CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Movies, TV, Music (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=153)
-   -   Info Muzik : Muzik program cetus idea tambahan (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=190956)

seether 26-11-2010 06:40 AM

Screamo subgenre muzik rock
 
Screamo adalah subgenre kepada muzik rock yang melalui proses evolusi daripada muzik hardcore punk dan emo pada awal 1990-an. Istilah Screamo pada awalnya digunakan untuk cabang muzik emo yang lebih agresif dan mula berkembang di San Diego pada 1991. Muzik begini biasanya menggunakan tempo pendek dan kedengaran agak huru-hara dan sumbang namun dinamik. Mesej cuba disampaikan pula biasanya ada kena mengena dengan politik.

Alat muzik yang biasanya digunakan ialah dram, bass, gitar dan vokal.

Sesetengah kumpulan lain lebih keras lagi pendekatannya sehingga boleh dikaitkan dengan noise rock dan gaya grindcore. Begitupun pada awal 2000, nama genre itu mula diterjemahkan dalam nada lebih perlahan dan gaya kurang sumbang selepas meminjam elemen muzik alternatif rock. Perubahan itu dilihat paling ketara sejak ia digunakan cukup meluas dalam artikel terbitan New York Times sekitar 2003.

Terjemahan berubah selepas dilanda pengaruh gelombang kedua itu dianggap cukup kontroversi oleh pengamal peminat gaya Screamo asal. Ada sesetengah pemuzik melihat pemahaman pengikut muzik terhadap terjemahan itu semakin banyak cacat celanya terutama di Amerika Syarikat.

Ketika gelombang pertama melanda San Diego pada 1991, Screamo sering diperdengarkan di Che Cafe menerusi kumpulan Heroin, Antioch Arrow, Angel Hair, Mohinder Swing Kids dan Potraits of Past. Kumpulan muzik ini rata-rata dipengaruhi hardcore (seperti National of Ulysses dan Fugazi), Straight Edge dan kumpulan post punk seperti Joy Division dan Bauhaus.

Kumpulan muzik Screamo semakin berubah ke arah teatrikal dan disesuaikan dengan aspek yang wujud dalam gothic rock dan synthpop seperti dibawakan kumpulan VSS, Pleasure Forever, the Crimson Curse, The Locust dan The Rapture. Sementara itu kumpulan seperti The Plot to Blow the Eiffel Tower menggabungkan gaya punk dan jazz. Apapun sama seperti muzik emo, istilah Screamo masih dianggap kontroversi dalam gelanggangnya sendiri.

Gaya muzk Screamo asal masih lagi kedengaran dan dimainkan banyak kumpulan muzik terutama di Eropah. Amanda Woodward, Louise Cyphere, La Quiete dan Raein antara contoh paling menonojol dalam gelanggang muzik Eropah. Kumpulan muzik ini biasanya menerbitkan album mereka sendiri ataupun menerusi label bebas. Biarpun, senario muzik screamo kontemporari bersifat "do it yourself" (DIY), ia tersebar meluas di Eropah, masih banyak lagi kumpulan yang aktif di Amerika. Antaranya, Comadre dari Redwood, Off Minor (bekas Saetia) dari New York dan Who Calls So Loud (bekas Funeral Diner) dari San Francisco dan Tentacle's a Flower dari Texas.

http://www.carmahlms.com/Info_Muzik/.../IMG03ssmr.jpg

seether 26-11-2010 06:42 AM

Tarian Ngajat penyeri Gawai
 
Tarian Ngajat sangat popular di kalangan orang Iban di Sarawak. Ngajat bagi orang-orang Iban adalah tarian yang di tarikan ketika menyambut Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dulu ia ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.

Penari akan memakai pakaian tradisional seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung adalah sejenis baju yang tebal dan keras diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.

Tarian ini ditarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut Hari Gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh.

Satu lagi cara dan gerak tari tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.

Lagu iringan dibunyikan dari alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.

Ngajat adalah antara tarian orang ulu yang begitu terkenal dewasa ini. Terdapat banyak jenis tarian Ngajat orang ulu, antaranya adalah tarian Ngajat solo, berpasangan dan Ngajat secara berama-ramai.

Sebagai sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak, tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Gawai Kenyalang. Pada suatu waktu dulu, pemburu kepala dari suku kaum ini, yang dikatakan antara yang paling bengis di Sarawak, diraikan dengan perayaan Gawai Kenyalang.

Pahlawan lelaki mempamerkan pergerakan yang tangkas di sepanjang persembahan tarian ini, sambil memakai topi tradisional yang panjang dan memegang sebuah perisai panjang yang berukir.

Kini persembahan tarian tradisional yang dulunya hanya dapat dinikmati ketika perayaan Gawai dan musim menuai kini sudah diperkembangkan dan dikomersialan untuk tujuan memperkukuhkan sektor pelancongan dan memperkasakan budaya.

http://www.carmahlms.com/Info_Muzik/.../IMG03tnpg.jpg

seether 26-11-2010 06:44 AM

Berzanji untuk memuji Rasulullah SAW
 
Menurut ensiklopedia bebas, berzanji atau barzanji ialah doa, puji-pujian dan penceritaan riwayat Nabi Muhammad SAW yang dilafazkan dengan suatu irama atau nada yang biasa dilantunkan ketika kelahiran, acara khatan, pernikahan dan sambutan Maulidur Rasul.

Isi berzanji bertutur mengenai kehidupan Nabi Muhammad, yang disebutkan berturut-turut iaitu salasilah keturunannya, masa kanak-kanak, remaja, pemuda, hingga diangkat menjadi rasul. Di dalamnya juga mengisahkan sifat mulia yang dimiliki Nabi Muhammad, serta berbagai peristiwa untuk dijadikan teladan umat manusia.

Perkataan berzanji diambil daripada nama pengarangnya iaitu Syeikh Ja'far al-Barzanji Husin Abdul Karim. Dia dilahir di Madinah pada 1690 dan meninggal dunia pada 1766. Berzanji berasal dari nama sebuah tempat di Kurdistan, Barzinj. Karya itu sebenarnya berjudul Iqd al-Jawahir (bahasa Arab ertinya kalung permata) yang disusun untuk meningkatkan rasa cinta kepada Nabi Muhammad, walaupun kemudian lebih terkenal dengan nama penulisnya.

Pembacaan berzanji pada umumnya dilakukan pada majlis dengan niat untuk mendapat keberkatan. Misalnya pada waktu kelahiran bayi, mencukur rambut bayi (aqiqah), acara khatan, perkahwinan dan sebagainya. Di masjid dan perkampungan, biasanya jemaah duduk secara bersila. Bacaan berzanji dialunkan secara bergilir seorang demi seorang sambil disahuti jemaah lain dengan kalimah Allah.

Di Malaysia, terdapat juga adat pembacaan berzanji yang dilakukan secara bersama-sama dengan bayi yang baru lahir untuk dicukur rambutnya dalam bulatan oleh imam dan ahli keluarga terdekat. Sementara baju atau kain orang-orang yang sudah memegang bayi itu, kemudian diberi titisan minyak wangi. Dewasa ini, bacaan berzanji juga semakin berkurangan walaupun buku berzanji masih mudah didapati.

http://www.carmahlms.com/Info_Muzik/...G03bumrsaw.jpg

seether 26-11-2010 06:46 AM

Nasyid kontemporari diminati
 
Nasyid menurut Wikipedia Bahasa Melayu, adalah nyanyian yang biasanya bercorak keagamaan Islam dan mengandungi kata-kata nasihat, kisah nabi, memuji Allah dan yang seumpamanya.

Pada awalnya nasyid membawakan alunan bercorak padang pasir, tetapi kini kumpulan nasyid semasa membawa pelbagai rentak bercorak baru kepada pendengar. Pembaharuan ini menjadikan lagu nasyid lebih menarik dan bersifat lebih berdaya saing dalam bidang seni.

Selalunya nasyid lebih gemar didendangkan dengan alat muzik tanpa tali, namun mengikut beberapa pendapat ulama fiqh perkara memainkan alunan nasyid dengan alat muzik bertali seperti gitar dan piano adalah dibenarkan.

Nasyid koir pula adalah gabungan alunan irama nasyid yang disebatikan bersama alunan muzik koir. Kadangkala irama alunan bercorak koir ini digantikan dengan alunan muzik berunsurkan acapella iaitu corak alunan muzik tanpa menggunakan alat muzik tetapi hanya menggunakan getaran bunyi yang keluar dari mulut.

