CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Religious Talk (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=69)
-   -   ~ Bagaimana Hukumnya Menikah Dengan Orang Yang Pernah Berzina ~ (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=247349)

cik dila sayang 09-07-2011 11:35 PM

Quote:

Originally Posted by habiburrahman (Post 10031954)
Terjemahan dari Surah An Nur

[1]
Ini ialah satu “surah” yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).

[2]
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

[3]
Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.


[4]
Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; -

[5]
Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[6]
Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar; -

[7]
Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang dusta.

[8]
Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta; -

[9]
Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar.

[10]
Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Bijaksana, (tentulah kamu akan) akan mengalami kesusahan yang sukar diatasi).

Allah hu akbar.............
semoga Allah permudahkan kite semua dapat jodoh yg baik lagi diberkati Allah....amin,amin,amin ya rabbal alamin...........
alhamdulillah.....

wanzex 10-07-2011 06:21 PM

bertaubat...semoga Allah mengampuni dosa2nya yg lampau

missakira 10-07-2011 08:27 PM

Berpegang pada Al-Quran dan Sunnah.. InsyaAllah.. Berbahagialah kamu wahai manusia dalam kehidupan dunia dan akhirat... :)

wanzex 11-07-2011 08:48 PM

Quote:

Originally Posted by missakira (Post 10067138)
Berpegang pada Al-Quran dan Sunnah.. InsyaAllah.. Berbahagialah kamu wahai manusia dalam kehidupan dunia dan akhirat... :)

inilah ayat yg melegakan jiwa. tq bro :D:)

syaq90 11-07-2011 08:53 PM

Quote:

Originally Posted by wanzex (Post 10031501)
Assalamualaikum wr.wb.

Saya langsung saja pak ustaz.Dalam 1,5 bulan ini saya telah menjalin hubungan dengan seorang wanita.Saya peribadi insya-Allah siap utk menjadikan dia isteri saya. Namun beberapa hari lalu,pasangan saya mengaku bahawa dia tidak dara lagi.Dia pernah melakukannya dengan mantan kekasihnya dan itu sudah terjadi 8 tahun yg lalu.Ia mengaku hanya melakukan sekali sahaja dan dia juga menyesal.Kerana saat itu dia menganggap bakal menjadi isteri dari mantannya.Tapi menurut dia hubungan mereka tidak direstui org tuanya kerana suatu hal. Dan mantannya itu juga masih teman saya.Yang ingn saya tanyakan:

1. Apakah dalam hukum Islam diperbolehkan menikahi wanita tersbut,mlht dia tlh mlkukan perzinahan. Atau lebih baik meninggalkannya dan mencari wanita yg lebih baik?

2. Baru-baru ini mantannya ingin balik lagi kepada dia.Saya tahu dia masih mencintainya,kerana mereka berpisah hanya kerana masalah restu dari org tua wanita.Apakah saya harus merelakan wanita in untuk kembali lagi atau tetap dengannya? kerana yang saya tahu dia mencintai saya.

3. Bila saya tetap menikahinya dengan alasan ibadah,apakah saya termasuk orang tidak baik?kerana menurut Al-Quran surat an-nur (sy lp ayatnya) orang baik berjodoh dengan orang baik,dan yg tidak baik akan berjodoh dengn yang tidak baik (maaf kalau salah). Mohon untuk dijawab agar saya dpt mengambil keputusan tanpa ragu-ragu.Terimakasih atas jawabannya

-Arie



Jawaban

Semoga Allah merahmati kita semua

1. Sebenarnya hukum menikah dengan orang berzina memang cukup berat, sebagian Ulamak mengharamkan. Melihat hal ini saya sarankan mencari pasangan yang lain. Jika masih ada peluang untuk mencari pasangan yang lain carilah yang lebih suci. Jika tidak bisa ke lain hati, dan akan menghasilkan mudarat jika tidak menikah dengannya , maka suruh ia bertaubat terlebih dahulu agar kalian disebut sebagai orang yang terjaga kehormatannya (tidak berzina) menikah dengan yang terjaga kehormatannya (tidak berzina)

2. Jika anda memilih mencari pasangan yang lain maka biarkanlah ia bersama orang yang pernah menzinahinya. Dua-duanya harus bertaubat dan melangsungkan kehidupan yang normal.

3. Orang yang berzina memang dianggap tidak baik selama belum bertaubat. Jika sudah bertaubat maka orang yang bertaubat seperti orang yang tidak punya dosa lagi. Ia kembali suci.

Wallahualam.

