CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Automotive (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=101)
-   -   grand livina vs avanza vs exora (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=221809)

qarzza 26-01-2012 01:17 PM

Quote:

Originally Posted by syahays (Post 11774519)
walaupon aku xsuka proton..
tp da tt bagi 3 kereta ni je sebagai pilihan..
aku vote exora..selesa...

hehe... aku letak pilihan berdasarkan harga je... kang kalau letak wish/stream,dah sah2 korg pilih ni aje...

aizatnaser 26-01-2012 01:25 PM

Grand Livinia ada masalah pada sistem air cond...Lg pun seat paling belakang biasanya air cond x sampai...Ramai yg sistem air cond leaking...kawan aku pun dah kene...Baik angkat Exora Bold...kalo yg dah pkai exora lama,redha je lah...nak masuk turbo after market memang lg murah & lg kuat...tp bape lama lak enjin standard 2 bley tahan...kalo bley comfirm enjin 2 tahan dalam min 8 tahun dgn turbo after market..silakan...

sharemalaysia 26-01-2012 02:00 PM

exora memang terbaik dari segi semua ciri yang TT nak.. cuma minyak dia takleh lawan grand levina la.. grand levina lagi jimat .. 1.6 punya.

pz obey 26-01-2012 02:41 PM

CVT proton pki 2 ok x..made in mn tu ek..

puyol 26-01-2012 03:27 PM

Quote:

Originally Posted by pz obey (Post 12028166)
CVT proton pki 2 ok x..made in mn tu ek..

Proton pakai CVT brand Punch. Made in China punya. Tapi company Punch ni dari Belgium.

bayangankelam 28-01-2012 02:58 AM

aku tgk avanza baru ni ok jgk..

qarzza 30-01-2012 10:30 AM

Quote:

Originally Posted by bayangankelam (Post 12047169)
aku tgk avanza baru ni ok jgk..

diam, exora gak aku nak! :)):)):))

sham6545 30-01-2012 10:56 AM

Exora terbaek!!!! You Will Be Amazed.... :D

munirahh88 30-01-2012 07:11 PM

wah2..banyak sokong avanza bold..auto je kan?

najibmisbah 30-01-2012 07:16 PM

exora le yop...
murah....
beli aje exora bold

balang 30-01-2012 11:00 PM

exora la, puas hati, besar gedabak, nampak gagah giler bai..cun pun cun..lagi2 yang bold tu..eh, exora bold 6 speed kan??rugi ko tak beli tt..aku aritu ingat nak angkat gak, tapi besar sangat..huhu..aku dalah kurus jeq orangnya..

azlalchedin 31-01-2012 12:55 AM

aku vote Exora ...
ruang besar - 8 ke 10 org boleh masuk .... (tengok saiz badan la juga)
minyak jimat - ipoh -> wang klian = rm80.00 je tapi guna ron95 la

bayangankelam 31-01-2012 11:57 PM

exora ni naik bukit mcm kura2 la......

malu kt kancil sebelah...

kaki lari 01-02-2012 03:29 AM

Exora best...
ruang dalaman beser..
save minyak...

jibam 02-02-2012 01:24 AM

aku baru angkat bold.. mcm best saja...

bwk 110km/j rpm baru 2200 saja...

alias 21-02-2012 05:38 PM

Quote:

Originally Posted by bayangankelam (Post 12089497)
exora ni naik bukit mcm kura2 la......

malu kt kancil sebelah...

saper kata bro?
dah pandu uji ke?
kalau dekadar rasa2 or pendapat bro saja xyah la...
bagi yang dah pandu..
exora BOLD terbaik!!! puas hati...

:)cgrock:)cgrock

alias 21-02-2012 05:46 PM

Quote:

Originally Posted by pz obey (Post 12028166)
CVT proton pki 2 ok x..made in mn tu ek..

tengok kat UTube bro

http://www.youtube.com/watch?v=9tzDg...eature=related

proton exora pun ada dalam video tu...

:)cgrock:)cgrock:)cgrock

hitman7 21-02-2012 06:06 PM

kalau Alza, mmg laju tetapi kecil terutamanya bahagian belakang, try cuba duduk sure kaki korang akan terangkat sedikit dan tak selesa.Bahagian bonet brg terlalu kecil sekiranya kerusi bahagian digunakan... bagi aku dia adlah Myvi yg dibesarkan belakangnya.

