CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Santai, Others (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=106)
-   -   Ayah Aku meninggal 5hb Mac 2008 ( minta tolong sangat) (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=31752)

anuarinvestor 09-03-2008 02:12 PM

mmg proses camtu bro...turun naik la jwb nya ngn amanah raya....mahu dekat setahun...tu..
buleh saper2 yg dah buat tabung tu ..kita dermakan.....

Procodine 09-03-2008 02:14 PM

xpon tunggu jer la dia online balik minggu depan, mintak acc tuan empunya terus, senang, direct jer....

edy639 09-03-2008 09:01 PM

saudara Ijok,

Kalau tidak keberatan sila nyatakan nama penuh arwah ayah anda.

Iyalah, sekurangnya utk menyedekahkan Al-Fatihah perlulah kita tahu
kpd siapa kita ingin sedekahkan.. juga sila sertakan no akaun bank anda. sebaiknya akaun Maybank, sebab sy kira ramai d'antara kita m'punyai akaun maybank, leh transfer online. Mudah dan pantas.

saya cadangkan sekiranya anda nyatakan 2 @ 3 akaun bank berasingan akan lebih memudahkan rakan2 kita membantu. Mmg ramai d'antara kita yg b'simpati ni..

tati 09-03-2008 09:14 PM

takziah..
harap bersabar dengan segala ujian dari Allah s.w.t

dino 09-03-2008 09:24 PM

First,takziah dari aku buat saudara Ijok,semoga roh arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman........

Tak der sapa2 amik tindakan lg ker?
Tak der ker warga CG yg tau phone no Ijok. :-?
Admin?......

Prunet 09-03-2008 09:41 PM

SALAM TAKZIAH...

"Sesungguhnya kematian itu benar."

Jadikanlah iktibar kepayahan untuk mengeluarkan wang ringgit dari akaun EPF, Tabung Haji dan sebagainya.
Belajar dari orang yang lebih terdahulu dari kita...

Ambil insurans untuk kemudahan wang ringgit kepada WARIS!!!
Pembayaran diuruskan dalam masa 3 hari kepada WARIS anda....

Ambil insurans untuk KELUARGA (ayah dan ibu). Kami memahami kehilangan KETUA KELUARGA (penjana pendapatan). Bertindak sekarang....

EiMiR
0192666786

sureheboh.com 09-03-2008 09:44 PM

Takziah buat bro.

Ini aku senaraikan apa yg waris perlukan.

BAHAGIAN 1
  1. Simpan permit asal pengkebumian - jgn lupa photostat dan beri kepada semua waris
  2. Daftar kematian di Pej Pendaftaran dan photostat utk dipegang oleh semua waris
  3. MyKad perlu diphotostat sebelum diserahkan kepada Pej Pendaftaran

BAHAGIAN 2
  1. Semak di manaČ Pejabat atau wakil ASB/ASN untuk mendapatkan bantuan awal RM200 jika simati pernah membuka akaun

BAHAGIAN 3
  1. Kumpulkan semua geran tanah, geran kereta/motor dan semua buku bank & EPF
  2. Jika tidak pasti samada simati ada akaun bank tetapi tiada buku - semak di semua bank dan minta no akaunnya
  3. Jika ada sijil saham atau keahlian di manaČ koperasi perlu dptkan butirannya

BAHAGIAN 4
  1. Photostat semua MyKad waris - isteri (jika lebih dari satu isteri perlu dptkan semua), semua MyKad anakČ, MyKad bapa dan ibu (jika masih hidup)

BAHAGIAN 5
Saya cadangkan tidak ke Amanah Raya tetapi ke PEJABAT PUSAKA KECIL kerana bayarannya sgt kecil berbanding ARB yg tetap menguruskannya melalui PEJABAT PUSAKA KECIL juga.

Ok jika ada soalan saya sambung kemudian.....

.

TenggilingCute 09-03-2008 09:59 PM

Salam takziah..

Amanah raya mmg lama prosesnye. Mau makan bertahun. Klu pakai lawyer pun lebih 6 bulan gak. Tu dr pengalaman saya & family la. Tp klu kwsp dah ada penama, rasanye xperlu ke ARB..

Ape pun takziah pd saudara sekeluarga. Perbanyakkan bersabar. Tentang derma kilat tu mmg saya sokong sgt..:)cgrock

wak 10-03-2008 12:30 AM

Salam takhziah buat saudara ijak sekeluarga..:(

Wak menyokong 100% penubuhan tabung khairat kematian/bencana untuk komuniti cyber CG.

