CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Other Classifieds (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=191)
-   -   Bisnes Nangka Madu memang Lumayan- http://nangkamadu916.blogspot.com/ (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=211411)

REMEDY KARUNG GUNI 28-02-2011 09:12 AM

Salam TT, dekat mana saya boleh dapatkan anak pokok nangka madu ni?

En. Rhoma Irama 28-02-2011 10:20 AM

Quote:

Originally Posted by cikgusimple (Post 8807619)
mmg betul...permintaan tinggi..byk ladang dan kebun pun..ada yg tk menjadi..

thanks kpd mber CG..tuan rhoma irama yg sudi singgah di gerai smalam..

bertmbh sorang lagi supplier masuk list..

dkt sikit..

yg kat maran tu ada fama bg contact number..nk kena rasa dulu buahnya mcm mana..

kualiti itu penting

Keadaan permintaan yang tinggi dan bekalan yang kurang menyebabkan harga melambung naik. Faktor cuaca, benih dan amalan perladangan memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan pengeluaran ladang mendapat hasil yang diinginkan.

InsyaAllah kawan balik nanti kawan update segalanya.

cikgusimple 28-02-2011 06:58 PM

Quote:

Originally Posted by En. Rhoma Irama (Post 8808160)
Keadaan permintaan yang tinggi dan bekalan yang kurang menyebabkan harga melambung naik. Faktor cuaca, benih dan amalan perladangan memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan pengeluaran ladang mendapat hasil yang diinginkan.

InsyaAllah kawan balik nanti kawan update segalanya.

betul tu..

ok..sy tgu update dari tuan..

jauh rupanya bekerja..:)

cikgusimple 04-03-2011 06:50 PM

Quote:

Originally Posted by remedy (Post 8807634)
Salam TT, dekat mana saya boleh dapatkan anak pokok nangka madu ni?

alamak..sorry..baru perasan..

kat tmpat sy ni..yg jual nangka area bndar..dia turut jual ank pokok nangka madu ni..blhla tanam..mmg untung sbb permintaan tinggi..

kalau blh kaji dulu...sbb ada kebun nangka yang berekar..tp tk mnjadi..kesian mereka..

SayaAndaKita® 04-03-2011 06:53 PM

Quote:

Originally Posted by cikgusimple (Post 8807619)
mmg betul...permintaan tinggi..byk ladang dan kebun pun..ada yg tk menjadi..

thanks kpd mber CG..tuan rhoma irama yg sudi singgah di gerai smalam..

bertmbh sorang lagi supplier masuk list..

dkt sikit..

yg kat maran tu ada fama bg contact number..nk kena rasa dulu buahnya mcm mana..

kualiti itu penting

bole tak cikgu share, faktor2 yg menyebabkan x menjadi

cikgusimple 04-03-2011 06:59 PM

semalam..sy dihubungi seorang usahawan yg dh agak lama dgn biz nangka madu..hmpir sejam juga berbual..

thanks sgt2 atas info dan ilmu berharga yg dicurahkan..mmg priceless..

makin semangat sy nk buat biz ni..

tp hari ni..dugaan bg kami..

hahaha..kanopi pecah..dri 2 kanopi..satu pecah di tepi..akibat hujan..dan sebab apa ntah..sy tk fhm suami sy cite..td tgk dri jauh je..hujan lebat..

mmgla terkilan jugak..tp buat2 happy..nama pun biz..mesti ada dugaan dan cabarannya..

hikmah-Nya..nk tukar kpd khemah yg psg zink di atas..

kanopi satu lagi blhla digunakan utk buka gerai goreng pisang di depan lot kedai arwah atuk..

hari ni tpksa kuar duit utk beli kayu dan zink..

dh jd double cost..huhuhu..sabar...

cikgusimple 04-03-2011 07:04 PM

Quote:

Originally Posted by SayaAndaKita® (Post 8855145)
bole tak cikgu share, faktor2 yg menyebabkan x menjadi

yg sy dgr..salah satu faktor sbb baka..dan juga kurang baja..

siapa yg nk tanam..kajila betul2..dptkan info di web peladang atau contact fama utk dptkan bimbingan..

kalau buah anda menjadi..jgn risau..sy sedia menjadi pemborong..

sbb sy nk buat biz ni jangka masa panjang..

insyaAllah ada rezeki..nk beli lori pulak..

