CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Info, Debate (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=255)
-   -   Share/Info : Apa itu sijil kemahiran malaysia? Apa faedahnya ? (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=201544)

ctnornabila 11-01-2011 05:33 PM

Apa itu sijil kemahiran malaysia? Apa faedahnya ?
 
Salam... Untuk Maklumat Bersama

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK) , Kementerian Sumber Manusia bagi program kemahiran yang ditawarkan oleh Penyedia Latihan samaada awam/swasta . Setiap peringkat /tahap dalam SKM ini menunjukkan pengiktirafan kebolehupayaan serta tahap pengetahuan seseorang dalam sesuatu program.

SKM kini menawarkan lapan (8) tahap persijilan iaitu :

SKM Tahap 1 - Peringkat Operasi & Pengeluaran (SKM)
SKM Tahap 2 - Peringkat Operasi & Pengeluaran (SKM)
SKM Tahap 3 - Peringkat Penyeliaan (SKM)
DKM Tahap 4 - Peringkat Penyeliaan (Diploma Kemahiran M'sia)
DLKM Tahap 5 - Peringkat Pengurusan (Diploma Lanjutan Kemahiran M'sia)
TKM Tahap 6 - Peringkat Pengurusan (Teknologi Kemahiran M'sia)
MKM Tahap 7 - Peringkat Teknologi Pakar (M'sia Skills Maister)
MTM Tahap 8 - Peringkat Senior Teknologi Pakar (M'sian Skills Technology)


Sijil Kemahiran Malaysia boleh didapati melalui tiga (3) kaedah:

1. Melalui Latihan di Institusi yang Diiktiraf
Kaedah melalui program latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.

2. Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN)Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.

3. Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)Kaedah mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan) tanpa perlu menduduki ujian.
Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.

Faedah Persijilan Kemahiran Malaysia

Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia
Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.

Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.

Syarat Kelayakan Menyertai Persijilan Kemahiran Malaysia

Syarat minimum menyertai latihan Persijilan Kemahiran Malaysia Kaedah Pertauliahan melalui Institusi Latihan yang diiktiraf, calon-calon mestilah :

Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama.
(* Walau bagaimanapun, Pusat Bertauliah boleh menetapkan lain-lain syarat kepada pelatih-pelatih mereka)

Sumber :Laman web rasmi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia http://www.dsd.gov.my/index.php?opti...article&id=470

ctnornabila 11-01-2011 05:35 PM

FAEDAH LAIN SKM

LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) TAHAP 2 juga diberi peluang UNTUK TERLIBAT DALAM PROGRAM SISWAZAH PERANTIS PUNB

Sumber : Harian Metro Online bertarikh 11/1/2011

PERBADANAN Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yakin dapat menambah kira-kira 500 lagi perantis tahun ini di bawah Program Siswazah Perantis (PSP) yang diperkenalkan sejak Mac 2009.

Pengurus Besar Bahagian Pelaburan PUNB, Dzulkifli Fadzilah berkata, pihaknya yakin jumlah itu dapat dicapai memandangkan ia peluang terbaik untuk lepasan siswazah menceburi bidang keusahawanan.

Katanya, syarat menyertai program PSP juga sangat mudah iaitu perlu berusia tidak melebihi 30 tahun sewaktu memohon dan pemegang ijazah, diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 2) dari institusi diiktiraf kerajaan.

“Syarat lain adalah tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berminat menjadi usahawan serta sanggup menjalani latihan sepenuh masa dan perantis juga diberi pendedahan dalam mengurus perniagaan secara langsung selain menerima elaun sara diri RM800 sebulan.

“Perantis dibimbing selama enam atau 12 bulan. Selepas tamat program, mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan dipanggil bagi sesi konsultansi untuk menyediakan rancangan perniagaan,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, setakat November 2010, seramai 2,473 siswazah menyertai program itu dengan purata usia 25 tahun.

Dzulkifli berkata, kelebihan program ini adalah perantis berpeluang mendalami selok-belok perniagaan di samping latihan teori dan amali keusahawanan serta kursus penyediaan rancangan perniagaan. Malah, jika memenuhi syarat, perantis layak mendapat pembiayaan khususnya Skim Prosper Siswazah untuk memulakan perniagaan sendiri.

Beliau berkata, mentor yang dipilih membimbing perantis juga sebahagian besarnya terdiri daripada syarikat dan perniagaan di bawah naungan PUNB selain syarikat lain yang sedia bekerjasama dengan PUNB.
“Peserta program ini berpeluang meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tertentu sebagai persediaan menjadi usahawan ataupun sebagai pekerja mahir.