PaRaNoRMaL 10-03-2008 12:54 AM

Salam takziah buat sedara.... penting untuk saudara kemukakan no account bank (prefer maybank) bagi membolehkan kawan2 disini menderma kepada saudara sementara urusan lain masih dalam proses permohonan..

Fadu 10-03-2008 10:01 AM

salam... bro ijok nih tak online lagi ke??

rafina_80 10-03-2008 10:19 AM

takziah buat ijok..
al fatihah buat arwah...

m61enz 10-03-2008 10:34 AM

Quote:

Originally Posted by kasturi (Post 1071307)
takziah dari saya...yg penting byk bersabar.

ttg duit kwsp tu, kau kata telah letak penama. so kalu penama tu pergi wat claim xboleh ke? setahu aku kalu dah ada penama xperlu melalui ARB. itu kepentingan penama tu...

Sekiranya ada penama pada acc KWSP tu lagi senang. Pergi buat laporan ke KWSP tentang kematian ayah anda. sertakan semua salinan sijil kematian, ic penama dll waris.

2. Pembayaran akan dilakukan segera oleh KWSP ke acc. penama dengan jumlah bawah 20k. Selebihnya tidak akan dibayar ke lagi ke penama kecuali setelah membuat tuntutan melalui ARB or Pejabat Tanah. Ini yg mengambil masa 6 bulan lebih( sebenarnya x sampai pun). Aku dah lalui keadaan seperti ni..

harap saudara ijak bersabar dengan dugaan ALLAH swt..

RINI ROSES 10-03-2008 10:45 AM

al...fatihah...
bersabarlah dengan dugaan ini...

ijakstory 10-03-2008 07:37 PM

Quote:

Originally Posted by rajautara (Post 1070848)
mungkin CG boleh buat kutipan derma kilat.. sila usulkan.

aku tengah on9 kat uluyam.. ni pun sekejap

terima kasih sangat.. aku.. tak tahu nak cakap aper lagi.. dari awal thread hingga page terakhir, aku benar2 berterima kasih kepada kalian..

mengenai tabung yang sedang diusahakan oleh kawan cg yang disayangi, aku keberatan nak menerima..maaaflah yer, sebab arwah ayah selalu berkata 'jangan selalu meminta2..' buat masa ni biarlah aku fight dapatkan duit arwah yang sepatutnya diwariskan kepada (terutamanya) ibu dan adik2 yang lain baru nak mengenal dunia anak yatim..

ijakstory 10-03-2008 07:38 PM

Quote:

Originally Posted by eyza (Post 1071019)
amanah raya lambat...dier kata enam bulan..selalunya lewat lg..
ko carik lawyer..dalam dua bulan memang konfim setel..kena baya sket tapi tak semahal yg amanah raya charge..guru besar aku yg citer ni..dia kematian suami..

terima kasih cadangan eyza, aku tengah usahakan dgn cara lain sebab melibatkan harta pusaka seperti rumah dan kereta dan motor

ijakstory 10-03-2008 07:38 PM

Quote:

Originally Posted by viper21my (Post 1071079)
ijak,, ko emel ksn la, ksn biasa baca,,, kalo ade pemegang amanah bgtau,,, akU pun nak sumbang khairat kematian nie

maaf saudara viper, ksn tu aper? kena pergi amanah raya ker :-?

ijakstory 10-03-2008 07:39 PM

Quote:

Originally Posted by kasturi (Post 1071307)
takziah dari saya...yg penting byk bersabar.

ttg duit kwsp tu, kau kata telah letak penama. so kalu penama tu pergi wat claim xboleh ke? setahu aku kalu dah ada penama xperlu melalui ARB. itu kepentingan penama tu...


ada saudara kasturi.. tapi.. bukan nama ibuku.. (aku baru tahu..)
nama adik dia sebagai penama, rupanya arwah tak pernah tukar nama semenjak dia kerja sewaktu muda

hubungan aku dan beradik ayah renggang.. buat masa ni aku tak nak inform dorang sebab.. aku pun tak tahu aper yang berlaku kalau ader antara penama arwah berlaku tidak jujur

