CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Others Interest (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=102)
-   -   hobi sukan memanah (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=314535)

rayz 08-03-2012 10:38 PM

Quote:

Originally Posted by ikhmal_ok (Post 12501584)
kedai belum ada, oder kat dealer oversea je. awak biasa main ? tak boleh panah penyamun,,,ada yang meninggal nanti. Saya test dekat pokok kuinin saiz 2 pemeluk, anak panah masuk dekat 2 inci, saya test kat pokok pisang saiz sederhana besar anak panah tembus belakang terus.

saya pernah buat anak panah sdiri masa kecik2 guna buluh, panah kat pokok pisang jer tt..teringin nk main balik bila dewasa ni.



tang penyamun tu kalo dia bawa parang letak kat leher samun duit kejar dia bawa panah dia xkasi balik, kasi panah bontot.:))

ikhmal_ok 08-03-2012 10:38 PM

1 Attachment(s)
panah ni boleh tembak **** hutan sampai gol:) 1 shot sahaja, tapi ini bukan panah untuk beginner. poundage tarikan dia 60-70 lb.
Attachment 76805

ikhmal_ok 08-03-2012 10:41 PM

Quote:

Originally Posted by rayz (Post 12501705)
saya pernah buat anak panah sdiri masa kecik2 guna buluh, panah kat pokok pisang jer tt..teringin nk main balik bila dewasa ni.



tang penyamun tu kalo dia bawa parang letak kat leher samun duit kejar dia bawa panah dia xkasi balik, kasi panah bontot.:))

awak panah bontot dia conform tembus sampai depan, sebab panah sekarang bukan macam dulu. kekuatan dia x2.

ikhmal_ok 08-03-2012 10:51 PM

3 Attachment(s)
kenali jenis2 panah melalui cam (pulley) teknologi.

panah beginner (tarikan ringan dan licin)
Attachment 76815
panah pertengahan (tarikan sederhana keras)
Attachment 76820
panah advanced (tarikan keras dan kasar)
Attachment 76824

rayz 09-03-2012 03:24 PM

tt panah yg dijual ni dibuat dr plastik dn besi sj ker.

lg satu apa beza yg nampak mcm roda bulat tu dgn biasa yg tiada mcm roda tu.

ikhmal_ok 09-03-2012 05:56 PM

Quote:

Originally Posted by rayz (Post 12509050)
tt panah yg dijual ni dibuat dr plastik dn besi sj ker.

lg satu apa beza yg nampak mcm roda bulat tu dgn biasa yg tiada mcm roda tu.

bukan plastic atau besi, ianya composite. cuma kalau panah recurve tradisional guna handle kayu atau aluminum.

biasa yang takda roda tu nama recurve (tradisional) power dia bergantung pada jenis limb (tulang anjal) yang digunakan. kalau tarikan 30 lb maknanya seperti tarikan atau angkat beras 12 kilo.

yang ada roda to moden ataupun "compound" kelebihan dia ada pulley sistem kat hujung untuk memudahkan tarikan. jadi kita boleh tarik poundage besar dan kelajuan dia bertambah sebab pulley tu ibarat roda yang tambah pecutan kat anak panah.

panah moden ada power curve bergantung pada jenis pulley yang diguna. contohnya pulley lonjong macam bujur telur tu ada "spike" ataupun pecutan bila dia berputar tak sekata. pulley bulat power linear (mendatar)

yussys 09-03-2012 06:01 PM

Quote:

Originally Posted by ikhmal_ok (Post 12424580)
recurve ni panah tradisional, tali panah ikat kat hujung limb (tulang lentur)
Attachment 75865
yang ni pulak moden, pakai sistem pulley kat hujung tulang lentur "limb".
Attachment 75866

pilih mana suka boleh order kat saya:) bajet dari rm 600 hingga rm 3k.

seriusly dah bookmark dah page ni..
akan saya cari tuan nnty.. thanks.. :)paid:)paid

ikhmal_ok 09-03-2012 06:15 PM

Alrite,,dah order boleh main puas2. demo panah moden tembak bontot kuali tebal sampai tembus "amaran panah bukan permainan sila berhati2"

