CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Seram, Misteri, Hantu, Ngeri, Pelik (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=99)
-   -   Doa ismul a`dzam (Aplikasi Doa IA didalam rawatan sihir,saka,gangguan dan lain lain) (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=224559)

PUTERAZS 08-06-2011 09:03 AM

Kelebihan kasturi putih atau kasturi asli
 
Di sebut di dalam Al-Quran
- Tanah-tanah di syurga dijadikan dari KASTURI

Juga Dikatakan badan Rasulullah S.A.W sentiasa berbau wangi KASTURI dengan semulajadi. Dengan itu baginda tidak dihinggapi nyamuk atau lalat. (Riwayat Al-Bukhari-Muslim)

Sunnah Rasul-Rasul
Diriwayatkan oleh Al-Tirmizi daripada Abu Ayub r.a daripada Nabi S.A.W maksudnya "Empat perkara daripada sunnah Rasul-rasul iaitu:- malu,berwangi-wangian, siwak dan nikah" (Hadis Hassan)

Minyak Wangi Kasturi Kesukaan Nabi S.A.W
Di riwayatkan oleh Muslim sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda maksudnya " KAsturi adalah minyak wangi yang paling baik sekali".

Di riwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Aishah r.anha katanya" Aku telah menyapu minyak wangi kepada Nabi S.A.W dengan minyak wangi sehingga aku dapati bau dan kesan minyak wangi di kepala dan janggutnya ".

KHASIAT DAN KELEBIHAN MINYAK WANGI KASTURI

1. Disapukan kepada badan terutama diantara nadi2 tangan dan leher, Insyaallah dilindungi dari nyamuk dan lalat. Kepada anak2 kecil/kepada org dewasa sapukan kan badan dijauhkan daripada nyamuk2 terutama nyamuk aedes/denggi dengan Izin Allah.

2. Boleh sapukan di sendi2 yang sakit terutama golongan warga emas Insyaallah boleh juga dijadikan minyak urut dan uluran bagi baby baru lahir.

3. Disapukan kepada badan terutama diantara nadi2 tangan dan leher dan dalam penggunaan yg kerap dan istiqomah, Insyaallah dapat menghindari dari angin Ahmar dengan Izin Allah.

4. Disapukan kepada badan terutama diantara nadi2 tangan dan leher, Insyaallah dapat mengelak dari pukau atau kiriman sihir baik untuk semua golongan yg sentisa berkerja dan berjawatan tinggi,pekerjaan yg selalu berjumpa dengan manusia,dan sesiapa sahaja dengan Izin Allah.

5. Disapukan kepada badan terutama diantara nadi2 tangan dan leher ketika sebelum tidur, Insyaallah memudahkan tidur bagi yg sukar untuk tidur.

6. Disapukan kepada badan terutama diantara nadi2 tangan dan leher, Insyaallah menghilangkan debaran jantung dan menghilangkan sesak nafas bagi sesiapa yg selalu berkerja berhadapan dengan ramai orang atau sebelum memberi ucapan2 penting dihadapan ramai orang atau tidak tahu punca sering berlaku selepas waktu asar atau bila2 shj.

7. Perlu ada satu didalam kereta, untuk disapukan kepada badan terutama diantara nadi2 tangan dan leher atau letakkan sahaja botol minyak wangi disebelah aircond sebelum memandu atau menaiki kenderaan2 awam, Insyaallah tenang dalam pemanduan bebas dari gguan2 dengan izin Allah.

8. Perlu ada satu didalam rumah atau bilik tidur atau tempat bekerja,botol minyak wangi kasturi sentiasa ada atau di sapukan sedikit di mana bahagian rumah/bilik/tempat kerja untuk mendatang kan aroma ketenangan Insyaallah.

9. Dan macam2 lagi kelebihannya dalam Istiqomah mengamalkannya. Dan yg terpenting menarik rahmat ALLAH SWT kerana mengamalkan salah satu sunnah nabi S.A.W di zaman fasyak dan mungkar. dan kelebihannya ... 100 orang, pahala mati shahid Insyaallah amin.