Alunan irama nasyid koir juga dilihat kini amat diminati di kalangan penggiat seni bercorak kerohanian sehinggakan irama ini seringkali dianggap sejagat kerana kejayaannya memuatkan unsur-unsur harmoni dan kontemporari dalam penyediaannya.

Nasyid koir lebih wajar dan lebih unggul dengan kehadiran bacaan lunak ayat-ayat suci al-Quran di samping paduan bunyi vokalnya yang mantap.

Sebatian 5 bunyi asas lantunan koir juga memainkan suasana yang gemersik dan bertenaga dalam nasyid koir. Berikut adalah 5 bunyi asas tersebut:

- Bunyi base bawah 5
- Bunyi base atas 4
- Bunyi ketiga (third voice) - alto
- Bunyi harmoni bawah 2
- Bunyi harmoni atas 1 (soprano)

Pada asasnya, bagi memainkan alunan nasyid koir, penyanyi mestilah mengetahui perkara asas koir terlebih dulu seperti cara melontarkan suara dan bernafas pada cara yang betul.

Sejarah kemunculan nasyid koir dikatakan berpunca daripada sumbangan dan pengaruh alunan azan, alunan dan irama bacaan ayat suci al-Quran, rentak muzik masyarakat Asia Barat, daya kekuatan vokal insan serta daripada rentak lagu bercorak penduduk peribumi.

Nasyid koir lebih lunak didendangkan bersama penggunaan alat muzik tak bertali misalnya kompang, bongo, kerincing dan sebagainya. Namun ada pendapat ahli ulama fiqh yang membenarkan nyanyian dengan menggunakan alat muzik bertali seperti gitar, biola dan piano.

http://www.carmahlms.com/Info_Muzik/.../IMG03nkdm.jpg

seether 26-11-2010 06:48 AM

Tarian Dabus berkaitan Saidina Ali
 
Tarian dabus adalah sejenis tarian Melayu tradisional. Tarian ini berasal dari Perak dan mengandungi unsur keagamaan yang berkait rapat dengan kepahlawanan tokoh dalam sejarah Islam, Saidina Ali.

Tarian ini dipercayai mula dipersembahkan di negeri ini sejak 300 tahun lalu. Ada beberapa pendapat yang mempertikaikan kemasukan seni tari dabus ke bumi Perak. Satu pendapat mengatakan dabus dipercayai dibawa masuk terus ke Perak oleh Ahmad Mahyuddin yang berasal dari Parsi (Baghdad) sekitar 1785.

Mengikut sejarah, beliau adalah anak murid kepada guru bernama Muhammad Abil Hassan al-Rifai. Tarian ini berkembang di Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Lumut dan Sungai Nipah Baroh serta Sungai Balai Baroh, Teluk Intan.

Pendapat kedua mengatakan permainan dabus sudah mula dibawa ke Indonesia melalui Pasai di Aceh sebelum dikembangkan ke Pasir Panjang, Perak oleh Nakhoda Lembang yang berguru daripada saudagar Fakir Muhammad dari India, yang juga anak murid kepada tuan guru Muhammad Abil Hassan al-Rifai.

Sementara itu, satu lagi pendapat mengatakan Ahmad Mahyuddin yang berguru dengan Muhammad Abil Hassan al-Rifai bertemu Nakhoda Lembang dari Batu Bara, Aceh yang berguru dengan Fakir Muhammad dari India pada tahun 1785, bersama-sama memperkembangkan kesenian dabus ke Perak di Pasir Panjang seawal 1700.

Menyentuh soal identiti, setiap penari atau pemain dabus mesti menggunakan sejenis besi tajam yang dipanggil 'anak dabus'. Penggunaan anak dabus ialah untuk memperlihatkan keistimewaan tarian itu.

Permainan dabus yang asli tidak hanya terhad kepada penggunaan anak dabus sebaliknya mereka akan menggunakan beberapa senjata tajam yang lain untuk mempamerkan kehebatan permainan dabus.

Kumpulan dabus yang asal terdiri daripada lebih kurang 22 orang termasuk pemain alat muzik dan penari. Dalam kumpulan itu terdapat seorang ketua dipanggil khalifah. Khalifah inilah orang yang bertanggungjawab memelihara keselamatan pemain daripada sebarang gangguan yang boleh mencatatkan persembahan.

Sebelum persembahan dimulakan, khalifah akan mengasap dan merenjis air yang dijampi keseluruh pentas, pemain, pemuzik dan anak dabus. Tujuannya adalah untuk mengelak daripada gangguan makhluk halus atau perbuatan orang nakal yang menguji kekebalan pemain.

Dalam permainan dabus, terdapat beberapa pantang larang. Antaranya, tempat bermain hendaklah bersih, tubuh badan pemain juga hendaklah suci. Pemain sama ada pemuzik dan penari ditegah daripada mencarut, mengeluarkan kata-kata lucah mahupun bermusuhan.

http://www.carmahlms.com/Info_Muzik/...IMG03tdbsa.jpg

seether 26-11-2010 06:50 AM

Tarian Lilin berasal dari Sumatera
 
Tarian Lilin pada asasnya adalah tarian yang dipersembahkan oleh sekumpulan penari wanita dengan diiringi sekumpulan pemuzik. Barisan penari membawa lilin yang dinyalakan pada piring dipegang pada setiap belah tangan masing-masing.

Penari menarikan tarian secara berkumpulan dengan memusingkan piring yang mempunyai lilin menyala secara berhati-hati agar piring terbabit sentiasa mendatar, selain memastikan nyalaan lilin tidak terpadam.

Ia juga dikenali sebagai tarian yang dipersembahkan oleh penari wanita sambil menatang lilin dalam piring kecil di atas telapak tangan mereka, dan memaparkan gerak-geri yang penuh dengan kelembutan.

Menyentuh soal asal usul Tarian Lilin, ia dipercayai berasal dari Sumatera. Mengikut cerita, kononnya seorang gadis telah ditinggalkan oleh tunang yang pergi berdagang mencari harta. Semasa ditinggalkan tunangnya itu gadis secara tidak sengaja kehilangan cincin pertunangan.

Gadis itu mencari-cari cincin hingga larut malam dengan menggunakan lilin yang diletakkan pada piring. Gerakan badan yang meliuk lintuk, membongkok, terngadah (berdoa) melahirkan keindahan sehingga peristiwa ini melahirkan Tarian Lilin di kalangan gadis kampung.

Tarian Lilin adalah sejenis kesenian istana dan digayakan pada waktu malam bagi menimbulkan nyalaan lilin berkenaan. Ini kerana tarian lilin memerlukan penarinya giat berlatih agar dapat mengawal pergerakan dengan lilin yang menyala tanpa berlaku kemalangan.

Kini, tarian ini sering dipersembahkan pada majlis kerajaan dan acara rasmi, malah lebih indah dan berkesan lagi jika ia dipersembahkan pada waktu malam.

http://www.carmahlms.com/Info_Muzik/...IMG03tlbds.jpg

seether 26-11-2010 06:51 AM

Qasidah puji Rasulullah
 
Mengikut satu rencana berjudul Puisi Ahli Sufi, sebelum kebanyakan negara Islam dijajah, hampir semua sastera yang dihasilkan orang Islam menampilkan ciri daripada ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW, iaitu hurufnya dicatat dalam tulisan jawi yang punya keunikan tersendiri.

Genre sastera atau seni Islam adalah sangat universal. Ia merangkumi khutbah, bayan, risalah, maqamah (cerpen), qissah (cerita bermoral seperti kisah sahabat), maqalah (rencana mengenai sesuatu), qasidah (puisi) dan sebagainya.

Qasidah - satu cabang seni Islam dari Arab yang sangat terkenal di tanah Arab sehingga kini. Ada pelbagai qasidah Islam terkenal antaranya Qasidah Burdah Shareef yang sangat masyhur. Qasidah Burdah mendapat gelaran sedemikian memandangkan isinya memberi pujian terhadap junjungan besar Nabi Muhammad.

Pengarangnya, Imam al-Bushiri atau nama sebenarnya adalah Muhammad bin Said bin Hamad as-Shonhaji al-Bushiri. Lahir di Bahtim, Mesir pada 608H (1212M) dan berasal dari keturunan Maghribi. Beliau meninggal dunia pada 696H (1296M). Beliau ialah murid kepada Shaikh Abu Hasan ash-Shadhili.

