CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Santai, Others (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=106)
-   -   Others : Kisah budak-budak sekolah henry gurney!!! (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=219334)

ekayboy 22-03-2011 03:05 AM

http://www.prison.gov.my/images/cart...k/resurgam.gif

SEJARAH UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN DI SEKOLAH HENRY GURNEY

A. Pada awal penubuhannya penahanan penghuni adalah berdasarkan:-

1. Akta Mahkamah Juvana

a) Akta Mahkamah Juvana 1947 Seksyen 38, iaitu, jika seseorang budak didapati bersalah atas sesuatu kesalah yang boleh dihukum dengan penjara dan pada hemat mahkamah juvana:

i) Pesalah itu berumur tidak kurang daripada 14 tahun dan dibawah 18 tahun : dan
ii) Oleh sebab jenis kesalahan itu atau oleh tabiat atau kecenderungan jenayah pesalah itu, atau pergaulan nya dengan orang yang berwatak tidak baik, adalah sesuai atau manfaat bahawa pesalah itu ditahan selama suatu tempoh dan diletakkan di bawah suatu arahan dan tatatertib yang difikirkan paling berfaedah untuk memulihkan akhlaknya dan untuk membenteras jenayah. Maka adalah sah disisi undang-undang bagi Mahkamah manghantar pesalah itu ke Sekolah Henry Gurney .

b) Akta Mahkamah Juvana 1947 Seksyen 40 iaitu,

Tidak apa-apa jua dalam akta ini selain seksyen 15 dan 16, boleh menyentuh kuasa-kuasa mahkamah tinggi dan segala kuasa yang boleh dijalankan di bawah akta ini oleh sesuatu Mahkamah Juvana mengenai seseorang pesalah juvana boleh dengan cara yang sama dijalankan oleh mahkamah tinggi dan sebagai tambahan mahkamah tinggi , mahkamah seksyen dan mahkamah majistret kelas pertama adalah berkuasa memerintahkan supaya seseorang yang telah mencapai umur 18 tahun tetapi belum mencapai umur 21 tahun pada tarikh dibuat perintah itu ditahan di Sekolah Henry Gurney sehingga orang itu mencapai umur 21 tahun tetapi tidak selepasnya.

Selain itu, antara undang-undang dan peraturan yang dijadikan panduan ialah,

2. Undang-Undang Penjara 1952,
3. Peraturan – Peraturan Penjara 1953,
4. Peraturan Sekolah Henry Gurney 1949,
5. Perintah Tetap Ketua Pengarah Penjara dan
6. Arahan Ketua Institusi.

Namun, pada masa sekarang Akta Mahkamah Juvana 1947, Undang Undang Penjara 1952, dan Peraturan - Peraturan Penjara 1953 telah terbatal.

B. Undang-undang dan peraturan yang digunapakai kini adalah :-

Undang-Undang Penjara 1995
Peraturan-Peraturan Penjara Tahun 2000
Akta Kanak-Kanak 2001
Peraturan – Peraturan SHG 1949
Perintah Tetap Ketua Pengarah Penjara
Arahan Ketua Institusi
FASA 1 - PROGRAM ORIENTASI

Program ini merupakan program pertama yang melibatkan kepada pengukuhan disiplin, Program ini adalah selama 3 bulan. Program ini adalah diwujudkan bagi memberi pemahaman dan penyesuaian diri terhadap objektif Jabatan Penjara, peraturan yang perlu dipatuhi dan hak-hak mereka sebagai penghuni dan aktiviti pemulihan yang perlu dilalui oleh mereka.

Dalam program orientasi ini,

a) Induksi – 7 hari

i) penerimaan
ii) pendaftaran orientasi
iii) sesi temuduga
iv) sesitaklimat
v) sesi pemeriksaan kesihatan
vi) kebersihan
vii) sukan & rekreasi

b) Orientasi – 75 hari

i) latihan fizikal
ii) aktiviti kenegaraan
iii) aktiviti kemahiran sosial
iv) kerohanian
v) kaunseling
vi) ujian air kencing
vii) ujian HIV/ AIDS
viii) kebersihan
ix) sukan & rekreasi

c) Penilaian – 7 hari

i) modul fizikal
ii) modul ketata negaraan
iii) modul kemahiran sosial
iv) modul kerohanian
v) modul kaunseling
vi) kebersihan
vii) modul sukan dan rekreasi
viii) disiplin diri

FASA 2 - PENGUKUHAN SAHSIAH ( 6 BULAN – 1 TAHUN)

i) Modul kerohanian

Penghuni yang majoriti beragama Islam akan dibimbing oleh pegawai Penjara yang telah dilantik. Pegawai yang berkebolehan akan ditugaskan secara rutin untuk mengajar penghuni yang berkenaan.