Rule number 1;
"jangan menghalakan panah anda kepada manusia"
http://www.youtube.com/watch?v=SzeR7rMnOx8

yussys 09-03-2012 06:20 PM

Quote:

Originally Posted by ikhmal_ok (Post 12511040)
Alrite,,dah order boleh main puas2.

tgh pikir pasal trainer pulak..
pastu nak kumpul geng.. :D:D

ikhmal_ok 09-03-2012 06:29 PM

double post

ikhmal_ok 09-03-2012 06:29 PM

Demo panah tradisional dan moden tembak buku telifon dan gel keras "penetration test"
"rule number 2 bow and arrow are not toys"
http://www.youtube.com/watch?v=VAfK0sBsZBw

"Rule number 3, do not shoot arrow on animals" please use practice target.

ikhmal_ok 11-03-2012 07:31 PM

compound bow "reverse energy"
http://www.youtube.com/watch?v=Z0lQU...eature=related

BroAct 11-03-2012 08:00 PM

http://www.youtube.com/watch?v=ZcNY2t0h-HE

amazing shots by Korean Archers

ikhmal_ok 11-03-2012 10:33 PM

Target shot yang bagus.

ed_zero 14-03-2012 10:51 AM

salam TT...ada lubang x mn nk dapat traditional turkish bow/scytian bow? xmo ada fiber ke ape..yg semuanya original bahan sahaja... 1 lg brapa harga arrow? sama ada yg carbon & kayu harga 1 dozen? TQ..

ikhmal_ok 14-03-2012 11:20 PM

1 Attachment(s)
Quote:

Originally Posted by ed_zero (Post 12557609)
salam TT...ada lubang x mn nk dapat traditional turkish bow/scytian bow? xmo ada fiber ke ape..yg semuanya original bahan sahaja... 1 lg brapa harga arrow? sama ada yg carbon & kayu harga 1 dozen? TQ..

W,salam

Traditional English/British Bow ada le, saya boleh order. Boleh pilih 35 lb atau 55 lb kuasa tarikan (draw weight). Harga RM 700 je. (handle kulit tidak disertakan). Harga arrow RM 200 1/2 dozen.
Attachment 77345

Efun 15-03-2012 10:39 AM

mmg minat gile la dngan memanah nie

ed_zero 15-03-2012 12:01 PM

Arrow 1/2 dozen RM200 tu kayu ke carbon? brand ape?

ikhmal_ok 15-03-2012 04:34 PM

Quote:

Originally Posted by ed_zero (Post 12570218)
Arrow 1/2 dozen RM200 tu kayu ke carbon? brand ape?

carbon easton mahal sikit sebab postal charge, kalau nak arrow murah boleh order terus di LA Sports.

butterland 15-03-2012 04:37 PM

minat gak nak try memanah ni........ best kot

ikhmal_ok 15-03-2012 04:39 PM

Quote:

Originally Posted by butterland (Post 12573533)
minat gak nak try memanah ni........ best kot

Super best:) dan awak boleh pilih panah moden atau tradisional.

butterland 15-03-2012 04:42 PM

Quote:

Originally Posted by ikhmal_ok (Post 12573563)
Super best:) dan awak boleh pilih panah moden atau tradisional.



dlu nk test kat the mall,pwtc tu... tp dh tutup plak.....

ikhmal_ok 15-03-2012 04:43 PM

Quote:

Originally Posted by butterland (Post 12573602)
dlu nk test kat the mall,pwtc tu... tp dh tutup plak.....

betul, tu panah tradisional feel dia lain. power dan speed anak panah takda spike, panah moden ada power spike (kira macam turbo boost).

ikhmal_ok 15-03-2012 06:01 PM

antara model kegemaran (tarik lembut)
http://www.youtube.com/watch?v=O_mUG6BCkmo

centepede 17-03-2012 09:52 AM

Sungguh menarik penerangan tt neh...tt asik terangkan pasal bow jer...pasal arrow tak nak terangkan ker

ikhmal_ok 17-03-2012 10:12 AM

2 Attachment(s)
Quote:

Originally Posted by centepede (Post 12589782)
Sungguh menarik penerangan tt neh...tt asik terangkan pasal bow jer...pasal arrow tak nak terangkan ker