(berlaku tarik tali sebab, aku tak nak mengaku kenal penama yang diwariskan daripada ayah.. aku mahukan duit arwah terus masuk keakaun ibu..)

ijakstory 10-03-2008 07:39 PM

Quote:

Originally Posted by iris87 (Post 1072784)
Hmm Tkziah Ijak...

terima kasih iris.. kepada kawan cg yang masih ada ayah dan ibu.. jagalah mereka bebaik.. kesilapan yang dilalui keluarga aku boleh diambil sebagai teladan (kalau mahu..)

ijakstory 10-03-2008 07:40 PM

Quote:

Originally Posted by edy639 (Post 1077387)
saudara Ijok,

Kalau tidak keberatan sila nyatakan nama penuh arwah ayah anda.

nama arwah ayah

ABDULLAH THANI MOHD YUSSOFF (maaf, aku edit balik tersalah taip)

(terima kasih edy.. terima kasih kawan2.. sama2lah kita menadah doa
untuk arwah yer..) :">

ijakstory 10-03-2008 07:40 PM

Quote:

Originally Posted by sureheboh.com (Post 1077555)
Takziah buat bro.

BAHAGIAN 3
  1. Kumpulkan semua geran tanah, geran kereta/motor dan semua buku bank & EPF
  2. Jika tidak pasti samada simati ada akaun bank tetapi tiada buku - semak di semua bank dan minta no akaunnya
  3. Jika ada sijil saham atau keahlian di manaČ koperasi perlu dptkan butirannya

BAHAGIAN 5
Saya cadangkan tidak ke Amanah Raya tetapi ke PEJABAT PUSAKA KECIL kerana bayarannya sgt kecil berbanding ARB yg tetap menguruskannya melalui PEJABAT PUSAKA KECIL juga.


.

inilah yang saya cuba fight kat pejabat tanah di kuala kubu bharu, ulu selangor.. rasanya ada harapan.. mereka mampu keluarkan surat kuasa.. (tapi aku risau kalau adik beradik ayah aku masuk campur.. Ya Allah, Tabah Ibuku.. tabahkan adikku.. semoga kami berusaha mendapat berkat diatas Namamu Amin )

ijakstory 10-03-2008 07:42 PM

-delete- ....

fine net 11-03-2008 03:52 AM

maaf sbb terlambt jmpe thread nie...

Carigold.com management mengucap kn takziah kepada saudara ijakstory dan keluarga atas pemergian org yg paling di sayangi..

semoga tabah menghadapi hari2 yg akan dtg..

Al-Fatihah

metaaura 11-03-2008 03:57 AM

Al-Fatihah buat Arwah ABDULLAH TANI MOHD YUSOP

sham2875 11-03-2008 03:58 AM

maaf terlambat....al-fatihah

ijakstory 11-03-2008 09:51 AM

terima kasih semua.. alhamdulillah.. segala berjalan lancar

apabila perbicaraan kuasa dgn pejabat tanah tanah nanti, prosedur mengambil masa 4 bulan dan pejabat tanah memberi jaminan duit arwah akan masuk terus ke akaun ibu.. alhamdulillah. Lega betul hati ini..

sekali lagi terima kasih kawan2.. :)cgrock


(kalau ada info yang boleh membantu.. sila beritahu.. masih banyak yg perlu dipelajari)

o_o2o_o3 11-03-2008 11:01 AM

Alfatihah buat keluarga

DDos 11-03-2008 11:03 AM

Quote:

Originally Posted by ijakstory (Post 1083855)
terima kasih semua.. alhamdulillah.. segala berjalan lancar

apabila perbicaraan kuasa dgn pejabat tanah tanah nanti, prosedur mengambil masa 4 bulan dan pejabat tanah memberi jaminan duit arwah akan masuk terus ke akaun ibu.. alhamdulillah. Lega betul hati ini..

sekali lagi terima kasih kawan2.. :)cgrock


(kalau ada info yang boleh membantu.. sila beritahu.. masih banyak yg perlu dipelajari)

SEMOGA KEHIDUPAN KELUARGA ANDA AKAN BERJALAN LANCAR DAN TABAH MENGHADAPI DUGAAN.

http://img296.imageshack.us/img296/3...fatihahtj3.jpg

azhas71 11-03-2008 11:20 AM

Quote:

Originally Posted by DDos Attack (Post 1084143)
SEMOGA KEHIDUPAN KELUARGA ANDA AKAN BERJALAN LANCAR DAN TABAH MENGHADAPI DUGAAN.

