CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Gold (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=283)
-   -   Hukum jual beli emas tertangguh (by pos/ bayar dulu, dapat kemudian). (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=214741)

kulikutiputang 11-03-2011 09:26 AM

kengkawan semua...
please bare in mind....secara amnya...
islam adalah agama yg paling mudah utk diamalkan...
yg menjamin keselamatan dan keadilan penganutnya...
so kadang kita suka merungkai sampai macam kucing dpt cotton ball..
my komen:-
mengenai tidak serahan dalam satu masa...
kenapa boleh?....atau tidak boleh?
apa jaminan pembeli yg barang akan diganti jika tdk sampai walhal bayaran telah dilunaskan...
jika ada jaminan boleh..alhamdulillah..jika tidak pembeli telah dizalimi..tu je basic hukum islam...tapi jika penjual dah insurankan barang tu x jadi masalah lah....hukum akan jatuh bila terjadinya kes yg berat sebelah...kerana islam itu agama fitrah...

mohd80 11-03-2011 10:11 AM

double posting

mohd80 11-03-2011 10:16 AM

:-?
Quote:

Originally Posted by ezuekhai (Post 8917103)
Putra, ini huraian yg diambil dari blog GCP..

Kitab Al Muwatta' :

Yahya meriwayatkan daripada Malik daripada Abdullah ibn Dinar daripada Abdullah ibn Umar yang Umar ibn al-Khattab menyatakan, " Jangan kamu menjual emas untuk emas kecuali sama untuk yang sama. Tidak meningkatkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Jangan kamu menjual perak untuk perak kecuali sama untuk yang sama, dan tidak meningkatkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Jangan kamu jual dari barang yang ada keatas barang yang tiada. Jika seseorang meminta anda menunggu untuk pembayaran sehingga dia pergi ke rumahnya, jangan kamu meninggalkannya. Saya takut rama keatas kamu." Rama ialah riba.

Yahya meriwayatkan daripada Malik yang Abu'z-Zinad mendengar Said ibn al-Musayyab berkata, "Riba hanya terdapat di dalam emas atau perak atau apa ditimbang atau diukur daripada apa yang dimakan atau minum."

Yahya meriwayatkan daripada Malik yang Yahya ibn Said mendengar Said ibn al-Musayyab berkata, "Menyembunyikan emas dan perak daripada pengedaran adalah sebahagian daripada daripada kerja fasad/kemusnahan diatas muka bumi."

Apa yang dapat kita faham dari apa yang diperkatakan oleh Saidina Umar Al khatab r.a. dan Tabiin seperti Said ibn al Mussayab bahawa :

Pertukaran EMAS dengan EMAS, dan PERAK dengan PERAK mestilah

i)Mutamathilan - mesti sama berat timbangannya. Jika tidak berlaku riba tafadhul (melibatkan penambahan berat).

ii)Mesti 'Taqabud fil hal au majlis' ( diserah dan terima dalam satu masa). Jika tidak berlaku riba an nasiah.(melibatkan penangguhan).

Masalah yang kita hadapi sekarang ialah ulamak moden telah mengqiaskan hukum wang kertas bersamaan dengan hukum emas. Oleh sebab demikian mereka mengatakan hukum membeli emas dengan wang kertas secara ansuran adalah riba an nasiah kerana melibatkan penangguhan. Sila rujuk Ust. Zaharuddin dalam website beliau.

Bagi yang memahami asal usul wang kertas , tak mungkin wang kertas diqiaskan dengan emas kerana ia akan merosakkan seluruh hukum - hakam berkaitan riba seperti yang dijelaskan oleh ulamak – ulamak terdahulu. Bahkan dengan mengqiaskan wang kertas sama dengan emas menyebabkan orang awam tidak perlu lagi pada dinar dan dirham kerana sudah ada pengganti pada emas iaitu wang kertas.

Wang kertas bukan emas , jadi harus menukarkannya dengan emas secara ansuran.

Wallahu’ alam.

