CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Health, Fitness (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=279)
-   -   Paru-paru Berair. Mintak Pendapat Korang Semua :'( (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=191089)

syafsp 25-11-2010 11:39 PM

Paru-paru Berair. Mintak Pendapat Korang Semua :'(
 
Salam pembuka bicara.

Aku just nak tanya korang semua, aku ada mengalami paru-paru air (pleural effusion). Dekat sebulan rasanya benda ni jadi kat aku. Pada mulanya tak tau, ingatkan penat/asthma biasa je la. Doktor bagi la ubat batuk + penat sikit. Selalunya kalau aku mengalami penat, makan ubat tu dalam 2,3 hari legalah. Ini sampai sebulan tak lega. Aku buat la X-Ray, tengok-tengok doktor cakap ada air di dalam mengelilingi paru-paru tu.
http://i1234.photobucket.com/albums/...ru-ParuAir.jpg
Yang ketul hitam tu, paru-paru normal la, yang sebelah kanan tu tak normal. Putih byk tu ada air la.

Rawatan yang aku buat setakat ni, doctor baru tebuk kat pinggang aku utk bawa keluar air, tapi sikit ja, tak semua sebab doktor kata doktor nak test dulu air apa. Kalau keluar semua air pun, ada risikonya juga katanya. So, sampai sekarang pakar tak jumpa lagi apa sakit aku. Tunggu 29/11 ni baru nak jumpa doktor pakar yang lagi tinggi tu semula.

Doktor pun heran, sakit macam ni, sepatutnya dah terlantar dekat hospital, pakai alat sedut dan lain-lain lagi, tapi aku lain, masih boleh berjalan, buat kerja lagi. Cuma tak boleh keje berat langsung, cepat penat. Baru jalan-jalan nak keluar depan rumah, dah macam penat lari 300meter :(
Yer la, paru-paru ada dalam air, so nak pump pun jadi susah la (seolah-olah macam kita ada dalam air, tak boleh bergerak laju macam di darat)

Aku tak tau sebab apa jadi macam ni. Aku :
- NO mandi malam
- NO merokok
- NO batuk-batuk ( Tp skrg dah mula nak batuk, sebab doktor tak bagi ubat apa-apa pun kat aku suruh makan sehingga jumpa dia 29/11)
- NO demam
- NO tekanan darah tinggi atau rendah (normal)
- NO faktor keturunan dari datuk nenek hingga ke family aku ( kencing manis, darah tinggi pun tak da sampai ke aku)
Cuma aku ni aktif bersukan la juga. Ada yang teori mengatakan mungkin paru-paru aku kuat sebab sukan (rajin bersenam), tu yang masih boleh control walaupun ada air dalamnya. Ada juga tak boleh aktif sukanlah. Aku pun tak tau mana satu betulnya teori ni :-?

Bukannya apa, susah la kalau jadi macam ni, tak boleh nak buat kerja apa langsug. Bergerak skit, dah rasa penat (tercungap-cungap).

Aku di sini, nak mintak pendapat, pengalaman, dan lain-lain lagi dengan warga CIGGY yang tau pasal ni dan juga ada rawatannya tak, share-share la kat sini yer. Doa-doakan agar cepat sembuh. . . Amin. . .
:)





UPDATE!!! 31 December 2010
Salam utk semua yang membaca thread aku ni. Terima kasih aku ucapkan atas sokongan anda semua.
Ya, mmg agak lama aku tak post thread ni dan juga thread lain kerana 1/12/2010 aku dimasukkan ke wad sehingga malam 31/12/2010 baru aku keluar wad. Tu pun seminggu je, rehat di rumah (boleh la on9 updated apa yang terbaru kat CG ni :D).
Lepas tu kena masuk balik utk smbung rawatannya.
Ni sedikit update berkenaan penyakit aku dan rawatannya.

Berdasarkan apa yang aku faham, penyakit aku di namakan Lymphoma (kanser darah ataupun kanser kelenjar) tapi aku lebih kepada kepada darah.
Sel-sel darah dalam badan aku tak normal seperti biasa. Contoh macam aku, sel-sel darah aku agresif dan membentuk air menyerang di peparu aku (sebab tu di katakan paru-paru air mulanya).
Ada juga sesetengah pesakit, jadi macam lain. Ada yang berbiji/bengkak di leher, kaki, tangan. Ada juga jadi asyik demam je. Lymphoma ni macam-macam boleh jadi. Tapi aku tak tau tahap mana keseriusannya untuk aku punya la. Harap-harap cepat legalah.

