CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Seram, Misteri, Hantu, Ngeri, Pelik (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=99)
-   -   Benarkah ada poses tarik rezeki (duit @ emas) dari alam ghaib (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=243657)

JAYPB 25-12-2012 09:34 PM

sekadar nak berkongsi dgn warga cg..dulu aku memang tak percaya...awal bulan 12 kawan aku ajak pi jumpa tok guru ni..kwsn negeri kelantan...barang yg kami bawa memang kebal..potong rambut pun tak putus...tapi bila sampai ketangan tok guru ni barang tu jadi lemah sebab kami test banyak kali potong rambut...depan mata aku duit tu turun dari atas masa tok guru tu "tepuk"..ada duit rm1..rm5..rm10..tapi sikit ler duit tu turun...anggaran aku dlm rm5k kut..tapi kami kena sedekah kat masjid atau rumah2 anak yatim separuh..kami dapat sikit ajer...

sekadar nak berkongsi..kalau nk percaya..percayalah...kalau tak pun tak ada masalah...
bagi aku...aku tetp akan berusaha mencari "barang Kebal" .....

woksir 25-12-2012 10:14 PM

ada...
syirik @ tak ... dinilai oleh individu...:-?

perantara di beri upah setelah menjalankan tugas...
(contoh nyata:- ada kerja ada $.. xde kerja xde $..:D)
cth.. Zafron... dr turkey.. 30K+/botol

xde perjanjian ...
yg paling penting
segala gerak geri mistilah HALUS dalam HALUS...#:-S

hairy84 25-12-2012 10:42 PM

Quote:

Originally Posted by mistikustik (Post 15594973)
Salam. Sebenarnya bukan tarik duit, tapi mendapatkan rezeki dari alam ghaib. Kaedahnya adalah menggunakan khadam atau jin yang terdapat pada batu-batu berkhadam atau keris. Khadam ni pula diperintahkan untuk mengambil duit dari Bank Alam Ghaib dan bukannya duit orang di alam nyata ini. Jika duit di alam nyata, tu dah mencuri namanya.

Duit di alam ghaib ni boleh di dapati juga dengan mengadakan pertunjukkan oleh guru-guru yang mahir. Contohnya buyung tembaga, keris bergerak atau sebagainya. Apabila guru ini berzikir, buyung, keris atau objek yang dijadikan bahan tontonan itu akan menjadi bahan tarikan di alam ghaib. Apabila menjadi tarikan, pihak jin atau khadam akan membayar pertunjukkan tersebut dengan buit yang di ambil dari bank alam ghaib. Apabila pembayaran telah dibuat, duit tersebut akan muncul di dalam bentuk zarah dan hadir di hadapan guru. Jadi ia bukanlah duit yang diambil dari duit orang di alam nyata ini.

lain mcm bunyinyee...:-?:-?

kopiais 25-12-2012 10:47 PM

ramai nak jadi kaya tp bukan senang nak senang..duit yg dapat dengan cara mudah ni cepat je abis

norton30 25-12-2012 11:12 PM

ada jgk dgr...tp xtau betul x..kate kena ada brg lama syarat die..

azzam 27-12-2012 12:33 AM

Quote:

Originally Posted by JAYPB (Post 15600564)
sekadar nak berkongsi dgn warga cg..dulu aku memang tak percaya...awal bulan 12 kawan aku ajak pi jumpa tok guru ni..kwsn negeri kelantan...barang yg kami bawa memang kebal..potong rambut pun tak putus...tapi bila sampai ketangan tok guru ni barang tu jadi lemah sebab kami test banyak kali potong rambut...depan mata aku duit tu turun dari atas masa tok guru tu "tepuk"..ada duit rm1..rm5..rm10..tapi sikit ler duit tu turun...anggaran aku dlm rm5k kut..tapi kami kena sedekah kat masjid atau rumah2 anak yatim separuh..kami dapat sikit ajer...

sekadar nak berkongsi..kalau nk percaya..percayalah...kalau tak pun tak ada masalah...
bagi aku...aku tetp akan berusaha mencari "barang Kebal" .....

geliga buluh kebal kulit sahaja bole ke wat tarik duit... saje bertanya sebb ada kawan yg dah lama dok pujuk nak pinjam brg ni dari aku...

mistikustik 27-12-2012 11:25 AM

Salam Sejahtera. Terdapat barang-barang yang tidak berkhadam yang boleh dijadikan sebagai 'punca' atau 'denak' untuk mendatangkan rezeki. Barang-barang ini tidak perlu kebal umum atau tembus pandang. Ianya juga tidak perlu dimaharkan kepada sesiapa tetapi masih menjadi milik tuan punya barang. Barang-barang tersebut adalah seperti berikut:

Buyung/Pasu Tembaga: Buyung/pasu yang tidak berkaki, bermuncung tinggi bermulut sebesar 50sen. Mestilah satu elemen sahaja (tanpa sebarang cantuman) dan tidak bocor. Sila lihat contoh di sebelah ini.