Aku kurang jelas maksud Kitab Al Muwatta'. Kalau boleh diringkaskan dengan bahasa mudah lagi bagus :-?

10 sebab kenapa saya membeli dan menyimpan emas?

cikgusimple 11-03-2011 10:38 AM

Quote:

Originally Posted by kulikutiputang (Post 8917312)
kengkawan semua...
please bare in mind....secara amnya...
islam adalah agama yg paling mudah utk diamalkan...
yg menjamin keselamatan dan keadilan penganutnya...
so kadang kita suka merungkai sampai macam kucing dpt cotton ball..
my komen:-
mengenai tidak serahan dalam satu masa...
kenapa boleh?....atau tidak boleh?
apa jaminan pembeli yg barang akan diganti jika tdk sampai walhal bayaran telah dilunaskan...
jika ada jaminan boleh..alhamdulillah..jika tidak pembeli telah dizalimi..tu je basic hukum islam...tapi jika penjual dah insurankan barang tu x jadi masalah lah....hukum akan jatuh bila terjadinya kes yg berat sebelah...kerana islam itu agama fitrah...

hehe..tersenyum sorang2 baca yg di bold tu..:)):)) (senyum ke gelak?..hehe..dua-dua)

mmg ada betulnya..:)paid

kongsi sikit..memandangkan sy antara org2 yg byk jual emas online dan by post..

sy mmbri jaminan menggantikan semula emas jika emas itu terbukti hilang..(tk smpi pd pembeli..sama ada posmen curi atau sebagainya)

cuma kena check betul2 la..buat report dan sebagainya..jika mmg betul tk smpi..sy beri jaminan ganti semula..itu adalah tanggungjawab sy..dan jaminan kpd pembeli..

kalau berani pos,knp tk berani nk tanggung..betul tak..

bg sy stiap biz ada risiko..

im dare to fail..:)cgrock

kemolok 11-03-2011 10:41 AM

Dengan teknologi sekarang ni...cod, pos ke, asalkan ada jaminan yang melindungi pengguna dan penjual.. Mugkin hukum bole berubah.... Ni nak kena tanya pakar jugalah...

Yer lah. Kadang2 tu pembeli org2 jauh.... Takkan nk datang umah.. Dengan ada teknologi sekarang, dipermudahkan...

webzzz 11-03-2011 11:36 AM

Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

Imran ayat 7

kulikutiputang 11-03-2011 11:44 AM

Quote:

Originally Posted by kemolok (Post 8917953)
Dengan teknologi sekarang ni...cod, pos ke, asalkan ada jaminan yang melindungi pengguna dan penjual.. Mugkin hukum bole berubah.... Ni nak kena tanya pakar jugalah...

Yer lah. Kadang2 tu pembeli org2 jauh.... Takkan nk datang umah.. Dengan ada teknologi sekarang, dipermudahkan...

boleh je....allah x akan saja seronok nak aniaya hambanya...
contoh cam solat...
tak leh diri...duduk..x leh duduk...baring...x leh baring maknenya dah padam le tu...
kalau x takdalah nak buat apapun kene mulakan kalimah bismillah...
bagi situasi ni kenapa terjadi?..pasal pembeli nak dptkan barang yg termurah...walaupun ada risiko wujud...dan penjual nak dptkan harga tertinggi yg dia rasa logik....so apabila memasing menjamin keselamatan transaksi x ada masalah disitu..

peel 11-03-2011 12:00 PM

Apa pun ada persetujuan antara pembeli & penjual serta ada jaminan drp penjual yg brg hilang akan diganti..skrg ni pun sykt curier ada sistem yg bole kita check p'jlnan brg yg kita hantar....

*** Wak masih ingat kata2 DS samy velu..."Ari ni pos semalam sampai"

Islam menyuruh kita belajar ikut peredaran masa...islam itu indah & sejahtera..asalkan kita tidak menolak hukum & hadis.