Livina - Bagus kalau pakai enjin 1.8 (enjin sebenarnya), tapi harga dia mahal lah sikit. Dari segi saiz plak besar sedikit jer dr Alza. Sebenar klau anda survey Nissan hanya keluarkan enjin 1.8 jer utk model Livina nie di jepun,Hong Kong dan negara lain. Tapi atas permintaan besar di M'sia yg nak enjin 1.6, sbab tuer dia keluar enjin 1.6 nie

2 tahun dulu saya pun macam anda, survey semua brand nie.. lastly pilih Exora kerana harga & space.
Mula-2 tue ramai cakap model Exora ini akan ada problem cam model sebelumnya, kuat minyaklah sebab body dia besar... tapi alhamdullilah selepas 2 tahun tiada sebarang kerosakan saya alami & saya tanya member-2 lain yg pakai mereka pun setuju. Dari segi minyak, Wira lama saya lebih kuat digunakan berbanding Exora..

Just share the Info.Selamat Memilih.. :)

mama ara 21-02-2012 06:09 PM

Quote:

Originally Posted by hafizan78 (Post 9124854)
Aku vote for Exora... Value for money and space dia besar... Quality dia ok...

saya sokong......:)cgrock:)cgrock

kai2020 21-02-2012 11:19 PM

Aku pki 1st batch exora, no plat BKK....., masa mula tu cam x konfiden je, mmg dh plan nk angkat mpv coz anak pn dh brtambah, brg pn byk, test drive livina, innova, avanza and last exora, ntah mcm mana hati terpaut.

Booking, lpas 3 bln baru dpt, kt atas jln x nmpk lg exora masa tu, tp lama2 dh mencanak2 ramai pki, mean klu dh ramai pki tu mmg sume puasati la :D

Sape kata exora underpower? ni umpama menuduh liwat tp xde bukti:D

bayangankelam 23-02-2012 04:34 PM

Quote:

Originally Posted by alias (Post 12316643)
saper kata bro?
dah pandu uji ke?
kalau dekadar rasa2 or pendapat bro saja xyah la...
bagi yang dah pandu..
exora BOLD terbaik!!! puas hati...

:)cgrock:)cgrock

maksud aku exora CPS..bapak aku pakai kereta ni. time tu aku duk seat ketiga. dlm kereta ada 8 org termasuk budak kecik sorang. naik bukit mcm kura2, malu kt kancil sebelah :">

kalau setakat bawak kereta ni dah selalu bro.. aku bukan omong2 kosong..

tp aku yakin, exora bold CFE yg baru ni lg power dari yg sebelum ni. yg ni aku dah pandu uji. ada kelainan skit dari yg CPS. tp cuma belum test naik bukit lg. exora bold CFE ni pun dalam perancangan untuk aku milikinya...

izogtr 26-02-2012 08:35 PM

Quote:

Originally Posted by bayangankelam (Post 12340324)

Bro..utk naik bukit..exora cps ni kena main rpm sikit..kerana enjin campro direka utk tork tinggi pada rpm tinggi...contoh kt bukit karak la..

sebelum naik bukit pastikan kereta dipandu lebih dari 100km/h( biasa aku wat 110km/h)..sampai je kt kaki bukit tukar gear ke gear 3..kat situ terus je tekan minyak..exora cps terus meluncur laju at 110km/h constant sampai atas bukit karak..aku mmg biasa buat camtu kt exora cps auto aku..
kalu setakat kancil tu, bertiang2 la kena tinggal..hehe

selamat mencuba

mydesk 26-02-2012 09:14 PM

Saya pilih Exora Bold... Trade in Honda City Vtec 2004...

Test drive kat Shah Alam, memang ok,selesa, pecutan pun ok...

Bab naik bukit tu kena ada skill sikit...

First car saya Iswara Aeroback 1.3 (full load) naik bukit Genting Highland siap cucuk honda CRV terhegeh2 naik bukit. Akhirnya honda CRV bagi laluan tak tahan kot kena cucuk...