Antara rawatan yang perlu buat berdasarkan penyakit aku ni ialah Kimoteraphy(xtau nak eja macam mana, tapi orang pggil "kimo" je).
Kimo ada byk tahap. Kimo ni effect boleh tahan, air kimo dimasukkan melalui darah dalam badan (bukan minum) tapi macam drip water ler.
Apa yang berlaku kepada pesakit lepas buat kimo:
- muntah, loya
- panas dalam badan(ubat/air kimo tu panas skit)
- semua sel dalam badan akan mati, sebabnya bila masuk kimo, memang utk mematikan sel kanser, tp bila dok dlm badan dia xkenal sapa dah. dia bunuh je semua sel-sel dlm badan tu.
- rambut akan gugur gler-gler punya
- demam

Antara rawatan yang aku lalui selama aku "tak hidup" kat CIGGY ni :
- 4/12/2010 aku di pasang 'chest tube' (tebuk dan masukkan paip) dalam badan aku kat tepi tulang rusuk tu utk keluarkan air. dekat 4 litres air gak la telah dibuang, sebab air tu bila dah habis, naik balik. yang ni lah saat paling teruk aku penah lalui, batuk teruk tanpa henti lepas air tu keluar banyak. separuh mati ~X( nanti aku update gambar tgk.
http://i1234.photobucket.com/albums/...ChestTubeo.jpg
- 14/12/2010 Buang 'chest tube' tu, sebab air pun dah mula tak de.
- Bone Marrow (ambil cebisan tulang belakang + darah skit utk pastikan penyakit Lymphoma, ternyata betul)
- Ambil air tulang belakang dan masuk skit ubat kimo utk mgelakkan berlaku serangan di otak.
- 19/12/2010 pasang kimo 3,4 hari juga la.
- 22/12/2010 satu lagi kimo tapi melalui suntikan.
- 25/12/2010 xray terbaru, air tak de dah, boleh bernafas seperti biasa dah. tak rasa penat ataupun sesak nafas.
- 31/12/2010 aku discharge (boleh balik)

Doktor bagi rehat seminggu je, lepas tu masuk wad balik utk 2nd round kimo pada 9/1/2011. dalam buku tu tulis sekurang2nya 6 round buat kimo. makan masa jugalah kaedah kimo ni.

Sampai sini pertuturanku. yang mana ada pengalaman atau cerita bolehlah dikongsi bersama. kalau xdengar cerita byk hari dari TT ni bermakna, TT masuk wad balik ler tu.. :):D:D:D

Pesanan dari TT, TT menyokong 100% di CIGGY ni.. :)cgrock






UPDATE!!! 10 January 2011
Salam semua. Ya kali ni TT dah balik utk 2nd round Kimoterapi. Dekat sebulan juga lah dok sana. Dan aku dapat tau penyakit aku ni dengan lebih terperinci dinamakan T-Lymphoblastic Lymphoma.
Antara yang aku buat kali kedua ni,
- Seperti biasa masuk ubat kimo dalam badan ni.
- Ambil air sumsum tulang sekali lagi (tapi kali ni effect dia terok sangat, aku pening kepala sampai 2minggu)
- Sakit2, demam2 tu biasalah bila buat kimo ni.
- Alhamdullilah air dalam paru-paru tak ada dan tak naik dah.

Cuma, lepas aku balik ni, dia suruh datang balik pada 7/2/2011. Untuk kali ke-3. Semua ada 6 kali. Tapi entah lah, hati aku 50/50 nak datang balik. Sebab effect dia teruk sangat :
- urat2 saluran darah semua mati habis (sebab kimo tu panas)
- sel pun banyak yang dah mati, so ambil masa juga untuk pulih.
- dah tu, doktor kata kalau urat2 dah mati, nanti doktor akan tanam salah satu alat seperti paip dalam badan (bawah skit pada bahu sebab kawasan tu urat dia besar, so boleh la amik masukkan ubat kimo melalui situ - yang ni memang dah nampak ketara dah. aku tak kan buat :mad::mad::mad:
- bukan tu saja, ingatkan lepas habis 6 round kimo tu selesai la masalah, tak lagi, mungkin akan buat 'transplan' pemindahan sumsum tulang adek-beradek kat aku. sapa yang mau, kalau mau pun aku tak sanggup.

