CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Seram, Misteri, Hantu, Ngeri, Pelik (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=99)
-   -   Bersetubuh Dengan Jin?? (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=22898)

the_smith 11-01-2012 03:33 PM

Quote:

Originally Posted by braintrust (Post 11879212)
jahat tul ko nih
:eek::eek::eek:

tu dia gali brg purba...:eek:

TT 11-01-2012 03:35 PM

ade ke kes jin ppuan dtg tindih laki?

klo ade msti laki tu senyap2 punye

mane ade nk kecoh mcm ppuan hahaha

Baby 11-01-2012 03:41 PM

mmm.. slalunyer Jin Asyik la suker romen2 bini org aa... kalo selain dari tue.. haku tk pasti lak.. :))

aaa...meh2 nak taruh utk korang lelaki2 yg teruja sgt nak kenalan ngan jin betina neh.. >:)miang ekkk korang neh.. :)paid


Apabila seseorang manusia lelaki itu dicintai jin betina maka ia ada beberapa tanda:


1. Anda akan mempunyai sikap seperti seorang wanita seperti sangat kuat emosi seperti pemarah, kuat merajuk, sangat pemalu, mudah panik atau gelabah, putus asa dan sebagainya.

2. Anda sangat suka menyendiri, sangat tak selesa berada di khlayak ramai, apalagi kalau menjadi tumpuan ramai dan anda mungkin dapat perhatikan sekurang-kurang jari anda akan menggeletar atau mungkin diri anda sepenuhnya panik dan menggeletar.

3. Anda suka melamun dan berkhayal membayangkan perkara-perkara romantik contohnya berasamara atau 'berkasih-kasihan' dengan wanita (siapa saja wanitanya samada sesorang yang anda kenal, pernah lihat atau anda cipta sendiri orangnya)

3. Anda suka bersendirian berjalan malam.

4. Anda suka duduk melamun dan melayan perasan dibawah cahaya bulan purnama.

5. Anda sering merasa gembira, sedih, sayu, atau rindu, pada seseorang yang anda sendiri tak tahu pada siapa.

Nota

Semua faktor di atas boleh jadi sederhana atau sangat kuat menguasai diri anda bergantung kepada sejauh mana angin bisa atau malah jin itu sendiri masuk ke dalam jasad anda, terutamanya pada bahagian kepala.

Begitu juga ia bergantung kepada kekuatan dan perangai jin betina itu sendiri, di mana kalau ianya sering datang menziarahi atau mengikut anda ke mana saja anda pergi, maka kesan gangguan itu akan anda rasa pada banyak masa, tak kira siang atau malam.

6. Anda mudah jatuh hati atau jatuh cinta pada mana-mana wanita, samada yang dah lama atau baru anda kenal malah mungkin yang anda nampak di tengah jalan sekali nampak saja anda akan ingat atau terbayang-bayang orangnya dengan perasaan yang penuh rasa rindu dan cinta.

7. Anda mungkin selalu didatangi perempuan yang anda kenal atau tidak, perempuan yang sama atau berganti-ganti pada masa mula terlelap atau ditengah malam dalam keadaan antara tidur dan jaga.

Kemudian apa saja boleh jadi, mungkin sekadar datang, atau berasmara dengan anda, atau lebih...

8. Anda mungkin sering bermimpi didatangi dan berasmara dengan perempuan.

Dan kalau anda sampai melakukan hubungan jenis dengannya maka ia sangat bahaya, kerana mimpi pada anda, tapi alam nyata baginya ia mungkin ketagih atau menjadi sangat sayang, dan akan terus menjaga anda dengan ketat.

Malah ia akan menjadi lebih berat, bila anda ada anak dengannya di alam jin itu, anda mungkin nampak anak itu dalam mimpi anda, Wallahua'lam.

(Risikonya kalau cuba dipisahkan anda mungkin akan menghampiri, atau jadi gila, atau mungkin melakukan sesuatu yang di luar dugaan dari sebab tekanan angin bisa atau dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.)

