CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Santai, Others (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=106)
-   -   Mana Nak Belajar Ilmu Mengenal Diri/Ilmu Makrifat Tok Kenali (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=261153)

mahir79 25-08-2011 03:33 PM

Quote:

Originally Posted by lokman1970 (Post 10540839)
Tempat keja aku ade sorang yg joint ABJAD, memang dia ajar silat
disamping tu dia ajar jugak zikir2. Kwn aku nie kata dlm bln
puasa, guru dia suruh zikir berpuluh-puluh ribu, aku dgr pun
takut, byk sangat. Dan bla dia doa, dia akan sebut salsilah
turun temurun guru ajaran nie hingga sampai ke tok kenali.

Elok semak dulu salasilah dan sanad sesuatu amalan tu, karang amal amal, tengok sanad sampai gunung tahan..apa cerita.

Zikir puluh ribu pun tengok zikir...ada sesetengah zikir tu..kalau "overdose" jadi lain macam karang, tak pasal pasal nak parang orang. Mcm kes ada satu bapak dan anak pakai serban dan jubah pergi rompak stesen minyak kat JB. Kena masuk court, dia mintak suh hantar dia Tg Rambutan. Dia claim dia amal tarekat ahmadiah (ntah betul ntah tidak, wallahuallam). Setau aku kalau zikir ikut apa yang mursyid kita tentukan, takde masalah. Ni ntah sapa la guru dia ikut tu. Main hentam agaknya.

Pastu gi campur campur adukkan tarekat pun satu hal jugak tu.

Kalau ikut Dr. Abdul Latif Farfour (yang melawat Malaysia) baru-baru ni. Beliau Sheikh Tarekat Rabbaniah daripada Syria, pengasas madrasah di sana. Beliau menegaskan, kepentingan menuntut ilmu 2/3 dan zikir 1/3 dalam bertarekat. Bukan calang-calang orang beliau ni. Kalau nak menuntut ilmu, tengok la sapa gurunya. Hati-hati je la kepada sesiapa yang masih mencari.

Silat-silat ni, check dulu bebetul. Tok Kenali memang wali besar. Kalau baca buku 7 wali melayu oleh ustaz abdul ghani said, Tok Kenali ni diakui kealimannya oleh ulama sezamannya. Beliau juga dikatakan mempunya pelbagai karamah. Pesannya pada anak anak murid beliau antara lain, "mengaji sungguh-sungguh" dan "Buka pondok". Wali ni pun, bukan terus dapat ilmu laduni. Kena mengaji dulu, berguru dengan guru yang alim.

Di takuti orang tak mengaji ni main jaja nama Tok Kenali r.a. Check bebetul la. Risau aku orang Melayu ni. Benda benda macam ni yang golongan anti tasauf/anti tarekat/wahabi suka tembak ni.

mahir79 25-08-2011 03:36 PM

Quote:

Originally Posted by lokman1970 (Post 10539935)
Kalu nak masuk line nie, kena joint geng pondok kot. kalu joint
geng azhar, rasanya tak jumpa.

Ada kot, mesti jumpanya..Syeikh Tarekat Ahmadiah, daripada Azhar. Adik beliau, pun sama juga mengaji dari Azhar. Adik adik lain pun ada yang hafiz, mengaji mesir, syria...

Syeikh Fuad Kamaluddin Al Maliki pun pass Azhar jugak. Dia mengajar tasauf (yayasan sofa)

lokman1970 25-08-2011 03:58 PM

Quote:

Originally Posted by mahir79 (Post 10542290)
Elok semak dulu salasilah dan sanad sesuatu amalan tu, karang amal amal, tengok sanad sampai gunung tahan..apa cerita.

Zikir puluh ribu pun tengok zikir...ada sesetengah zikir tu..kalau "overdose" jadi lain macam karang, tak pasal pasal nak parang orang. Mcm kes ada satu bapak dan anak pakai serban dan jubah pergi rompak stesen minyak kat JB. Kena masuk court, dia mintak suh hantar dia Tg Rambutan. Dia claim dia amal tarekat ahmadiah (ntah betul ntah tidak, wallahuallam). Setau aku kalau zikir ikut apa yang mursyid kita tentukan, takde masalah. Ni ntah sapa la guru dia ikut tu. Main hentam agaknya.

Pastu gi campur campur adukkan tarekat pun satu hal jugak tu.