Program ini bukan saja dapat melahirkan bakal usahawan dinamik, tetapi juga pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang peruncitan, pengedaran dan pengilangan. “Ia juga memberi peluang kepada siswazah muda menceburi bidang perniagaan khususnya bidang peruncitan dan pengedaran selain menyokong usaha kerajaan untuk mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan kepada golongan siswazah,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan, mereka yang berminat boleh menghubungi talian bebas tol PUNB, 1300-13-7862 atau melayari www.punb.com.my.

ctnornabila 11-01-2011 05:38 PM

Lagi Kelebihan/Faedah Memiliki SKM

ARKIB : 09/06/2010 UTUSAN MALAYSIA online
TPM: 20% pelajar teknik, vokasional pada 2015

KUALA LUMPUR 8 Jun - Kerajaan menyasarkan peningkatan penyertaan pelajar yang mengikuti pendidikan vokasional, teknik dan kemahiran (Voctech) sebanyak 10 peratus kepada 20 peratus menjelang 2015.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, antara langkah meningkatkan bilangan itu melibatkan pembinaan tiga Sekolah Menengah Vokasional (SMV) baru di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan jumlah itu akan ditambah dalam RMK-10.
"Pembinaan sekolah-sekolah ini memberi peluang kepada sekurang-kurangnya 4,000 pelajar mengikuti pendidikan dalam aliran berkenaan," katanya menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Noraini meminta Kementerian Pelajaran menyatakan langkah yang diambil untuk menarik lebih ramai pelajar mengikuti pendidikan teknik dan vokasional supaya setanding dengan negara Eropah yang mampu menarik 50 peratus pelajarnya mengikuti aliran itu.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihak kementerian sedang mengkaji kemungkinan membenarkan lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) memasuki SMV berbanding sekarang yang hanya melibatkan lulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Katanya, kementerian juga akan menstruktur semula Sekolah Menengah Teknik (SMT) kepada SMV dalam tiga fasa dengan memberi fokus kepada program vokasional dan kemahiran.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, kementerian akan menambah baik mata pelajaran vokasional di sekolah menengah harian supaya setaraf dengan SMV bagi membolehkan sekolah itu turut diiktiraf oleh pihak industri dan badan profesional.
''Tumpuan mata pelajaran ini adalah bagi memastikan pelajar memiliki kemahiran pekerjaan, keusahawanan dan jati diri yang tinggi," ujarnya.
Bagi meningkatkan daya saing guru vokasional dan kemahiran sedia ada, katanya, seramai 4,764 orang akan dilatih semula supaya sekurang-kurangnya mencapai kemahiran minimum iaitu tahap tiga Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mulai tahun depan.
''Untuk memastikan murid mendapat pendidikan berkualiti, kementerian bercadang mengambil guru baru dalam kalangan mereka yang mempunyai kemahiran diiktiraf mengikut bidang diperlukan oleh pasaran terbuka.
''Justeru, proses pengambilan guru vokasional dan kemahiran baru akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat sehingga mencecah seramai 10,000 orang pada 2015," katanya.

Beliau berkata, pemegang SKM tahap empat atau setara dengannya serta tenaga mahir yang berpengalaman sekurang-kurangnya selama lima tahun akan diberikan pertimbangan untuk dipilih mengajar mata pelajaran vokasional di sekolah.

ctnornabila 12-01-2011 09:08 AM

LAGI KELEBIHAN MEMILIKI SKM ... ANDA boleh diterima bekerja disektor awam/kerajaan contoh seperti yang diiklankan dalam Laman Web EZSKIM JPA : http://www.interactive.jpa.gov.my/ez...p?id_skim=2366


Nama Skim Perkhidmatan : Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/Penolong Pegawai Latihan Vokasional/Pegawai Latihan Vokasional
Gred : J17, J21/22, J29/30, J35/36, J37/38, J41/42, J43/44, J47/48, J51/52, J54
Peruntukan Kenaikan Ke Gred Lebih Tinggi : Ya
Klasifikasi : J
Kumpulan Perkhidmatan : Bersepadu
Skim Kritikal : Ya
Bidang Kritikal :



Syarat Lantikan


Kelayakan Masuk : Sijil Politeknik
Syarat Lantikan Asas : Sijil dalam bidang berkaitan
Gaji Permulaan : J17: P1T9

Atau

Kelayakan Masuk : SPM
Syarat Lantikan Asas : SPM atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta SKM Tahap 2 atau lulus peperiksaan Kemahiran Jabatan atau pengalaman dan kebolehan bekerja dalam perusahaan bagi ketukanagan yang berkaitan
Gaji Permulaan : J17: P1T7