9. Pada gangguan yang lebih teruk, jin itu menjelma di hadapan anda seperti manusia, maka anda rasa berhubungan dengannya itu adalah di alam nyata.

Biasanya pada tahap gangguan kuat peringkat ini, sesorang itu sentiasa menyendiri atau mengasingkan diri agar sentiasa dapat bersama dengan 'kekasihnya' itu dan selalu bercakap sendirian sedangkan pada pandangannya ada temannya.

Ia terutamanya kalau jin itu adalah jin hutan dan seseorang itu sentiasa berada pada tempat yang tiada manusia seperti dalam hutan atau rumah-rumah terpencil dan sebagainya.

10. Anda mungkin bangun pagi dan terasa seperti ada orang menemani anda tidur semalamnya dan anda mungkin merasakan orang itu seorang perempuan.

11. Anda mungkin bangun pagi dan merasa ada melakukan hubungan badan semalamnya, walaupun anda mungkin tidur seorang diri.

12. Mungkin pada wajah anda ada cahaya lembut, iaitu suatu aura dari makhluk halus itu dan mungkin menjadi pelembut hati orang yang memandang anda, seperti mereka itu sedang memandang seorang wanita cantik yang penuh kelembutan.

Kecuali kalau jin itu marah, atau tak puas hati dengan anda terutama kalau amalan pendinding anda mula memberi kesan kepadanya, maka cahaya lembut itu akan hilang dan bertukar kepada cahaya wajah 'mendung' atau gelap seperti orang yang sedang marah.

13. Kalau gangguan lebih berat, anda mungkin akan mengalami rasukan oleh 'awek' anda tersebut.

14. Anda mungkin selalu terasa seperti ada orang mengekori anda ke mana-mana.

15. Orang lain mungkin nampak bayangan hitam atau wanita yang selalu menemani anda.

Biasanya ia boleh dilihat dari jarak jauh tapi bila dah dekat, tak ada pula 'orangnya'.

16. Kalau anda terkena jin yang kuat cemburu, nescaya ia akan menghalang anda dari berkahwin, kerana tak mahu berkongsi kekasihnya.

17. Kalau dapat kahwin tapi jin itu belum terlepas gangguannya, mungkin rumahtangga anda selalu jadi 'perang saudara laki bini', anda berlaku curang, tak peduli atau tak suka mendekati isteri, cemburu atau marah tak tentu pasal dan sebagainya.

Soalnya selagi jin itu belum berpuas hati ia akan terus menghasut dan berusaha memporak porandakan rumahtangga anda, kalau boleh biar bercerai agar anda akan menjadi miliknya seekor.

18. Nafsu anda naik tak tentu masa dan tak ada sebarang sebab munasabah dan tak mustahil kalau isteri 'berhalangan', anda guna atau cari jalan lain termasuk cara yang tak senonoh, kecuali kalau anda seorang yang berilmu dan kuat iman.

Malah ia boleh jadi antara faktor penyebab seseorang itu melakukan keganasan seks, termasuk merogol, terutamanya kalau jin betina itu gila seks kerana ia akan dapat ikut serta.

19. Kalau dapat anak, maka tak pula mustahil antara anak-anak itu yang didatangi jin betina pada mana-mana cara seperti bapanya juga terutama bagi anak-anak lelaki.

...dan sebagainya...

Adapun cinta itu boleh jadi cinta sama cinta, cinta sama paksa, atau cinta sama tak tau, iaitu anda tak sedar menjadi pujaan jin betina.

Biasanya lelaki yang dicintai jin betina itu akan mengalami gejala gangguan pada bahagian dada dan kepala.

Wallahua'lam

witchdoc 11-01-2012 03:44 PM

jin pompuan muke cantek xpe,
kalo cam langsuir ngan pontianak camner, kih2

Baby 11-01-2012 03:45 PM

Baeklah.... bagi tidak menghampakan kaum hawa di luar saner.. sila take noted hokeh.. L-)


MENGENAL GANGGUAN...12 Tanda Wanita Di Cintai Jin..
Iaitu tanda-tanda seseorang wanita manusia yang
dicintai jin jantan...