Imam al-Bushiri dikenali sebagai seorang yang warak sejak beliau masih kanak-kanak lagi. Ada disebut dalam sejarah, Imam al-Bushiri, pernah ditimpa penyakit lumpuh sebelah badan. Pelbagai usaha dilakukan untuk rawatan namun tiada juga tanda sembuh, malah sakitnya bertambah teruk.

Dalam keadaan inilah timbul keinginan di hati beliau untuk mengarang qasidah puji-pujian kepada Rasulullah. Mata penanya menulis apa yang lahir dari hatinya yang sangat kasih dan rindu kepada Rasulullah iaitu pujian-pujian kepada Muhammad SAW. Sebaik saja selesai menulis qasidah, beliau tertidur dan bermimpi melihat Rasulullah dalam tidurnya. Baginda datang menziarahi beliau yang sedang sakit, lalu menyapukan tangannya yang mulia di atas badan Imam al-Bushiri dengan sehelai selendang (burdah).

Sebaik selesai diselimuti, Imam al-Bushiri terjaga daripada tidurnya dan mendapati penyakit lumpuhnya hilang. Ada riwayat menyatakan Imam al-Bushiri memperoleh selendang atau burdah di atas badannya apabila beliau terjaga daripada tidurnya.

Qasidah di kalangan umat Islam di Malaysia disesuaikan mengikut suasana majlis, iaitu puisi yang dilagukan dan masih bertujuan sama - bertemakan ketuhanan dan memuji junjungan Rasulullah SAW.

http://www.carmahlms.com/Info_Muzik/...e/IMG03qpr.jpg

seether 26-11-2010 06:54 AM

Kompang untuk sambut pengantin
 
Menurut portal Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, kompang adalah alat muzik yang mempunyai baluh berbingkai yang diperbuat daripada kayu jenis keras yang lazimnya daripada spesies nangka. Nama saintifiknya ialah Artocarpus heterophyllus.

Belulang daripada kulit kambing digunakan sebagai bahan bunyi yang dipasang pada permukaan baluhnya dengan menggunakan bahan pelekat kemudian ditindih dengan paku supaya ketegangannya lebih terjamin. Kompang juga memerlukan rotan sedak sebagai alat tala untuk menghasilkan suara yang baik.

Permainan kompang lazimnya dimainkan secara berkumpulan dalam keadaan bersila, berdiri ataupun berarak mengikut keperluannya. Dalam teknik penghasilan bunyi, pemain akan menggunakan sebelah tangan untuk memegangnya dan menggunakan sebelah tangan lagi untuk memukulnya.

Selain marhaban, fungsi kompang dalam kehidupan masyarakat masa kini menjadi begitu penting khususnya untuk meraikan majlis perkahwinan ataupun menyambut tetamu dan juga pembesar negara. Kini, permainan kompang mula diajar di sekolah serta pusat pengajian tinggi dan institusi kerajaan. Dalam konteks persembahan, sesebuah kumpulan kompang membabitkan tiga kumpulan mengikut peranannya.

Kumpulan pertama terdiri daripada beberapa pemain yang bertindak sebagai 'pembolong' menggunakan istilah tempatan untuk untuk memainkan pola paluan yang khusus serta tertentu secara seragam dikenali sebagai pukulan dasar. Kumpulan kedua bertindak sebagai 'peningkah' yang lazimnya seorang saja sebagai master dalam permainan itu. Kumpulan ketiga bertindak sebagai 'penyilang' yang memainkan rentak hias sebagai unsur pelengkap kepada keseluruhan pola paluan terjalin di dalamnya.

http://www.carmahlms.com/Info_Muzik/.../IMG03kusp.jpg

seether 26-11-2010 06:55 AM

Rebab iringi watak raja
 
Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, Rebab adalah sejenis alat muzik bertali yang berasal dari Afghanistan. Rebab menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada dawai logam. Rebab juga dianggap tergolong dalam keluarga kecapi.

Badan rebab lazimnya dibuat daripada kayu nangka dan berongga di bahagian dalamnya. Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan tirus ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat dari lilin lebah ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil 'susu'.

Di sisi bahagian atas lehernya dipasang pula pemulas bagi tujuan melaraskan suaranya. Leher atau papan jari dipasang pada bahagian atas badannya. Pada behagian atas kepalanya berukiran dan dipanggil 'Pucuk Rebung'. Lehernya memanjang ke bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang di bahagian bawah di mana alat itu diletakkan berdiri bila ia dimainkan.

Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukannya. Busurnya dibuat dari kayu dan melengkung sedikit. Tali penggesek ialah urat daripada selaput balutan mayang kelapa dan kini digantikan dengan penggunaan tali tangsi.

Alat muzik rebab banyak digunakan dalam muzik di Afghanistan. Selain itu, rebab juga digunakan dalam persembahan gamelan dan muzik mengiringi mak yung, main puteri dan selampit di Malaysia dan Indonesia.

Untuk bermain alat muzik ini, rebab diletak berdiri di depan pemain yang duduk bersila di lantai. Rebab digesek dengan busur dan ketegangan tali busur dikawal dengan menggunakan jari. Jari-jari tangan sebelah lagi memetik atau menekan pada tali di bahagian leher untuk mengeluarkan pelbagai nada.

Di Malaysia, rebab ialah sejenis alat muzik tradisional Melayu yang dimainkan ketika mengiring watak raja atau pengasuh sedang beraksi dalam persembahan menora, mak yung, main puteri dan banyak lagi persembahan klasik.

http://www.carmahlms.com/Info_Muzik/.../IMG03riwr.jpg

seether 26-11-2010 06:58 AM

Limbo sebenarnya berasal dari Trinidad
 
Limbo ialah sejenis tarian yang berasal dari kepulauan Trinidad, biarpun dalam kebanyakan masa, orang sering menganggap ia berasal dari Hawaii apabila sering dikaitkan dengan limbo.

Penari bagi tarian jenis ini menari mengikut irama berentak Caribbean, kemudian melenturkan badan ke belakang dan terus melalui bawah kayu yang diletak secara mendatar tanpa menyentuhnya. Sekiranya mana-mana bahagian tubuh menyentuh palang kayu atau ia terjatuh ke belakang, penari itu dikira batal.

Apabila beberapa penari bertanding, mereka bergerak secara perseorangan manakala kayu akan diturunkan sehingga hanya seorang penari saja tidak menyentuh kayu dan lantai, tinggal. Dalam tahun-tahun sebelumnya, tarian limbo dikenali sebagai tarian soial untuk menyambut tetamu atau perlawanan untuk pelancong di Caribbean dan resort tropikal yang lain.

http://www.carmahlms.com/Info_Muzik/...G03lsbdt01.jpg

Penari yang menang akan diberikan hadiah. Perkataan ini berasal dari dialek Bahasa Inggeris Trinidad, iaitu mengikut kamus Merriam-Webster, limba bermaksud untuk melenturkan badan.

Limbo yang digunakan untuk menggambarkan satu bentuk tarian mula popular sekitar 1950-an. Limbo adalah perkataan yang diambil dari India Barat Inggeris iaitu limber. Limber ialah perkataan yang wujud sejak turun ke-16 digunakan secara dialeknya untuk merujuk pergerakan ke depan dan ke belakang.

Sejajar kepercayaan orang Afrika, tarian itu menggambarkan keseluruhan putaran kehidupan manusia. Penari pula bergerak melalui kayu yang diturunkan dari paras dada, seorang penari lain akan muncul ke sebelah lain, di mana tatkala kepala mereka melepasi kayu, ia seolah pertembungan antara kehidupan dan kematian. Tarian ini juga digunakan sebagai tarian kematian dan turut dikaitkan dengan African legba atau tarian legua.

http://www.carmahlms.com/Info_Muzik/...G03lsbdt02.jpg

seether 26-11-2010 07:00 AM

Bunyi sompoton merdu, harmoni
 
Sompoton atau Sumpoton adalah sejenis alat muzik tempatan di Sabah. Ia diperbuat daripada labu air yang dikeringkan. Lapan batang buluh kecil disusun dalam dua lapisan dan dimasukkan ke bahagaian buah labu berkenaan dengan menebuk. Gam kelulut digunakan untuk melekatkan batang buluh terbabit, selain untuk menahan angin daripada keluar melalui celah buluh apabila tiupan dilakukan.

Satu daripada buluh ini tidak berfungsi hanya untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat itu. Beberapa kepingan kecil plat buluh diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian buluh untuk menghasilkan bunyi mengikut kod muzik yang telah ditentukan.

Dengan meniup atau menyedut mulut labu, pemain sompoton boleh menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu.