Selain itu, penghuni juga akan diajar di kelas agama seperti Kelas Iqra’, Kelas Tahsin, Kelas Taranum, dan Kelas Tafsir Al- Quran.

Penghuni akan dibimbing oleh Pembantu Pengajar Agama mengikuti kelas yang dibahagikan kepada 3 peringkat pengetahuan agama iaitu, peringkat rendah, peringkat menengah, dan peringkat tinggi. Pendekatan agama yang diberikan adalah pendidikan agama berdasarkan kepada Kurikulum Pendidikan Islam Jabatan Penjara Malaysia meliputi Fekah, Aqidah, Syariah, Akhlak, Al-Quran, Hadith, dan Sirah Nabawiyah dan aktiviti tambanhan sepertio Zikir , tahlil dan doa.

Penghuni yang beragama lain seperti Buddha, Hindu atau Kristian akan mengikuti kelas atau ceramah keagamaan oleh penceramah sukarela. Jadual kelas atau ceramah adalah sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Program-program agama adalah secara intensif meliputi sepanjang tempoh tahanan penghuni di sini. Program yang dianjurkan di bawah seliaan Pegawai Penjara adalah seperti Kelas Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah, Sembahyang berjemaah, bacaan surah Yasin, Doa diwaktu pagi dan malam, Kelas membaca Al Quran, kelas tajwid dan Tayangan Video (kaunseling agama).

*Kelas Fardu Ain
Kelas ini diadakan 5 kali seminggu. Sasaran utama ialah penghuni baru yang menjalani program orientasi.
Kelas ini bermula jam 2.30 petang – 3.30 petang.

*Tayangan Video
Melibatkan semua penghuni Islam. Diadakan 2 kali sebulan.

*Sembahyang Berjemaah.
Sembahyang berjemaah melibatkan (5) waktu solat iaitu Subuh hingga solat Isyak. Imam-imam dipilih oleh guru agama dari kalangan penghuni, yang layak dan betul sebutan/ bacaannya dalam solat. Mereka dilatih dan digilirkan setiap hari supaya mereka dapat membawa makmum dengan cara yang betul. Amalan yang dilakukan pada setiap bulan Ramadhan ialah berpuasa dan solat terawih dan witir selepas solat Isyak dan berpuasa.

*Bacaan Surah Yasin
Dibuat selepas solat Maghrib dilakukan oleh semua penghuni bagi meningkatkan keimanan dan sebagai amalan mingguan.

*Doa Pagi/Malam & zikir harian
Doa pagi /malam akan dilakukan oleh penghuni setiap hari mengikut rutin yang ditetapkan seperti waktu beratur pagi, makan, selepas solat jemaah, dan lain-lain. Zikir harian dibaca pada setiap waktu solat

*Solat Sunat Mengiring Solat Fardu (Qabliah dan Baqdiah).
Solat Sunat Taubat dan Hajat
Solat Sunat Dzuha

*Kelas membaca Al-Quran.
Kelas membaca al Quran diadakan 5 kali seminggu. Kelas ini bermula dari jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi. Tadarus Al Quran pula diadakan sepanjang Bulan Ramadhan. Kelas Bimbingan Tajwid pula diadakan seminggu sekali pada hari Rabu dari Jam 2.30 – 3.30 petang oleh Ustaz Mohd Asri Bin Ibrahim dari Unit Agama dan Ustaz Abu Samah Bin Abd Wahab (Pusat Pemulihan Akhlak).