Dah ada anak 4 dan baru seorg isteri, maka tak sesuailah pakai kereta lagi, kena pakai MPV 7 seaters pulak... :D

bayangankelam 26-02-2012 10:03 PM

Quote:

Originally Posted by izogtr (Post 12371762)
Bro..utk naik bukit..exora cps ni kena main rpm sikit..kerana enjin campro direka utk tork tinggi pada rpm tinggi...contoh kt bukit karak la..

sebelum naik bukit pastikan kereta dipandu lebih dari 100km/h( biasa aku wat 110km/h)..sampai je kt kaki bukit tukar gear ke gear 3..kat situ terus je tekan minyak..exora cps terus meluncur laju at 110km/h constant sampai atas bukit karak..aku mmg biasa buat camtu kt exora cps auto aku..
kalu setakat kancil tu, bertiang2 la kena tinggal..hehe

selamat mencuba

takpa la bro, bg aku exora cps kureng power skit sbb dh slalu bwk.
skang ni aku tgh target exora cfe ni. tk payah main skill2 tukar gear ni. setakat aku boleh la nak main tukar2 gear. kalau pompuan mcm bini aku ni susah skit nk main tukar2 gear..:)

wakson 12-03-2012 02:22 PM

Menunggu beberapa jamlagi untuk menjemput Exora Bold ku pulang...
Segala urusan telah selesai.

gt40solsol 14-03-2012 12:49 PM

Syabas bro.. review ikhlas dari saya..

telah diberi peluang testdrive utk weekend.. hehe. tgh malam bergerak dr shah alam ke guar chempedak, kedah. mileage dlm 450km. minyak full tank. load-2 dewasa, 4 kanak2. everage speed-110km/h guna autocruise shj sepanjang jalan. skali skala shj tekan smp 150km/h. sampai kampung minyak ada 3 bar lagi..uik.. okla. esoknya pak mertua test bawa gi skolah, xkomen ape2 pun (memang kurang sembang ngan pak mertua nih.. hehe). time nk balik kl isi 50 je, nk tgk smp mana dia bleh jalan sblum dia mntak isi lg. just over halftank petrol. load- 3 dewasa,4 kanak2. masuk tol sy maintain 110km/h autocruise. lepas je juru, saya start main speed. 140km/h maintain dlm 50km pastu 110 balik. takut speed camera. pastu sepanjang jalan sy on autocruise kat 130 dan slowdown cuma di area speed trap shj. smpai jejantas sg buloh, fuel warning menyala. topup 25hengget je sebab sok nk pulang blk dh. minyak naik 2 bar.. amik empty tank xkn pulang balik full tank kot, ye x? hehe. total perjalanan lebih kurang 450km jugak.. kesimpulan saya.. rating 1 to 5(poor to excellent)

pro - FC-4, kurang byk dr my naza ria dan lebih sket je dr my myvi.
- front view angle-4, ok for mpv.
- turning radius-4, dh hampir sama ngan myvi saya..
- ride n handling-5, speeding 150-170km/h masih stabil xde rasa takut. naik dan turun bukit kat terowong menora saya maintain 80-100km/h tanpa anak2 terjaga atau tercampak. wife pun xperasan dh over area tu sebab dia memang concern sket kalau lalu area situ( suka corner baring..hehe).
- passanger space-4, boleh dudukla 7 orang tanpa kaki terasa kejang.

con - 2nd n 3rd passanger seat-2, seat agak mendatar dan keras. 2nd seat xbleh slide. sukar bagi yg memasang childseat smpai 3,4 biji mcm saya. kaki anak yg duduk kt blakang skali akan tersepit bila duduk dlm seat masing2 dan seat tgh dibuka semula.
- cargo space-3, agak kecil jika seat blakang ada orang duduk. boleh letak 4,5 beg yg slim je.lebih kurang keluasan alza cuma lebar sket.
-rear view mirror-2, agak menghampakan bagi yg suka memandu waktu malam. silauan dr kenderaan blkang memang menyakitkan mata. biasanya kereta akan dilengkapi dgn toggle lever kat cermin tu bagi membiaskan cahaya dr blakang utk pemanduan malam. ntah kenapa fungsi asas cmni boleh ditiadakan. mungkin kerana faktor lcd yg menggantikan cermin tersebut tapi ia masih kurang mmbantu ketika parking.
- autocruise-3, cuma memenuhi keperluan kerana cruisingnya masih kurang lancar, terasa kereta terlalu tergesa2 utk mengekalkan kelajuan yg telah ditetapkan sehingga adakalanya sentakan jelas dirasai.
-engine braking-2, ketika menuruni bukit terpaksa menggunakan brake dgn lebih kerap kerana engine braking seolah2 lambat/delay walaupun gear ditukar ke posisi L.