Atau

Kelayakan Masuk : SPM
Syarat Lantikan Asas : Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Kemahiran Tahap 2 serta Pengalaman dan Kemampuan mengajar

Gaji Permulaan : J21: P1T1

Atau

Kelayakan Masuk : Diploma
Syarat Lantikan Asas : Diploma dalam bidang Kejuruteraan
Gaji Permulaan : J29: P1T1

Atau

Kelayakan Masuk : Diploma
Syarat Lantikan Asas : Diploma dalam bidang Kejuruteraan serta Pengalaman dan Kemampuan mengajar
Gaji Permulaan : J35,J37: P1T1

Atau

Kelayakan Masuk : Ijazah Sarjana Muda
Syarat Lantikan Asas : Ijazah Sarjana Muda
Gaji Permulaan : J41,J43: P1T1

Atau

Kelayakan Masuk : Ijazah Sarjana Muda
Syarat Lantikan Asas : Ijazah Sarjana Muda
Gaji Permulaan : J47,J51: P1T1



Dan


Syarat Lantik Wajib : Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
Syarat Lantik Tambahan :
Syarat Bahasa Melayu : Lulus



Dan


Bidang Kelayakan Akademik : Kejuruteraan
Bidang Lain : , , , , ,





Peruntukan Lain


Peruntukan Kelayakan Masuk Pelbagai (KMP) : Ya
Jenis Kelayakan Masuk Pelbagai : Akademik dan Bidang
Peruntukan Hadiah Pergerakan Gaji (HPG) : Tiada
Peruntukan Kemasukan Lateral : Ya
Jenis Naik Pangkat : Biasa

Peruntukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) : Tiada
KPSL Dari : Tiada
Jenis KPSL : Tiada

KPSL Ke : Tiada
Jenis KPSL : Tiada

ctnornabila 12-01-2011 09:15 AM

Sumber Minda Pengarang: http://www.bharian.com.my/articles/M...amaju/Article/

Lagi Faedah SKM : Penuhi impian capai negara maju


RENCANA 30/10/2010

LANGKAH menyediakan 100,000 tempat bagi pelajar mengikuti pendidikan teknikal, latihan vokasional dan kemahiran mulai tahun depan membuktikan negara amat memerlukan ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang 2020. Program yang diumumkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kelmarin akan dilaksanakan di Institut Pendidikan Teknikal (TEVT) serta Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) seluruh negara. Ia membabitkan kursus peringkat sijil, sijil lanjutan, diploma serta diploma lanjutan. Inisiatif ini bertujuan mengarusperdanakan pendidikan teknikal dan latihan vokasional yang selama ini dianggap sebagai jurusan kelas kedua dan menjadi pilihan terakhir pelajar selepas mereka gagal ke institusi pengajian tinggi (IPT). Kita yakin program ini mampu melahirkan pelajar memiliki kemahiran tinggi bagi mengisi pasaran kerja bukan berasaskan akademik semata-mata terutama di sektor teknikal dan pelbagai industri lain. Langkah ini sejajar dengan pelancaran Program Transformasi Ekonomi (ETP) oleh Datuk Seri Najib Razak Isnin lalu yang mendapat sambutan dan maklum balas luar biasa daripada peserta industri domestik dan pelabur asing. Program mengandungi pelbagai projek itu akan menukar status Malaysia menjadi negara maju dengan rakyatnya berpendapatan tinggi menjelang 2020. Ini disebabkan ETP dijangka mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan. Sebahagian besar pekerjaan diwujudkan melalui 12 Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) memerlukan tenaga kerja berkemahiran dalam bidang teknikal dan vokasional. Oleh itu langkah meningkatkan program teknikal dan vokasional kena pada masanya supaya lulusan bidang ini dapat merebut pelbagai peluang pekerjaan yang tersedia. Pelajar akan ditempatkan di tujuh institusi latihan kemahiran serta cawangan yang menawarkan program TEVT dan ILKA. Semua institusi itu menawarkan 123 kursus peringkat sijil, 68 sijil lanjutan, 45 diploma serta 16 diploma lanjutan.