Bila pikir-pikir balik, dah melarut macam-macam dah, buat ini buat itu, diorang ingat aku ni bahan uji kaji ke???? :mad::mad:
Sedangkan air dah dibuang, aku pun dah boleh bernafas macam biasa. So apa kaitan nak pindah sumsum tulang la. Seolah-olah macam nak lawan pemberian yang Allah beri dan juga nak tukar kejadian Allah Taala.
Banyak sangat benda negatif yang aku dengar bila buat kimo ni. Keburukan dia banyak lagi daripada kebaikan.. :-?:-?
Banyak pesakit kat situ kata macam tu, diorang cuma suspek(teka) sakit apa pastu bagi ubat. Padahal belum tahu lagi penyakit apa. Pastu kasilah ubat kat pesakit, kadang-kadang ada yang tak sakit macam doktor suspek, lepas makan ubat lagi jadi terok. Ada juga yang macam tu. Naik takut aku dengar.

Doktor ada cakap, buat kimo pun peratus nak lega dalam 30% je. Kalau nak elok buat 'transplan' pemindahan sumsum tulang tu ler. Itupun bukan betul2-betul lega, dalam 60%-80% je. Tapi kalau buat transplan ni macam tak sanggup je. Dah la makan masa, terok balik badan ada la, daripada dok elok, tak pasai-pasai KIOK! :mad:

Tu la nak mintak pendapat warga CIGGY perlukah aku sambung lagi atau pun cuba ikhtiar rawatan Islam pulak?? Harap-harap warga CIGGY dapat beri pandangan :)











random1 25-11-2010 11:44 PM

Quote:

Originally Posted by syafsp (Post 7917673)
Salam pembuka bicara.

Aku just nak tanya korang semua, aku ada mengalami paru-paru air (pleural effusion). Dekat sebulan rasanya benda ni jadi kat aku. Pada mulanya tak tau, ingatkan penat/asthma biasa je la. Doktor bagi la ubat batuk + penat sikit. Selalunya kalau aku mengalami penat, makan ubat tu dalam 2,3 hari legalah. Ini sampai sebulan tak lega. Aku buat la X-Ray, tengok-tengok doktor cakap ada air di dalam mengelilingi paru-paru tu.
http://i1234.photobucket.com/albums/...ru-ParuAir.jpg
Yang ketul hitam tu, paru-paru normal la, yang sebelah kanan tu tak normal. Putih byk tu ada air la.

Rawatan yang aku buat setakat ni, doctor baru tebuk kat pinggang aku utk bawa keluar air, tapi sikit ja, tak semua sebab doktor kata doktor nak test dulu air apa. Kalau keluar semua air pun, ada risikonya juga katanya. So, sampai sekarang pakar tak jumpa lagi apa sakit aku. Tunggu 29/11 ni baru nak jumpa doktor pakar yang lagi tinggi tu semula.

Doktor pun heran, sakit macam ni, sepatutnya dah terlantar dekat hospital, pakai alat sedut dan lain-lain lagi, tapi aku lain, masih boleh berjalan, buat kerja lagi. Cuma tak boleh keje berat langsung, cepat penat. Baru jalan-jalan nak keluar depan rumah, dah macam penat lari 300meter :(
Yer la, paru-paru ada dalam air, so nak pump pun jadi susah la (seolah-olah macam kita ada dalam air, tak boleh bergerak laju macam di darat)

Aku tak tau sebab apa jadi macam ni. Aku :
- NO mandi malam
- NO merokok
- NO batuk-batuk ( Tp skrg dah mula nak batuk, sebab doktor tak bagi ubat apa-apa pun kat aku suruh makan sehingga jumpa dia 29/11)
- NO demam
- NO tekanan darah tinggi atau rendah (normal)

Bukannya apa, susah la kalau jadi macam ni, tak boleh nak buat kerja apa langsug. Bergerak skit, dah rasa penat (tercungap-cungap).