Wak bukannya pandai.."peace"

cikgusimple 11-03-2011 12:02 PM

Quote:

Originally Posted by webzzz (Post 8918542)
Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

Imran ayat 7

peringatan yang sangat baik..thanks tuan..

sy share kat wall group emas

mrsmoney 11-03-2011 01:55 PM

Quote:

Originally Posted by peel (Post 8918787)
Apa pun ada persetujuan antara pembeli & penjual serta ada jaminan drp penjual yg brg hilang akan diganti..skrg ni pun sykt curier ada sistem yg bole kita check p'jlnan brg yg kita hantar....

*** Wak masih ingat kata2 DS samy velu..."Ari ni pos semalam sampai"

Islam menyuruh kita belajar ikut peredaran masa...islam itu indah & sejahtera..asalkan kita tidak menolak hukum & hadis.

Wak bukannya pandai.."peace"

Hahaha.. macamana tu Wak? Hari ni pos semalamdah sampai..:))

Walaupapaun, Mrs setuju juga. Kalau ikutkan, setiap penghantaran Mrs sertakan jaminan menanggung risiko kehilangan dalam perjalanan.

arifrahmanz 11-03-2011 02:45 PM

jadi kesimpulannya boleh ke x boleh?

mrsmoney 11-03-2011 02:57 PM

Quote:

Originally Posted by arifrahmanz (Post 8920048)
jadi kesimpulannya boleh ke x boleh?

Takde sapa boleh buat kesimpulan pun setakat ni Encik. Masing2 ada pendirian masing2.

Buat masa ni hati Mrs masih katakan boleh untuk berjual beli emas dgn pos ni. Selagi tiada pihak yg teraniaya.

Lain2 cara, secara ansuran, kredit kad, 30/70 semua tu, hati Mrs tak setuju melainkan belian dgn tunai/ deposit sahaja.

Wallahualam..

Explorer07 11-03-2011 05:22 PM

Hmmm, Look at the big picture, global dan glocal financial/monetary system yg diguna pakai sekarang ni pun lum tentu syariah compliance. Kalau nak tengok lebih halus, wang kertas yang di guna pakai sekarang ni pun adalah "nota hutang" @ IOU note dari bank negara. Boleh ke kita berniaga mengunakan IOU note??, so apa pilihan yang kita ada sekarang??.

Pada pandangan saya yg kabur ni (sebab ilmu tak banyak), prinsip utama perniagaan dlm Islam secara am nya mesti lah "adil", "telus" dan tiada unsur2 "penganiayaan" di mana2 pihak, insyaAllah selamat.

Huhuhu, banyak yang perlu dipelajari lagi..:-?:-?

"Go Straight, Turn Right"

putra1234 12-03-2011 03:19 AM

Quote:

Originally Posted by ezuekhai (Post 8917103)
Putra, ini huraian yg diambil dari blog GCP..

Kitab Al Muwatta' :

Yahya meriwayatkan daripada Malik daripada Abdullah ibn Dinar daripada Abdullah ibn Umar yang Umar ibn al-Khattab menyatakan, " Jangan kamu menjual emas untuk emas kecuali sama untuk yang sama. Tidak meningkatkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Jangan kamu menjual perak untuk perak kecuali sama untuk yang sama, dan tidak meningkatkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Jangan kamu jual dari barang yang ada keatas barang yang tiada. Jika seseorang meminta anda menunggu untuk pembayaran sehingga dia pergi ke rumahnya, jangan kamu meninggalkannya. Saya takut rama keatas kamu." Rama ialah riba.

Yahya meriwayatkan daripada Malik yang Abu'z-Zinad mendengar Said ibn al-Musayyab berkata, "Riba hanya terdapat di dalam emas atau perak atau apa ditimbang atau diukur daripada apa yang dimakan atau minum."

Yahya meriwayatkan daripada Malik yang Yahya ibn Said mendengar Said ibn al-Musayyab berkata, "Menyembunyikan emas dan perak daripada pengedaran adalah sebahagian daripada daripada kerja fasad/kemusnahan diatas muka bumi."