OK, saya cerita perihal mata anak panah dulu. Jenis2 mata anak panah yang digunakan untuk latihan ketepatan;
Attachment 77696
Mata anak panah yang digunakan untuk memburu binatang buas;
Attachment 77702

adranath 17-03-2012 10:39 AM

the best panah traditional and arrow harga brape tuan

ikhmal_ok 17-03-2012 10:57 AM

1 Attachment(s)
Quote:

Originally Posted by adranath (Post 12590020)
the best panah traditional and arrow harga brape tuan

Panah tradisional kuasa tarikan 35-40lbs dan 50-55lbs harga RM 700, anak panah aluminum 1/2 dozen (6 unit) RM 160.
Attachment 77712

bart72 17-03-2012 11:29 AM

yg mna pling seng guna moden atau tradi

imatt 17-03-2012 11:30 AM

Composite horn bow ada jual lg ke skrg?

ikhmal_ok 17-03-2012 11:37 AM

Quote:

Originally Posted by bart72 (Post 12590390)
yg mna pling seng guna moden atau tradi

Tradisional lebih mudah guna, tarik dan lepas sahaja. modern khas untuk memburu binatang dan sesiapa yang sukakan kelajuan.

ikhmal_ok 17-03-2012 11:39 AM

Quote:

Originally Posted by imatt (Post 12590402)
Composite horn bow ada jual lg ke skrg?

Ada, saya boleh tempah RM 1300 sahaja.

ikhmal_ok 17-03-2012 11:44 AM

4 Attachment(s)
panduan memilih anak panah;

kayu (ringan)
aluminum (tahan)
carbon (tepat)
Attachment 77714

Attachment 77715

Attachment 77716

Attachment 77717

kemolok 17-03-2012 11:57 AM

bole kasi kotesyen untuk sekolah tak tt?

ikhmal_ok 17-03-2012 11:58 AM

Quote:

Originally Posted by kemolok (Post 12590619)
bole kasi kotesyen untuk sekolah tak tt?

boleh, minta email bagi saya 2 hari untuk siapkan.
ps; awak ni cikgu sekolah ke ?:)

ikhmal_ok 17-03-2012 12:04 PM

Persedian sebelum memanah,

1. berdiri tegak dengan pinggang melentik sedikit
2. tangan yang memegang busur panah hendaklah dibengkokkan sedikit di bahagian siku
3. membaca bismillah serta selawat sebelum menarik tali panah
4. letakkan anak panah di tempatnya (arrow rest)
5. menarik nafas sambil menarik tali panah termasuk anak panah (guna 4 jari)
6. letakkan tali panah di bahagian pipi selari ataupun dibawah paras hidung.
7. tahan seketika 1,2 saat untuk pastikan anak panah lurus dan lepaskan secara terus tanpa teragak2.

ed_zero 17-03-2012 03:06 PM

Quote:

Originally Posted by ikhmal_ok (Post 12590144)
Panah tradisional kuasa tarikan 35-40lbs dan 50-55lbs harga RM 700, anak panah aluminum 1/2 dozen (6 unit) RM 160.
Attachment 77712

ni bow ape TT? korean bow ke?

mzak 17-03-2012 03:07 PM

kena latihan yang cukup dulu kot baru nak join benda nie..

Duit boleh kumpul nak beli..

ape2 subscribe dulu thread nie..

ed_zero 17-03-2012 03:27 PM

Quote:

Originally Posted by mzak (Post 12591649)
kena latihan yang cukup dulu kot baru nak join benda nie..

Duit boleh kumpul nak beli..

ape2 subscribe dulu thread nie..

kalau x beli mcm mana nk berlatih der? xkan hari2 nk g main kat mall je..kopak ler..huhu..

ikhmal_ok 17-03-2012 07:00 PM

Quote:

Originally Posted by ed_zero (Post 12591644)
ni bow ape TT? korean bow ke?

Yup korean bow.


All times are GMT +8. The time now is 12:47 AM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.