En. Rhoma Irama 04-03-2011 07:06 PM

Quote:

Originally Posted by cikgusimple (Post 8855195)
semalam..sy dihubungi seorang usahawan yg dh agak lama dgn biz nangka madu..hmpir sejam juga berbual..

thanks sgt2 atas info dan ilmu berharga yg dicurahkan..mmg priceless..

makin semangat sy nk buat biz ni..

tp hari ni..dugaan bg kami..

hahaha..kanopi pecah..dri 2 kanopi..satu pecah di tepi..akibat hujan..dan sebab apa ntah..sy tk fhm suami sy cite..td tgk dri jauh je..hujan lebat..

mmgla terkilan jugak..tp buat2 happy..nama pun biz..mesti ada dugaan dan cabarannya..

hikmah-Nya..nk tukar kpd khemah yg psg zink di atas..

kanopi satu lagi blhla digunakan utk buka gerai goreng pisang di depan lot kedai arwah atuk..

hari ni tpksa kuar duit utk beli kayu dan zink..

dh jd double cost..huhuhu..sabar...

sabor ye cikgu.. dugaan semua tu

SayaAndaKita® 04-03-2011 07:10 PM

Quote:

Originally Posted by cikgusimple (Post 8855235)
yg sy dgr..salah satu faktor sbb baka..dan juga kurang baja..

siapa yg nk tanam..kajila betul2..dptkan info di web peladang atau contact fama utk dptkan bimbingan..

kalau buah anda menjadi..jgn risau..sy sedia menjadi pemborong..

sbb sy nk buat biz ni jangka masa panjang..

insyaAllah ada rezeki..nk beli lori pulak..

berapa lama dari start kita tanam , boleh kita harvest?

berapa lama jangka hayat pokok tur boleh produce utk harvest?

cikgusimple 04-03-2011 07:17 PM

Quote:

Originally Posted by En. Rhoma Irama (Post 8855256)
sabor ye cikgu.. dugaan semua tu

terima kasih..smoga dpt buat kami lbh tabah hadapi kemungkinan..

sebelum ni harapkan khemah yg fama kata nk bagi(msa dtg melawat gerai)..tu yg pejam mata dgn kanopi tu..:)

bnda nk jadi ..nasib baik ada back up biz lain..huhuhu..ada la duit sikit2..

meniaga ni rupanya kena stand by duit lbh selalu..supaya kita tk gulung tikar kalau jd apa2..

cikgusimple 04-03-2011 07:18 PM

Quote:

Originally Posted by SayaAndaKita® (Post 8855287)
berapa lama dari start kita tanam , boleh kita harvest?

berapa lama jangka hayat pokok tur boleh produce utk harvest?

kalau tk silap..2-3 tahun..

pastu ...bila dh start berbuah..3 bulan sekali kuar hasil..:)

SayaAndaKita® 04-03-2011 08:40 PM

Quote:

Originally Posted by cikgusimple (Post 8855360)
kalau tk silap..2-3 tahun..

pastu ...bila dh start berbuah..3 bulan sekali kuar hasil..:)

wah ni suda kira bagus ni cikgu,

agak2 cikgu kan, berapa minima keluasan tanah utk jadikan penanaman nangka sebagai komersial???:D

jasma 04-03-2011 08:43 PM

utk rakyat pahang boleh mohon tanah dari pertanian...

putihperang 04-03-2011 09:18 PM

Quote:

Originally Posted by cikgusimple (Post 8724339)
Salam CGrian sekalian..

Saya nk share sikit dan mohon juga pendapat/pandangan atau idea bernas dari anda.kalau ada pengalaman untuk dikongsikan bagus juga..

Saya ada usahakan perniagaan buah-buahan yang memfokuskan nangka madu sebagai item utama..

selebihnya ada juga saya masukkan buah lain mcm jambu,belimbing dan sdg menunggu bekalan buah tembikai dan mempelam.