Apa yang dapat kita faham dari apa yang diperkatakan oleh Saidina Umar Al khatab r.a. dan Tabiin seperti Said ibn al Mussayab bahawa :

Pertukaran EMAS dengan EMAS, dan PERAK dengan PERAK mestilah

i)Mutamathilan - mesti sama berat timbangannya. Jika tidak berlaku riba tafadhul (melibatkan penambahan berat).

ii)Mesti 'Taqabud fil hal au majlis' ( diserah dan terima dalam satu masa). Jika tidak berlaku riba an nasiah.(melibatkan penangguhan).

Masalah yang kita hadapi sekarang ialah ulamak moden telah mengqiaskan hukum wang kertas bersamaan dengan hukum emas. Oleh sebab demikian mereka mengatakan hukum membeli emas dengan wang kertas secara ansuran adalah riba an nasiah kerana melibatkan penangguhan. Sila rujuk Ust. Zaharuddin dalam website beliau.

Bagi yang memahami asal usul wang kertas , tak mungkin wang kertas diqiaskan dengan emas kerana ia akan merosakkan seluruh hukum - hakam berkaitan riba seperti yang dijelaskan oleh ulamak – ulamak terdahulu. Bahkan dengan mengqiaskan wang kertas sama dengan emas menyebabkan orang awam tidak perlu lagi pada dinar dan dirham kerana sudah ada pengganti pada emas iaitu wang kertas.

Wang kertas bukan emas , jadi harus menukarkannya dengan emas secara ansuran.

Wallahu’ alam.

maknanya masih lagi dengan isu wang fiatlah. apa2pun, thanks bro.

putra1234 12-03-2011 09:57 PM

Setakat ni yang mengatakan harus hukumnya membeli emas secara tertangguh, adalah kerana wang fiat. kalau camtu, xde masalahlah kalau kita menjual emas dengan dengan cara 30/70, penggunaan kad kredit, bayar ansuran setiap bulan dan cara2 lain yang berhutang. setuju?:-?

abe mat 12-03-2011 10:31 PM

cara supaya tak jadi pembelian tangguh mungkin boleh gunakan wakalah.wakilkan pada kwn atau kenalan yang dekat dengan penjual suruh dia beli dulu.so pembelian pada waktu tu ondespot bayar n serah mas..pastu wakil pos la barang tu kepada org yang mewakilkan.utk lebih kuat buat la surat perjanjian

kemolok 13-03-2011 08:15 PM

apa pun tanya jawatankuasa fatwa kebngsaan jer..

mohd80 17-03-2011 05:11 PM

Quote:

Originally Posted by abe mat (Post 8931065)
cara supaya tak jadi pembelian tangguh mungkin boleh gunakan wakalah.wakilkan pada kwn atau kenalan yang dekat dengan penjual suruh dia beli dulu.so pembelian pada waktu tu ondespot bayar n serah mas..pastu wakil pos la barang tu kepada org yang mewakilkan.utk lebih kuat buat la surat perjanjian

Cara yang baik tapi perlukan orang tengah. Tu yang susah. Islam kan mudah.

Blog post
Gold Products - Silver Products - Other Products
10 sebab kenapa saya membeli dan menyimpan emas?
Apakah alternatif pelaburan emas yang ada di Malaysia? Part 1
Dinar Kulim - Alternatif kepada Syiling Dinar
:)cgrock

miar88 17-03-2011 10:55 PM

masing2 mempunyai pegangan dan pendirian tersendiri..

putra1234 18-03-2011 02:28 AM

Quote:

Originally Posted by abe mat (Post 8931065)
cara supaya tak jadi pembelian tangguh mungkin boleh gunakan wakalah.wakilkan pada kwn atau kenalan yang dekat dengan penjual suruh dia beli dulu.so pembelian pada waktu tu ondespot bayar n serah mas..pastu wakil pos la barang tu kepada org yang mewakilkan.utk lebih kuat buat la surat perjanjian

cara ni memang menarik. banyak yang den dengar pasal wakalah ni.