Kalau ikut Dr. Abdul Latif Farfour (yang melawat Malaysia) baru-baru ni. Beliau Sheikh Tarekat Rabbaniah daripada Syria, pengasas madrasah di sana. Beliau menegaskan, kepentingan menuntut ilmu 2/3 dan zikir 1/3 dalam bertarekat. Bukan calang-calang orang beliau ni. Kalau nak menuntut ilmu, tengok la sapa gurunya. Hati-hati je la kepada sesiapa yang masih mencari.

Silat-silat ni, check dulu bebetul. Tok Kenali memang wali besar. Kalau baca buku 7 wali melayu oleh ustaz abdul ghani said, Tok Kenali ni diakui kealimannya oleh ulama sezamannya. Beliau juga dikatakan mempunya pelbagai karamah. Pesannya pada anak anak murid beliau antara lain, "mengaji sungguh-sungguh" dan "Buka pondok". Wali ni pun, bukan terus dapat ilmu laduni. Kena mengaji dulu, berguru dengan guru yang alim.

Di takuti orang tak mengaji ni main jaja nama Tok Kenali r.a. Check bebetul la. Risau aku orang Melayu ni. Benda benda macam ni yang golongan anti tasauf/anti tarekat/wahabi suka tembak ni.

Ade sdare aku, dia lama dok pondok lubok tapah, pasir mas.
dia kata dlm seumur hidup kita kena ade skali zikir
"la ila ha illallah" sebanyak 70,000 kali.

wiraZ 25-08-2011 04:58 PM

Check list;
- Adakah kita dah melaksanakan seluruh macam sunnah rasulullah etc, bela janggut, kencing duduk, mandi bertutup, mkn 3 jari, jilat jari lepas mkn dan byk lain2 lg?
- Adakah anda berasa zuhud didunia ni? kehidupan seharian dpt mengatasi segala nafsu?
- Puasa Sunat setiap bulan 3 hari ada buat macam rasullulah buat?
- Setiap hari melakukan keintiman dgn Allah dgn solat tahajjud?
- Hari2 solat berjemaah dimasjid?
- Anda jaga hukum feqah dlm kehidupan seharian?
- Amalan2 sunat lain ada buat?
- Dalam setiap masa sentiasa ingatkan Allah?
- Bile bersedekah, adakah tgn kiri tidak mengetahui tgn kanan bersedekah?

Ni adalah sebahagian check list utk jadi kekasih Allah. Ada byk lagi list yg tak disenaraikan lg..Kalau anda dah lakukan semua, Alhamdulillah..boleh teruskan lagi sampai trus ke hadrat-Nya

Kassim Hensem 25-08-2011 10:27 PM

http://www.bicarasufi.com/bsc/viewto...diah+idrissiah

Perbincangan mereka tentang tareqat yang diamalkan oleh Tok Kenali. Mungkin berguna buat TT.. :)

ikhmal_ok 25-08-2011 10:30 PM

syariat dah habis belajar ? tok kenali tu wali,,,syariat perfect, zuhud dan ikhlas,,,,mampu ke ? Tidur 3-4 jam semalam,,,hidup semata2 untuk agama,,,,,mampu ke ?

satio 25-08-2011 10:37 PM

bukan nak keramat bukan nak syurga hanya utk mencari keredhaan Allah semata.

Kassim Hensem 25-08-2011 10:50 PM

Quote:

Originally Posted by ikhmal_ok (Post 10545599)
syariat dah habis belajar ? tok kenali tu wali,,,syariat perfect, zuhud dan ikhlas,,,,mampu ke ? Tidur 3-4 jam semalam,,,hidup semata2 untuk agama,,,,,mampu ke ?


Rasanya tujuan mereka mencari Tareqat ini pun untuk capai yang ke tahap itu la.

Mereka yang mencari ni pun ada juga yang bukan calang-calang dah.. Tahajjud setiap hari tak pernah miss.. Selawat 100x dengan Tasbih Nabi Yunus a.s tak pernah miss dan Surah Al-Ikhlas 100x tak pernah miss. Dan paling penting solat jemaah kesemua 5 waktu di masjid tanpa miss (kecuali waktu kecemasan). Cuma sekarang merasakan ada yang tidak sempurna... maka mereka mula mencari jalan nak memahami Allah dan keikhlasan yang lebih tinggi.

Apabila dicari dan dicari.. maka ditemukanlah caranya iaitu Jalan Tareqat.