Lebar muncung hingga ke leher buyung mestilah sama besar atau semakin membesar bila menghampiri badan buyung. Saiz tidak spesifik dan sekiranya ada, sila email gambar kepada saya.
http://2.bp.blogspot.com/-M6jg_fJP6C...gilustrasi.jpg
sila klik link saya untuk ketahui lebih banyak lagi barangan yang tidak berkhadam yang boleh dijadikan punca rezeki di alam ghaib.

k_a_a 27-12-2012 05:53 PM

Teman sekadar nak kongsi kisah nabi Sulaiman, moga2 kita renungkan dan dpt berfikir.. apabila nabi Sulaiman nak bawakan istana Ratu Balqis, jin pun kata dia boleh bawa dgn sekelip mata, tapi ada orang warak dia kata, dia boleh bawakan istana tersebut dgn berdoa kpd Allah, lalu nabi Sulaiman memilih orang warak tersebut, dgn doanya dimakbulkan Allah, istana tersebut dipindahkan ke Baitulmaqdis, lalu org warak itu berkata "ini adalah anugerah Allah", makin merendah dirinya...

Surah al-Naml ayat 38-41:

قَالَ يَا أَيُّهَا الْمَلأ أَيُّكُمْ يَأْتِينِي بِعَرْشِهَا قَبْلَ أَنْ يَأْتُونِي مُسْلِمِينَ (٣٨) قَالَ عِفْريتٌ مِنَ الْجِنِّ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَنْ تَقُومَ مِنْ مَقَامِكَ وَإِنِّي عَلَيْهِ لَقَوِيٌّ أَمِينٌ (٣٩) قَالَ الَّذِي عِنْدَهُ عِلْمٌ مِنَ الْكِتَابِ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَنْ يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ فَلَمَّا رَآهُ مُسْتَقِرًّا عِنْدَهُ قَالَ هَذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ وَمَنْ شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ (٤٠) قَالَ نَكِّرُوا لَهَا عَرْشَهَا نَنْظُرْ أَتَهْتَدِي أَمْ تَكُونُ مِنَ الَّذِينَ لا يَهْتَدُونَ (٤١)

Ertinya: Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): “Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu Yang dapat membawa kepadaKu singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku Dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?” ۝berkatalah Ifrit dari golongan jin: “Aku akan membawakannya kepadamu sebelum Engkau bangun dari tempat dudukmu, dan Sesungguhnya Aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah”. ۝ berkata pula seorang Yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: “Aku akan membawakannya kepadamu Dalam sekelip mata!” setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisiNya, berkatalah ia: “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku Adakah Aku bersyukur atau Aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. dan (sebenarnya) sesiapa Yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa Yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana Sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”. ۝ Nabi Sulaiman berkata pula (kepada orang-orangnya): “Ubahkanlah keadaan singgahsananya itu, supaya kita melihat Adakah ia dapat mencapai pengetahuan Yang sebenar (untuk mengenal singgahsananya itu) atau ia termasuk Dalam golongan Yang tidak dapat mencapai pengetahuan Yang demikian”.۝

mintalah padaNya, jgn pd jin.. jadilah manusia yg bertaqwa dan sentiasa bersyukur dgn pemberianNya serta redha kpd segala dugaanNya.. mintalah agar anda dpt melalui dugaanNya dgn baik dan anda semakin dekat dgnNya melalui dugaan2Nya dan tidak semakin menjauhiNya apabila diduga...

JAYPB 28-12-2012 01:40 AM

Quote:

Originally Posted by azzam (Post 15616480)
geliga buluh kebal kulit sahaja bole ke wat tarik duit... saje bertanya sebb ada kawan yg dah lama dok pujuk nak pinjam brg ni dari aku...

bro..call/sms saya.....

nutra 07-04-2014 08:49 AM

As salam.. nak tny.. apa benda kedondong kaabah ye.. cube tgk link ni.. betul ke semua barang2 dlm web tu n fungsi nye.. ada ke sapa2 yg pernah beli atau terkena..

http://tarikduitbunian2.m.webs.com


All times are GMT +8. The time now is 10:00 AM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.