Lepasan IPT yang memasuki pasaran kerjaya adalah penggerak utama ekonomi yang semakin rencam dan khusus. Oleh itu, mutu tenaga kerja berkemahiran yang dilahirkan itu mesti memenuhi piawaian global berikutan unjuran RM1.4 trilion pelaburan ETP juga membabitkan lebih 23 peratus modal asing. Program ini juga dapat membantu lebih 100,000 lepasan SPM yang memasuki pasaran pekerjaan setiap tahun tanpa memiliki sebarang kemahiran. Keadaan itu menyebabkan pendapatan yang diperoleh adalah rendah dan mereka tidak mempunyai daya saing yang tinggi. Jelaslah, matlamat kerajaan seperti dinyatakan Najib membolehkan semua rakyat merebut peluang yang akan diwujudkan menerusi ETP dan menikmati kemakmuran hidup dengan pendapatan tinggi. Kewujudan tenaga kerja berkemahiran dalam pasaran kerja memberi impak positif kepada sosioekonomi, sekali gus mengurangkan kebergantungan kita kepada tenaga kerja asing. Sudah tiba masanya pelajar menjadikan bidang pendidikan teknikal, latihan vokasional dan kemahiran ini sebagai alternatif untuk menceburi bidang kerjaya yang tidak memerlukan kelayakan akademik semata-mata. Kita yakin langkah kerajaan menjadikan Sijil Kemahiran Malaysia sebagai pensijilan kebangsaan yang diiktiraf bagi kemasukan dalam perkhidmatan awam dan IPT akan mendorong lebih ramai lepasan SPM memilih bidang ini pada masa depan.

Keyrul37 12-01-2011 09:16 AM

waa...SKM pun skang ada specialist tuu..masa aku ngajar dulu paling koman sampai tahap 4 je..

ctnornabila 12-01-2011 09:21 AM

Syarat minimum menyertai latihan Persijilan Kemahiran Malaysia Kaedah Pertauliahan melalui Institusi Latihan yang diiktiraf, calon-calon mestilah :

Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama.
(* Walau bagaimanapun, Pusat Bertauliah boleh menetapkan lain-lain syarat kepada pelatih-pelatih mereka)


Jadi ini memberi PELUANG untuk mereka yang hanya kelayakan Darjah 6, PMR/SRP atau SPM UNTUK UPGRADE pengiktirafan dan kemahiran DIRI MEREKA dalam memberi SUMBANGAN terhadap Pembangunan NEGARA ... Sijil Kemahiran Malaysia Bukan Sijil Kelas Ke 2 , Tetapi satu lagi Cabang pendidikan untuk mereka yang kurang/tidak meminati akademik.

ctnornabila 12-01-2011 09:24 AM

Quote:

Originally Posted by Keyrul37 (Post 8343394)
waa...SKM pun skang ada specialist tuu..masa aku ngajar dulu paling koman sampai tahap 4 je..

Yes.... inilah pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam memartabatkan bidang kemahiran . Ngajar kat mana dulu ya?

eein80 12-01-2011 09:30 AM

Giat MARA nak buat SKM Tahap Lima... Coming soon

ed_zero 12-01-2011 11:30 AM

yg ni utk bekerja je ke?

dejavu 12-01-2011 11:39 AM

start 2011 semua pengambilan ke ILKA dan TEVT di letakkan dibawah kementerian pengajian tinggi...boleh rujuk paper mingguan malaysia 9/1/2011..
SKM dah nak di naiktarafkan tapi adakah pihak industri sama mengiktiraf sijil kemahiran ini sama seperti sijil,diploma dan ijazah yang dikeluarkan oleh IPTA/IPTS...??

parcofolgore 12-01-2011 11:48 AM

aku ade ambik dulu ppt skm tahap3...senang je

tebbaloi 12-01-2011 12:05 PM

i tahap 4 cukup lerr :D

abu.muaz 12-01-2011 12:48 PM

aku nak ambik tahap 4 secara PPT...
sistem komputer...
sapa leh bantu...

ctnornabila 12-01-2011 03:40 PM

Quote:

Originally Posted by abu.muaz (Post 8345543)
aku nak ambik tahap 4 secara PPT...
sistem komputer...
sapa leh bantu...

salam...

CT ada kenal seorang pengajar di ADTEC Melaka...memang ada kendalikan PPT untuk IT 020 ..kalu berminat PM CT..nanti CT bagi no telefon dier..

TQ

ctnornabila 12-01-2011 03:46 PM

Quote:

Originally Posted by dejavu (Post 8344735)
start 2011 semua pengambilan ke ILKA dan TEVT di letakkan dibawah kementerian pengajian tinggi...boleh rujuk paper mingguan malaysia 9/1/2011..
SKM dah nak di naiktarafkan tapi adakah pihak industri sama mengiktiraf sijil kemahiran ini sama seperti sijil,diploma dan ijazah yang dikeluarkan oleh IPTA/IPTS...??