Aku di sini, nak mintak pendapat, pengalaman, dan lain-lain lagi dengan warga CIGGY yang tau pasal ni dan juga ada rawatannya tak, share-share la kat sini yer. Doa-doakan agar cepat sembuh. . . Amin. . .
:)

hmm pelik juga kes nie,umur brape tahun? lg 1 jgn lupa perubatan alternatif,tgk apa2 yg patut,kadang2 ada benda yg diluar akal kita yg terjadi,harap bro paham maksud den;););)

S.Y.E.D 25-11-2010 11:50 PM

TT.. cuba rawatan syifa ustaz lokman ni..

http://anizyn.blogspot.com/2010/07/h...i-penawar.html

zerovirus 25-11-2010 11:51 PM

cian nyer tt ... semoga tt cepat sembuh

syafsp 25-11-2010 11:53 PM

Quote:

Originally Posted by random1 (Post 7917710)
hmm pelik juga kes nie,umur brape tahun? lg 1 jgn lupa perubatan alternatif,tgk apa2 yg patut,kadang2 ada benda yg diluar akal kita yg terjadi,harap bro paham maksud den;););)

aku takot la jadi macam satu kes ni.
seorang pesakit ni buat rawatan kat hospital, lepas tu, bila doktor buat rawatan, ini tak kena itu tak kena, cucuk sana cucuk sini.
last sekali lagi sakit orang tu.. merana dia.

syafsp 25-11-2010 11:54 PM

Quote:

Originally Posted by S.Y.E.D (Post 7917762)
TT.. cuba rawatan syifa ustaz lokman ni..

http://anizyn.blogspot.com/2010/07/h...i-penawar.html

ok sekejap yer.
nak try tgk :)

versa 25-11-2010 11:56 PM

salam tt, ko selalu tido bwh kipas ker atau slalu kipas direct ke muka atau tido dlm aircond?

syafsp 25-11-2010 11:58 PM

Quote:

Originally Posted by zerovirus (Post 7917773)
cian nyer tt ... semoga tt cepat sembuh

tula, harap2 begitu ler.. huhuhu

Photofast 25-11-2010 11:58 PM

umur brapa tuan tanah?

takpe,penyakit jantung berair ni tak tggi risiko nya

byk penyebab,keturanan pun satu hal
tak smesti mandi ,mrokok dll

smoga cepat sembuh

syafsp 25-11-2010 11:59 PM

Quote:

Originally Posted by versa (Post 7917817)
salam tt, ko selalu tido bwh kipas ker atau slalu kipas direct ke muka atau tido dlm aircond?

selalu katil aku bawah kipas syiling. tapi aku mmg pakai baju, utk tutup dada...

Photofast 26-11-2010 12:00 AM

Quote:

Originally Posted by syafsp (Post 7917789)
aku takot la jadi macam satu kes ni.
seorang pesakit ni buat rawatan kat hospital, lepas tu, bila doktor buat rawatan, ini tak kena itu tak kena, cucuk sana cucuk sini.
last sekali lagi sakit orang tu.. merana dia.

sama lah macam aku raya lepas

naik ambulan,cucuk sini,cucuk sana,xray sini,xray sana,doktor macam takleh blah penyakit aku pun tak sure,last2 cakap aku keracunan makananan

smpai skarang aku sakit dekat perut

kaYaIlmu 26-11-2010 12:03 AM

TT..nasihat ak pada ko ,bile dah jadi gini ...elakkan menyedut udara lempap dan berair ...elakkan berada bawah kipas yang laju ...udara yg sedan2 je .... semoga TT cepat sembuh ye... :)

syafsp 26-11-2010 12:06 AM

Quote:

Originally Posted by Photofast (Post 7917839)
umur brapa tuan tanah?

takpe,penyakit jantung berair ni tak tggi risiko nya

byk penyebab,keturanan pun satu hal
tak smesti mandi ,mrokok dll

smoga cepat sembuh

faktor keturunan pun xde juga rasanya.
aku sorang je. asalnya aku astmha je dari kecik, tapi dah besar, aku control.
keluar dengan membe2 pun minum air suam je.
MILO AIS, TEH AIS tu dah berbulan-bulan aku xmnum ..

syafsp 26-11-2010 12:06 AM

Quote:

Originally Posted by Photofast (Post 7917856)
sama lah macam aku raya lepas

naik ambulan,cucuk sini,cucuk sana,xray sini,xray sana,doktor macam takleh blah penyakit aku pun tak sure,last2 cakap aku keracunan makananan

smpai skarang aku sakit dekat perut

so sekarang kau sakit apa? dah tahu??
sekarang dah lega?

syafsp 26-11-2010 12:07 AM

Quote:

Originally Posted by kaYaIlmu (Post 7917877)
TT..nasihat ak pada ko ,bile dah jadi gini ...elakkan menyedut udara lempap dan berair ...elakkan berada bawah kipas yang laju ...udara yg sedan2 je .... semoga TT cepat sembuh ye... :)

thanks atas nasihat saudara.
aku pun tak tau dapat lega ke x..
harap2 cepat sembuh la penyakit aku ni.. amin..