Gerai ini baru sgt dibuka..iaitu semalam..selepas 3 minggu mengumpul maklumat dan mencari pembekal..

akhirnya dptla beroperasi secara sepenuhnya semalam..

sbnrnya lama dah suami sy berminat dgn perniagaan nangka madu ni..tp hasratnya terbantut sekejap..nk tau kenapa..nnt sy cite..

alhamdulillah..setelah berjaya mmpunyai market dlm biz emas..kini melangkah setapak lagi ke perniagaan buah-buahan..

nnt sy akan share modal yg sy dan suami guna utk mulakan biz ni dan kalau ada sesiapa ada info atau contact pembekal nangka madu dgn hrga cntik..blhla share di sini..

gud luck... moga berjaya!!

aiman27 04-03-2011 10:45 PM

tips penjagaan pokok nangka
 
BUAH nangka tergolong dalam keluarga Moraceae dan ia amat sesuai ditanam dikawasan tropika. Musim berbuah boleh berubah bergantung kepada faktor iklim semasa dan kesuburan pokok.

Biasanya ia berbuah sepanjang tahun dengan mula mengeluarkan hasil yang baik selepas tiga tahun ditanam.

Nama saintik bagi pokok nangka ialah Artocarpus hytereophylus.

Manakala jarak tanaman yang sesuai ialah 9 meter (m) x 9 m dengan menggunakan sistem segi empat sama.

Bagi anak pokok nangka yang baru ditanam, kerja penyelenggaraan seperti kerja menyiram, kawalan rumpai, pembajaan, pemangkasan dan kawalan penyakit serta perosak perlu dilakukan secara berterusan bagi menjamin pengeluaran buah yang baik dan berkualiti.

Pokok nangka mudah dibiak dengan menggunakan kaedah cantuman mata tunas.

Pokok yang berjaya dicantum perlu diletakkan di bawah naungan dan sesuai ditanam apabila pokok berumur lima bulan dan ke atas selepas dicantum.

Pokok nangka yang disyorkan ditanam adalah seperti J27, J29, J30, J31, J33, nangka mastura USM 2000, CJ 3 dan CJ 6.

Buah nangka boleh dimakan segar dan diproses.

http://www.utusan.com.my/utusan/info...z&pg=ag_02.htm.

tp kat sini tak penuh kalau nak full penjagaan pokok nangka boleh belek semula paper utusan 27 dis 2010. Dalam tu mengandungi maklumat yg berguna bagi penanam nangka. Antara berkenaan pengairan, kawalan rumpai, pemangkasan, pembajaan, kawalan penyakit dan perosak. Aku ada hardcopy tp maaf xlarat lak nak nak tulis semula sbb pjg juga.

cikgusimple 05-03-2011 01:36 PM

Quote:

Originally Posted by aiman27 (Post 8857135)

thanks 4 good info..

maybe sayaandakita leh jdikan panduan..buat reseacrh dulu..

pasti mmbuahkan hasil..

abu85 05-03-2011 02:47 PM

salam cikgu simple..

jiran saya pun ader buat business ni tepi jalan jer... modal beli buah boleh cover satu hari punyer sales..

selain itu dia ader ckp dia ada jual yang dah masak2 sgt bg binatang makan,.. saya pun luper binatang aper tu.. tp murah skit la..so far 2 company yang beli kat dia bg binatang tu makan ehe,,,,

aku rasa mmg boleh untung.. kadang2 sampai tak berniaga sbb buah cepat sgt habis..

saya ader tanya dia.. yang saya ni tak makan buah nenas... tp dia ckp... dia pun sendiri tak makan buah nenas... tp nenas madu ni lain.. huhu.. best sgt hehe yer ker..

so keberangkalian orang repeat beli tu besar,..(setiap hari orang yang sama akan beli) so pembeli baru tu kalau dia perasan.. InsyaAllah dia akan repeat beli lagi..

cikgusimple 05-03-2011 04:03 PM

Quote:

Originally Posted by abu85 (Post 8861610)

salam..

menarik cite ni..apa binatang tu ek..

tapi..nangka madu ke nenas madu?:)

abu85 06-03-2011 01:07 AM

ohh sorry,, TT,,, ingatkan nenas madu... huhuh... ... nak tambah madu,,, cari la nenas madu yer,, hehe berpotensi jugak..

