CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Santai, Others (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=106)
-   -   Ask/Help : Siapa pernah koma? (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=212382)

apoilenjau 23-02-2011 01:26 AM

member kpd member aku penah koma sebulan lebih sbb eksiden moto. dia badan berisi la jgk,masa koma asyik minum air pakai tiub je dh susut berat badan. dia cerita masa koma tu dia ada nmpk kami semua member2 dan family dia melawat dia, dia dok perhati je, maklum la masa tu roh dia keluar dr tubuh. dia tgk gak keadaan tubuh bdn dia yg teruk eksiden tu, dua2 tangan patah dan retak, kaki pun sama dua-dua patah dan retak, tengkuk sekali. dia kena operation masuk besi belanja mahal gak la. dekat sebulan lebih baru dia sedar, masa sedar tu mcm org x betul x kenal siapa2. dua bulan lepas sedar dr koma baru ingatan dia pulih sedikit demi sedikit, skrg dh pulih sepenuhnya dan badan pun dh berisi balik. tp yg x bestnyer kesian kat dia bila time ujan je pasti sakit bdn2 dia sbb tanam besi kt tulang dia yg patah tu, rasa ngilu dan seram sejuk. tu je yg aku leh kongsi yg aku tau pengalaman member kpd member aku. :)

KLVIPER 23-02-2011 01:54 AM

Ni cerita dari orang yang pernah koma


Remember during the 80s, Zaiton Sameon is one of the top artist at that time? She was involved in an accident that brought her to a coma state. This is some accounts of what she remembered when she was in the coma. I am sure people will say, is this true or not? That doesnt count yeah. But if its true, then its one hell of a story. Bertaubatlah anda!

Penyanyi yg cukup popular suatu ketika dahulu, Zaiton Samion, pernah dibawa ke alam barzakh ketika dia mengalami koma selama lebih sebulan selepas mengalami kemalangan jalan raya pada tahun 1990 lalu.

Walaupun pengalaman itu sudah lebih sepuluh tahun berlaku, namun Zaiton masih dapat mengingatinua dengan jelas setiap detik yg dilalui semasa menziarahi alam**kubur, khususnya mengalami seksaan neraka.

“Bila mengenangkan pengalaman itu, saya berasa cukup ngeri. Ia benar benar membuatkan saya insaf,” kata Zaiton kepada editor VARIASI, Rodly Fadly.

Ikuti pengalaman Zaiton itu.

Zaiton membuka matanya. Dilihatnya disekeliling. Dimana aku? Bisik hati kecilnya. Bilik itu terlalu saing bagi Zaiton. Tidak pernah dia sampai kesitu. Nak kata bumi, dia seolah olah berada diawang awangan. Tubuhnya terasa terlayang layang. Tiada siapa disitu. Sunyi dan bungkam. Dimana semua orang pergi? Dimana ayahnya, emaknya, adik adiknya dan kawan kawannya? Dan dimana anak tunggalnya, Irwan? Pertanyaan itu berasak asak menerjah di dlm fikiran Zaiton.

Di pandangnya sekeliling. Dia cuba mencari cari arah. Di depanya seoalah olah ada jalan tapi tiada berpenghujung. Di kiri kanan jalan itu tiada apa apa. Tiada pokok, tiada rumah dan tiada bangunan. Lapang selapang**lapangnya bagai padang jarang padang terkukur.

Ah! Dimana aku ini? Tempat apa ini? Zaiton masih kebingungan. Dia cuba mengingati bagaimana dia sampai ke situ. Seingatnya sebelum itu, dia mengadakan pertunjukan pentas di sebelah utara tanah air. Sambutan cukup hebat. Penonton berasak asak memenuhi ruang pertunjukan utk melihat dia menyanyi.

Ketika dia menyanyikan lagu top hitnya, ‘Menaruh Harapan’, penonton ghairah bersorak sorak. Melihat itu Zaiton cukup bersemangat. Tubuhnya yg seksi dilenggang lenggokkan mengikut alunan lagunya.

Kemudian?