Kita nasihat agar syariat jangan ditinggalkan.. tapi kesempurnaan benar-benar milik Allah.. Allah yang kurniakan. Sebaiknya jangan di-generalize kan bahawa semua yang mencari tareqat ini cacat syariatnya. :) Konsep Tareqat ini luas. Yang mana malas nak solat jemaah.. insya'Allah bila bertembung dengan guru mursyid.. dah beramal dengan tareqat.. kalau niat benar-benar kerana nak mencapai keikhlasan pada Allah dan zuhud pada dunia.. insya'Allah akan terbaikilah syariat itu hingga benar-benar sempurna.

Jalan Tareqat wujud bagi yang mencari Allah. Daripada pencarian inilah zuhud dan keikhlasan tercapai. Penghayatan bahawa kita benar-benar hamba-Nya.




Selalunya kalau niat mencari mursyid kerana nak kenal Allah, menuju Allah.. insya'Allah syariat mereka sudah ada. Kecualilah yang mencari Tareqat tapi niat lain (nak menunjuk.. nak curi keberkatan maqam guru mursyid sebab nak pergi Johor dari Perlis dalam sekelip mata atau nak terbang).


Insya'Allah semua yang ada dalam ini niat betul. Kita sama-sama doakan. Tak guna pun kejar karamah kalau petanda akhir zaman yang terakhir sudah hampir tercetus (dollar jatuh.. perang israel raya.. huru-hara.. kebangkitan syiar Islam). Lebih baik mendekati Allah.. cinta pada-Nya agar hati kita kukuh! Agar kita tak gentar apabila muncul seruan jihad yang sebenar!

Kalau apa yang dikaji dan diselidiki tentang hadis akhir zaman benar-benar di ambangnya... tiada apa lagi yang patut kita letak dalam hati kita melainkan Allah swt semata-mata.

Nak capai itu.. kena kenal Allah. Tentu sekali syariat perlu dipenuhi sesempurnanya. Kalau tidak buat malu depan Allah saja kalau solat jemaah di masjid pun tak boleh buat tapi tersipu-sipu nak kenal Allah.

Kita kenal Allah.. kita zuhud. Dan akhirnya kita raih cinta Allah.. itu yang kita ingin. Agar kita mencintai Allah dan Rasulullah SAW dengan sebenar-benar cinta.. dan rindu serta takut dengan sebenar-benarnya pada Allah. MERAIH KEREDHAAN ALLAH SWT.

bara01 25-08-2011 11:14 PM

Pada pendapat sy...
Bicara tentang ilmu makrifat/mengenal allah,
ia tak sesuai dibincangkan melalu internet( blog & forum ).
Utk secara surface/umum rasanya boleh.
Atau tujuan berdakwah...oklah. utklebih dalam, ianya mmg tak sesuai.takut menjadi fitnah.
sebab dalam tarikat /ilmu ketuhanan terdapat rahsia2 tertentu yg tidak boleh dikongsi bersama oleh orang awam. Ianya seharusnya dikongsi oleh ahlinya saja...
kalau tak silap....seperti apa yg terjadi pada salah seorang wali sembilan yg dihukum bunuh... sbb membuka rahsia allah.

tapi klau betul2 nak belajar, cara yg terbaik ialah berdepan lutut ke lutut / face to face dgn to guru yg mursyid. Ini yg sebaik-baiknya.

syariah ( feqah/muamalat/usulul fiqh ) adalah kulit.
ilmu tauhid/tassawuf/hakikat/tariqat adalah isi.

Isi dan kulit adalah saling melengkapi....Dua2 kena ada.
kalau ditingggal salah satu...mmg tak jadi.

Dr jahid sidik & Syeikh Fuad Kamaluddin mmg terkenal & mursyid.
sy pun teringin utk jumpa dngnya nanti....

walau bgimanapun... ini hanya pendapat sy jer....
tak lebih dari itu....

brozul 26-08-2011 08:57 AM

Quote:

Originally Posted by lokman1970 (Post 10542583)
Ade sdare aku, dia lama dok pondok lubok tapah, pasir mas.
dia kata dlm seumur hidup kita kena ade skali zikir
"la ila ha illallah" sebanyak 70,000 kali.

yg ni betul la...

memang kena khatam 70k ni...

bila dah khatam 70k ni, automatik ada 6th sense...:p

siyes! cubalah...

pastikan niat nak khatamkan tu betul ye...:)paid


All times are GMT +8. The time now is 11:40 PM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.