Beberapa kepingan kecil polod (seperti dalam Bungkau) diletakkan pada dasar tiap tepian paip yang berbunyi. Paip itu dimasukkan ke dalam lubang pada sisi labu kemudian ditampal dengan lilin lebah. Kepingan kecil polod diletakkan dalam labu dan menambah salun alat yang baru disiapkan.

Paip buluh diikatkan bersama dengan rotan yang diraut nipis. Untuk memainkan sompoton, seseorang pemain menutup dan membuka tiga daripada empat paip terpendek pada hujungnya dengan tiga jari tangan kanan dan tiga lubang kecil pada dasar paip terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang dengan jari tangan kiri.

http://www.carmahlms.com/Info_Muzik/...MG03bsmh01.jpg

Pemain boleh meniup atau menyedut mulut labu dengan menutup dan membuka tiga daripa empat buluh terpendek pada hujungnya dengan tiga jari tangan kanan dan tiga lubang kecil pada dasar buluh terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang dengan jari tangan kiri. Ia akan mengeluarkan nada bergetar dan menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu.

Sompoton ini boleh dimainkan secara perseorangan untuk hiburan persendirian atau dalam kumpulan untuk mengiringi tarian. Alat muzik ini cukup popular di kalangan suku kaum Kadazan dusun.

http://www.carmahlms.com/Info_Muzik/...MG03bsmh02.jpg

seether 26-11-2010 07:01 AM

Dondang Sayang hiburan spontan
 
Dondang Sayang mengikut kamus ensiklopedia Wikipedia tumbuh di Melaka sejak kurun ke 16. Ia dipercayai dipengaruhi muzik tradisional masyarakat Portugis yang pernah menjajah bumi Hang Tuah itu. Ia adalah satu bentuk hiburan masyarakat Melayu bersama sub-etnik Baba dan Nyonya, berbalas pantun secara spontan (puisi), dalam gaya santai dan kadangkala melucukan.

Penyanyi biasanya diiringi alat muzik seperti violin, dua rebana dan tetawak (sejenis gong). Instrumen ini juga boleh dibantu beberapa lagi alat muzik lain terutama akordian, seruling atau biola tradisional. Antara tokoh Dondang Sayang di Melaka ialah Itam Ahmad dari Paya Rumput, dikenali sebagai antara pemantun atau penyanyi lama Dondang Sayang yang begitu aktif. Selain Itam, Nyah ****** yang berasal dari Durian Tunggal juga adalah pemantun dan penyanyi perempuan yang cukup dikagumi.

Zaiton Haji Hamzah dari Duyong dan Bachik Bakar dari Pangkalan Rama Tengah pula dianggap sebagai angkatan baru yang dicungkil bakat mereka melalui pertandingan Pesta Dendang Rakyat anjuran RTM Melaka. Pada peringkat awal, Dondang Sayang dilagukan oleh ibu di desa untuk menidurkan anak dalam buaian. Cara melagukannya ada kaedah - ratib mengesakan Allah dan pujian kepada Nabi Muhammad saw, keduanya menyanyi sama ada dengan senikata lagu lengkap mahupun dengan rangkaian bunyi saja tetapi dalam bentuk lagu.

Dondang Sayang juga sering dilagukan orang tua ketika bersendirian sama ada selepas penat bekerja mahupun sambil duduk melayan perasaan dan mengenang masa remaja. Mereka bersiul kecil atau bernyanyi kecil mengalunkan lagu. Biasanya di rumah, mereka akan bersiul nyanyi di hujung sengkuap, di depan tangga atau anjung rumah sambil bersenang-senang. Ada juga melakukannya di ruang tengah rumah sambil meraut rotan untuk mencucuk atap. Perlakuan itu dilakukan spontan apabila ada masa terluang selepas penat menjalankan pekerjaan.

Dondang Sayang sering juga dilagukan di hujung kebun atau di permatang sawah atau di tambatan perahu sambil membelai perahu untuk persiapan turun ke laut, mahupun ketika melepaskan lelah sambil mengasah pisau getah sementara menanti susu getah habis menitik untuk dipungut.

Era 1950-an adalah zaman peralihan bagi Dondang Sayang. Seni tradisi ini makin diminati ramai. Dondang Sayang mula mendapat tempat lebih meluas apabila ia disiarkan menerusi radio, sejak tertubuhnya Jabatan Penyiaran yang dikenali sebagai Radio Malaya ketika itu.

Selain itu, Dondang Sayang juga mula dimainkan di pentas bangsawan dan joget. Dari sinilah Dondang Sayang mula mengalami perubahan apabila rentak asli dipadankan dengan rentak muzik moden dari Barat. Maka, lahirlah rentak Dondang Sayang Mambo. Ramai penyanyi-pemantun Dondang Sayang dilahirkan dari pentas bangsawan, antaranya S M Salim (Tan Sri) dan Normah Salim. Dondang Sayang juga dimainkan pada majlis tertentu seperti majlis kenduri kahwin dan di pentas Malam Aneka Warna.

Penghujung era 1950-an Dondang Sayang maju setapak lagi apabila mula dipertandingkan Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) sempena majlis sambutan tertentu seperti perayaan hari ulang kemerdekaan negara.

http://www.carmahlms.com/Info_Muzik/.../IMG03dshs.jpg

seether 26-11-2010 07:04 AM

Wayang kulit wujud 300 tahun lalu
 
Persembahan wayang kulit mula tersebar meluas di Jawa dan Bali Indonesia, manakala di Malaysia ia cukup meluas di Kelantan dan Terengganu dan kini menjadi salah satu seni persembahan warisan Malaysia.

Rupa bentuk patung sendiri berbeza mengikut tempat. Di Jawa Tengah iaitu kota Surakata (Solo) biasanya cukup terkenal dengan gaya patung yang mengajuk. Gaya patung yang mengikut wilayah ditemui di Jawa Barat, Banyumas, Cirebon, Semarang dan Jawa Timur. Bali menghasilkan bentuk patung wayang kulit yang lebih padat dan semulajadi, manakala Lombok pula menampilkan bentuk objek dan manusia sebenar.

Antaranya basikal, kenderaan, kapal terbang dan kapal turut diselitkan untuk memberikan kesan humor, bagaimanapun secara keseluruhannya bentuk asas patung wayang kulit sebenarnya tidak banyak berubah sejak 300 tahun dulu.

Mengikut sejarah, persembahan wayang kulit membabitkan barisan pelakon yang diwakili bayang-bayang yang dipaparkan pada kain kapas yang direntangkan dengan disinari lampu minyak tanah. Hari ini sumber cahaya yang digunakan dalam persembahan di Jawa kebanyakan menggunakan lampu elektrik halogen. Beberapa bentuk wayang kulit yang lebih moden pula seperti Wayang Sandosa yang diperkenalkan di Akademi Seni Surakarta (STSI) menggunakan lampu limpah, lampu berwarna dan pelbagai inovasi lain.

Kulit binatang digunakan sebagai binaan kulit pada patung yang dipahat dengan begitu halus dan teliti menggunakan peralatan khusus dan terbaik. Patung ini disokong oleh pemegang berbentuk tanduk dan batang besi sebagai pengendali.

Ceritanya selalunya berdasarkan kisah Ramayana, Mahabharata atau Serat Menak. Pulau Lombok misalnya, berjaya membentuk gaya dan identiti Serat Menak yang tersendiri di mana ia dipanggil Wayang Sasak.

Terdapat juga sekumpulan karakter yang punya pertalian dalam Wayang Jawa yang dipanggil Punakawan; kadangkala ia dipanggil 'badut - orang suruhan raja' memandangkan karakter ini sering dikaitkan dengan watak hero selain menjadi elemen lucu dan watak selingan yang bersifat falsafah.

Watak Semar pula adalah bapa kepada Gareng (anak lelaki sulung), Petruk dan Bagong (anak bongsu). Semua karakter ini bukan berasal dari epik Hindu, sebaliknya wujud selepas itu, berkemungkinan bagi menyelitkan aspek mistikal Islam ke dalam cerita berunsur Hindu-Jawa. Ia juga menceduk pergolakan politik dari segi bagaimana menghadapi khabar angin dan isu kontemporari.

Di Kelantan, antara Tok Dalang yang terkenal dan masih bergiat aktif ialah Tok Dalang Nik Mat Suara Emas.

http://www.carmahlms.com/Info_Muzik/...03wkw300tl.jpg

seether 26-11-2010 07:06 AM

Asal usul koir misteri
 
Koir, chorale atau chorus mengikut kamus ensiklopedia Wikipedia, adalah kesatuan sekumpulan penyanyi. Selain itu sekumpulan penyanyi yang membuat persembahan bersama juga dipanggil choir atau chorus.