*Majlis mengingati Hari-Hari Kebesaran Islam
Majlis diadakan mengikut hari – hari yang dirai seperti awal Muharrram, Doa Awal Tahun dan Doa Akhir Tahun, Sambutan Maulidur Rasul, Israk Mikraj, Ehya’ Rejab, Syaaba, & Ramadhan, Nuzul Quran, Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha.

ii) Modul Kaunseling
Penghuni-penghuni akan dibimbing oleh seorang pegawai kaunseling terlatih berpangkat Inspektor Penjara. Pegawai ini adalah bertugas khas untuk memberi bantuan kaunseling kepada penghuni dalam sesi kaunseling individu, kaunseling kumpulan atau kelompok , motivasi dan kanseling keluarga.

iii) Modul Akademik

Penghuni-penghuni digalakkkan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM). SHGW juga telah menerima 4 orang guru kader DG 29 pada tahun 2005. Kelas diadakan seperti sekolah biasa iaitu, setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8.00 pagi – 1.45 tengahari. Bagi tahun 2007 serama (8) penghuni menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan (2) penghuni menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah.

iv) Modul Sukan & Rekreasi
Penghuni akan diberi peluang mengikuti aktiviti sukan dan rekreasi sejam setiap hari bekerja manakala enam jam pada hari cuti dan kelepasan am. Antara aktiviti yang dibenarkan ialah indoor game dan out door game seperti bola jaring, ping pong dan bola tampar.


FASA 3 - KEMAHIRAN ( 6 BULAN – 1 TAHUN)

A. LATIHAN VOKASIONAL DI SEKOLAH HENRY GURNEY (W) BATU GAJAH PERAK.
1. Latihan Vokasional di Sekolah Henry Gurney Wanita meliputi (4) buah bengkel. Selain itu, terdapat sebuah kantin dan dapur penghuni. Butir-butir dibawah adalah berdasarkan maklumat pada Januari 2005.

2. Jenis-jenis Bengkel:

o Bengkel Jahit
o Bengkel Kraftangan
o Bengkel Batik
o Bengkel Bakeri
o Kantin
o Dapur

3. Kedudukan Muster Bengkel Pada 9 Ogos 2007

JENIS BENGKEL DAN JUMLAH PENGHUNI (ORANG)
Bengkel Jahit - 04 orang
Bengkel Kraftangan - 01 orang
Bengkel Batik - 02 orang
Bengkel Bakeri / kantin - 01 orang
Dapur - 01 orang
Akademik - 10 orang

ekayboy 22-03-2011 03:05 AM

4. Latihan atau Kemahiran yang disediakan dalam setiap bengkel adalah seperti berikut :

4.1 Bengkel Jahit

Kakitangan terlibat merupakan seorang Sarjan Penjara dan seorang Pembantu Latihan Vokasional J 22 Puan Rokiah binti Deraman. Bagi tahun 2007 terdapat (4) penghuni yang didaftarkan dalam persijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) pengkhususan dalam bidang Pembuat Pakaian Wanita tahap satu. Penghuni di dalam bengkel ini akan diberikan latihan teori dan praktikal seperti menjahit dan mengunting pelbagai polar pakaian wanita, uniform kakitangan, pakaian penghuni, cadar, langsir dan lain-lain. Penghuni juga diajar cara menjahit sama ada menggunakan mesin jahit atau pun jahitan tangan. Disini juga terdapat kemahiran mempelajari jahitan sulaman daripada mesin sulaman.

Jenis-jenis Mesin yang terdapat di SHG(W) sehingga Ogos 2007

Jenis Mesin dan jumlah mesin
Mesin Jahit Tepi Elektrik - 10 Buah
Mesin Eletrik (Brother) - 01 Buah
Mesin Lubang Butang - 02 Buah
Mesin Sulaman Elektrik - 16 Buah
Mesin Jahit Biasa (Juki) - 01 Buah
Mesin Sulam Berkomputer - 02 Buah

4.2 Bengkel Kraftangan

Bengkel ini menempatkan penghuni yang baru masuk iaitu, seramai (01) orang. Kebanyakan penghuni baru masuk akan ditempatkan di sini. Bengkel ini menyediakan kemahiran asas seperti mengait, menjahit crostich, membuat alas kaki dan membuat kain selimut jahitan tangan daripada perca kain, dan kemahiran lain yang mudah dipelajari. Selain itu, bengkel ini menghasilkan hasil kraf daripada kertas. Kakitangan bertugas merupakan seorang Wader Penjara.