Gejala-gejalanya :

1.Wanita itu selalu bermimpi berjumpa lelaki...
samada lelaki yang sama...atau silih berganti...
samada yang di kenalinya ataupun lelaki asing...

...bagaimanapun ia mempunyai ciri-ciri yang
sama iaitu semuanya ' hensom ' dan menawan
hati...

...kadang-kadang hanya saling berpandangan...
seperti orang yang baru mula berkenalan dan
bercinta...

...atau kadang-kadang ada juga hingga ke tahap
melakukan hubungan badan...

...tapi ada juga keadaannya...bukan lelaki ' hensom '
sebaliknya makhluk-makhluk ganjil yang menakut-
kan...

...ia bergantung kepada keadaan...dan jin bagaimana
yang mengganggu...

2.Jika jin jantan itu saka keturunan...
biasanya seseorang wanita itu akan bermimpi lelaki
sejak dari kanak-kanaknya lagi...

...untuk rawatan...
wanita ini juga perlu beramal sendiri...
...kerana biasanya jin itu sangat degil...dan 'cintanya'
sampai ke mati...


3.Kadang-kadang ia didatangi makhluk ganjil...orang
asing...atau seperti rupa suaminya sendiri pada alam
antara tidur dan jaga...

...kadang-kadang hanya didatangi...atau mungkin di-
ganggu...atau buat hubungan badan sukarela...atau
mungkin wanita itu diperkosa...

4.Kadang-kadang ia merasa ada sesuatu bergerak di-
dalam saluran sulitnya...gatal atau hingga menimbul-
kan rasa birahi yang memuncak...

...ini salah satu sebab utama wanita jenis ini sangat
cenderung berbuat hubungan merata-rata tanpa
mengenal batas...

...iaitu ia sering merasa bernafsu tiba-tiba tanpa
sebab...

...dari satu segi...
ia adalah wanita manusia yang teraniaya oleh
kejahatan jin...
dan kadang-kadang di luar kawalan...

...dan rahsia utamanya...iaitu kerana jin itu turut
serta dalam hubungan badan dengan wanita tersebut.

5.Selalu atau kadang-kadang ia mengalami sakit pada
bahagian kepala...

6.Ia mudah jatuh hati kepada mana-mana lelaki...
walaupun ia telah bersuami..

...dan besar kecenderungannya berlaku curang
terhadap pasangannya...

...ia ada daya penarik tersendiri...terutama kepada
lelaki yang ada gangguan jin dalam dirinya...

7.selalu atau kadang-kadang sukar tidur di waktu
malam...

...dan siangnya ia sering merasa lemas badan...

8.Selalu atau kadang-kadang ia dapat merasa sesuatu
yang aneh masuk ke dalam tubuhnya...

9.Selalu atau kadang-kadang terbayang suatu
lembaga ganjil atau bayangan lelaki memerhatikan-
nya dari mana-mana...

10.Sukar mengerjakan solat...ada-ada saja halangan-
nya termasuk menunda-nunda hingga terlewat
masa...

11.Sering merasa lemas badan seolah-olah sangat
letih tanpa sebab munasabah.

12.Kadang-kadang di antara tidur dan jaga...ia di-
datangi makhluk menyerupai suami...atau orang
lain...atau makhluk aneh yang mengganggu atau
menyetubuhinya.

Nota :

1.Kadang-kadang ia berlaku apabila suami atau
pasangannya ada jin jantan dalam badan...
samada kerana saka...menuntut ilmu...menyimpan
tangkal dan sebagainya...

...apabila ia melakukan hubungan badan...jin tersebut
itu turut sama samada sengaja atau tidak...
maka jin itu mula ketagih dan buat 'kerja sendiri'
tanpa kawalan tuannya...

...itu antara seburuk-buruk akibat berdamping dengan
jin walau apa pun caranya...