yang lain2 fungsi rasanya biasa/ok. tiada isu yang ketara. kalau ada yg tertinggal, tolong tambah. kalau ada yg terasa, saya mintak maaf.. hehe.

Jadi pada pandangan saya, daripada 5 bintang, saya boleh bagi 4. saya tidak mewakili mana2 pihak kerana semua kos testdrive dibiayai sendiri dan tidak menerima sebarang hadiah mahupun imbuhan dalam komentar ini. Sekian.

kainlangsir 14-03-2012 12:57 PM

ok gak exora ne..kalo ada 1.8 mmg terangkat dah

zamreda 14-03-2012 01:08 PM

Quote:

Originally Posted by izogtr (Post 12371762)
Bro..utk naik bukit..exora cps ni kena main rpm sikit..kerana enjin campro direka utk tork tinggi pada rpm tinggi...contoh kt bukit karak la..

sebelum naik bukit pastikan kereta dipandu lebih dari 100km/h( biasa aku wat 110km/h)..sampai je kt kaki bukit tukar gear ke gear 3..kat situ terus je tekan minyak..exora cps terus meluncur laju at 110km/h constant sampai atas bukit karak..aku mmg biasa buat camtu kt exora cps auto aku..
kalu setakat kancil tu, bertiang2 la kena tinggal..hehe

selamat mencuba

yer tul...enjin akan menendang dlm 3k- 4 k rpm..masa tu campro cps power..:)paid:)paid

butterfingers 14-03-2012 01:12 PM

bapak aq baru je angkat exora bold premium..

eein80 14-03-2012 03:39 PM

exora turbo tu.. kepis! kepis!..

CH4 13-05-2012 02:56 PM

Aku pun tunggu kereta sampai..exora bold....harap semua bjalan lancar

ayumalu 13-05-2012 02:59 PM

Quote:

Originally Posted by bayangankelam (Post 12340324)
maksud aku exora CPS..bapak aku pakai kereta ni. time tu aku duk seat ketiga. dlm kereta ada 8 org termasuk budak kecik sorang. naik bukit mcm kura2, malu kt kancil sebelah :">

kalau setakat bawak kereta ni dah selalu bro.. aku bukan omong2 kosong..

tp aku yakin, exora bold CFE yg baru ni lg power dari yg sebelum ni. yg ni aku dah pandu uji. ada kelainan skit dari yg CPS. tp cuma belum test naik bukit lg. exora bold CFE ni pun dalam perancangan untuk aku milikinya...

yep...exora cfe terbaek bro...bru je nek fraser hill dgn muatan 5 dewasa (purata bert sorg dlm 60kg) ngn kanak sorg...owner sy,tp mase tu abg ipar yg bwk...mase pnjt hill tu abg siap cucuk honda accord...huhuhu...jimat sgt...isi penuh dr johor...singgah semenyeh jln kl nek fraser hill trun bru isik...mmg sgt2 jimat...:)cgrock

wira_pekak 13-05-2012 03:06 PM

aku rasa bukan exora cps je..lain keta yg auto memang le merangkak naik bukit kalau xde skill..gear dok kat D je takmo ubah2 :D:D

Zul.H 13-05-2012 03:06 PM

aku rekemn ESTIAMA seken ACR 50 dalam 70-80K sahaja regenya

sebab aper?;

-kete ini asal rege adalah RM 280,000 jika beli baru. Jadi anda akan dapat kete yg kualitinya tinggi walau pun agak berusia

-Kalau kete ni nak tinggal kunci kat joki pon boleh..ada gaya

--Handling mmg berbeza..sedap dan seronok

-bunyi2 an tak masuk dalam kabin, jadi bawak kete rasa macam dok kt umah, hnya dgr bunyi radio