4.3 Bengkel Batik

Secara rasminya Bengkel ini telah mula beroperasi pada Mac 2002. Bengkel ini melibatkan (2) orang penghuni. Penghuni dipilih, dilatih dan dibimbing oleh kakitangan yang bertugas teknik membuat batik. Penghuni diajar semua proses membuat batik dari mencanting hingga ke proses memasak dan menjahit. Antara produk dari bengkel ini ialah kaftan, baju kurung, kemeja dan frem batik. <

4.4 Bengkel Bakeri dan Kantin Sekolah

Kantin Sekolah Henry Gurney Wanita melibatkan (1) orang penghuni sahaja. Ianya menerima tempahan masakan serta menyediakan latihan kemahiran memasak kepada penghuni. Di sini, penghuni akan diberi latihan seperti penyediaan kuih-muih, biskut, memasak lauk-pauk serta penyediakan hidangan. Kakitangan terlibat merupakan seorang Wader Penjara. Pada 14. 09. 2005, Kelab Sahabat Penjara telah memberi sumbangan sebanyak RM 5 000.00 kepada Sekolah Henry Gurney Wanita untuk mewujudkan Bengkel Bakeri. Peruntukan tersebut telah digunakan sebagai permulaan untuk membeli sebuah ketuhar dan sebuah alat pengadun untuk membuat roti.

4.5 Dapur

Terdapat (1) orang penghuni yang bertugas harian di sini. Menyediakan makanan untuk semua penghuni mengikut diet yang ditetapkan. Kakitangan terlibat adalah (2) pegawai yang bergilir iaitu seorang Kopral Penjara dan seorang Warder Penjara.


FASA 4 - PRA BEBAS ( 6 BULAN HINGGA 1 TAHUN SEBELUM BEBAS )

1) Pada peringkat Fasa 4, kemudahan akan diberi kepada penghuni yang berada di SHGW setelah selama dua tahun dalam tahanan. Mereka akan dipertimbangkan untuk diberi Cuti Sementara (Parole Leave). Penghuni yang berpeluang untuk Bercuti Sementara akan berpeluang untuk di bebaskan awal daripada tarikh bebas sebenar. Antara tujuan diberi cuti selama (7) hari itu adalah untuk :

i) Memberi peluang pelajar merapatkan hubungan dengan ibu/ bapa /keluarga/ penjaga setelah lama terpisah.
ii) Melatih mereka bergaul dengan masyarakat luar
iii) Menggalakkan mereka berkelakuan baik dan rajin bekerja.
iv) Melatih mereka mempercayai diri sendiri.
v) Memberi peluang mereka mencari pekerjaan apabila dibebaskan kelak.

2) Penghuni juga diberikan beberapa sesi ceramah yang bersesuaian seperti ceramah motivasi, ceramah kerjaya, dan ceramah kemahiran sosial seperti ceramah daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) , Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) dan sebagainya.

akunobita 22-03-2011 03:05 AM

Quote:

Originally Posted by ekayboy (Post 9027382)
ty nice share bro ! :):)

igt senang ke hidup dalam penjara nih,
hehe,
itu pasal lah keluar masuk penjara beratus kali pun tak insaf,

jadi,elakkan buat jenayah dan memasuki penjara,
tak kira lah juvana ke apa ke,

ekayboy 22-03-2011 03:08 AM

Quote:

Originally Posted by akunobita (Post 9027462)
igt senang ke hidup dalam penjara nih,
hehe,
itu pasal lah keluar masuk penjara beratus kali pun tak insaf,

jadi,elakkan buat jenayah dan memasuki penjara,
tak kira lah juvana ke apa ke,

uikk cam ade pengalaman je bro , cuube cite cket ! :-?:-?

ekayboy 22-03-2011 03:09 AM

http://www.prison.gov.my/images/carta/akhlak/wkk.JPG
SEKOLAH HENRY GURNEY WANITA KOTA KINABALU

Maklumat Ringkas

Pada 1 Julai 2003, Penjara Wanita Kota Kinabalu telah berpindah ke lokasi Sekolah Henry Gurney Kota Kinabalu, sekaligus mengambil alih pentadbiran sekolah tersebut melalui pewartaan KDN.S.171/1355, Klt. 4; PN(PU2) 163/VI. Penghuni lelaki Sekolah Henry Gurney telah ditempatkan ke Keningau manakala penghuni wanita dikekalkan dan telah diletakkan di bawah pengurusan Penjara Wanita.