magnesium 06-03-2011 10:28 AM

saya ada tanya orang fama...
dia cakap nangka madu memang susah nak dapat supplier

dia suh saya cari kat selayang je..

nangka madu ni memang banyak kat belah pahang ke?

indon2 kat tepi jalan ni ramai gak jual nangka,
mana lak dia dapat supply?

cikgusimple 06-03-2011 10:38 AM

Quote:

Originally Posted by abu85 (Post 8865716)
ohh sorry,, TT,,, ingatkan nenas madu... huhuh... ... nak tambah madu,,, cari la nenas madu yer,, hehe berpotensi jugak..

oohh...nenas madu..

nnt sy try cari dan rasa..pastu blh try letak sikit di gerai..

sy npk buah yang laku..nangka madu..durian(tp tk ada bekalan lagi..1-2 mgu lagi)

jambu tanpa biji..yg lain tu ada la sikit2..

ni baru pemerhatian sy secara rambang..kalau dh lama sikit meniaga..barulah tahu yg sebenarnya kot..

cikgusimple 09-03-2011 09:01 AM

perkembangan terkini..

dlm proses akhir menukarkan kanopi kpd khemah zink (betul ke namanya ni :) )

hehe..siapa yg minat nk join fraincais..blhla stanby..6 bulan dri skrg ke..hehe..

aiman27 09-03-2011 04:36 PM

VARIETI-VARIETI NANGKA

Klon kultivar yang disyorkan:-

J 29
Nangka ini berasal dari Sungai Chua, Kajang, Selangor dan didaftarkan pada 8 Februari 1973. Mempunyai buah yang besar dengan berat 10 kg sebiji dan berbentuk bulat. Kulit berwarna hijau kekuningan dan sederhana tebal. Durinya kasar dan jarang. Ulas besar dan banyak dan bijinya besar. Isinya tebal, pejal, manis, berwarna kuning dan bertekstur halus. Jeraminya kurang tetapi kasar dan manis.

J 31
Digelar dengan N.S.I dan didaftarkan pada 30 Mei 1973. Saiz buah besar dan berat buah 10 kg sebiji dan panjang buah 45-55 cm. Buah berbentuk lurus panjang dan kulitnya berwarna hijau, sederhana tebal, banyak getah dan durinya rapat-rapat. Ulasnya sederhana besar dan berbentuk bulat. Isinya berwarna kuning, sederhana tebal tetapi pejal, rasanya manis, berbau kuat, tekstur isinya halus dan banyak jerami. Bijinya kecil.

J 32
Klon J 32 didaftarkan pada November 1997. Bentuk buah bujur panjang, bahu melekuk dan hujung buah bulat. Saiz sederhana besar, berduri padat dan beraroma sedikit. Warna isi kuning oren, tebal, saiz isi besar keras dan pejal tetapi kurang manis serta sedikit berair.

J 33
Sesuai dimakan mentah. Pembiakan secara tampang.

MASTURA (Cj)
Nangka adalah sejenis buah tropika yang mempunyai nilai komersil yang setanding dengan buah cempedak dan sukun, tetapi kurang diberi perhatian oleh petani, penggemar buah-buahan dan para penyelidik. Hasil dari penyelidikan selama 16 tahun, saintis daripada Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang telah berjaya menghasilkan kultivar baru buah nangka (Arthocarpus heterophyllus) dan diberi nama sebagai nangka MASTURA (Cj - USM 2000).

lain2 info menarik pasal penanaman pokok nangka.
http://www.pertanianperak.gov.my/jpp...manual-tanaman

cikgusimple 11-03-2011 12:31 PM

Quote:

Originally Posted by aiman27 (Post 8899672)

thanks atas info ni..

baru2 ni ada sehari tu tk dpt buka gerai..tk ada buah yang masak..

malam td ambik lagi dgn pembekal buah2 yg dh masak..ari ni blh la meniaga..insyaAllah cukup hingga mgu depan..

cikgusimple 17-03-2011 04:37 PM

lama tk share dlm ni..

biz nangka madu ni jalan..tp syg..belum dpt bekalan yg mencukupi..huhuhu..