Zaiton cuba menginggatinya betul betul. Selepas persembahan itu, dia dan budak budak band pergi makan dan seterusnya bertolak pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki van. Di dalam van itu, Zaiton meriba anaknya, Irwan yg turut sama menemaninya ke pertunjukan tersebut. Lenguh ia meriba, dia menyuruh Irwan duduk di sebelahnya. Dan akhirnya Zaiton tertidur…

Hah?!

Zaiton terperanjat. Dimana Irwan? Di mana aku ini?

Mati?!

Apaha aku sudah mati? Dalam kuburkah aku?

Zaiton menjadi cemas. Dia berlari lari anak, tidak tentu arah tujuannya. Didepan dan kemudia berpatah balik ke belakang. Dia**tidak tahu arah tujuannya. Didepan dan kemudian berpatah balik ke belakang. Dia tidak tahu kemana harus dituju.Tiba tiba Zaiton terhenti. Didepannya, dia melihat ramai orang. Bukan seoarang dua, tetapi berpuluh bukan, beratus ratus, tidak juga beribu ribu. Rasanya berjuta juta orang. Suara orang mengerang kesakitan dan bersahut sahutan. Ada yg terpekik terlolong meminta tolong. Yg menangis juga meratap bukan sedikit.Bila Zaiton menghampiri orang orang itu, dia dapt melihat mereka dengan jelas, mereka semua seolah olah berada dalam kawah yg besar, direbus dengan air yg sedang menggelegak. Badan mereka melecur, menampakkan isi mereka yg merah. Eeiii …. Ngeri Zaiton melihatnya.

Zaiton terpaku melihat suasana itu. Dia cuba menghulurkan tangan menarik narik mereka drpd kawah kawah itu tetapi walaupun nampak dekat tapi tangannya tidak sampai ke arah mereka.Tiba tiba Zaiton merasa bahang yg amat panas di sekelilingnya. Dia mendonggak keatas. Api yg menjulang dengan maraknya disekeliling dirinya. Sekelip mata**api itu membaham tubuhnya.

‘Tolong! Tolong! Aduh! Sakitnya ..,’ Zaiton menjerit sekuat kuat hati sebaik sahaja api itu menjamah tubuhnya. Api itu berwarna kemerah merahan, membakar seluruh tubuh Zaiton dr hujung rambut sampai ke hujung kaki.

“Mak, ayah tolong Eton!” jarit Zaiton

Dia merasakan kesakitan yg amat sangat. Perit dan pedih. Sambil meronta ronta kesakitan, Zaiton menjerit jerit meminta pertolongan namun tiada seseorang pun yg datang membantunya.**Api itu terus membakar tubuhnya sehingga menjadi rentung seperti kayu api. Ketika merintih kepedihan dek dibakar api itu Zaiton terdengar satu suara berkata:

“Itulah balasan kepada engkau yg tidak pernah bersembahyang, derhaka kepada ibu bapa, dedah aurat dan melanggar perintah agama.”

Zaiton mencari cari siapakan yang berkata kata itu tapi tidak kelihatan. Hanya suaranya yg kedengaran. Dia berasa lega kerana baru terlepas melalui pengalaman yg menyakitkan itu.

Namun sebelum habis keperitan yg dialami akibat dibakar, Zaiton terasa punggungnya ditusuk suatu benda tajam. Walaupun tidak kelihatan apakah bendanya namun Zaiton dapat merasai kepedihan yg amat sangat.

Tusukan diduburnya itu terasa masuk hingga ke dadanya. Pedihnya sukar digambarkan dengan kata kata. bisa dan ngilu. Sekali lagi Zaiton menjerit sekuat hati meminta pertolongan. Nama emak dan ayahnya dipanggil berulang ulang kali namun tiada siapa yg muncul.

“Inilah balasan orang berzina!” Sekali lagi Zaiton mendengar suara berkata kata. Zaiton hanya mampu menanggis mendengar kata kata itu.

“:Tolonglah jangan seksa saya lagi,” rayu Zaiton kemudiannya.Namun rayuan Zaiton itu tidak dipedulikan. Punggungnya terasa disula berulang ulang kali. Setiap kali disula Zaiton meraung menahan kesakitan. Selepa disula, Zaiton menerima azab ketiga. Kali ini tubuhnya dipalu bertalu talu dengan benda kerasa seperti rotan. Hancur lumat tubuhnya dipukul namun rayuan Zaiton agar dihentikan seksaan itu tidak diendahkan.

