CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Seram, Misteri, Hantu, Ngeri, Pelik (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=99)
-   -   isteri mimpi ular hitam (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=316926)

faqs 08-03-2012 07:24 PM

maybe sihir..apa2 hal pun kena cek dulu

faqs 08-03-2012 07:25 PM

maybe sihir..apa2 hal pun kena cek dulu

Jijan 08-03-2012 07:33 PM

harap video nie dpt membantu tt ye......

aku pun pernah terbaca artikel pasal mengandung nie... biasanya kalau isteri yg mengandung bulan 7 keatas dia akan alami mimpi2 yg kurang enak la.....

tak tau la betul ke tak.. wallahualam...


http://www.youtube.com/watch?v=HTFOX...&feature=share

Rishhana 08-03-2012 09:39 PM

Erti mimpi dikejar anjing, ular, buaya
Jika anda mimpi dikejar binatang-binatang buas dan beracun seperti anjing, buaya, ular dan sebagainya; Ia melambangkan atau membawa erti bahawa anda sedang berada dalam sebuah situasi yang berbahaya. Jika binatang buas yang mengejar anda berwarna asalnya yang sebenar atau berwarna-warni ia melambangkan masalah yang mengelilingi anda adalah dari sesama manusia atau anda akan diserang penyakit.

-Jika anda mimpi binatang buas atau beracun yang berwarna hitam; ia membawa erti anda sedang diekori sesebuah makhluk halus yang jahat. Jika binatang tersebut cuba menggigit anda, ia bererti makhluk tersebut dengki terhadap anda atau makhluk tersebut akan cuba mengganggu anda.

-Jika anda bermimpi binatang buas atau beracun yang berwarna putih mengejar anda; ia membawa erti anda sedang diekori roh manusia yang telah meninggal dunia.

-Jika anda berjaya melepaskan diri dari binatang tersebut atau jika anda berjaya membunuh binatang tersebut anda tidak perlu risau lagi. Mimpi ini membawa maksud anda telah berjaya melepaskan diri dari sebuah masalah yang besar.

-Jika anda telah digigit oleh binatang tersebut anda boleh berasa tenang dan gembira kerana mimpi ini membawa maksud anda telah berjaya melepaskan diri dari masalah tersebut atau masalah tersebut telah berlalu.

-Jika mimpi yang anda lihat adalah sebuah berita yang penting bagi anda atau mimpi itu adalah untuk memberi amaran, anda tidak akan melupakannya setelah bangun pagi. Jika anda terlupa, ia bererti mimpi itu tidak penting anda tidak perlu risau tentangnya.


credit. Rahsiaalam.com

rayz 08-03-2012 09:41 PM

ular hitam tu mungkin jin dan syaiton. suh kan bini tt bnykkan amalan baca quran ker

CL's 08-03-2012 09:42 PM

Biasa kalu kena sihir masa kita selawat atau berzikir kita akan terasa batuk2...
Itu tanda kita kena sihir...
Semoga wife tt terselamat dari ancaman jahat manusia..

pon bler 08-03-2012 10:37 PM

Antara mimpi2 dr gangguan jin &syaitan...
-mimpi dikejar,diburu binatang buas @binatang berbisa..
-mimpi lemas,terjatuh dari tempat yg tinggi (selalunya akan terkejut & terjaga dr tdo)
-mimpi di tempat yg gelap &sunyi.
-mimpi terbang
-mimpi menyusukan bayi 3hari berturut2 (mimpi ini bermakna ada saka yg akan berpindah kpd diri kita,cuba menyesuaikan dgn diri kita)

marzuki0202 09-03-2012 09:33 AM

Quote:

Originally Posted by alberq (Post 12499015)
salam,

baru2 ni isteri saya mengadu bermimpi di belit oleh ular hitam yang besar...skrg ni isteri saya tgh mengandung..ada sapa2 tahu erti atau makna mimpi ni?

minta pendapat atau kongsi pengalaman

tq

Ada anggota keluarga kena sihir

Efun 09-03-2012 11:38 AM

jangan percaya . saya ade belajar , jika mempercayainye maka itu syirik

Tokera 09-03-2012 12:29 PM

mimpi ni sebenarnya mainan tidur je...
tetapi bila dikaitkan dengan binatang2 berbisa dan ganas berkemungkinan ada Jin/Syaitan sedang berusaha mendekati mangsa atau ahli keluarga mangsa sama ada mereka ini sengaja mendekati atau diarah mendekati mangsa....

pada pandangan saya eloklah tanya ustaz2 yang lebih arif dalam hal ni... jgn la plak pegi kat tempat yg gunakan asap kemenyan atau setanggi semasa berubat.. itu terang2 sudah menggunakan perantara yakni makhluk yg kita tidak nampak dengan mata kasar....


All times are GMT +8. The time now is 08:51 PM.

Copyright ©2000 - 2017, CariGold.com.