Asalnya tidak pasti tetapi istilah lama ini biasanya lebih cenderung dikaitkan dengan sekumpulan persembahan ahli gabungan gereja (tidak semestinya ahli koir itu). Bercakap mengenai struktur koir, ia biasanya diketuai oleh choirmaster. Pada kebanyakan masa, koir mengandungi empat seksyen yang disasarkan untuk menyanyi dalam empat bahagian harmoni. Bagaimanapun, tiada had dikenakan ke atas jumlah bahagaian itu selagi ada penyanyi yang boleh menyanyikan bahagian itu.

Thomas Tallis pernah menulis , motet 40-bahagian berjudul Spem in Alium, untuk lapan koir yang mempunyai lima bahagian setiap satu; Krzysztof Penderecki (Stabat Meter) adalah untuk tiga koir dengan 16 suara setiap satu, jumlah keseluruhan 48 bahagian. Selain empat bahagian, jumlah bahagian yang biasa dalam koir ialah tiga, lima, enam dan lapan.

The Russian Patriarchal Choir, adalah kumpulan koir lelaki yang menyanyi secara acapella. Kumpulan koir boleh dipersembahkan dengan atau tanpa iringan instrumen muzik. Nyanyian tanpa iringan instrumen dipanggil nyanyian acapella.

Instrumen iringan secara praktikalnya boleh mengandungi sebarang instrumen, daripada satu hinggalah kepada orkestra penuh; untuk raptai iringan piano atau organ sering digunakan walaupun pada awalnya instrumen lain sepatutnya dirancang untuk digunakan, atau untuk tujuan raptai muzika acapella.

Koir boleh dikategorikan menerusi variasi suara. Koir campuran (contoh suara lelaki dan perempuan). Ini adalah jenis paling biasa kita dengar. Ia biasanya mengandungi soprano, alto, tenor dan bass, malah turut dikenali dengan singkatan SATB. Koir lelaki, dengan pendekatan suara SATB sama seperti campuran, cuma lelaki menyanyi bahagan lebih tinggi (sering dipanggil treble atau boy soprano) dan penyanyi lelaki di bahagian alto (dalam nada falsetto), juga dikenali sebagai countertenor. Format ini biasa diamalkan terutama di British cathedral choir.

Koir wanita, biasanya mengandungi vokal soprano dan alto, dua bahagian untuk setiap jenis vokal nama singkatannya SSAA. Koir lelaki pula biasanya mengandungi dua tenor, baritone dan bass, sering dipanggil dengan singkatan TTBB. Dalam keadaan tertentu, koir lelaki akan mengandungi Basso Profondo, iaitu vokal lelaki dengan laras nada terendah. Koir kanak-kanak pula, sering terbahagi dua iaitu SA atau tiga bahagian SSA, atau kadangkala lebih.

http://www.carmahlms.com/Info_Muzik/.../IMG03aukm.jpg

seether 26-11-2010 07:11 AM

Fungsi album runut bunyi
 
dalam format filem, soundtrack atau runut bunyi adalah sebahagian fizikal dalam sesebuah produk yang merakamkan bunyi serentak. Mengikut terminologi industri perfileman, soundtrack atau track adalah rakaman audio dihasilkan atau digunakan dalam penerbitan filem atau proses pasca produksi.

Biasanya, dialog, kesan bunyi dan muzik dalam filem masing-masing punya trek berbeza (trek dialog, trek kesan khas dan trek muzik) dan semua ini digandingkan bersama untuk mewujudkan trek komposit yang kita dengar dalam filem. Trek alih sunting akan disediakan selepas filem dialih suara ke bahasa lain.

Singkatan perkataan soundtrack, mula digunakan dengan kemunculan trend 'album soundtrack' sekitar awal 1950-an. Mula digunakan syarikat perfileman sebagai satu cara gimik promosi filem baru, rakaman lagu yang kemudian dikomersialkan, kemudian dilabel dan diiklankan sebagai music from the original motion picture soundtrack. Frasa ini kemudian dipendekkan lagi menjadi original motion picture soundtrack. Lebih tepat lagi, rakaman begini dibuat daripada trek muzik filem kerana ia biasanya mengandungi muzik terasing dari filem, bukan bunyi trek komposit yang terkandung dialog dan kesan bunyi.

Sehingga kini kehadiran soundtrack menandakan tiga perkara iaitu (1) rakaman bunyi yang mengiringi medium visual seperti wayang gambar, program tv atau permainan video; (2) hanya muzik saja, dan (3) genre muzik (muzik soundtrack atau soundtrack).

Singkatan original soundtrack (OST) sering digunakan untuk menggambarkan soundtrack muzikal yang menggunakan medium rakaman seperti CD, bagaimanapun, ia kadangkala digunakan untuk membezakan antara muzik original yang didengar dan rakam semula atau muzik saduran.

Tema soundtrack kini biasa dirujuk sebagai muzik yang digunakan dalam filem (atau program tv) atau dalam album yang sudah dipasarkan yang mana muzik itu digunakan. Adakalanya muzik yang sudah dirakam khusus untuk filem atau album seperti Saturday Night Fever.

Pada 1908, Camille Saint-Saens merakamkan muzik pertama khusus untuk penggunaan dalam filem (L'assainat du duc de Guise) dan penjualan rakaman lagu digunakan dalam filem mula mendapat tempat pada 1930-an. Henry Mancini, yang memenangi Emmy Awards dan dua hadiah Grammy untuk soundtrack Peter Gunn, adalah komposer pertama yang dijulang namanya kerana komposisi lagu menerusi soundtrack.

http://www.carmahlms.com/Info_Muzik/.../IMG03farb.jpg

seether 26-11-2010 07:15 AM

Asal dikir barat masih dipertikai
 
Dikir barat adalah satu bentuk persembahan nyanyian. Asal usul kewujudannya sehingga kini masih diperdebatkan, namun kebanyakan menerimanya sebagai bentuk seni yang datang dari selatan Thailand atau utara Semananjung Malaysia.

Dalam lingkungan masyarakat petani, dikir barat dipersembahkan sebagai upacara keagamaan atau sambutan sempena musim menuai. Kini, persembahan dikir barat lebih berperanan sebagai satu bentuk hiburan. Begitupun, pertandingan antara kumpulan dikir barat juga sering diadakan. Sehingga kini, Singapura dan dua negeri di Malaysia - Kelantan dan Terengganu adalah antara negeri yang masih mempersembahkan dikir barat secara aktif.

Kita memanggilnya dikir, perkataan yang bunyinya ada persamaan dengan perkataan Melayu zikir yang bermakna doa atau amalan keagamaan, sesuatu yang dilihat oleh penduduk di utara semenanjung Malaysia dan diamalkan orang Thai setiap musim menuai padi. Barat pula bermakna kedudukan geografi, orang utara dulu menganggap Thailand berada di sebelah barat padahal dari segi kedudukan geografinya, ia berada di utara Malaysia. Memandangkan nama itu sudah sebati dengan penggunaan, ia kekal sehingga ke hari ini dan tidak pernah diubah.

Budaya dikir barat kemudian terus menular ke selatan, Singapura sekitar 1970-an. Pelbagai pertandingan dianjurkan badan kerajaan setiap tahun dan sambutan terhadapnya begitu baik sehingga ke hari ini, biarpun Singapura kini adalah kota metropolitan yang maju.

Sejarahnya bermula dengan tarian

Banyak kajian dilakukan untuk mengesan sejarah sebenar dikir barat di Malaysia. Menurut sumber sejarah, dikir barat wujud dari sebuah tarian yang dipanggil tarian Patung Inai - tarian yang sangat popular dikalangan masyarakat Siam dan Kelantan sekitar tahun 1800 hingga 1940. Kemudian, seorang penggiat seni ini yang dikenali sebagai Pak Leh Tapang atau Haji Salleh menukarnya menjadi nama dikir barat.

Tarian Patung Inai adalah tarian tradisional yang dipersembahkan ketika majis perkahwinan di mana seorang ketua (Tok Jogha) akan menyanyikan lagu dan diikuti secara beramai-ramai anggota dikir lain. Muzik dikir barat pula punya pengaruh ritma rebab atau rebana Sunda. Aktiviti ini sudah menjadi amalan kebiasaan setiap kali berlangsungnya majlis perkahwinan di perkampungam Melayu.