PUTERAZS 08-06-2011 09:08 AM

Diantra kelebihan-kelebihan lain Kasturi
 
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat, antaranya:-
1) Memberi kekuatan pada roh Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW: “Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)
2) Menenangkan Jiwa
3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
5) Menghilangkan debaran jantung
6) Menghilangkan Sesak Nafas
7) Melegakan Lelah (Asma)
8] Menyedarkan orang yang pengsan
9) Memperkuatkan organ luaran tubuh
10) Memperkuatkan organ dalaman tubuh
11) Menghilangkan rasa gementar
12) Menghilangkan sejuk tubuh
13) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
14) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
16) menjernihkan mata putih pada mata
17) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
18] Mencegah wabak penyakit
19) Melanjutkan usia
20) Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya. Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (spt kasturi).

PUTERAZS 08-06-2011 09:26 AM

Kelebihan lain
 
KELEBIHAN KASTURI PUTIH SPECIAL

MERUPAKAN MINYAK WANGI YANG MEMPUNYAI HARUMAN YANG LEMBUT DAN MENYEGARKAN.

MEMBANTU DALAM MERAWAT MASALAH KEPUTIHAN UNTUK WANITA dan juga boleh bertindak sebagai pembangkit selesa/ghairah isteri: Cara aplikasinya dengan meletakkan satu atau dua titik di jari telunjuk kiri dan masukkan ke dalam faraj, ulangi pagi dan malam selama 3 hari, insyaallah dengan izin-Nya anda akan merasa kesannya.

MEMBANTU AGAR KAUM ADAM DAPAT BERTAHAN LEBIH LAMA DALAM MEMBUAT HUBUNGAN SUAMI ISTERI. : Cara aplikasinya dengan menyapu 1 ke 2 titik di bhg. zakar dan ratakan keseluruh bahagian ( 1 menara) , biarkan seketika, +-20minit, kemudian basuh sehingga bersih.

MENGHINDARKAN PENYAKIT ANGIN AHMAR JIKA DIAMALKAN PEMAKAIANNYA SEBAGAI MINYAK WANGI.
MERAWAT MASALAH JERAWAT.

"Firman ALLAH yang maksudnya, : tanah di syurga dijadikan daripada KASTURI, juga dikatakan tubuh Rasulullah s.a.w sentiasa berbau haruman KASTURI dengan semulajadinya, dengan itu beliau tidak dihinggapi nyamuk dan lalat."

KASTURI MEMBERI KEKUATAN KEPADA ROH.
JIKA ANDA MENGHADAPI MASALAH SESAK NAFAS, SELSEMA, RESDUNG , HIDULAH BAU KASTURI. INSHAALAH MELEGAKAN.
"JIN KAFIR DAN JUGA SYAITAN TIDAK SUKA KEPADA WANGIAN TERUTAMA SEKALI BAU HARUMAN ATAU WANGIAN SEPERTI GAHARU, ZAAFARAN DAN JUGA KASTURI"

KEPADA TUAN/PUAN YANG BERHAJAT
NAK MENDAPATKAN BEKALAN KASTURI PUTIH
ASLI

Sila lawati :-

http://www.carigold.com/portal/forum...d.php?t=239690

Ini kerana saya juga banyak menggunakan kasturi sebagai asas rawatan seharian :)

Insyaallah amin

PUTERAZS 08-06-2011 11:27 AM

Assalamualaikum tuan
 
1 Attachment(s)
Quote:

Originally Posted by imatnor (Post 9754555)
Assalammualaikum TT dan semua..

Minta pencerahan sesiapa yg sempurna penerawangan utk memberi pendapat mahupun ulasan ttg MG (mahkluk ghaib) yg terdapat dalam botol tsbt.:-?
p/s: Ini adalah latihan penarikan MG secara jarak jauh. Tuan2 boleh komen terus dlm forum ni atau PM saya. Saya masih dlm proses pembelajaran dn perlukan bimbingan..