Ini pengalaman CT sebagai contoh...one of the student dari Kolej Unikop Cawangan Melaka ini yang mengambil kursus dalam bidang elektrikal C051. ..dengan kelayakan sekadar SKM Tahap 2 ( 1 tahun pembelajaran) telah diterima bekerja di Telekom Malaysia....dan..sekarang bekas pelajar tersebut telah menerima gaji sebanyak RM 1600 ....sama banyak gaji dengan mereka yang berkelulusan Ijazah .. so samaada industri terima atau tidak bergantung kepada keupayaan seseorang mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang dimilikinya.... serta nilai tambah yang mmg perlu ada seperti sahsiah diri,displin dll

ctnornabila 12-01-2011 03:48 PM

Quote:

Originally Posted by tebbaloi (Post 8345047)
i tahap 4 cukup lerr :D

sekarang bekerja atas tiket SKM Tahap 4 / DKM anda?

ctnornabila 20-01-2011 03:11 PM

Nih artikel sumber ARKIB : 19/01/2011 Utusan Malaysia Online

Biasiswa RM18,000 sambung sijil kemahiran

MELAKA 18 Jan. - Khabar gembira buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang kurang cemerlang apabila mereka layak mendapat biasiswa bernilai RM18,000 seorang untuk menyambung pengajian ke peringkat sijil kemahiran.

Bagaimanapun, tawaran itu hanya dihadkan kepada 80 orang anak kelahiran negeri ini tanpa mengira kaum asalkan lulus SPM berumur 18 hingga 24 tahun.

Yang Dipertua Yayasan Insan Melaka, Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, biasiswa penuh yang ditaja oleh Pembangunan Sumber Manusia itu hanya ditawarkan di peringkat sijil dalam bidang Teknologi Automasi dan Mekatronik.

"Pemohon yang layak akan mengikuti pengajian dalam bidang ini selama 18 bulan di Kolej Auto Prima di Seksyen 33, Shah Alam, Selangor.

"Sepanjang tempoh itu juga, mereka disediakan penginapan dan diberi elaun sara hidup antara RM350 dan RM400 sebulan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Saharuddin berkata, pemberian biasiswa itu adalah salah satu usaha membantu pelajar lepasan SPM yang tidak menerima tawaran melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi di negara ini.

"Pelajar yang mengikuti sijil kemahiran ini juga tidak perlu bimbang kerana dijamin akan terus mendapat pekerjaan dalam bidang berkaitan sebaik tamat pengajian," katanya.

Selain biasiswa tersebut, pelajar lepasan SPM yang lain juga masih boleh memohon untuk melanjutkan pengajian di peringkat sijil dalam bidang Kerani Guaman serta Masakan dan Perhotelan selama 18 bulan.

"Mereka yang berminat mengikuti kursus ini hanya perlu membayar yuran pengajian iaitu RM600 bagi kursus Kerani Guaman dan RM500 bagi Masakan dan Perhotelan.

"Bayaran tersebut adalah bagi kos penginapan selain mereka juga akan dibayar elaun sara hidup antara RM100 dan RM400 sebulan," katanya.

Tambah beliau, selebihnya, kos pengajian selama 18 bulan bagi dua kursus itu tertakluk di bawah pinjaman Tabung Pembangunan Kemahiran.

Jelasnya, bagi kursus Kerani Guaman, pelajar akan mengikuti pengajian di Kolej Miraj, Bandar Baru Ampang, Selangor manakala Akademi Kagumas di Bangi pula bagi pelajar kursus Masakan dan Perhotelan.

ctnornabila 20-01-2011 03:14 PM

Sumber :http://unikopmalaysia.blogspot.com/2...n-pelajar.html

Kolej Unikop Cawangan Melaka Berjaya Lahirkan Pelajar Pendidikan Khas Berkelulusan SKM



Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi... dengan izinNya , berkat kerjasama yang jitu dan erat antara pengurusan Kolej Unikop , Kakitangan & Tenaga pengajar di Kolej Unikop Cawangan Melaka , Pengarah , Pegawai-pegawai daerah dan guru-guru yang mengajar pelajar pendidikan khas di negeri Johor (Jabatan Pelajaran Johor ), dengan iringan doa dan wang belanja ibubapa/penjaga serta hasil usaha pelajar-pelajar yang mengambil pelbagai program Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) yang diadakan di Kolej Unikop Cawangan Melaka bagi tahun 2009-2010 dan pasti tidak dilupakan pembiaya bantuan kewangan pembelajaran dan duit poket pelajar iaitu Kementerian Belia dan Sukan (KBS)Malaysia, seramai lebih daripada 20 orang pelajar Pendidikan Kahas /OKU-Orang Kelainan Upaya telah berjaya menamatkan pengajian SKM mereka dengan jayanya untuk semua bidang yang ditawarkan disini seperti sistem komputer, otomotif, elektrik,aircond dan pembuat pakaian wanita.

