :)cgrock

shide 29-04-2012 02:17 AM

Quote:

Originally Posted by bojed (Post 13073474)
Aku tak pernah makan cuka apple cicah roti tapi aku biasa campur dgn extra virgin olive oil pastu cicah roti. Sedap gila bro! Ada rasa lemak2 sket, rasa masam2 sket.. entah la xtau nak cakap camne dia punya sedap.

Ikut selera masing2, tapi aku lagi suka cuka apple campur minyak zaitun cicah roti daripada roti sapu butter :D

best gak cara tuan makan cuka campur dgn minyak zaitun...
saya biasa minum direct..bangun pagi dan sebelum tidur.. time tu terbaik...
saya plak jenis malas nak cecah2 roti...hehe

fikirmanz 29-04-2012 02:17 AM

Quote:

Originally Posted by mysoul (Post 13072992)
wahaha..rasa ape sedap x?? nabi kita dulu pun makan roti cicah cuka huhuhu..:)cgrock:)cgrock

layan jg la..kesan yg aku rase, kahak kureng..huhu

mysoul 29-04-2012 02:18 AM

14 (10 members and 4 guests)
mysoul, monolo9, fikirmanz, true investor, bojed, shide, wanlan, hafis_81, ki
ckers_, acoms

alhamdulillah..ramai nak sihat secara sunnah :) ...yang mna baru tau mungkin boleh cuba... yang dah tau boleh share penggalaman :)

mysoul 29-04-2012 02:19 AM

Quote:

Originally Posted by shide (Post 13073558)
best gak cara tuan makan cuka campur dgn minyak zaitun...
saya biasa minum direct..bangun pagi dan sebelum tidur.. time tu terbaik...
saya plak jenis malas nak cecah2 roti...hehe

lebih kurang la.. malas cicah2 n xsuka makan roti sgt pun hehe... minum camtu je pon dah rasa nikmat hehe

mysoul 29-04-2012 02:20 AM

Quote:

Originally Posted by fikirmanz (Post 13073559)
layan jg la..kesan yg aku rase, kahak kureng..huhu

alhamdulillah.. hehe... kahak kureng..t sore ++ merdu hehehe :D

fikirmanz 29-04-2012 02:21 AM

Quote:

Originally Posted by CyberMachine (Post 13073347)
tak rasa tersangkut kat tekak ke??

mule2 mcm sangkut n ade ckit batuk2 kecik..tapi layan..huhu

bro try la..cicah ckit je.jgn p rendam mcm mkn biskut hup seng ngn air tea..huhu

true investor 29-04-2012 02:22 AM

aku dulu amalkan minum cuka ni waktu pagi, sebelum makan sarapan aku minum dulu campur dengan segelas air, tapi sejak kena gaout tu aku terberhenti pula, tak pasti pula sama ada meminum cuka eppal ni boleh menyembuh atau menambah sakit gaout, sapa sapa ada info tolong share ya.

shide 29-04-2012 02:23 AM

cuka/ pati delima terbaik utk wanita!!

mysoul 29-04-2012 02:25 AM

Quote:

Originally Posted by true investor (Post 13073596)
aku dulu amalkan minum cuka ni waktu pagi, sebelum makan sarapan aku minum dulu campur dengan segelas air, tapi sejak kena gaout tu aku terberhenti pula, tak pasti pula sama ada meminum cuka eppal ni boleh menyembuh atau menambah sakit gaout, sapa sapa ada info tolong share ya.

mungkin sedara shide leh terangkan masalah ni?? :):)

mysoul 29-04-2012 02:27 AM

Quote:

Originally Posted by shide (Post 13073600)
cuka/ pati delima terbaik utk wanita!!

huhuhu..semangat kalau org wanita minum... tadi bgi kawan saya rasa.. baru skali minum je..dia kata dia dah seminggu sakit kepala.. lebih kurang sejam lepas minum tu dia kata kat saya rasa ringan badan..pastu sakit kepala dah mcm kurang.. huu..alhamdulillah..terus dia kata rasa mcm nk beli la..haha..