rmi yg tanam buah nangka madu..tapi
1.buah belum masak
2.buah dah cntik,tp tawar pulak
3.buah terkena jangkitan
4.buah cantik dan manis tapi harga tinggi sangat..

byk lagi nk kena balajar ni..

aiman27 23-03-2011 11:52 AM

kalau ada ladang nangka kena selalu buat pemangkasan utk memnggalakkan buah. jadi daun2 yg dipangkas boleh diberi makan kpd kambing sbb kambing suka makan daun2 nagka. jadi industri hiliran yg boleh dipikirkan adalah pertenakan kambing pula.

ismadagreat 23-03-2011 03:18 PM

Quote:

Originally Posted by cikgusimple (Post 8895402)
perkembangan terkini..

dlm proses akhir menukarkan kanopi kpd khemah zink (betul ke namanya ni :) )

hehe..siapa yg minat nk join fraincais..blhla stanby..6 bulan dri skrg ke..hehe..

dah ada francais ke? hehe kalau menarik berminat gak nak join :)cgrock

qassam 24-04-2011 09:06 AM

francais?ce kabo ce kabo

cikgusimple 30-05-2011 08:11 PM

lama betul tk masuk thread ni..

sibukkkkkkkk...

alhamdulillah..perniagaan gerai nangka madu sy semakin berkembang..tp sy meletakkan target 3 tahun utk menilai sejauh mana kemampuan sy dan suami mempertahankan perniagaan kami ini..

jenama kami ialah "nangka madu 916"

skrg ni cuti sekolah..sy mngabiskan byk masa di gerai..

byk utk diceritakan..

utk berjaya..mmg kena kuat smgt dan tk blh hangat2 tahi ayam

ilmu marketing kena ada

cikgusimple 30-05-2011 08:17 PM

Quote:

Originally Posted by ismadagreat (Post 9045673)
dah ada francais ke? hehe kalau menarik berminat gak nak join :)cgrock

cadangan tu mmg dh ada..bila npk potensi nangka madu ni..sy bertmbh yakin..tp ambik masa sikit..sbb sy tgh kumpul data dan planning utk 1 sistem yg menguntungkan smua..

dlm masa terdekat ini..maybe hujung tahun atau awal tahun depan..sy nk tmbh 1 lagi gerai..lokasi dh ada..tp masalah utama skrg..nk mncri org yg betul2 blh menguruskannya dan dipercayai..

mklumlah..sy dan suami masing2 ada kerja tetap..buat part time..nasib baik ada adik yg blh dipercyai..tp kami mmg byk turun pdang..pntang ada peluang..

matlamat sy..nk bg peluang perniagaan ini kpd yg betul2 berminat nnt..insyaAllah..

buat masa ni..gerai sy masih sy anggap sbgai eksperimen..nnt blh copy paste dan wujudkan konsep francais

cikgusimple 30-05-2011 08:18 PM

Quote:

Originally Posted by qassam (Post 9359024)
francais?ce kabo ce kabo

bila nk balik semenanjung?nnt masa ambik stok silver nnt kita cite pnjg lebar ye..lagi cntik klu dpt singgah kat gerai nangka madu..:)cgrock

miskhi 30-05-2011 08:28 PM

cikgu da buat francais ke?? nie kalau jual kat melaka laku x?? jarang nmpak owg jual nangka

cikgusimple 30-05-2011 08:35 PM

Quote:

Originally Posted by miskhi (Post 9685803)
cikgu da buat francais ke?? nie kalau jual kat melaka laku x?? jarang nmpak owg jual nangka

belum lagi..sy tgh mengkaji byk aspek ni..permintaan tinggi..tp masalah utama skrg ni :

1.tiada lori
2.ada masa bekalan tk mencukupi
3.ada masa buah tidak masak masa kemuncak..

jd sy tgh ber eksperimen lagi..tp honestly..stkt ni tk pernah rugi lagi..cuma masa musim durian hari tu jualan slow sikit..

bila tk ada durian..mmg blh jalan..lokasi juga penting..sy meniaga tepi jln utama..laluan org nk balik raub/k.lipis/kelantan/bukit fraser dan cameron highland

sy pun byk bnda tk tau ttg francais ni..prosedur dan lain2..klu ada siapa2 nk kongsi..blhla bgtau..