Aktiviti latihan vokasional untuk banduan meliputi bidang kemahiran seperti salun kecantikan, jahitan dobi, mendjanting batik dan katering. Orang awam adalah dialu-alukan untuk mendapatkan perkhidmatan dalam bidang yang dinyatakan dan boleh berhubung dengan Pegawai Perusahaan pada waktu pejabat.

Waktu perjumpaan untuk banduan bagi institusi ini adalah seperti berikut :


Isnin - Tutup
Selasa – Jumaat - 8.10 pagi hingga 4.30 petang
Sabtu – Ahad - 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

*Untuk tempahan lawatan, sila dail 088-319004.

http://www.prison.gov.my/images/carta/akhlak/wkk.JPG
SEKOLAH HENRY GURNEY II KENINGAU

Maklumat Ringkas

Sekolah Henry Gurney (SHG) II, Keningau merupakan sebuah institusi dalam Jabatan Penjara Malaysia yang ditubuhkan untuk mengurung/menahan penghuni/pesalah yang berusia 14 hingga 21 tahun yang ditahan di bawah erintah Mahkamah Juvana. Sekolah Henry Gurney II ini meliputi kawasan seluas 89.51 ekar. Sebelum tahun 1991, SHG merupakan Penjara Terbuka yang mengurung banduan-banduan yang dipindahkan daripada Penjara Pusat Kota Kinabalu (PTK) yang mana telah menjalani ¾ daripada hukuman. Penjara Terbuka Keningau (PTK) ini telah dibuka pada tahun 1966 yang terletak di KM3, Jalan Nabawan - Keningau. Pada awal operasi, PTK hanya mempunyai 8 orang kakitangan dan mempunyai 2 blok domitori, sebuah pejabat pentadbiran, sebuah dewan makan dan sebuiah stor.

Ketika PTK beroperasi, banduan-banduan diberikan latihan seperti menanam rumput, bercucuk tanam, menternak ikan air tawar, penanaman padi bukit dan menternak binatang seperti lembu, kuda, ayam dan khinzir. Pada tahun 1982, perusahaan tenusu telah diperkenalkan di mana hasil susu tersebut dihantar ke Jabatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Keningau.

Pada tahun 1991, PTK telah ditutup dan semua yang ada telah dipindahkan semula ke Penjara Pusat Kota Kinabalu. Pada 10 April 1991, PTK telah diwartakan sebagai Sekolah Henry Gurney Kedua yang mana menempatkan budak-budak nakal. Pada 13 Ogos 1991, pemindahan pertama budak-budak nakal iaitu seramai 20 orang yang telah dipilih daripada Sekolah Henry Gurney, Kota Kinabalu telah dilakukan.

Untuk menjamin keselamatan dan keselesaan penghuni dan kakitangan, aspek-aspek keselamatan telah dipertingkatkan dengan menambahkan Jerman Barb Wire pada pagar chain ling yang sedia ada di samping pembinaan bilik-bilik asingan, pondok pengawal, surau, dewan kuliah dan perpustakaan. Sama seperti banduan, penghuni-penghuni SHG Keningau diberikan latihan menternak binatang seperti lembu tenusu, kambing, menternak air tawar, berkebun sayur dan lain-lain lagi yang memberi manfaat kepada penghuni.

Selain latihan tersebut, pembangunan rohani tidak diabaikan di mana bimbingan agama diberikan mengikut anutan agama masing-masing. Dalam perkara ini, penceramah agama biasanya datang dari Pusat Latihan Dakwah Keningau dan pihak gereja St. Francis Xavier, Keningau serta daripada kakitangan di institusi ini. Bagi penghuni yang masih berminat untuk belajar dan berkelayakan, mereka diberi peluang untuk menduduki peperiksaan Penilain Menengah Rendah atau Sijil Pelajaran Malaysia. Aktiviti sukan juga tidak diabaikan dengan memberikan peluang kepada penghuni untuk bersukan dan bermain bola sepak di samping menjalankan indoor games seperti karom, catur dan lain-laian lagi.