putra1234 19-03-2011 04:27 PM

den dah tanya dengan pakdi tentang cara locking. http://www.pakdi.net/cara-jual-beli-.../#comment-2340. boleh baca komen terakhir.

locking yang jadi isu ialah bayar dulu, ambik kemudian.

putra1234 19-03-2011 09:15 PM

lagi 1 yang jadi persoalan. isunya ialah wang fiat. kalau ikut pakdi, hanya KFH saja yang mengikut syariah. tapi kerana wang fiat, kenapa CIMB, Public Bank dan bank2 lain, dikatakan haram?:-?:-? bukankah sama, membeli emas secara tertangguh?

Silveray 19-03-2011 11:27 PM

Quote:

Originally Posted by putra1234 (Post 9003542)
lagi 1 yang jadi persoalan. isunya ialah wang fiat. kalau ikut pakdi, hanya KFH saja yang mengikut syariah. tapi kerana wang fiat, kenapa CIMB, Public Bank dan bank2 lain, dikatakan haram?:-?:-? bukankah sama, membeli emas secara tertangguh?

bank2 lain xde physical gold dalam simpanan mereka..

putra1234 20-03-2011 03:00 AM

Quote:

Originally Posted by Silveray (Post 9004743)
bank2 lain xde physical gold dalam simpanan mereka..

itu yang jadi tertangguh. oleh kerana isunya wang fiat, berdasarkan apa yang den baca, hukumnya jatuh kepada harus, dan bukan riba. bank menangguh penghantaran emas tersebut bila pembeli menangguh pembayaran terakhir harga emas tersebut, contoh, macam public bank tak silap den RM240 untuk 100gram.

putra1234 22-03-2011 02:30 AM

sayang. thread yang baik, dibiarkan tanpa apa2 update.:(

cikgusimple 22-03-2011 09:14 AM

Quote:

Originally Posted by putra1234 (Post 9027332)
sayang. thread yang baik, dibiarkan tanpa apa2 update.:(

biasala putra..sejak sy join CG..dh rmi dh forumer yg timbul tenggelam..

smuanya sy npk..coz sy tetap di CG ni..wpun time suram mahupun meriah..

apa kata putra hidupkan thread ni..sy akan sokong dan cuba update klu ada info berkaitan dgn thread ni..

webzzz 22-03-2011 10:29 AM

Biaunillah, ittaqullah usikum wa iyya bi taqwallah, Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Pada pandangan saya. Nak dpt jawapan bukan di ruangan ini. Jawapan cuma boleh dpt dgn bersemuka dgn org yang berilmu. Takut berlaku salah faham dan hasilnya memilih jalan 'kolot dan semberono'. Ruangan forum mcm cuma blh dpt pandangan dan kesimpulan je. Jauhi lah fahaman islam yg hanya berpandukan teks kerana diturunkan islam itu dgn wahyu,rasul dan sunnah (ditakuti kita mengamalkan 'islam zahiri'). Hukum islam sangat mudah kerana islam itu syiar bukannya 'agama' seperti yg ramai maklum, ianya mengikut individu kerana innamal amal bin niyyat.

Nasihat saya jika tidak jelas cari guru ugama (bukan ustaz), kerana pada hemat saya guru agama lebih luas pandangannya. wallahu'alam.

mohd80 22-03-2011 02:57 PM

Quote:

Originally Posted by putra1234 (Post 9006426)
itu yang jadi tertangguh. oleh kerana isunya wang fiat, berdasarkan apa yang den baca, hukumnya jatuh kepada harus, dan bukan riba. bank menangguh penghantaran emas tersebut bila pembeli menangguh pembayaran terakhir harga emas tersebut, contoh, macam public bank tak silap den RM240 untuk 100gram.

