CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   News, Current Issues, Rumours (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=72)
-   -   Terperangkap dalam kereta selama dua bulan (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=311798)

WMComm 20-02-2012 03:04 AM

Quote:

Originally Posted by qba437 (Post 12296509)
2 bulan..lama tuh..tanpa makan dan minum..:-?

time makan berfantasi time minum telan air aircond. :))

AuraSuccess_88 20-02-2012 03:18 AM

Quote:

Originally Posted by qba437 (Post 12296509)
2 bulan..lama tuh..tanpa makan dan minum..:-?

ngap salji jer :">

Viere 20-02-2012 03:23 AM

Salji : Lelaki terperangkap dua bulan dalam kereta diselamatkan

STOCKHOLM 19 Feb. - Seorang lelaki akhirnya diselamatkan selepas terperangkap di dalam kereta yang dilitupi salji selama dua bulan di sebuah hutan terpencil, utara Sweden, lapor polis semalam.

"Kami menerima maklumat yang seorang mangsa terperangkap di dalam kereta yang dilitupi salji di kawasan hutan itu, kira-kira 1.5 kilometer dari jalan utama," kata Ebbe Nyberg, seorang pegawai bertugas di wilayah Vaesterbotten.

Jelasnya, seorang lelaki yang memandu jentolak salji ternampak bahagian atas kereta di sebatang jalan di hutan terbiar itu, tidak jauh dari bandar Umea di selatan Bulatan Artik.

"Dia perasaan sesuatu bergerak dan menyedari ada orang terperangkap di dalam kereta itu lalu menghubungi pihak polis," ujar Nyberg.

Pasukan keselamatan dan ambulans bergegas ke tempat kejadian.

Mereka terkejut melihat mangsa yang berusia pertengahan 40-an itu, berselimut di dalam beg tidurnya dalam keadaan yang teruk, kelaparan serta tidak dapat bergerak atau bercakap.

Kata Nyberg, pihaknya masih belum pasti berapa lama mangsa terperangkap, namun menyatakan kereta tersebut dipandu ke kawasan hutan itu sebelum salji tebal melanda.

"Mangsa mendakwa dia berlapar sejak Disember lalu, jadi kami rasa dia berada di kawasan itu pada Disember atau mungkin lebih awal," katanya sambil memberitahu suhu di kawasan itu kini turun sehingga 30 darjah Celsius di bawah paras beku.

Jelasnya, mangsa kini berada di Hospital Universiti Norrlands untuk menerima rawatan. - AFP

wowowulkaw 20-02-2012 03:24 AM

........................

carifx 20-02-2012 04:53 AM

pantang maut sblm ajal kan

dhiaperfumes 20-02-2012 06:03 AM

kuat semangat orng itu.. kalau pakcik tak tahu la mcm mana

Nazzrie 20-02-2012 06:56 AM

minum mungkin boleh. kencing/berak pulak?

azmann33 20-02-2012 07:05 AM

Quote:

Originally Posted by Nazzrie (Post 12296888)
minum mungkin boleh. kencing/berak pulak?

tak de benda nak buang kalau tk makan...:))

zerovirus 20-02-2012 07:07 AM

comfirm kecian terperangkap

copy left 20-02-2012 07:11 AM

kalo mcm tu manusia boleh jimatkan makanan hehehehe


All times are GMT +8. The time now is 07:36 PM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.