Sejak penubuhan PTK dalam tahun 1996 dan hingga dikenali sebagai SHG, institusi ini telah ditadbir oleh beberapa orang Pegawai Yang Menjaga (PYM) seperti berikut:


Nama PYM Tempoh Pentadbiran
P.O.II En. Chau Ching Tang 1966
P.O.II En. Anthony Lajingga 1966 hingga 1967
P.O.II En. Henry Ng 1967 hingga 1968
P.O.II En. Anthony Lajingga 1968 hingga 1973
P.O.II En. Clement Sipaul 1973 hingga 1985
PP Tn Hj. Othman Hj. Omar 1985 hingga 1988
PPP Peter Govind 1988 hingga 1994
PPP/TK Amirsah Sabtu 1994 hingga 1996
TPP Peter Govind 1996 hingga 2003
PPP Esapian Eyaw Suleiman (pemangku Pengarah) 2003 hingga 2004
TPP Maidin Hj. Din@Paiman 2004 hingga sekarang


Waktu perjumpaan untuk penghuni bagi institusi ini adalah seperti berikut:

Isnin hingga Jumaat - 08.30 pagi hingga 11.00 pagi
01.30 petang hingga 03.30 petang
Sabtu - 08.30 pagi hingga 10.30 pagi
Ahad & Kelepasan Am - Tutup
Hari Perayaan - Mengikut ketetapan yang dikeluarkan
oleh Bahagian Keselamatan IPPM

akunobita 22-03-2011 03:10 AM

Quote:

Originally Posted by ekayboy (Post 9027470)
uikk cam ade pengalaman je bro , cuube cite cket ! :-?:-?

aii..
aku bukan penjenayah/bekas banduan okay,
dengar drpd mulut org2 yg berpengalaman je, :eek:

ekayboy 22-03-2011 03:14 AM

Quote:

Originally Posted by akunobita (Post 9027477)
aii..
aku bukan penjenayah/bekas banduan okay,
dengar drpd mulut org2 yg berpengalaman je, :eek:


laaa igtkan bekas banduan la td ! :eek::eek::eek::eek:

chuah123 22-03-2011 03:18 AM

aku penah kenal sorg bro ni..dia kluar dari hendy gurney..dia masuk sebab belasah org..masa tu aku nak balik kg naik kereta api..muka dia mmg ganas gila..mula2 cuak jugak..tapi bila sembang2 tengok orgnya OK ja..dia siap nasihat aku lg soh belajar elok2..

ekayboy 22-03-2011 03:19 AM

Quote:

Originally Posted by chuah123 (Post 9027500)
aku penah kenal sorg bro ni..dia kluar dari hendy gurney..dia masuk sebab belasah org..masa tu aku nak balik kg naik kereta api..muka dia mmg ganas gila..mula2 cuak jugak..tapi bila sembang2 tengok orgnya OK ja..dia siap nasihat aku lg soh belajar elok2..

perghhh, bila kuar mesty ada tattoo kan

putihperang 22-03-2011 03:21 AM

Quote:

Originally Posted by ekayboy (Post 9027352)
http://4.bp.blogspot.com/_TzYnNvDALI...nry-Gurney.jpg

Hmm, ada keyword masuk berkaitan ‘Sekolah Henry Gurney” sangat menarik sebenarnya. Aku pernah terbaca satu kisah seorang budak di satu forum dan aku rasa nak kongsikan dengan korang. Semoga semua. Jemput baca.