Dengan Izin Allah...kejayaan para lulusan ini jelas membuktikan bahawa jika diberi peluang dan ruang, pelajar pendidikan Khas juga mampu berjaya seperti pelajar normal...malahan ada diantara meeka yang lebih berjaya dari mereka yang normal tetapi malas mencari ilmu/bekerja kerana ada dikalangan lulusan pendidikan khas ini telah berjaya menjadi usahawan dan tenaga pengajar bidang kemahiran.

had_stylez 20-01-2011 03:19 PM

aq pon ade SIJIL SKM..tpi smpai tahap 2 je...hiiii... :D:D:D

ctnornabila 20-01-2011 03:25 PM

Quote:

Originally Posted by ed_zero (Post 8344629)
yg ni utk bekerja je ke?

utk bekerja? apa maksudnya yer...?

Sijil Kemahiran Malaysia nih ada utk lepasan sekolah... ada juga untuk yang sedang bekerja dipanggil SLDN (Skim Latihan dual Nasional) dan ada juga untuk orang yang dah lama bekerja dan nak pengiktirafan..atau nak dapatkan sijil dipanggil PPT (Penyata Pencapaian Terdahulu) ...kalu perlukan apa-apa maklumat sila-sila la bertanya kengkawan...

TQ

khairi78 20-01-2011 03:32 PM

Mana staf JPK nak bncang pasal SKM kat sini. Hehehe, tak kan den sorang jo staf JPK yg duk kat CG ni....

Untuk makluman semua, yang tahap 6-8 pihak JPK buat masa ni belum lagi menjalankan pentaulihan dan persijilan utk tahap 6-8 kerana ada perkara teknikal yang perlu diperhalusi sehingga ke AKTA 652 atau NASDA. Jadi kepada yg berminat sehingga tahap 8 tu harap bersabar lah yeee....

Den kat di JPK kat bahagian yang paling penting, kalau bahagian ni close dgn JPK2 sekali close... :eek:

ctnornabila 20-01-2011 03:48 PM

Quote:

Originally Posted by khairi78 (Post 8431482)
Mana staf JPK nak bncang pasal SKM kat sini. Hehehe, tak kan den sorang jo staf JPK yg duk kat CG ni....

Untuk makluman semua, yang tahap 6-8 pihak JPK buat masa ni belum lagi menjalankan pentaulihan dan persijilan utk tahap 6-8 kerana ada perkara teknikal yang perlu diperhalusi sehingga ke AKTA 652 atau NASDA. Jadi kepada yg berminat sehingga tahap 8 tu harap bersabar lah yeee....

Den kat di JPK kat bahagian yang paling penting, kalau bahagian ni close dgn JPK2 sekali close... :eek:

Baguslah kalau ada staff JPK sendiri disini...boleh la sama-sama share info dan war-warkan tentang kelebihan Sijil Kemahiran Malaysia ni yang masih ramai orang tak tahu ..atau kurang jelas

ctnornabila 20-01-2011 03:49 PM

Quote:

Originally Posted by khairi78 (Post 8431482)
Mana staf JPK nak bncang pasal SKM kat sini. Hehehe, tak kan den sorang jo staf JPK yg duk kat CG ni....

Untuk makluman semua, yang tahap 6-8 pihak JPK buat masa ni belum lagi menjalankan pentaulihan dan persijilan utk tahap 6-8 kerana ada perkara teknikal yang perlu diperhalusi sehingga ke AKTA 652 atau NASDA. Jadi kepada yg berminat sehingga tahap 8 tu harap bersabar lah yeee....

Den kat di JPK kat bahagian yang paling penting, kalau bahagian ni close dgn JPK2 sekali close... :eek:

JPK..Putrajaya atau Cyberjaya?

vastavista 20-01-2011 05:03 PM

banyak sijil je..sijil pun gf aku cakap low class....... kerja pun tarak...

khairi78 20-01-2011 05:09 PM

Quote:

Originally Posted by ctnornabila (Post 8431646)
JPK..Putrajaya atau Cyberjaya?

Aku kat JPK Cyberjaya... :D

ctnornabila 21-01-2011 02:33 PM

Quote:

Originally Posted by vastavista (Post 8432290)
banyak sijil je..sijil pun gf aku cakap low class....... kerja pun tarak...

Assalamualaikum...

??? Apa yang low Class ??? Awak/ GF awak tuh siapa??? BANYAK HIGH class...