Dikir barat juga ada kaitan dengan dikir laba atau lebih dikenali sebagai dikir Punjab bermaksud drama dalam bahasa Punjab (Hindustan) dan mempunyai kaitan rapat dengan Qawwali, iaitu budaya popular di kalangan orang India. Dalam dikir laba, anggotanya akan menyanyikan lagu dan cuba mengikuti rentak dengan menggerakkan badan. Mereka juga perlu menyanyi menerusi nada yang tinggi.

Tidak kira apa bentuk dikir sekalipun, Tok Jogha punya tanggungjawab besar untuk menghidupkan lagu yang dipersembahkan itu. Pada 1948, Pak Leh Tapang mengubah cara tarian Patung Inai iaitu dimainkan dengan mengadaptasi beberapa elemen dari dikir laba dan dikir Punjab.

Perkataan barat diambil dari gelaran yang diberikan orang Kelantan kepada masyarakat Siam. Ada juga pihak memnbawa teori bahawa perkataan barat datang dari perkataan 'Bharat', nama lama kepada benua kecil India. Ia juga boleh dikira logik memandangkan pengaruh dari konteks dikir Punjab.

Fungsi Tukang Karut


Elemen asas dalam kumpulan dikir barat adalah dua teraju utamanya, iaitu Juara dan Tukang Karut. Anggota kumpulan dikir barat tidak terhad kepada jumlah tertentu. Di Singapura, ketika berlangsungnya pertandingan, siaz standard kumpulan ialah dua teraju utama - 14 awak-awak dan empat pemain muzik percussion.

Juara ialah penyanyi utama kumpulan dikir dan biasanya berperanan memulakan persembahan diikuti Tukang Karut. Tidak seperti Juara, Tukang karut akan berinteraksi dengan penonton menerusi gelagatnya. Tukang Karut yang bijak memberikan persembahan menghiburkan sebagai berkesan fungsinya sebagai penghibur. Juara pula biasanya adalah penyanyi yang memiliki suara cukup mendayu.

Awak-awak biasanya akan menyanyikan korus pada dikir. Mereka akan menyanyi dan menari dalam keadaan duduk mengikut irama yang didendangkan oleh dua teraju utama. Pemuzik percussion pula terdiri daripada ibu rebana, anak rebana, maracas, trambouline, gong dan canang.

Ibu rebana, adalah percussion paling penting. Anak rebana pula berfungsi sebagai penyokong kepada ibu rebana dan lebih kecil dari segi saiz namun memiliki nada lebih tinggi. Gong dan canang pula memperkemaskan lagi tempo. Canang adalah gong tradisional Melayu bersaiz kecil yang diletakkan di atas lantai. Maracas dan trambouline pula biasanya digunakan untuk kesan bunyi tambahan kepada muzik itu. Trambouline biasanya dimainkan seorang teraju utama ketika anggota lain menyanyi.

Dikir barat, di Kelantan dipercayai dipelopori Pak Leh Tapang, diikuti Pak Ku Mat, Seman Wau Bulan, Husin Gelang Mas, Jusoh Kelong, Daud Bukit Abal, Arifin Ana. Kemudian generasi baru terdiri daripada penyanyi dikir seperti Halim Yazid, Zaidi Buluh Perindu, Mat Gelemor dan Megat Nordin.

http://www.carmahlms.com/Info_Muzik/...MG03adbmdp.jpg

seether 26-11-2010 07:18 AM

Erti sebenar diva
 
Kita sering menggunakan perkataan 'diva' tetapi tidak tahu dalam konteks apa sebenarnya ia digunakan. Menurut Wikipedia, diva ialah gelaran atau panggilan untuk penyanyi opera wanita seperti primadona Renata Tebaldi, Joan Sutherland, Leontyne Price, Maria Callas dan Kiri te Kanawa.

Bagaimanapun, istilah itu kini juga digunakan untuk merujuk prestasi hebat seorang penghibur wanita yang popular (yang tiada kena mengena dengan dunia nyanyian opera) seperti Whitney Houston, Madonna, Patti Labelle, Cher, Mariah Carey, Diana Ross, Celine Dion dan Aretha Franklin, yang sering dirujuk dan digelar diva atas kejayaan dan bakat luar biasa mereka.

Istilah ini juga cukup kuat diamalkan di kalangan gay yang meminati budaya pop di mana penyanyi wanita seperti Kathy Griffin, Joy Behar dan Joan Rivers bagi mereka adalah diva. Istilah ini asalnya digunakan untuk menggambarkan wanita yang dikurniakan bakat luar biasa dan sukar dicari. Ia berasal daripada perkataan Itali iaitu divina atau divine dalam bahasa Inggeris (bentuk fiminin), selain dikatakan juga dari perkataan Latin yang menggambarkan bentuk atau susuk feminin iaitu divus/diva, maknanya 'divine one'.

Seperti yang kita semua sedar, istilah ini juga digunakan untuk menggambarkan sesuatu yang mempunyai konotasi negatif. Ia diambil dari implikasi yang mana seseorang bintang diva adalah seorang bongkak, sukar bekerjasama, penyelenggaraan diri yang tinggi, suka memanipulasi, cerewet dan terlalu mendesak. Pelakon profesional sering menggunakan istilah ini untuk menjelaskan seseorang yang mahu mencuri tumpuan lebih daripada pelakon lain.

Satu lagi konotasi negatif yang tidak begitu penting ialah seseorang yang hidupnya didasarkan kepada dunia fantasi, menginginkan perhatian yang sering diberikan kepada selebriti dan bintang pop dengan memikirkan inilah realiti kehidupan yang sebenar-benarnya. Orang begini cuba untuk menjalani kehidupan seperti fashonista popular dan selebriti bintang pop untuk cuba lari dan sembunyi dari kehidupan normal yang membosankan.

Istilah 'primadona' juga semakin kerap digunakan kerana implikasi dan kesannya juga mendekati maksud negatif. Sementara itu dalam gelanggang gusti professional istilah diva juga sering digunakan oleh World Wrestling Entertainment untuk menggambarkan peserta wanitanya.

Dalam senario industri seni hiburan tanah air, kita sering mendengar gelaran diva pop yang ditujukan kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, diva soprano (Ning Baizura), diva jazz (Sheila Majid) dan juga diva Anita Sarawak. Namun, hakikatnya penggunaan perkataan diva masih lagi dipertikaikan dan tidak diiktiraf sepenuhnya.

http://www.carmahlms.com/Info_Muzik/...e/IMG03esd.jpg

seether 26-11-2010 07:20 AM

Mek Mulong kaya nilai kelembutan
 
Mengikut huraian yang dipetik daripada
http://butaseni.blogspot.com, persembahan Mek Mulong asalnya dipersembahkan dalam bangsal terbuka, tidak berlantai, tidak berdinding dan hanya terdiri daripada tiang, bumbung dan para di mana pemain duduk dan dikelilingi penonton. Para pula mestilah menghadap ke timur iaitu arah matahari terbit. Peralatan 'jamu' diletakkan di atas para manakala tikar dihampar di tengah-tengah bangsal sebagai lapik tempat duduk.


Upacara buka panggung adalah sesuatu yang wajib sebelum persembahan dimulakan bertujuan menghindari gangguan. Bahan untuk jamuan adalah sirih pinang, kemenyan dan minyak kelapa. Sirih jampi diserahkan kepada pemain untuk di makan, terutama puteri. Kemenyan digunakan untuk mengasap semua alat muzik sementara minyak kelapa disapukan pada gendang dan setelah disapu, alat-alat ini tidak boleh dilangkahi.

Upacara ini dilakukan setiap kali mengadakan persembahan bagi menjamu dan meminta izin daripada semangat yang wujud di sekeliling.

Satu lagi upacara yang wajib diadakan sebelum persembahan ialah sembah guru. Acara ini lebih besar daripada acara buka panggung dan ia di adakan sekali dalam setahun dengan mengadakan kenduri dan seekor kambing disembelih jika tidak, dipercayai pemain akan ditimpa bencana terutama ketua kumpulan. Kemudian barulah persembahan dimulakan. Biasanya persembahan diadakan sedikit saja pada malam pertama dan disambung malam berikutnya lalu ditamatkan pada malam ketiga.