versa 26-11-2010 12:08 AM

Quote:

Originally Posted by syafsp (Post 7917845)
selalu katil aku bawah kipas syiling. tapi aku mmg pakai baju, utk tutup dada...

klau blh kurangkan tido berkipas...klau panas sgt br bka kipas, klau dah sejuk tutup balik...

nvmname 26-11-2010 12:08 AM

aku takder pengalaman bab ni..
semoga terus tabah.:(:(

syafsp 26-11-2010 12:11 AM

Quote:

Originally Posted by versa (Post 7917922)
klau blh kurangkan tido berkipas...klau panas sgt br bka kipas, klau dah sejuk tutup balik...

effect yang negatif ke kipas ni???
dengar dari sumber ada juga mengatakan, aircond lagi bagus dari kipas. tapi tengok macam aircond sejuk sangat je.. :-?

FaRid^sp 26-11-2010 12:12 AM

try minum susu kambing ni sekotak dulu.. harga RM30 lebih je,pastikan yg asli.. :)

http://www.promosi4u.com/wp-content/...106&w=150&zc=0

syafsp 26-11-2010 12:13 AM

Quote:

Originally Posted by nvmname (Post 7917924)
aku takder pengalaman bab ni..
semoga terus tabah.:(:(

Insya-Allah.. thanks :)
kesihatan tu penting, kena jaga.
tapi kadang2 setengah masyarakat ambil lewa je.
yer la mungkin juga tak penah jadi.
tapi ingat, usia kita bukan semakin ke belakang..
so, jagalah dari sekarang :)

Photofast 26-11-2010 12:13 AM

Quote:

Originally Posted by syafsp (Post 7917904)
so sekarang kau sakit apa? dah tahu??
sekarang dah lega?

tah tak tau huhuh

berubat kmpung pun ada gak

aku takut aku dapat kanser usus je:((

zerovirus 26-11-2010 12:21 AM

Quote:

Originally Posted by syafsp (Post 7917831)
tula, harap2 begitu ler.. huhuhu


amin .. ujian bro

S.Y.E.D 26-11-2010 12:23 AM

Quote:

Originally Posted by syafsp (Post 7917797)
ok sekejap yer.
nak try tgk :)

ko cuba la ikhtiar ngan rawatan cara syifa ustaz lokman tuh.. isnyaallah sembuhh

FaRid^sp 26-11-2010 12:30 AM

Quote:

Originally Posted by Photofast (Post 7917957)
tah tak tau huhuh

berubat kmpung pun ada gak

aku takut aku dapat kanser usus je:((

teringat arwah adik aku meninggal dunia pada 20/9/2010 akibat kanser usus / pankreas walaupun baru berusia 19 tahun.. semoga rohnya aman disana.. :(

gadgetmall 26-11-2010 12:32 AM

semoge tt teros tabah..
mintak aku dijaukan..
dan yg laen2..

Photofast 26-11-2010 12:38 AM

Quote:

Originally Posted by FaRid^sp (Post 7918068)
teringat arwah adik aku meninggal dunia pada 20/9/2010 akibat kanser usus / pankreas walaupun baru berusia 19 tahun.. semoga rohnya aman disana.. :(

apa tnda2 yang ada dekat dia sebelum tuh?

pandera 26-11-2010 12:51 AM

tt ada selalu tido atas simen x....

ada rase sakit dari depan dada tembus belakang badab x...(mcm bisa)
idung berair atau selsema...

sham2875 26-11-2010 12:58 AM

tt..saya doakan tt moga cepat sembuh..berkenaan procedure dr ambil contoh air tu, insya'allah akan temu ubat yang sesuai untuk merawat penyakit tt....ni bacaan yang berguna kalau tt nak dapatkan gambaran berkenaan rawatan paru-paru berair: Pleuroskopi untuk paru-paru berair

zerovirus 26-11-2010 01:01 AM

Quote:

Originally Posted by S.Y.E.D (Post 7918019)
ko cuba la ikhtiar ngan rawatan cara syifa ustaz lokman tuh.. isnyaallah sembuhh

btl2 ... kena byk usaha .. kalau ada budget cuba dan cuba :)cgrock

mohdridzuan® 26-11-2010 01:04 AM

moge tt dapat cari penawar n sembuh dengan cepat...Amin

abeInc 26-11-2010 01:13 AM

aku hari2 tido bawah kipas x pkai baju.. hmmmp


tt..moga tabah dgn ujian..

elmyda 26-11-2010 01:15 AM

tumpang simpati kt TT..