Satu lagi...Kerja ni pelu dicari ...dimohon.. dilakukan usaha utk mendapatkannya.....

ctnornabila 21-01-2011 02:40 PM

Quote:

Originally Posted by khairi78 (Post 8432347)
Aku kat JPK Cyberjaya... :D

ooo... hehhe...CT baru je pergi last week beli NOSS baru utk P-119 .... JPK cyberjaya dekat je dengan Pejabat Arwah Sosilawati... Husband CT cakap ramai wanita2 berumur yang bergaya dgn makeup di muka kat situ....... sure selalu kena usha aweks2 tuh...

p/s : Office Husband CT pun kat area2 situ ......

agen14 21-01-2011 02:50 PM

Quote:

Originally Posted by had_ambank (Post 8431368)
aq pon ade SIJIL SKM..tpi smpai tahap 2 je...hiiii... :D:D:D

senasib la kita..aku pun sampai tahap 2 je.. dahlah sijil kena tahan kolej.. ari tu time nak mula belaja dia kata yuran semua ditanggung oleh pinjaman (lupa lak nama pinjaman tu)..lepas settle study dan nak ambik sijil kolej minta 1k lak..hampeh.. pinjaman dah abis bayar.. sijil tak dapat...cilaken kolej ibms ni (sekarang nama jadi SEGI):(scam:(scam

vastavista 21-01-2011 04:18 PM

Quote:

Originally Posted by ctnornabila (Post 8441721)
Assalamualaikum...

??? Apa yang low Class ??? Awak/ GF awak tuh siapa??? BANYAK HIGH class...

Satu lagi...Kerja ni pelu dicari ...dimohon.. dilakukan usaha utk mendapatkannya.....

tolong aku dapat kerja kt kerajaan leh?

aku ada SKM+ n lain2...

gaji yg RM700 pun x pe...hehe

rahmah60 22-01-2011 01:15 AM

hm,sijil ni lagi baik dari degree yg x dapat keje sampai la ni

ctnornabila 25-01-2011 01:43 PM

Quote:

Originally Posted by vastavista (Post 8443060)
tolong aku dapat kerja kt kerajaan leh?

aku ada SKM+ n lain2...

gaji yg RM700 pun x pe...hehe

Ini artikel terbaru dari CUEPACS... masih panas lagi.pekeliling bertarikh 15/1/2011 ..peluang kerja kerajaan..untuk lulusan SKM

layari http://cuepacs.blogspot.com/2011/01/...ilangan-1.html

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2011 KELAYAKAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI MAKSUD PELANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM
JPA 11/1/2011

TUJUAN

1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran,Kementerian Sumber Manusia bagi maksud pelantikan ke perkhidmatan awam.

LATAR BELAKANG

2. Kerajaan melalui Bajet 2010 dan Rancangan Malaysia KeSepuluh (RMK-10)memberi penekanan terhadap usaha melahirkan modal insan berkemahiran tinggi.Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah transformasi pendidikan vokasional dan teknik serta Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber
Manusia di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006
dipertanggungjawab untuk melahirkan lulusan aliran kemahiran bagi keperluan industri khususnya. Namun begitu, sebagai mendokong inisiatif melahirkan lulusan aliran kemahiran tersebut, perkhidmatan awam turut bertanggungjawab untuk
memastikan nilai pasaran mereka diiktiraf dengan membolehkan pelantikan ke jawatan-jawatan bersesuaian dalam perkhidmatan awam.

DASAR BARU

Kerajaan mengambil maklum akan kepelbagaian kelayakan serta bidang SKM yang ditawarkan oleh institusi latihan awam dan swasta yang mana objektif utama adalah bagi keperluan pasaran industri. Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam pula, peruntukan kelayakan SKM ini adalah berdasarkan kepada bidang-bidang yang dipersetujui pihak ketua-ketua perkhidmatan yang berkenaan mengambil kira kesesuaian kelayakan tersebut dalam melaksanakan skop fungsi bidang tugas yang diperlukan oleh perkhidmatan berkaitan.

4. Pada masa ini kelayakan SKM Tahap 2 telah diperuntukkan sebagai salah satu syarat lantikan bagi skim perkhidmatan Pengajar Kraf, Pembantu Pegawai Latihan Vokasional, Tukang Masak, Penyelia Jurupakaian, Tukang K1, Tukang K2 dan
Tukang K3. Sebagai memperluaskan pasaran lulusan aliran kemahiran dalam perkhidmatan awam, Kerajaan bersetuju supaya kelayakan SKM Tahap 3 turut diperuntukkan sebagai salah satu syarat lantikan ke skim-skim perkhidmatan yang telah dikenal pasti bersesuaian. Senarai skim perkhidmatan tersebut adalah seperti berikut:

(a) Pemeriksa Kereta Motor Gred A17;
(b) Ahli Muzik Gred B17;
(c) Ahli Fotografi Gred B17;
(d) Jurusolek Gred B17;
(e) Pengajar Kraf Gred E17;
(f) Pembantu Pegawai Latihan Gred E17;
(g) Juruteknik Komputer Gred FT17;
(h) Pembantu Perikanan Gred G17;
(i) Penyelia Rancangan Tanah Gred G17;
(j) Pelukis Pelan Gred J17;
(k) Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred J17;
(l) Penyelia Jurupakaian Ged N17; dan
(m) Juruaudio Visual Gred N17.

ctnornabila 25-01-2011 01:50 PM

Quote:

Originally Posted by rahmah60 (Post 8448780)
hm,sijil ni lagi baik dari degree yg x dapat keje sampai la ni

Bagi anda yang ada kelulusan akademik diploma/degree ke atas jangan bimbang...anda juga berpeluang untuk bekerja di Pusat Bertauliah awam atau swasta yang ada di Malaysia ini...caranya...dapatkan pengiktirafan untuk Pencapaian Terdahulu anda dimana Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) ini adalah satu kaedah untuk memberi pengiktirafan formal kepada mana0mana individu yang boleh membuktikan bahawa mereka telah mencapai tahap pengetahuan dan kemahiran seperti yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) yang terkini. Kemahiran dan pengetahuan akan dinilai berdasarkan SKPK yang dipilih.

Nak info lakjut...layari http://www.dsd.gov.my

ctnornabila 14-03-2011 05:03 PM

JPK(Jabatan Pembangunan Kemahiran) Bakal Melaksanakan Standard Piawaian Yang dikenali sebagai KAPPK ( Kod Amalan Pentauliahan Program Kemahiran)yang setaraf dengan COPPA mulai JUN 2011 ini bertujuan memastikan bahawa semua Penyedia Latihan Kemahiran(PLK)dan Personel di Pusat Bertauliah yang menawarkan program Persijilan Kemahiran Malaysia menawarkan program berkualiti....

Dapat makluman perlaksanaan KAPPK ini selari dengan 13 Skim Perkhidmatan yang diiktiraf oleh JPA

CT: Baru balik dari menghadiri taklimat yang diadakan pada pagi tadi (14/3) di Klana Resort Seremban...

ZURA-SAN 14-03-2011 05:07 PM

sampai tahap8 rupanya...


sy baru smpai tahap4....

ctnornabila 14-03-2011 05:12 PM

Panduan Untuk Bakal Pelajar Calon SKM / Ibubapa yang anaknya bakal belajar di Pusat Bertauliah...

Jika anda/anak anda di tawarkan tempat belajar di mana-mana Pusat Bertauliah (terutamanya swasta) mohon semak butiran Pusat Bertauliah tersebut dahulu ...boleh klik kat sini... dan buatlah carian nama PB/program yang anda kehendaki... rujuklah dengan pihak JPK... dan jangan terus bayar yuran daftar /deposit dulu sebelum semakan dibuat... Ingat beringat sebelum terkena...

Ingatan Ikhlas....

Nabila
Penyedia Latihan Swasta - Kolej Unikop Cawangan Melaka

ctnornabila 14-03-2011 05:17 PM

Anda memiliki SKM C-051 minima Tahap 3? Jika Ya... diperlukan anda untuk memohon dengan kami Kolej Unikop Cawangan Melaka...tawaran kerjaya sebagai PPD(Pegawai Pengesah Dalaman)... Kekosongan perlu diisikan segera... Temuduga bakal diadakan pada 21/3/2011 (Isnin Depan)

Hubungi HR Kolej Unikop Cawangan Melaka - Pn Mastura 06-3123795 untuk sebarang pertanyaan lanjut atau anda boleh email terus borang permohonan dan resume ke masnaza@yahoo.com....

dEEn74 15-03-2011 11:25 PM

tt nak tnya sikit..aku ada cert.international youth skill olympic dan ada skm2 boleh ke upgrade

ctnornabila 17-03-2011 02:42 PM

Quote:

Originally Posted by dEEn74 (Post 8960383)
tt nak tnya sikit..aku ada cert.international youth skill olympic dan ada skm2 boleh ke upgrade

yes...mmg boleh upgrade....boleh amik SKM 3 secara sepenuh masa/part time atau jika ada experience kerja...anda hanya perlu ambil SKM thru PPT...(tak yah pening2 masuk kelas...buat portfolio je)

ctnornabila 17-03-2011 02:43 PM

http://www.youtube.com/watch?v=I3qNd...embedded#at=81


All times are GMT +8. The time now is 09:00 AM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.