Pada malam terakhir inilah segala ramuan untuk persembahan kepada kuasa ghaib disajikan dan terdapat ahli kumpulan yang 'melupa' (menurun). Barisan pelakon Mek Mulong terdiri daripada lelaki yang memakai pakaian perempuan. Watak utama raja disebut Pak Mulong manakala Mek Mulong adalah nama gelaran si puteri. Watak Awang pengasuh sebagai bomoh. Musuh Pak Mulong ialah Gergasi dan raja dari negeri lain yang iri hati.

Persembahan Mek Mulong diiringi ahli-ahli muzik yang turut menyanyi sebagai suara latar. Alat muzik yang digunakan adalah serunai, gong, cerek, semborong, Ibu serta Anak semborong. Pemuzik juga akan menyahut seruan yang diucapkan oleh pelakon dan jika tidak disambut atau dijawab oleh pemain lain, maka persembahan itu akan 'mati maklat'. Ia bermaksud persembahan itu tidak dapat diteruskan kerana 'terganggu' oleh hantu dan jin.

Persembahan dimulakan dengan lagu pengenalan yang disebut 'bertabuh'. Bertabuh dimainkan selama lima hingga sepuluh minit bertujuan sebagai pemanas badan supaya mereka bermain dengan baik. Kemudian barulah tarian dimulakan dengan penari memulakan tarian ketika duduk di lantai dengan cara membuka sembah. Tujuh jenis tarian dipersembahkan iaitu tarian sembah, tarian gembang, tarian puteri mabuk, tarian menora, tarian sirama, tarian putri masuk bilik air dan tarian sedayung.

Selepas tamat satu babak, pencerita akan memulakan hikayatnya. Peranan pencerita dilakukan oleh Pak Mulong. Semua pertukaran adegan atau perpindahan suasana dalam cerita akan dilakukan dengan cara menyanyi beramai-ramai dan disertai oleh pantun.

Beginilah persediaan, proses dan persembahan teater tradisional Mek Mulong yang kaya dengan nilai kelembutan, keunikan dan tidak ketinggalan juga unsur mistik yang sangat menarik untuk ditonton dan dihayati.

http://www.carmahlms.com/Info_Muzik/...IMG03mmknk.jpg

seether 26-11-2010 07:22 AM

Cerita bangsawan perintis drama moden
 
Dari segi latar belakang sejarah, bangsawan adalah perintis kepada persembahan drama moden. Namun, ia tidak membabitkan penggunaan skrip berbanding drama moden kini. Penggiatnya menghafal dialog penting sebagai jalan cerita diikuti dengan dialog lain secara spontan semasa beraksi di pentas.

Cerita bangsawan berkisar kepada kisah raja-raja yang membabitkan alam kayangan dan nyata. Watak terdiri daripada pahlawan, putera, puteri yang kacak dan cantik, hamba, jin dan raksasa.

Persembahan bangsawan membabitkan penggunaan panggung, teknik lampu mengikut cara Barat dan menggunakan set saiklorama. Biasanya tirai-tirainya mengandungi tiga hingga tujuh set yang berbeza. Antaranya tirai istana, hutan, laut, awan kampung, gua dan kosong. Terdapat juga set kadbod yang dilukis mengikut jalan cerita yang boleh disorong-tarik.

Seni persembahan bangsawan juga dicirikan melalui teknik extra-turn yang berfungsi sebagai penukar babak supaya pelakon boleh bersedia. Lazimnya dipenuhi dengan segmen nyanyian. Oleh kerana bangsawan memberi pengajaran, tirai dan kadbodnya berfungsi sebagai penarik emosi kepada penonton.

Menurut artikel dari www.caudanmuzik.com, wayang bangsawan bukanlah sesuatu yang baru di Eropah mahupun di tanah besar China atau Jepun. Tamadun ini lebih dulu menyusun organisasi masyarakat sekali gus mengangkat aktivis dan sosial membudayakan aliran dan fahaman ideologi. Sungguhpun kita tidak punya Shakespeare, Sophocles, Moliere atau Goethe, sebagai pengarang sandiwara wayang klasikal yang agung, namun kita memiliki darah dan susur sejarah seumpamanya.

Sementara orang kita masih di ladang, sawah dan lombong menunggu hasil menanti musim pesta atau kalendar perayaaan, berlabuh kapal asing membawa perutusan gembira di Pulau Pinang. Sesudah itu, malam tidak sunyi dengan pertembungan manusia, malam minggu semakin panjang.

Dari segenap sisi, wayang bangsawan ditunjangi oleh tuan pemilik wayang, pengarang cerita, anak-anak wayang (penyanyi, pelakon, pak lawak, penari, pemain alat muzik), pelukis latar dan kuli kasar yang akan menyelenggarakan pentas atau di balik tabir yang dikira paling rendah kedudukannya dalam hiraki wayang bangsawan (sebaliknya hari ini, buruh inilah aset terbesar syarikat wayang).

Mereka membawakan lakonan berbentuk dongeng rakyat, khayalan, atau ketuhanan yang punya moral dan pengajaran. Di bahagian bunyi-bunyian, harmonium daripada kaki atau tangan, satu tabla, satu dol dan satu biola digunakan. Pakaian anak wayang bersulam dan bertekat mahal. Kalau perhiasannya pula, intan dan emas tulen dipakaikan untuk lakonan.

Nama-nama seperti Mama Pushi (1885), Wayang Kasim-Bangsawan Zanibar (1902), Yap Chow Tong Opera (1903), Malaya Opera (1914), Peninsula Opera (1923) dan Dean Union Opera wujud tidak berapa lama selepas Tun Mamat Mashor semakin mendapat tempat.

Dikhabarkan Wayang Mama Pushi, Wayang Kasim dan Peninsula Opera antara wayang yang digilai suatu masa dahulu.

http://www.carmahlms.com/Info_Muzik/...IMG03cbpdm.jpg

seether 26-11-2010 07:25 AM

Karya muzik Baroque
 
Muzik Baroque menjelaskan satu era dan set gaya muzik klasikal Eropah yang begitu digemari ramai dan tersebar meluas ke seluruh dunia sekitar tahun 1600 dan 1750. Khabarnya, era ini adalah permulaan zaman kebangkitan Renaissance dan ia disusuli dengan era muzik klasikal.

Maksud sebenar perkataan 'Baroque' adalah 'mutiara yang tidak sekata' yang pada awalnya lebih cenderung menggambarkan keadaan seni binaan era itu. Bagaimanapun, kemudian nama itu turut digunakan untuk muzik.

Muzik Baroque membentuk satu bahagian yang penting dalam perkembangan muzik klasikal memandangkan ia menjadi perhatian untuk tujuan ilmiah, persembahan dan hiburan halwa telinga. Ia sering dikaitkan dengan komposer terkemuka seperti Claudio Monteverdi, Antonio Vivaldi, George Frideric Handel dan Johann Sebastian Bach.

Tempoh era Baroque turut memperlihatkan perkembangan tangga nada diatonik. Ketika itu komposer dan penghibur lebih banyak menggunakan muzik hiasan yang lebih teliti dan kompleks, membuat perubahan pada notasi muzik dan membanggunakan teknik permainan instrumental yang baru.

Muzik Baroque secara tidak langsung berjaya memperkembangkan saiz, julat dan betapa kompleks sesebuah persembahan instrumental, selain turut memperkenalkan opera sebagai satu genre muzik. Kebanyakan terma dan konsep yang berasal dari era ini masih digunakan sehingga sekarang.

Muzik konvensional yang diterjemahkan sebagai Baroque melangkaui julat gaya yang lebih besar berikutan kawasan geografi luas, kebanyakannya di Eropah di mana karya yang dihasilkan berusia kira-kira 150 tahun.

Aplikasi penggunaan terma Baroque, yang mengikut terjemahannya bermaksud bentuk mutiara tidak sekata, secara relatifnya pada masa itu dianggap pembangunan paling terkini, ia mula digunakan oleh Curt Sachs pada 1919 dan hanya mula tersebar luas di tanah Inggeris sekitar 1940an.

http://www.carmahlms.com/Info_Muzik/...e/IMG03kmb.jpg

seether 26-11-2010 07:27 AM

Sape popular di rumah panjang
 
Sape ialah sejenis alat muzik tradisional yang digunakan cukup meluas di kalangan Orang Ulu atau 'upriver people', mereka juga adalah masyarakat yang tinggal di rumah panjang di sepanjang tebing sungai Borneo Tengah. Ia juga disebut sampet, sampeh atau sapeh.

Sape diukir daripada sebatang blok kayu dengan menggunakan instrumen moden dan panjangnya boleh mencecah sehingga hampir satu meter. Pada mulanya sape adalah alat muzik yang agak terhad fungsinya kerana sifathya yang mempunyai dua tali dan dengan hanya tiga fret.