TITANIUM 26-11-2010 01:33 AM

smoga....doktor dpt kesan penyakit tt tu...
dan boleh cari rawatan yg sesuai....
hope tt bersabar menempuhi dugaan ini...

bisnesideas 26-11-2010 02:19 AM

Slm.

Hny nk kongsi sdikit info,

Paru-paru berair boleh berpunca dari pelbagai faktor, termasuk jangkitan oleh bakteria, virus, fungi, atau parasit, dan kimia atau kecederaan fizikal kepada paru-paru. Meaning walaupun x merokok, x mustahil paru-paru boleh terkena jangkitan di sebabkan asap rokok org lain kt tmpt awam. Kalau kita lihat keadaan sekeliling kita, tengok saja udara yg kita sedut dh boleh tau teruknya pencemaran udara.

Mengikut kajian, pencemaran udara mengandungi pelbagai unsur & meningkatkan jumlah radikal bebas dlm pelapik paru-paru yang boleh melemahkan sistem pertahanan anti-oksidan pada paru-paru. Jadi, ini pun boleh jadi salah satu punca. Selain daripada pencemaran, gaya hidup sekarang dari segi pengambilan pemakanan pun boleh jd salah satu faktor. Air yg tercemar dengan toksik, makanan yang byk kandungan pengawet, MSG dan bhn sintetik kimia yang lain, serta terdedah kepada pencemaran udara atau bhn toksik berbahaya spt racun aerosol, bhn kimia atau bhn pewangi yg kita x tahu apa kandungannya juga boleh jd salah satu puncanya.

Pada pendapat saya, saudara boleh mula dengan menjaga pengambilan makanan yg berkhasiat & seimbang dan membuat senaman ringan spt warm up secara sederhana. Selain tu, cuba ambil supplemen nutrien USANA utk memperoleh kandungan nutrien & mineral dlm badan yg seimbang. Nutrien & mineral penting utk tubuh sbg satu cara rawatan melalui pemakanan - memperbaiki sel bdn serta meningkatkan sistem pertahanan bdn dan insyaAllah boleh bantu memulihkan keadaan paru-paru saudari sedikit demi sedikit. Tambahan lg ianya suplemen utk melengkapkn nutrien dlm bdn, & bukan ubat yg ada side effect.

Sy rasa produk USANA ni bagus sbb doktor yg kaji & buat formula supplemen ni, Dr. Wentz merupakan pakar dlm microbiologi dan immunologi, dimana dia byk kaji psl sel badan manusia serta byk mdpt pengiktirafan dari segi kesihatan & kualiti. Stkt ni saya & keluarga mengambil suplemen USANA & alhamdulillah kesihatan btmbah baik.


Sy doakan saudara cpt sembuh insyaAllah.

Semoga info yg sy kongsikn dpt membantu.
Wslm

p/s: Jika nk info psl produk USANA boleh email kpd haziqah.hz@gmail.com. Sy akn forwardkn product info kpd saudara.

kaYaIlmu 26-11-2010 03:54 AM

Quote:

Originally Posted by bisnesideas (Post 7918627)
Slm.

Hny nk kongsi sdikit info,

Paru-paru berair boleh berpunca dari pelbagai faktor, termasuk jangkitan oleh bakteria, virus, fungi, atau parasit, dan kimia atau kecederaan fizikal kepada paru-paru. Meaning walaupun x merokok, x mustahil paru-paru boleh terkena jangkitan di sebabkan asap rokok org lain kt tmpt awam. Kalau kita lihat keadaan sekeliling kita, tengok saja udara yg kita sedut dh boleh tau teruknya pencemaran udara.

Mengikut kajian, pencemaran udara mengandungi pelbagai unsur & meningkatkan jumlah radikal bebas dlm pelapik paru-paru yang boleh melemahkan sistem pertahanan anti-oksidan pada paru-paru. Jadi, ini pun boleh jadi salah satu punca. Selain daripada pencemaran, gaya hidup sekarang dari segi pengambilan pemakanan pun boleh jd salah satu faktor. Air yg tercemar dengan toksik, makanan yang byk kandungan pengawet, MSG dan bhn sintetik kimia yang lain, serta terdedah kepada pencemaran udara atau bhn toksik berbahaya spt racun aerosol, bhn kimia atau bhn pewangi yg kita x tahu apa kandungannya juga boleh jd salah satu puncanya.