Ok TT satu lagi persoalan..MG yg kita tangkap dn masukkan ke dlm botol dan tlh dimusnahkan secara jurus 99..adakah perlu kita "kirimkan" lagi ke laut merah ataupun segitiga bermuda..? Adakah bekas botol tsbt boleh diguna pakai semula..? bukan apa, manalah tahu kemungkinan ada MG yg ditangkap dilain masa..tak perlulah tercari cari botol lagi:D:D

Alhamdulillah dan terima kasih.:)
Wallahua'alam.


Assalamualaikum ..tuan...Alhamdulillah ... memang ada MG didalam botol...tetapi agak agresif sebelum di hantar dan dihancurkan...

Ya untuk MG yg sudah di hancurkan didalam alam kita ...perlu kita hantar ke laut merah untuk lebih baik keadaannya...

Untuk botol yg sudah digunakan ..untuk proses penarikan MG negetif ... boleh disimpan... tetapi tidak digalak an digunakan utk minuman... terbaik gunakan botol kaca...jernih :)

Insyaallah ..berikan testimoni lagi ... ye saudara amin.:)

Semoga ianya bermenfaat bagi dan kita doakan sama2 supaya sahabat yg tuan tarik MG negetif tersebut dimudahkan ALLAH SWT sembuh dengan baik dan dapat beribadat kepada ALLAH SWT.amin

Green Apple 08-06-2011 02:40 PM

tt,kasturi ni bau seakan apa?limau kasturi ke?ade kuning,putih?

albagold99 08-06-2011 02:47 PM

mcm aku la, mek aku ade bli myk kasturi ni d satu tmpt, wrna kuning dgn wrna putih, tpi aku suke wrna kuning, lg sdp baunya...wrna putih lbih lmbut skit bau atau soft...aku pn tkdpt nk bygkn bau enak die persis apa..cuma apa yg blh aku ckp, mmg sedap bau myk wngi kasturi ni...tq TT krn explore n expose kt sni gak..hrp TT la dpt cerita perihal myk wngi kasturi lbih lnjut..tlpa nk ckp, myk ksturi bkn bau mcm limau kasturi...ehhehhe

Green Apple 08-06-2011 03:15 PM

aku selalu gak dengar orang tua2 cakap wangi macam kasturi..aku bayangkan macam bau limau @bau sejuk dingin.

Green Apple 08-06-2011 03:16 PM

minyak TT buat sendiri ke?abg angkat aku ade simpan rusa punye ape tah..dia cakap tuk buat minyak wangi

PUTERAZS 08-06-2011 03:28 PM

Assalamualaikum tuan
 
Quote:

Originally Posted by Green Apple (Post 9764063)
tt,kasturi ni bau seakan apa?limau kasturi ke?ade kuning,putih?

Assalamualaikum tuan...

Soalan yg sangat baik ...

Minyak wangi kasturi yang berwarna kuning kebiasaannya di import dari india...dan baunya agak keras...sedikit..

Minyak wangi kasturi yang berwarna putih ialah dari Arab saudi atau dubai...baunya agak lembut...sedikit...

Tentang baunya...tuan sendriri kena merasa baunya... tetapi hakikatnya wangi

Insyaallah tuan semoga menjawab soalan amin.

PUTERAZS 08-06-2011 03:29 PM

Assalamualaikum tuan
 
Quote:

Originally Posted by Green Apple (Post 9764510)
minyak TT buat sendiri ke?abg angkat aku ade simpan rusa punye ape tah..dia cakap tuk buat minyak wangi

Assalamualaikum ..tuan,

Minyak wangi saya dari dubai... kasturi putih... AL HARAMAIN.

:)


All times are GMT +8. The time now is 12:31 AM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.