KFH on the spot bleh withdraw semua emas bar 1,5,10,20,50,100g. (hanya 2g min dlm simpanan bank)
Maybank boleh withdraw min 10g on request di cawangan besar sahaja. (2g min dlm simpanan bank rasanya) Tak tau pembelian kita ade backup dgn gold atau tidak.
Public Bank, CIMB, UOB & Citibank tak bleh withdraw dalam bentuk gold. Tentunya tak de backup dengan gold.

yusree037 22-03-2011 02:58 PM

Dengar cite cara beli camni HARAM... Leh refer kat orang agama..

cikgusimple 22-03-2011 04:06 PM

Quote:

Originally Posted by yusree037 (Post 9032670)
Dengar cite cara beli camni HARAM... Leh refer kat orang agama..

dengar cite?hehe..

rsanya saudara ni tk khatam thread ni..

kulikutiputang 22-03-2011 04:40 PM

Quote:

Originally Posted by mohd80 (Post 9032642)
KFH on the spot bleh withdraw semua emas bar 1,5,10,20,50,100g. (hanya 2g min dlm simpanan bank)
Maybank boleh withdraw min 10g on request di cawangan besar sahaja. (2g min dlm simpanan bank rasanya) Tak tau pembelian kita ade backup dgn gold atau tidak.
Public Bank, CIMB, UOB & Citibank tak bleh withdraw dalam bentuk gold. Tentunya tak de backup dengan gold.

CIMB n OUB leh wdraw fizikal...tp 100g je...dengan upah transport
citibank aku x tau....public pun x sure...

mohd80 22-03-2011 05:43 PM

Quote:

Originally Posted by kulikutiputang (Post 9034059)
CIMB n OUB leh wdraw fizikal...tp 100g je...dengan upah transport
citibank aku x tau....public pun x sure...

Apapon KHF jugak yg terbaik
Saya mesti pilih (pinjam moto BR)
:))

cikgusimple 22-03-2011 07:18 PM

Quote:

Originally Posted by mohd80 (Post 9034931)
Apapon KHF jugak yg terbaik
Saya mesti pilih (pinjam moto BR)
:))

bro..KFH ke KHF?ke FKH..hehe..:)):))

jgn mrh..

mohd80 23-03-2011 08:40 AM

Quote:

Originally Posted by cikgusimple (Post 9035867)
bro..KFH ke KHF?ke FKH..hehe..:)):))

jgn mrh..

a'ah teringat KFC plak

miar88 23-03-2011 10:42 AM

Quote:

Originally Posted by mohd80 (Post 9041191)
a'ah teringat KFC plak

KFC pon boleh...ayam digoreng sehingga warna keemasan...:))

putra1234 24-03-2011 08:51 PM

Quote:

Originally Posted by cikgusimple (Post 9028714)
biasala putra..sejak sy join CG..dh rmi dh forumer yg timbul tenggelam..

smuanya sy npk..coz sy tetap di CG ni..wpun time suram mahupun meriah..

apa kata putra hidupkan thread ni..sy akan sokong dan cuba update klu ada info berkaitan dgn thread ni..

nanti den cuba2 tanya balik kat ustaz2 yang den kenal. ustaz rafidi tu ada blog dia ke cikgu?

cikgusimple 24-03-2011 10:40 PM

ok..dh tnya nnt blhla update dan share di sini

blog sy tk igt ada ke tak..tp nota2 ustaz rafidi ni sy biasa baca di fb..dia slh seorang rakan fb sy..

http://www.facebook.com/profile.php?...95811&sk=notes

sy juga ingin menjemput putra dan kwn2 lain utk join group ttg dinar dan dirham ni..mmg perbncangan di sini mnmbh info sbb rmi juga ustaz2 dlm tu..

http://www.facebook.com/home.php?sk=...group_activity

kemolok 13-04-2011 11:35 AM

Quote:

Originally Posted by putra1234 (Post 8930900)
Setakat ni yang mengatakan harus hukumnya membeli emas secara tertangguh, adalah kerana wang fiat. kalau camtu, xde masalahlah kalau kita menjual emas dengan dengan cara 30/70, penggunaan kad kredit, bayar ansuran setiap bulan dan cara2 lain yang berhutang. setuju?:-?