sbb sy npk..mmg berpotensi nangka madu ni..oh ye..ia dh siap dikupas..ada juga yg beli per biji

klu tmpt yg tk ada org jual..lagi bgus..kurang saingan..klu kena lokasi dan cara ..mmg menguntungkan..

adranath 31-05-2011 10:26 PM

menarik2..den nak try tanam gak la...satu ekar leh brape pokok?...

tahir85 01-06-2011 12:09 AM

hurm. hot gak eh jual nangka kat smjg.. kat sabah rasanya tak ble jalan kot..bukan tak pena cuba tapi nangka kat sini kadang2 tinggal buruk jer tak kena makan... kan bagus kalau selera org sabah mcm kat sana.. ble gak runing bisnes ni.ehe

cikgusimple 01-06-2011 12:13 AM

Quote:

Originally Posted by adranath (Post 9696796)
menarik2..den nak try tanam gak la...satu ekar leh brape pokok?...

tanamla..bgus sgt..tp pastikan menjadi..sbb tanaman nangka ni..tk kena cara jd mcm bbrapa tmpt yg tanaman mereka tk menjadi..

klu dh jd tu..jgn risau..rmi je yg nk nnt klu buah tu cntik..nk untung lagi..jual sendiri..

maybe info ni blh bntu sedikit :

Mastura buah nangka terbaik
Posted on the May 10th, 2010 under Berita, Tempatan, Unik by Syedz

NANGKA Mastura pertama kali diketengahkan kepada umum sekitar tahun 2000. Ia diiktiraf sebagai varieti buah nangka tempatan yang terbaik pernah dihasilkan setakat ini.
Mampu mencecah berat sekitar 20 hingga 30 kilogram (kg) sebiji selain menghasilkan ulas yang manis dan berwarna keemasan, kualiti nangka Mastura telah mengangkat nama buah tempatan.
Malah, penggemar buah-buahan tempatan yang pernah merasainya pasti bersetuju bahawa nangka Mastura merupakan nangka terbaik pernah dinikmati.
Namun, populariti Mastura menyebabkan umum kurang mengenali individu yang bertanggungjawab menghasilkan varieti nangka tersebut.
Juga digelar nangka madu, ia merupakan gabungan daripada nama Mas yang membawa maksud warna isi yang keemasan manakala tura pula membawa maksud tanaman untuk rakyat.
Ia adalah hasil ciptaan Profesor Dr. Zainal Abidin Abd. Aziz ketika beliau masih bertugas sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kaji Hayat, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang sekitar tahun 1980-an.
Menurutnya, varieti nangka Mastura hanya diketengahkan setelah menyempurnakan penyelidikan selama dua dekad mengenai buah istimewa itu menerusi geran penyelidikan USM bernilai kira-kira RM1 juta.
Jelasnya, pada peringkat awal kajian, beliau telah bekerjasama dengan sebuah syarikat swasta dari Gopeng, Perak dan mengumpulkan sembilan genetik nangka terbaik dari seluruh Asia Tenggara untuk dikaji.
“Daripada sampel itu, sebanyak 400 titisan genetik berjaya dihasilkan dan selepas lapan tahun kajian, enam daripadanya diperkenalkan sebagai varieti baru dengan nama CJ-1, CJ-2, CJ-3, CJ-4, CJ-5 dan CJ-6.

BERAT nangka Mastura di antara 20 hingga 30 kilogram sebiji.