http://img296.imageshack.us/img296/3...fatihahtj3.jpg

takziah utk suadara sekeluarga dan alfatihah untuk ayahanda suadara

sureheboh.com 11-03-2008 11:33 AM

Quote:

Originally Posted by ijakstory (Post 1082234)
inilah yang saya cuba fight kat pejabat tanah di kuala kubu bharu, ulu selangor.. rasanya ada harapan.. mereka mampu keluarkan surat kuasa.. (tapi aku risau kalau adik beradik ayah aku masuk campur.. Ya Allah, Tabah Ibuku.. tabahkan adikku.. semoga kami berusaha mendapat berkat diatas Namamu Amin )

Ok mcm ni, jgn risau dgn adik beradik arwah bapa kerana waris yg diutamakan ialah anakČ, isteriČ (jika lebih dari 1), bapa simati & ibu simati (jika masih ada).

Sekali lagi dijelaskan pastikan anda menggunakan PEJABAT PUSAKA KECIL bukan ke ARB.

p/s : Sijil nikah emak dan abahnya ada jumpa tak? kalau takde dlm simpanan - sila pejabat ugama di daerah tpt perkahwinan (tanya emaknya di mana).

Terima kasih.

Masa dah dpt surat panggilan cara-kuasa tu nanti leh bagi tau kat sini, aku akan kasi tips camne nak selesaikan tanpa tertunda masa perbicaraan.

norizm72 11-03-2008 11:39 AM

takziah utk hang..kena berbanyaklah bersabo

iris87 11-03-2008 11:53 AM

Quote:

Originally Posted by ijakstory (Post 1082230)
terima kasih iris.. kepada kawan cg yang masih ada ayah dan ibu.. jagalah mereka bebaik.. kesilapan yang dilalui keluarga aku boleh diambil sebagai teladan (kalau mahu..)

welcome..insyaallah...moga segala berjln lancar..all the best 2 u..so pekabo/..sht?..

ijakstory 11-03-2008 11:56 AM

Quote:

Originally Posted by sureheboh.com (Post 1084250)
Ok mcm ni, jgn risau dgn adik beradik arwah bapa kerana waris yg diutamakan ialah anakČ, isteriČ (jika lebih dari 1), bapa simati & ibu simati (jika masih ada).

Sekali lagi dijelaskan pastikan anda menggunakan PEJABAT PUSAKA KECIL bukan ke ARB.

p/s : Sijil nikah emak dan abahnya ada jumpa tak? kalau takde dlm simpanan - sila pejabat ugama di daerah tpt perkahwinan (tanya emaknya di mana).

Terima kasih.

Masa dah dpt surat panggilan cara-kuasa tu nanti leh bagi tau kat sini, aku akan kasi tips camne nak selesaikan tanpa tertunda masa perbicaraan.

*terimakasih sureheboh, mengenai perihal waris kepada ibu dan anak, pejabat tanah telah mengutarakan pendapat bahawa ibu dan adik2 saya paling berhak mendapatkan harta arwah bapa

*sudah tentu saya takkan ke ARB.. ramai dah tahu ia menyeksakan

*alhamdulillah, sijil nikah ibubapa saya masih dalam jagaan ibu

*insyallah kalau dapat, saya sertakan dalam surat kuasa.. tapi apa kata terus sahaja bagi 'tips' kat sini sebab takut terlupa nak online.. sebab pegawai tu kata, apabila prosedur dijalan.. mereka akan memanggil semua ibu dan adik beradik yang sudah 18thn (3 org sahaja adik saya yang layak, yg lain sekolah lagi) dan bertanya bagaimana cara menyalurkan harta arwah kepada keluarga? dan apabila semua setuju keputusan yang dicapai (kami semua telah sepakat segala harta termasuk duit, rumah dan kenderaan arwah terus dimasukkan diatas nama ibu) barulah mereka keluarkan surat kuasa dan perintah supaya kwsp terus membuat pengluaran epf arwah tanpa berdolak dalik masuk kedalam akaun ibu.. itulah mereka cuba gambarkan kepada saya..