:-? ada betul jugak pandangan tuan putra ni...

dah lama tak jenguk thread nih...kasik up balik... tambah ilmu:)cgrock

mohd80 13-04-2011 01:31 PM

Quote:

Originally Posted by kemolok (Post 9256833)
:-? ada betul jugak pandangan tuan putra ni...

dah lama tak jenguk thread nih...kasik up balik... tambah ilmu:)cgrock

SOAL JAWAB – PANDANGAN ISLAM BERKENAAN MEMBELI EMAS DENGAN CARA BERHUTANG.
SOALAN Saya mohon nasihat, pandangan @ hukum islam dalam membeli emas secara ansuran (berhutang)..?
Saya cuba perjelaskan soalan ini – Contoh : saya ingin membeli dan menyimpan emas batangan (bullion gold) kerana nilainya kukuh dan yakin dengan ganjaran yg bakal d peroleh atas kenaikan nilai & harga emas pada masa hadapan. Dgn muafakat, pembekal setuju menjual kepada saya dgn bayaran cuma 30% dari jumlah harga penuh manakala selebihnya (70%) d bayar pada pembekal setelah saya memajakkan emas tersebut.. Bermakna sya masih terhutang sebanyak 70% dari harga penuh.. Saya kemudiannya akan beransur ansur menjelaskannya hingga selesai.. Nyata ini adalah prinsip hutang jd saya memohon jasa baik saudara utk mendapat jawapan berserta hadis, dalil & nasnya.. Berserta rujukan..
Mudah2an saudara dpt membantu…
Assalammualahum
Sent via Facebook Mobile