________________________________________
“Selepas tiga hingga empat tahun ditanam dan mengeluarkan buah, orang ramai menggelarkannya nangka madu,” katanya ketika ditemui Kosmo! di ladang penanaman nangka Mastura di Kampung Paya Tok Akil, Tasek Gelugor, Pulau Pinang baru-baru ini.
Di atas tanah seluas 12 hektar milik Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) yang dijadikan tapak kajiannya, Zainal Abidin kini turut menjalankan penyelidikan 20 buah-buahan tropika lain termasuklah durian belanda, jambu air, belimbing, longan, rambutan, pulasan dan roselle.
Walaupun berjaya menghasilkan nangka yang mempunyai ciri-ciri baik, namun kajian terhadap varieti nangka tidak terhenti di situ sahaja.
Menurut Zainal Abidin, sebanyak 400 titisan genetik daripada enam varieti CJ-1 hingga CJ-6 telah dikaji semula dan selepas lapan tahun, satu titisan daripadanya telah dipilih. Mengapa?
Ini kerana ia mempunyai sifat-sifat yang dikehendaki iaitu mempunyai saiz buah yang besar, mengeluarkan ulas yang manis dan isinya yang keemasan.
Varieti itu diperkenalkan kepada umum dengan nama CJ/USM 2000 Mastura yang kemudiannya menerima nama jolokan nangka Mastura seperti yang dikenali pada hari ini.
Malah, nangka Mastura juga mempunyai ciri-ciri yang baik. Antaranya ialah buahnya berbau harum, isi yang tebal, buah tidak mudah rosak, pokok yang lebih tahan serangan penyakit dan berbuah sepanjang masa.
Jelasnya, pokok nangka Mastura dengan ketinggian di antara 4.5 meter hingga 5.4 meter mampu mengeluarkan buah pertama selepas 18 bulan ditanam. Ia boleh mengeluarkan dua putik buah dalam tempoh sebulan selain mampu hidup selama lebih dua dekad.
Sehingga kini, varieti nangka Mastura paling banyak ditanam di Pahang yang melibatkan keluasan ladang kira-kira 1,200 hektar manakala di Terengganu dan Selangor pula melibatkan penanaman masing-masing seluas 160 hektar yang benihnya dipasarkan menerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di negeri itu.

ISI nangka Mastura kuning keemasan.

________________________________________
Sebagai kesinambungan kepada kejayaan yang telah dihasilkan menerusi penemuan varieti nangka Mastura, Zainal Abidin yang telah bersara sebagai pensyarah di USM masih lagi meneruskan kajiannya.
Kini kajian terbarunya yang dilaksanakan sejak lima tahun lalu sudah memasuki peringkat penilaian terhadap 200 sampel titisan yang dihasilkan daripada kacukan beberapa jenis nangka terbaik termasuklah nangka Mastura.
“Kajian terbaru saya ini dijangkakan dapat menghasilkan empat lagi baka baru nangka yang mempunyai ciri-ciri baik, mungkin lebih baik daripada nangka Mastura.
“Saya jangkakan dalam masa setahun dua lagi, ia dapat diperkenalkan kepada umum untuk ditanam secara komersil di kawasan pertanian,” katanya.
kredit : kosmo.com.my

zamreda 01-06-2011 12:17 AM

nangka nie mmg besar gilerr...

cikgusimple 01-06-2011 12:19 AM

Quote:

Originally Posted by tahir85 (Post 9697767)
hurm. hot gak eh jual nangka kat smjg.. kat sabah rasanya tak ble jalan kot..bukan tak pena cuba tapi nangka kat sini kadang2 tinggal buruk jer tak kena makan... kan bagus kalau selera org sabah mcm kat sana.. ble gak runing bisnes ni.ehe

nangka madu ni..tk mcm nangka biasa..

klu dh rasa..terutamanya nangka madu mastura(isinya lemak dan warna keemasan)..klu makan sekali tk puas..

biasanya byk org jual nangka wrna kuning..yg ni biasa jumpa..

org chinese antara penggemar buah ni..org melayu pun rmi beli..

ni cuti sekolah..meniaga 3-4 hari..dpt bersih dlm rm1500..ni pun sbb buah masak abis..tutup awal.

bukak pukul 10am-1pm/3pm je..buah masak abis dijual..

cikgusimple 01-06-2011 12:23 AM

terima kasih kpd mentor sy dlm biz ni..

wpun tk pernah jumpa
..tp tunjuk ajar beliau amatlah dihargai...20 tahun beliau meniaga nangka ni..skrg dh ada 3 biji lori dan jd supplier dan ada gerai sendiri..itu pun tk cukup tgn..

smoga Allah memurahkan lagi rezeki beliau krana sudi berkongsi ilmu dan sudi mengajar sy dan suami

alip87 01-06-2011 12:28 AM

wah bgus biz nie..buat kat area bndar ker or kg cikgu???

All times are GMT +8. The time now is 08:33 PM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.