2.Wanita yang ada gangguan ini...
kadang-kadang masa bercinta semuanya indah...
tapi setelah berkahwin jin jantan itu cuba menghancurkan
rumah tangganya kerana takut atau benci...
atau cemburu pada si suami yang...

...tapi kalau sekedar membuat hubungan tanpa ikatan...
jin itu suka...kerana ia haram...dan tiada ikatan yang
mengganggunya...

3.Bagi yang sudah bersuami...
kecenderungannya berlaku curang sangat besar...
dari sebab hasutan jin...

...ia masih mudah jatuh cinta kepada sesiapa saja...
terutama lelaki yang didampingi jin betina...

...malah kadang-kadang lelaki tersebut akan merasa
kemahuan yang sangat hebat untuk merampas wanita
itu dari suaminya yang halal...
juga dari sebab hasutan jin betina...

...kalau ia terlepas dari hasutan jin betina itu...
nescaya tak ada padanya perasaan nak berbuat jahat
pada wanita tadi...

wallahu a'lam.

Baby 11-01-2012 03:47 PM

Quote:

Originally Posted by witchdoc (Post 11879343)
jin pompuan muke cantek xpe,
kalo cam langsuir ngan pontianak camner, kih2

#:-S sedia paku siap2 la bro..cucuk dia punyer tengkok... :D

Baby 11-01-2012 03:48 PM

#:-S motif haku tibe2 aktif kat thread neh ngan CG harineh? Urghhh! @-)

TT 11-01-2012 03:49 PM

Quote:

9. Pada gangguan yang lebih teruk, jin itu menjelma di hadapan anda seperti manusia, maka anda rasa berhubungan dengannya itu adalah di alam nyata.
no..no..no

ni bukan teruk..ni heaven hahha

Baby 11-01-2012 03:54 PM

Quote:

Originally Posted by baru nak belajar (Post 11879387)
no..no..no

ni bukan teruk..ni heaven hahha

:)) ko mmg tahap miang dh neh bro... :o wakakaka! :eek:

Baby 11-01-2012 03:59 PM


Jin Asyik pulak bila dah dapat sekali nak lagi...sedap.
Tapi yang menanggungnya siapa ? Larat kita manusia nak merasa sampai bila-bila ?
Takkan tak ada kaedah untuk menghalangnya ?
Atau pun kita memang tak mau menghalanginya daripada mendatangi kita semula ?

Tepuk dada tanya selera...terpulang pada diri masing-masing.
Kaedah benteng diri kena ada dalam diri masing-masing, terutamanya perempuan.

Apa yang Nabi s.a.w sarankan adalah sebelum tidur :
1. Berwuduk sebelum tidur
2. Membaca Ayatul Qursi ( Ada Hadis )
3. Membaca 2 Ayat terakhir daripada Surah Al-Baqarah ( Ada Hadis )
4. Membaca 4Qul, selesai baca tiup pada tapak tangan dan sapu seluruh badan ( Ada Hadis )
5. Tutup le aurat

Doa sebelum tidur, dan ayat-ayat Al-Quran yang lain yang mampu kita baca, hafal dan amal.
Ini perlukan inisiatif pada diri masing-masing, mau atau tak mau...
Ikut kemampuan pada diri masing-masing. Yang penting DOA kita kepada Allah...

Satu lagi nak tambah...Jin benci pada bau yang wangi-wangi.
So orang perempuan, faham-faham je lah...kalau dapat cari minyak Attar Kasturi
Yang hitam untuk lelaki, yang putih untuk perempuan. Tak jumpa putih yang hitam pun berguna.
Carilah sapa-sapa yang boleh bacakan ayat-ayat Al-Quran pada minyak tu, paling tidak ikut ayat yang diatas.
Bila nak tidur, calit kat badan biar berbau...jgn kita yang termuntah dah le...sapu kat bahagian bawah pusat sikit.

~KREDIT TO FORUM SEBELAH.. :P


All times are GMT +8. The time now is 12:13 PM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.