shide 29-04-2012 02:28 AM

Quote:

Originally Posted by true investor (Post 13073596)
aku dulu amalkan minum cuka ni waktu pagi, sebelum makan sarapan aku minum dulu campur dengan segelas air, tapi sejak kena gaout tu aku terberhenti pula, tak pasti pula sama ada meminum cuka eppal ni boleh menyembuh atau menambah sakit gaout, sapa sapa ada info tolong share ya.

tuan makan cuka epal dari mana punya...
sebaik nya, guna yang produk dari timur tengah..
sama juga seperti minyak zaitun dan habbatus sauda...
cuba try pati/cuka kurma..insyallah lebih skit keberkesanan nye...

true investor 29-04-2012 02:30 AM

Quote:

Originally Posted by shide (Post 13073646)
tuan makan cuka epal dari mana punya...
sebaik nya, guna yang produk dari timur tengah..
sama juga seperti minyak zaitun dan habbatus sauda...
cuba try pati/cuka kurma..insyallah lebih skit keberkesanan nye...

aku minum cuka sama dengan yang kat first post tu jenama BRAG, mungkin juga cuka lain lebih baik nanti aku cuba.:">

shide 29-04-2012 02:32 AM

Quote:

Originally Posted by mysoul (Post 13073644)
huhuhu..semangat kalau org wanita minum... tadi bgi kawan saya rasa.. baru skali minum je..dia kata dia dah seminggu sakit kepala.. lebih kurang sejam lepas minum tu dia kata kat saya rasa ringan badan..pastu sakit kepala dah mcm kurang.. huu..alhamdulillah..terus dia kata rasa mcm nk beli la..haha..

betul. fungsi delima utk stabilkan hormon..
kalau pompuan slalo sakit kepala tu..biasa la, hormon xstabil..hehhe
fakta ni :D

mysoul 29-04-2012 02:32 AM

Quote:

Originally Posted by true investor (Post 13073659)
aku minum cuka sama dengan yang kat first post tu jenama BRAG, mungkin juga cuka lain lebih baik nanti aku cuba.:">

kat Guardian ada jual jenama tu je,,, huuu.. try ler bli cuka timur tengah drpd sedara shide tu nnti..

true investor 29-04-2012 02:33 AM

Quote:

Originally Posted by mysoul (Post 13073680)
kat Guardian ada jual jenama tu je,,, huuu.. try ler bli cuka timur tengah drpd sedara shide tu nnti..

insyallah, nanti nak try jugak.

mysoul 29-04-2012 02:35 AM

Quote:

Originally Posted by shide (Post 13073676)
betul. fungsi delima utk stabilkan hormon..
kalau pompuan slalo sakit kepala tu..biasa la, hormon xstabil..hehhe
fakta ni :D

haha mungkin lah tu.. hehe..pompuan mmg slalu migrain hikhik :D

mysoul 29-04-2012 03:20 PM

huuuu segarnyaa rasa minum air + cuka apple + madu

mier 29-04-2012 06:18 PM

ok..apple cider ni boleh buat minum rupanyer....aku ada jugak satu...brand heinz...murah jer rm7 botol sederhana... normally nilah ingredient wajib masak spagheeti atau kuah bersos...memang bestt...lepas ni nak buat minum pulak lah

mysoul 29-04-2012 06:21 PM

Quote:

Originally Posted by mier (Post 13078261)
ok..apple cider ni boleh buat minum rupanyer....aku ada jugak satu...brand heinz...murah jer rm7 botol sederhana... normally nilah ingredient wajib masak spagheeti atau kuah bersos...memang bestt...lepas ni nak buat minum pulak lah

yeah apple cider or mana2 cuka buah leh minum.. makanan sunnah :) baik untuk kesihatan juga..:):)


All times are GMT +8. The time now is 08:26 PM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.