![]() |
Perbezaan Samak dan Sertu.
Assalamualaikum semua warga CG.
Thread ni hanya nak share pemahaman saya tentang pengertian antara samak dan sertu.. ramai antara kita yang confuse antara samak dan juga sertu.. ada antara kita yang ingat kalau tersentuh najis mughalazah (anjing atau b@bi) kena samak.. kat bawah ni saya sertakan pengertian samak dan sertu.. kalau ada tersilap, tolong betulkan saya.. SAMAK 1. Samak ialah menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam (peluntur) seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya. 2. Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua kekotoran dan lendir yang mengandungi kuman*kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut. Sabda Rasulullah S.A.W.: Maksudnya: Setiap kulit yang disamak menjadi bersih. (Riwayat Muslim) SERTU 1. Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu anjing, b@bi dan keturunannya. 2. Najis Mughalazah hendaklah disuci dengan membasuhnya menggunakan air mutlak sebanyak enam kali dan satu kali dengan air tanah. 3. Menyucikan najis mughalazah dengan mengguna*kan tanah bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada badan binatang najis mughalazah. Mengikut ilmu kedoktoran, kuman-kuman penyakit yang terdapat pada najis mughalazah tidak dapat disucikan melainkan dengan menggunakan tanah. sumber: http://nun-wau-ro.blogspot.com/2011/...dan-sertu.html :) |
ty.
aku pon prnh dbritahu.. tp kdg2 ade ustaz sndri ckp sucikn dri = samak.. lupe plak bile.. |
Quote:
kengkadang ada lak cakap, kalau tersentuh anjing nanti kena samak.. |
nice sharing.. ^^
|
baru jap tadi kat opis, ada akak tu borak, kalau pegang anjing kena samak.. aku terangkan pasal pengertian samak dan seru ni baru dia faham..
|
perbezaan dari segi pemahaman.....
|
nie masalah nie..sb sertu tu yg dipanggil samak selama nie
|
video cara2 menyucikan najis (termasuk sertu untuk najiz mughallazah)
http://www.youtube.com/watch?v=-kkazquuzCI |
|
ni baru aku tahu perkataan 'sertu'..selama ni tau samak je
rupa2nya samak yg difahami slama ni adalah sertu.. |
pada aku..selama nie walaupun istilah 'samak' diguna pakai apabila
kita terkena najis mugholazah, tetapi ianya tetap mewakili cara pembersihan 'sertu'..jadi aku rasa kesalahan yg timbul cumelah kesalahan penggunaan istilah bahasa melayu yg merujuk cara penyucian apabila terkena najis mugholazah ataupun menyucikan kulit binatang yg ingin digunakan sebagai pakaian, perhiasan dll..apa2 pun..terima kasih kepada TT kerana mmperbetulkan penggunaan istilah & menerangkan kaifiyat 'sertu' dan 'samak'..:) |
| All times are GMT +8. The time now is 03:21 PM. |
Copyright ©2000 - 2013, Jelsoft Enterprises Ltd.