:-?:-?:-?
sape yang bg jawapan 2??sebahagian ulamak 2 sape die??

wanzex 12-07-2011 09:45 PM

Quote:

Originally Posted by cik dila sayang (Post 10060652)
Allah hu akbar.............
semoga Allah permudahkan kite semua dapat jodoh yg baik lagi diberkati Allah....amin,amin,amin ya rabbal alamin...........
alhamdulillah.....

jauhkan larangan..insyaAllah selamat :):)

wanzex 12-07-2011 09:47 PM

Quote:

Originally Posted by syaq90 (Post 10077794)
:-?:-?:-?
sape yang bg jawapan 2??sebahagian ulamak 2 sape die??

petikan akhbar... kenapa? ada apa2 kekeliruan?

mfsani 13-07-2011 12:08 AM

kirenye kalo dah berzina pastu die bertaubat nasuha..adakah die perlu kahwin jugak dengan pasangan yg dizina tu?atau kalo ade org lelaki atau prempuan nak kat die jugak,boleh la kahwin kan?camtu eh?maafkan saye yang kurang ilmu ni..

wanzex 15-07-2011 10:39 PM

Pertama, liwat sama hukumnya dengan berzina. Tetapi, dosa liwat lebih besar daripada dosa berzina. Malah Rasulullah s.a.w melaknat golongan yang meliwat isteri melalui dubur.Menurut Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w telah bersabda:"Sesiapa yang mendatangi wanita atau isteri melalui dubur (liwat) atau menemui tukang tilik lalu membenarkan apa yang dikatakannya, sesungguhnya dia telah kafir (tidak mengimani) risalah yang telah diturunkan kepada Muhammad s.a.w." – Hadis riwayat al-Darimi.Kedua, sesiapa yang melakukan maksiat berterusan digelar sebagai ahli fasiq sama ada dosa besar atau dosa kecil. Hakikatnya, tidak sah ahli fasiq mewalikan anak perempuannya. Namun, jika dia telah bertaubat pasti ALLAH menerima taubatnya kecuali syirik. Jika syirik, dia wajib melafazkan kembali kalimah syahadah kerana telah murtad.Firman ALLAH S.W.T:"Sesungguhnya ALLAH tidak mengampunkan sesiapa yang mensyirikkan_NYA tetapi mengampuni dosa selain daripada itu." – Surah al-Nisa'': 116.Ketiga, hukuman bagi perbuatan liwat sama ada peliwat atau mangsa liwat secara rela ada sedikit perbezaan dengan hukuman zina. Penzina lelaki atau wanita yang telah berkahwin dikenakan hukuman rejam (lempar batu di khalayak ramai) hingga mati. Bagi yang belum berkahwin pula dikenakan hukuman rotan sebanyak 100 rotan.Firman ALLAH S.W.T:"Penzina wanita (belum kahwin) dan penzina lelaki (belum kahwin) kedua-duanya hendaklah dirotan sebanyak 100 kali dan janganlah kamu melahirkan rasa belas kasihan kepada mereka berdua hinggakan kamu tidak sanggup menjalankan hukum ALLAH jika kamu beriman ALLAH dan hari akhirat." - Surah al-Nur: 2.Menurut ''Ubbadah bin al-Somit r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Kamu semua hendaklah mengambil (hukuman zina) daripadaku. Sesungguhnya ALLAH telah menunjuk jalan penyelesaiannya. Penzina yang telah berkahwin hendaklah dirotan sebanyak 100 kali dan direjam hingga mati. Penzina yang belum kahwin hendaklah dirotan sebanyak 100 kali dan dibuang daerah." - Hadis sahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah. Al-Tirmizi mengklasifikasikan hadis ini sebagai hasan sahih.Manakala hukuman perbuatan liwat, kedua-duanya hendaklah dibunuh (direjam). Menurut Ibn Abbas r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Sesiapa yang menemui seseorang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut a.s. (liwat), bunuhlah peliwat dan mangsa liwat yang rela." - Hadis sahih riwayat Ahmad, al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah.Wallahu a''lam.

wanzex 15-07-2011 10:44 PM

Lalu apakah orang yang pernah berzina lalu bertaubat boleh masuk syurga?

Jawabnya boleh!!. Asalkan bertaubat dengan taubat yang benar, serta rela menjalani hukuman yang berlaku. Dan hal itu sudah terbukti dan pernah terjadi sungguh nan di masa Rasulullah SAW.

Adalah seorang wanita dari dari Juhainah datang kepada nabi SAW dalam keadaan hamil dan mengaku berzina. Dia sudah taubat dari dosanya dan minta direjam. Setelah direjam, jenazahnya disolati oleh Rasulullah SAW. Melihat hal itu, Umar bin Al-Khattab ra bertanya, “Apakah Anda wahai nabiyallah mensolatinya padahal dia pernah berzina?” Beliau pun menjawab:

لَقَدْ تَابَتْ تَوْبَةً لَوْ قُسِّمَتْ بَيْنَ سَبْعِينَ مِنْ أَهْلِ اَلْمَدِينَةِ لَوَسِعَتْهُمْ, وَهَلْ وَجَدَتْ أَفَضَلَ مِنْ أَنْ جَادَتْ بِنَفْسِهَا لِلَّهِ.” رَوَاهُ مُسْلِمٌ

Sesungguhnya dia telah bertaubat dengan kualiti taubat yang bila dibahagikan kepada 70 orang penduduk Madinah, telah mencukupi. (HR Muslim)

Wallahu a’lam bisawab.


All times are GMT +8. The time now is 10:41 AM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.