Semoga tiada aral melintang dalam perbicaraan tu nanti.. insyallah

terima kasih semua yang cuba membantu.. :)cgrock

ijakstory 11-03-2008 12:07 PM

Quote:

Originally Posted by iris87 (Post 1084334)
welcome..insyaallah...moga segala berjln lancar..all the best 2 u..so pekabo/..sht?..

terima kasih.. terimakasih.. aku sihat.. dah boleh gelak macam biasa.. heheh

(cantik avatar ko iris..) :D

irama 11-03-2008 12:09 PM

sebak bila dengar berita ni
takziah..
forumers kat CG ni akan bantu ijak..
al-fatihah untuk arwah..semoga dicuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman..amin.

ijakstory 11-03-2008 12:12 PM

Quote:

Originally Posted by irama (Post 1084385)
sebak bila dengar berita ni
takziah..
forumers kat CG ni akan bantu ijak..
al-fatihah untuk arwah..semoga dicuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman..amin.

terima kasih irama.. dont worry.. ramai kawan2 cg yn membantu.. aku betul2 cukup berterima kasih kepada kamu semua..

terima kasih sekali lagi aku ucapkan.. :)cgrock

iris87 11-03-2008 12:12 PM

Quote:

Originally Posted by ijakstory (Post 1084378)
terima kasih.. terimakasih.. aku sihat.. dah boleh gelak macam biasa.. heheh

(cantik avatar ko iris..) :D

hmm bgs lah kalu camtu..lega ati...:)...wah ko lah org 1st y tego akn kecomelan avatar aku tu..huhu..x sia2 aku tuka..:D:D

ijakstory 11-03-2008 12:14 PM

Quote:

Originally Posted by iris87 (Post 1084402)
hmm bgs lah kalu camtu..lega ati...:)...wah ko lah org 1st y tego akn kecomelan avatar aku tu..huhu..x sia2 aku tuka..:D:D


:-? :-? :-? :)) :)) :)) iris.. iris.. memacam laa kau ni..

iris87 11-03-2008 12:23 PM

Quote:

Originally Posted by ijakstory (Post 1084415)
:-? :-? :-? :)) :)) :)) iris.. iris.. memacam laa kau ni..

:">:">:">:p

JutawaN_MilleniuM 11-03-2008 12:26 PM

Quote:

Originally Posted by ijakstory (Post 1070842)
Aper khabar semua user2 cg yang disayangi..

melalui kenyataan diatas, ayah aku telah selamat dikebumikan selepas asar pada 5hb mac 2008. Kematian arwah disebabkan sakit jantung dan ditempat kerja. Aku minto tolong kepada sesiapa yang ada pengalaman mengurus hal2 berkaitan tentang kematian

buat masa nih, aku telah mengurus segala pengebumian, tahlil serta mendapatkan sijil mati. Sekarang aku pening nak keluarkan epf arwah sebab berlaku tarik tali dgn kwsp. Aku difahamkan arwah telah letak penama utk mewariskan kepada keluarga. Duit arwah yang masih tinggal adalah 30-40k. aku ingin keluarkan untuk bantu adik2ku sekolah dan ibuku yg tak bekerja serta uzur. Undang2 kwsp sangat menyusahkan aku sebab syarat duit2 epf arwah kena masuk bahagian Amanah Raya (proses 6 bulan, belum tentu dapat). Jadi kawan2.. ada cara nak percepatkan tak? minta tolonglaa sangat sebab keluarga aku memerlukan dan aku pula tak de pengalaman bab2 begini.

aku kesian sangat tengok ibu, aku pula tak banyak sedara mara sebab adik beradik ibu bapaku boleh dikira dengan jari. Jadi, apa perlu aku lakukan? (untuk pastikan mereka terus semangat mengharungi hidup) Aku pernah dengar bantuan ibu tunggal dan anak2 yatim yang masih bersekolah. tapi, aku tak tahu caranya..

Aku dah semak, arwah ayah aku tidak pernah masuk mana2 insurans dan paling menyedihkan, perkhidmatan beliau sebagai pengawal keselamatan tidak pernah ada potongan ke socso. minta tolong sesangat wahai kawan2.. apa yang perlu aku lakukan selepas ni..

baiklah.. aku takleh lelama.. aku kena pulang ulu yam sekarang.. jumpa lagi dalam seminggu.. bye :confused:

Saya ucapkan takziah kepada anda..Pusat pungutan zakat rasanya ada peruntukan yang disediakan.Tidak salah kalau bertanya kepada pusat zakat terdekat.


All times are GMT +8. The time now is 10:07 AM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.