Pada pendapat saya, saudari boleh mula dengan menjaga pengambilan makanan yg berkhasiat & seimbang dan membuat senaman ringan spt warm up secara sederhana. Selain tu, cuba ambil supplemen nutrien USANA utk memperoleh kandungan nutrien & mineral dlm badan yg seimbang. Nutrien & mineral penting utk tubuh sbg satu cara rawatan melalui pemakanan - memperbaiki sel bdn serta meningkatkan sistem pertahanan bdn dan insyaAllah boleh bantu memulihkan keadaan paru-paru saudari sedikit demi sedikit. Tambahan lg ianya suplemen utk melengkapkn nutrien dlm bdn, & bukan ubat yg ada side effect.

Sy rasa produk USANA ni bagus sbb doktor yg kaji & buat formula supplemen ni, Dr. Wentz merupakan pakar dlm microbiologi dan immunologi, dimana dia byk kaji psl sel badan manusia serta byk mdpt pengiktirafan dari segi kesihatan & kualiti. Stkt ni saya & keluarga mengambil suplemen USANA & alhamdulillah kesihatan btmbah baik.


Sy doakan saudari cpt sembuh insyaAllah.

Semoga info yg sy kongsikn dpt membantu.
Wslm

p/s: Jika nk info psl produk USANA boleh email kpd haziqah.hz@gmail.com. Sy akn forwardkn product info kpd saudari.

USANA nie produk MLM kan sedari??... :-?:-?

mohdridzuan® 26-11-2010 04:14 AM

Quote:

Originally Posted by kaYaIlmu (Post 7918837)
USANA nie produk MLM kan sedari??... :-?:-?

yup...boleh tahan bagus la wat supplement kan,
tt ni saudara la saudari bisnesideas :"> :p

syafsp 26-11-2010 04:34 AM

thanks utk semua yang membantu aku...
aku pun berharap juga cepat sembuh
:(



Quote:

Originally Posted by Photofast (Post 7917957)
tah tak tau huhuh

berubat kmpung pun ada gak

aku takut aku dapat kanser usus je:((

aku pun doakan kau cepat sembuh... :)

syafsp 26-11-2010 04:35 AM

Quote:

Originally Posted by gadgetmall (Post 7918078)
semoge tt teros tabah..
mintak aku dijaukan..
dan yg laen2..

tu la. aku pun tak sangka benda nak jadi.
aku ni pun, jenis orang yg control kesihatan la juga.
tp dalam berjaga-jaga pun nak jadi juga.. apa boleh buat :)
tawakal je la.. :)

syafsp 26-11-2010 04:36 AM

Quote:

Originally Posted by sham2875 (Post 7918254)
tt..saya doakan tt moga cepat sembuh..berkenaan procedure dr ambil contoh air tu, insya'allah akan temu ubat yang sesuai untuk merawat penyakit tt....ni bacaan yang berguna kalau tt nak dapatkan gambaran berkenaan rawatan paru-paru berair: Pleuroskopi untuk paru-paru berair

bro, info yg mantap lah link yang bro kasi tu..
cuma xberapa nak faham lah apa nama2 saintifik tu.. :D
atleast, tau juga mcm mana ia berpunca :)

bisnesideas 26-11-2010 10:15 AM

Quote:

Originally Posted by kaYaIlmu (Post 7918837)
USANA nie produk MLM kan sedari??... :-?:-?

Slm. lebih kurang la. Yg saya fhm tu cr marketing dia. Tapi sy mula ambil sebab kualiti produk tu yg bagus & berkesan, serta dpt pengiktirafan & bgus utk perbaiki thp kesihatan bdn.

Stkt ni, byk perubahan positif lps ambil. Ada yg dh baik resdung, migrain, slalu demam, sistem perkumuhan bdn etc. Lgpun produk tu diformula dgn r&d thru kajian sel & sistem imun bdn manusia.

Cuma nk share ttg keperluan nutrien utk perbaiki sistem imun bdn kita. InsyaAllah boleh mmbantu.

Wslm

p/s: mtk maaf ttg saudari tu. dh tukar. :)


All times are GMT +8. The time now is 04:52 PM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.