JAWAPAN
Abu Zur’ah February 26 at 8:55am Report
Haruskah Jualan Tunai Lebih Murah Dari Tangguh?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
(artikel ini adalah petikan dari salah satu dari buku baru ilmiah saya (Zaharuddin Abd Rahman) yang sedang dalam proses penerbitannya bertajuk Murabahah, Teori, Aplikasi dan Isu)
Timbul satu persoalan iaitu bagaimana jika harga bayaran secara tunai sebagai contoh RM 1000, tetapi jika dibayar secara tangguh menggunakan kontrak Murabahah tetapi dibayar melalui konsep bayaran tangguh (Murabahah wa muajjal), harganya meningkat kepada RM 1500. Adakah ia halal?
Perlu diingat pembayaran bagi kontrak Murabahah boleh dibuat secara tunai atau bertangguh. Dalam praktis bank-bank Islam kontemporari kebiasaan pelanggan dibenarkan membayar secara ansuran dalam satu tempoh waktu. Namun demikian jika di awal kontrak Murabahah, pelanggan memilih kemudahan ini, harga aset yang dijual oleh bank secara Murabahah akan dinaikkan.
Hukum
Para ulama berbeza pendapat dalam hal ini, minoritinya mengatakannya haram manakala majoriti ulama silam termasuk keempat-empat mazhab dan ulama kontemporari berpandangan ianya harus.
Disebut oleh ulama Hanafi :
الثمن قد يزاد لمكان الأجل
Erti : Harga berkemungkinan dinaikan disebabkan penangguhan (bayarannya). [1]
Ulama mazhab Maliki pula berkata :
جَعل للزمان مقدار من الثمن
Erti : Penangguhan kerana untuk tempoh masa mempunyai nilai kadar nilai di dalam harga. [2]
Kenyataan dari ulama mazhab Syafie :
الخمسة نقداً تساوي ستة نسيئة
Ertinya : Lima jika dibayar secara tunai, bersamaan dengan enam jika dibayar secara tangguh. [3]
Manakala disebut oleh ulama mazhab Hanbali :
الأجل يأخذ قسطاً من الثمن
Erti : Tempoh boleh mengambil sebahagian dari harga [4]
Antara dalil paling mudah untuk menyokong pendapat ini adalah keharusa jualan secara as-Salam.
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَهُمْ يُسْلِفُونَ بِالتَّمْرِ السَّنَتَيْنِ وَالثَّلَاثَ فَقَالَ : مَنْ أَسْلَفَ فِي شَيْءٍ فَفِي كَيْلٍ مَعْلُومٍ ، وَوَزْنٍ مَعْلُومٍ، إِلَى أَجَلٍ مَعْلُومٍ .
Ertinya : Nabi s.a.w sampai ke Madinah dan peneduduk Madinah membeli (menempah) tangguh tamar yang hanya akan diserahkan dalam tempoh dua tahun dan tiga. Lalu Nabi s.a.w bersabda : Barangsiapa yang ingin membeli secara tangguh (serahan barang iaitu belian as-Salam) hendaklah ia dilakukan atas barang yang diketahui, timbangan yang diketahui dan tempoh yang diketahui”(Riwayat Al-Bukhari, no 2086)
Jualan secara As-Salam harus secara nas dan ijma’, manakala para ulama menyatakan dari hikmah keharusannya adalah pembeli dapat mendapat manfaat dari harga yang lebih murah, manakal penjual pula menikmati bayaran segera. Disebutkan oleh Ibn Qudamah :-
وهذا دليل على أن للأجل في البيع نصيباً من الثمن. وأن هذا لا بأس به في البيوع
Erti : Inilah dail bahawa tempoh waktu dalam jual beli mempunyai bahagian dalam harga, ia tidak mengapa kerana ia didasari oleh aqad jual beli. [5]
Kesimpulannya, disebabkan tempoh masa yang perlu ditunggu oleh pihak penjual dan risiko yang terdedah ke atasnya, perbezaan harga ini dianggap sebagai halal dengan syarat ia telah dipersetujui di awal aqad dan tidak lagi berubah selepas itu. Kenaikan harga akibat tempoh ini dianggap halal oleh majoriti mazhab dan ulama. Inilah bentuk ‘time value of money’ yang diiktiraf sebagai halal oleh Islam kerana ia didasari oleh jual beli sebenar dan bukannya aqad qardh iaitu pinjaman atau hutang.
Sheikh Taqi Uthmani membidas mereka yang menyamakan perbezaan penentuan harga ini sama seperti riba dengan kata beliau :-
This arguement is again based on the minsconception that whenever price is increased taking the time of payment into consideration, the trasaction comes within the ambit of interest. This presumption is not correct. Any excess amount charged against late payment is riba only where the subject matter is money on both sides. But if a commodity is sold in exchange of money, the seller when fixing the price may take into consideration different factors, including the time of payment…time of payment may act as an ancillary factor to determine the price of a commodity.
Erti : pertikaian ini sekali lagi disebabkan oleh salah faham bahawa setiap kenaikan harga disebabkan oleh masa akan jatuh dalam kategori Riba. Keismpulan ini adalah silap. Setaip kenaikan yang disebabkan kelewatan bayaran hanya akan menjadi riba apabila kedua-dua belah pihak berurusan adalah wang, tetapi jika komoditi atau aset dijual berbalas wang, penjual mempunyai kebebasan untuk menentukan harganya dan dibenarkan juga mengambil kira pelbagai faktor termasuk masa pembayaran…masa pembayaran boleh dijadikan faktor penentu bagi ketetapan harga komoditi” [6]

Sumber dari www.zaharuddin.net

putra1234 13-04-2011 05:51 PM

Quote:

Originally Posted by mohd80 (Post 9258073)

salam bro. boleh bro bagi link yang lengkap dari uzar. contoh macam ni ke. http://www.zaharuddin.net/perbankan-...uh--mahal.html

p/s. cuba bro baca link tu. sama tak?:D

lepas tu, cuba bro baca komen no 6. apa jawapan uzar tentang belian tertangguh.

bukan apa. yang den heran, xde pulak soalan kat atas tu kat artikel uzar. camne pulak bro bloeh tepek yang ada soalan?:-?

boelh jelaskan tak bro?

All times are GMT +8. The time now is 08:18 PM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.