“Ingat, inilah pembalasan ALLAH kepada mereka yg ingkar akan suruhanNYA dan berbuat dosa semasa didunia. Bertaubatlah dan sedarkan rakan rakan artis kau akan perbuatan mungkar mereka.”

Kata kata itu mengakhiri seksaan ke atas Zaiton. Tidak lama selepas itu dia tersedar drpd koma dan mendapati kedua ibu bapanya berada disisi. Barulah dia tahu rupanya dia berada di hospital.

Pengalaman bertandang ke alam barzakh dan menyaksikan seksaan di neraka benar benar meninggalkan kesan mendalam kepada diri Zaiton.

“Saya mengakui banyak berbuat dosa sebelum kejadian itu. Saya melawan cakap emak dan ayah sendiri, mengabaikan sembahyang dan banyak lagi kemaksiatan yg saya lakukan. Mungkin itulah balasan yg saya terima.

“Begitupun saya bersyukur kerana ALLAH masih memberi kesempatan utk saya**bertaubat dan kembali ke pangklal jalan. Saya dah insaf dan taubat,” kata**Zaiton berulang kali. Zaiton berharap rakan rakan artisnya mengambil iktibar drpd pengalamannya ini.

“Menyanyi itu tak salah tapi janganlah membuat perkara perkara yg tak elok seperti**mendedahkan aurat dan sebagainya,:katanya.

Menurut Zaiton, sebagai melaksanakan tanggungjawabnya, dia bercadang merakamkan lagu lagu berunsur nasihat jika diberi kesempatan oleh syarikat rakaman.

“Saya tak mahu menyanyi lagu-lagu yg mengkhayalkan lagi. Kalau boleh, saya mahu berdakwah melalui lagu,” kata Zaiton

Penerbitan asal: VARIASI Februari 2003

Credit: Kak Intan

aeddyz_2649 23-02-2011 03:42 AM

Quote:

Originally Posted by RuthlessFairy (Post 8757999)
dek..

nampak tak ni-----> .

itu namanya noktah / titik.
digunakan sebagai tanda penamat ayat.
dan supaya org tak semput bila membaca tanpa henti dan tanpa tahu dimanakah mahu berhenti untuk cuba memahami keseluruhan ayat.

tahu la ko pernah koma, tapi janganla asyek guna "COMMA"

well..


thnx sebb sudi kongsi cerita

aku tergelak-gelak,terkekek-kekek,terguling-guling tengok u ni comment kat mamat tu..hahaha..:eek::eek::)):)) cian die..die excited tu sebenaye..sorry TT..lari topik sket..pecah perut tgk komen-komen Cik Fairy ni..marah sangat nampaknye..:)):)) :)cgrock

farr1z 23-02-2011 04:01 AM

Quote:

Originally Posted by zanuar (Post 8757809)
aku koma 5 hari,jatuh terhempas dari bangunan setinggi 2 tigkat.Kalau korang nak tau macam mana rasa koma,rasa macam tido mati..tido yang puas..di penghujung nak sedar dari koma,korang akan mimpi..mimpi kejadian2 terakhir sebelum koma tapi mimpi yg tak jelas..bila sedar jer korang akan rasa pelik,kenapa aku duduk kat hospital?..korang tak akan ingat apa2 pasal kemalangan tu..

Time aku sedar dari koma,aku pau rokok kat member..member aku gelak kat aku.Dia kata aku ada kat ICU..HOH!!!


cerita nih tepat~~ versi yang sama~ macam nih la keadaan orang koma~

sanz 23-02-2011 09:33 AM

Quote:

Originally Posted by apoilenjau (Post 8758669)
member kpd member aku penah koma sebulan lebih sbb eksiden moto. dia badan berisi la jgk,masa koma asyik minum air pakai tiub je dh susut berat badan. dia cerita masa koma tu dia ada nmpk kami semua member2 dan family dia melawat dia, dia dok perhati je, maklum la masa tu roh dia keluar dr tubuh. dia tgk gak keadaan tubuh bdn dia yg teruk eksiden tu, dua2 tangan patah dan retak, kaki pun sama dua-dua patah dan retak, tengkuk sekali. dia kena operation masuk besi belanja mahal gak la. dekat sebulan lebih baru dia sedar, masa sedar tu mcm org x betul x kenal siapa2. dua bulan lepas sedar dr koma baru ingatan dia pulih sedikit demi sedikit, skrg dh pulih sepenuhnya dan badan pun dh berisi balik. tp yg x bestnyer kesian kat dia bila time ujan je pasti sakit bdn2 dia sbb tanam besi kt tulang dia yg patah tu, rasa ngilu dan seram sejuk. tu je yg aku leh kongsi yg aku tau pengalaman member kpd member aku. :)

Kurang setuju la bro, Roh keluar badan tu mati la beb. Mane ade roh boleh keluar badan suke2 hati je kecuali malaikat yang bawah roh kite ni.

bemban 23-02-2011 02:08 PM

kalau koma tak leh minta ayaq ka, dahaga oooo

Niyang 23-02-2011 02:49 PM

aku harap dijauhkan lah.... Aku skrg nih tgh tunggu wat MRI, pasal aku sakit saraf belakang... Kalo keputusan suma ok, insyallah x ada apa perlu diwat.... tp kalo x.. kene wat operation...Dorang ckp kalo operation akan x sedar diri dlm tempoh yg lama... erkkk..... jauh lah .... amin...

apoilenjau 23-02-2011 04:24 PM

Quote:

Originally Posted by sanz (Post 8760502)
Kurang setuju la bro, Roh keluar badan tu mati la beb. Mane ade roh boleh keluar badan suke2 hati je kecuali malaikat yang bawah roh kite ni.

Roh keluar dr tubuh tu x semestinya kita perlu mati baru roh keluar bro... ko salah faham ni bro, roh member tu cuma keluar sementara je dr tubuh dia, bukannya dicabut rohnya oleh malaikat, untuk makluman bro jika kita tidur pun x mustahil roh kita boleh keluar dari tubuh badan dan keluar merayau2 ke suatu tempat yg kita mungkin x pasti dengan izin-Nya, ustaz aku pernah bercerita pd aku masa sekolah agama rakyat dulu yg tidur adalah sebahagian dr mati dan semasa kita tidur x mustahil roh kita akan keluar merayau2 dimuka bumi dan akan kembali memasuki tubuh sebelum kita sedar dan kita x kan ingat apa2 pun.

zanuar 23-02-2011 05:46 PM

Quote:

Originally Posted by apoilenjau (Post 8764382)
Roh keluar dr tubuh tu x semestinya kita perlu mati baru roh keluar bro... ko salah faham ni bro, roh member tu cuma keluar sementara je dr tubuh dia, bukannya dicabut rohnya oleh malaikat, untuk makluman bro jika kita tidur pun x mustahil roh kita boleh keluar dari tubuh badan dan keluar merayau2 ke suatu tempat yg kita mungkin x pasti dengan izin-Nya, ustaz aku pernah bercerita pd aku masa sekolah agama rakyat dulu yg tidur adalah sebahagian dr mati dan semasa kita tidur x mustahil roh kita akan keluar merayau2 dimuka bumi dan akan kembali memasuki tubuh sebelum kita sedar dan kita x kan ingat apa2 pun.

Tak payah la gaduh2 dan berdebat..korang tak pernah koma pun .korang cuma dengar dari mulut orang jer..aku yang koma takde filling macam tu..tu semua nak bagi cerita sedap dengar.. :)):)):))

carnationmyra 23-02-2011 05:48 PM

Quote:

Originally Posted by Niyang (Post 8763500)
aku harap dijauhkan lah.... Aku skrg nih tgh tunggu wat MRI, pasal aku sakit saraf belakang... Kalo keputusan suma ok, insyallah x ada apa perlu diwat.... tp kalo x.. kene wat operation...Dorang ckp kalo operation akan x sedar diri dlm tempoh yg lama... erkkk..... jauh lah .... amin...

hi hi hi...jangan risau...aku pun operate tulang belakang gak.....doa2kan la doktor yang betul2 pakar yg buat....:)cgrock


All times are GMT +8. The time now is 03:01 AM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.