-Meterial adalah terbaik..tgk kusyen or dashboard..walau dah berumur tapi tak makan dek usia...

ciliapi 13-05-2012 03:13 PM

saper pakai wish leh bagi komen tak..........

bayangankelam 13-05-2012 03:54 PM

Quote:

Originally Posted by ayumalu (Post 13214898)
yep...exora cfe terbaek bro...bru je nek fraser hill dgn muatan 5 dewasa (purata bert sorg dlm 60kg) ngn kanak sorg...owner sy,tp mase tu abg ipar yg bwk...mase pnjt hill tu abg siap cucuk honda accord...huhuhu...jimat sgt...isi penuh dr johor...singgah semenyeh jln kl nek fraser hill trun bru isik...mmg sgt2 jimat...:)cgrock

=D>=D>=D>:)cgrock

bayangankelam 13-05-2012 03:58 PM

Quote:

Originally Posted by wira_pekak (Post 13214926)
aku rasa bukan exora cps je..lain keta yg auto memang le merangkak naik bukit kalau xde skill..gear dok kat D je takmo ubah2 :D:D

kalau drivernya lelaki mesti diorg akan main gear masa nk naik bukit.. kalau pompuan kemungkinan gear duk kt D je. tp bukan smua pompuan la...:D

wvh5 13-05-2012 05:04 PM

Quote:

Originally Posted by Zul.H (Post 13214927)
aku rekemn ESTIAMA seken ACR 50 dalam 70-80K sahaja regenya

sebab aper?;

-kete ini asal rege adalah RM 280,000 jika beli baru. Jadi anda akan dapat kete yg kualitinya tinggi walau pun agak berusia

-Kalau kete ni nak tinggal kunci kat joki pon boleh..ada gaya

--Handling mmg berbeza..sedap dan seronok

-bunyi2 an tak masuk dalam kabin, jadi bawak kete rasa macam dok kt umah, hnya dgr bunyi radio

-Meterial adalah terbaik..tgk kusyen or dashboard..walau dah berumur tapi tak makan dek usia...

Estima thn 2000 jer yg dapat harga RM70k (+/-). Sanggupkah anda membeli kereta yg dah berusia 12-13thn dengan harga tersebut? Sudahlah loan int yg tinggi, kereta tak tau conditionnya. Pada saya takde kereta yg last forever hatta merc sekali pon. Makin tinggi usia kenderaan makin tinggi risiko (tak termasuk sparepart & harga yg tak masuk akal). Jangan terpedaya konon jenama T.. Apa2 kereta pon kalau dh lebih 10thn plastik part akan mengecut/meleding sedikit, warna akan berubah lusuh keperang2an. Getah2 pd door seal akan crack...sedikit sebanyak akan berbunyi juga.

sekoyen 13-05-2012 11:46 PM

Quote:

Originally Posted by wvh5 (Post 13215701)
Estima thn 2000 jer yg dapat harga RM70k (+/-). Sanggupkah anda membeli kereta yg dah berusia 12-13thn dengan harga tersebut? Sudahlah loan int yg tinggi, kereta tak tau conditionnya. Pada saya takde kereta yg last forever hatta merc sekali pon. Makin tinggi usia kenderaan makin tinggi risiko (tak termasuk sparepart & harga yg tak masuk akal). Jangan terpedaya konon jenama T.. Apa2 kereta pon kalau dh lebih 10thn plastik part akan mengecut/meleding sedikit, warna akan berubah lusuh keperang2an. Getah2 pd door seal akan crack...sedikit sebanyak akan berbunyi juga.

betol3..
kalau nak kereta second yg asal dulu 200k byk kat kedai second..
conti pun berlambak.. 60-80k jer

sanggup atau tak ajerlah nak maintain

Irwan De Gea 14-05-2012 12:56 AM

Wish 2nd dlm rm70k leh dpt.. Estima model lama, dlm rm 120k kot.. Nie harga yg member aku pernah bg tahu baru2..

Aku baru jer angkat mpv.. Exora mmg sesuai utk family besar.. Tp, memandangkan kereta org rumah, dia lebih berminat ngan Alza..

All times are GMT +8. The time now is 09:54 PM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.