Mulanye aku di lahirkan di sebuah hospital besar di sebuah negara kat malaysia.Tidak lama kemudian adik pula lahir masa adik dah lahir dua minggu,ibuku meninggalkan kami buat selamanye.dia diserang sakit jantung.Selepas kematian ibuku,kami adik-beradik berpisah.aku di hantar kepada nenek untuk di jaga dan adik pula dihantar kepada baby sitter.
Setelah lama kita terpisah,akhir nye kami bertemu semula pada umurku 11 tahun.Pada pertemuan itu kami rasa amat senorok sekali.selepas itu kami berpisah lagi.pastu kami tidak berjumpa lagi.Dalam masa yang sama,ada seorang awek telah memikat hati ayahku.setelah dua tahun bercinta akhir nye dijodohkan oleh Allah.
Setelah lama ayah berkahwin ngan mak tiri.aku mula rasa tidak seronok bila mak tiri tu ada dalam hidupku.Bagi aku mak tiri nie buat menyemak jer.depan ayah dia membuat mesra ngan aku,tapi bila ayah takde dia membuat perangai.aku mula rasa bosan akan sikap ibuku lalu aku meminta ayah supaya hantar aku balik ke rumah lamaku yang terletak kat melaka.Masa aku di melaka aku mula jadi nakal.Kenakalan ku makin lama makin melampau sampai la suatu hari ku di buang sekolah.aku dibuang sekolah kerana aku telah kurang ajar ngan seorang cikgu dan telah belasah nye ngan kengkawan ku.Selepas 2tahun aku tak sekolah,aku rasa bosan sangat,aku meminta ayah ku memasukkan ku kat mana2 sekolah yang boleh menerima ku lagi.Tetapi kepetusan semua sekolah hampar.
Tapi ayah tetap berusaha untuk mencari sekolah untuk aku.Lastlu aku dapat sebuat kolej swasta yang terletak di Genting Highlands.Aku rasa seronok pabila dapat kolej tu.Tapi kerana oleh kenakalan ku tidak henti-henti…aku terjebak dalam kancah dadah.aku mula menjinak-jinak dalam kancah tu.lama kelamaan aku menjadi seorang Pusher(tukang jual dadah).dalam masa 6bulan je kehidupan aku semakin seronok kerana hasil jualan dadah ku mendapat sambutan yang banyak sekali.tapi keseronokan itu tidak tahan lama.kerjaya aku dapat dihidu oleh pihak berkuasa kerana kawanku telah memberitahu yang aku adalah pusher.Pastu aku ditangkap dan di tempatkan lokap kat Bentong.Aku dikenakan seksyen 12(2) Akta Dadah Merbahaya 1952.Selama 3 bulan aku bicara di makamah akhirnye aku di jatuh kan hukuman 3tahun di sekolah Henry Gurney oleh hakim tersebut.Masa aku dijatuhkan hukuman tu,aku terasa resah sangat kerana aku macam tak percaya yang aku akan di hantar ke sekolah Henry Gurney.
Selepas aku di hantar ke sekolah itu aku dapat melihat semua budak-budak sekolah tu badan semua besar2.Aku mula terasa resah.akhir nye aku diquarantin di sebuah blok yang di beri nama BILIK PENERIMAAN.Di situ aku memulakan kehidupan aku sebagai seorang juvana.Selepas tiga bula aku berada di situ,aku di naikkan ke blok lain mengikut kehendak kerja yang aku minta.Masa tu aku meminta untuk memasuki sekolah balik dan aktiviti petang ialah Pancaragam.Aku dapat ditempatkan kat HOUSE HANG LEKIR.Selepas aku ditempatkan di tempat tersebut,aku di tanya oleh budak2 senior,samada aku nak jadi gengster/balaci/jambu.
Maksud gengster ialah ketua/taiko.Balaci ialah org yang jadi tukang basuh baju budak senior dan jambu ialah………….tak payah la bagi tau paham2 sendiri la.budak2 yang satu batch ngan aku cuma 3org jer pilih gengster.yang lain semua takut ada yang pilih balaci dan jambu.selepas aku ngan 2 org lagi pilih gengster maka start la kita org sparing(bergaduh).Setip petang mesti kita akan sparing…selama 3bulan aku hadap benda tu dan akhir nye aku dapat tempah nama kat sekolah tu.Aku dapat pangkat kepala port(maksud nye ketua gengster).Nasib aku baik sangat kerana aku bukan seorang yang kaki pukul belakang….aku mendapat jambu yang banyak dan balaci.Tetapi aku kesian melihat mereka.
Selama 2 tahun 2 bulan aku di naikkan pangkat sebagai Kapten sekolah oleh Tuan besar yang jaga penjara tu.Selepas aku di naikkan pangkat aku berasa sangat seronok kerana aku dapat pangkat yang paling besar kerana budak2 lain tak dapat keistimewaan ini.aku macam kaki mum houser master la(tuan yang jaga blok aku).Semasa aku dalam sekolah tu aku dapat banyak sangat pengajaran dan teladan.Aku belajar bagaimana nak jadi seorang insan yang berguna pada masyarakat.Aku sangat menyesal akan tindakan aku pada masa lalu.
Setelah 3 tahun berlalu aku telah dibebaskan.dan aku balik ke kampung asalku.Sekarang aku mendapat kerjaya yang bagus.Aku berasa bangga kerana Allah masih sayangkan hamba nye.Akhir nye aku hidup sederhana.TAMAT…..:):)

kisah hidup ko ke tt?:))


All times are GMT +8. The time now is 05:18 PM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.