Penggunaannya adalah terhad untuk majlis khas ritual sebagai muzik yang mampu membuat seolah seseorang itu dipukau atau tidak sedar diri.

Bagaimanapun, kini pada zaman ini, sape secara berperingkat menjadi instrumen sosial untuk mengiringi penari atau juga sebagai satu bentuk hiburan. Hari ini, instrument tiga, empat dan lima tali digunakan, dengan laras nada melebihi tiga octaves.

Secara teknikalnya, sape secara relatif adalah instrumen muzik yang sangat ringkas, hanya satu tali mengalunkan melodi dan tali selebihnya sebagai pendukung ritma. Secara praktikalnya, muzik yang dihasilkan sape adalah agak kompleks, ia perlu didatangkan dengan banyak hiasan dan variasi yang bertema.

Terdapat dua kaedah yang biasa di mainkan, satu untuk tarian khusus bagi kaum lelaki di rumah panjang dan satu lagi ialah untuk tarian kaum wanita.

Muzik sape biasanya diinspirasikan menerusi mimpi dan terdapat lebih 35 gubahan tradisional yang pelbagai. Secara keseluruhan, repertoire gubahan ini semakin lama semakin berkembang.

Sape sehingga kini masih dibuat di Borneo, dan dengan wujudnya inovasi baru dan moden, sape elektrik kini bukan lagi suatu perkara yang pelik.

http://www.carmahlms.com/Info_Muzik/...IMG03spdrp.jpg

seether 26-11-2010 07:29 AM

Kejuruteraan audio
 
Bidang kejuruteraan audio adalah sebahagian daripada sains audio yang mencakupi kerja rakaman dan penghasilan semula bunyi menerusi wahana mekanikal dan elektronik. Bidang ini mencakupi pelbagai disiplin termasuk kejuruteraan elektrikal, akustik, psychoacoustics dan muzik.

Tidak seperti kejuruteraan akustikal, kejuruteraan audio secara umumnya tidak membabitkan kerja mengawal bunyi bising ataupun reka bentuk akustikal. Bagaimanapun, jurutera audio kecenderungan lebih kepada aspek kreatif dan teknikal audio berbanding tanggungjawab formal kejuruteraan.

Jurutera audio adalah seorang yang cekap atau mahir dengan pelbagai jenis media rakaman antaranya seperti pita rakaman, perakam multitrack digital dan workstation, selain juga berpengetahuan mengendalikan komputer. Dengan perkembangan pesat dan kemuncualan era digital, adalah menjadi suatu kewajipan bagi seorang jurutera audio untuk mahir dalam memahami peranan integrasi perisian dan perkakasan hinggalah penyelarasan perpindahan dari analog kepada digital.

Sehingga kini, tanggapan terhadap gelaran atau panggilan jurutera audio dan jurutera bunyi masih lagi kabur. Terma begini boleh digambarkan sebagai seorang yang bekerja syarikat penerbitan bunyi dan muzik, malah juga menjelaskan tahap kejuruteraan yang lebih tinggi iaitu jurutera yang bertanggungjawab mereka cipta kelengkapan profesional untuk fungsi yang disebutkan di atas.

Profesional yang dimaksudkan ini juga sering membangunkan peralatan yang diperlukan oleh klangan profesional ini. Dalam bahasa lain seperti Jerman dan Itali misalnya ia menggunakan dua perkataan berbeza untuk membezakan kerja dua aktiviti ini. Contohnya dalam bahasa Jerman, Tontechniker (jurutera audio) bertanggungjawab mereka cipta, membina dan memperbaikinya.

Jurutera Audio secara umumnya cukup biasa dengan rekaan, pemasangan, dan/atau operasi rakaman bunyi, memperkukuh bunyi, atau kelengkapan bunyi media penyiaran, termasuk format konsol besar dan kecil. Dalam persekitaran studio rakaman jurutera audio merakam, menyunting, memanipulasi, mengadun, dan/atau unggul menguasai bunyi menerusi wahana teknikal bertujuan untuk merealisasikan visi kreatif aratis rakaman atau penerbit album.

Biarpun sering dikaitkan dengan penerbitan muzik, aplikasi bidang tugas seorang jurutera audio sebenarnya begitu luas, termasuk pasca produksi untuk video dan filem, pengukuhan bunyi secara live, pengiklanan, multimedia dan penyiaran. Bila merujuk permainan video, jurutera audio juga sebenarnya boleh menjadi pengatucara komputer.

http://www.carmahlms.com/Info_Muzik/IMimage/IMG03ka.jpg

seether 26-11-2010 07:36 AM

Penggubah muzik 'segarkan' melodi
 
dalam dunia muzik, arrangement yang bermaksud penggubahan atau penyusunan merujuk kepada sama ada menggubah semula ciptaan lagu sedia ada dengan penambahan material baru dan lebih segar. Ia bagi mengembangkan lagi sesebuah rangka komposisi sebuah muzik.

Jika adaptasi sesebuah muzik tidak membabitkan material baru, ia lebih sesuai diterjemahkan sebagai transkripsi.

American Federation of Musicians menterjemahkan 'arranging' atau penggubahan sebagai seni menyediakan dan mengadaptasikan komposisi sedia ada untuk persembahan daripada bentuk yang asal. Sesebuah arrangement mungkin dan boleh membabitkan pengharmonian semula, parafrasa, atau pembangunan sesebuah komposisi, supaya ia mampu mendukung struktur melodic, harmonic dan rhytmic.

Pengorkestraan pula berbeza di mana ia hanya menyesuaikan muzik untuk orkestra atau ensemble muzik, manakala arranging pula membabitkan penambahan teknik gubahan tertentu seperti material yang mendukung tema tertentu contohnya untuk pengenalan, transisi atau modulasi dan juga akhiran.

Gubahan muzik adalah seni yang memberi melodi pelbagai kepada muzik sedia. Sesebuah gubahan muzikal yang memuaskan biasanya memberikan 'kontras di antara bunyi nada tinggi dan rendah'. Elakkan berlaku pertindanan berat dalam gubahan dengan memberi penekanan terhadap seksyen solo.

Bersikap telus secukupnya bagi membenarkan jalinan muzikal itu didengar dengan jelas dan nyata dan tidak membebankan instrumen dengan terus bermain sepanjang persembahan. Dalam rakaman muzik popular atau muzik pop, penggubah sering menambah bahan tertentu dalam orkestra atau instrumen band membabitkan material baru. Penggubah begini sering dikenali sebagai komposer bersama.

http://www.carmahlms.com/Info_Muzik/...MG03pmsm01.jpg

Bahagian 'Rhythm section' biasanya diberi improvisasi atau jika tidak dicipta oleh artis sendiri menggunakan simbol chord atau lembaran utama 'lead sheet' sebagai garis panduan. (Instrumen rhythm section termasuk gitar, gitar bass, bass string, piano dan instrumen keyboard lain juga dram).

Lagu pop sedia ada boleh dirakam semula dengan penggunaan gubahan berbeza daripada versi asal. Seperti penggunaan instrumen berbeza, tempo, tanda masa dan kunci utama juga boleh diubah, kadangkala terlalu drastik. Akhirnya terhasillah sebuah lagu yang masih mengekalkan frasa dan lirik yang kita kenal, namun menawarkan sesuatu yang baru. Amalan ini cukup popular sekitar lewat 1960-an. Contoh paling kuat ialah versi Joe Cocker yang menyanyikan semula lagu 'The Beatles' With a Little Help from My Friend.

Kumpulan muzik yang berasal dari Amerika Syarikat, Vanilla Fudge dan kumpulan British, Yes menyandarkan peringkat awal kerjaya mereka pada muzik hit kontemporari radikal yang digubah semula. Kebanyakan remix, terutama dalam muzik dance, juga boleh dianggap sebagai muzik yang digubah semula dalam gaya muzik ini.

http://www.carmahlms.com/Info_Muzik/...MG03pmsm02.jpg

seether 26-11-2010 07:40 AM

Tugas DJ bukan hanya main lagu
 
Istilah disc jockey atau DJ adalah individu yang bertanggungjawab memilih dan memutarkan muzik yang dirakamkan terdahulu (prerecorded music) kepada pendengarnya. Terdapat beberapa jenis disc jockey.

DJ Radio memperkenalkan dan memutarkan atau memainkan muzik yang disiarkan dalam gelombang AM, FM, gelombang pendek atau stesen radio berkonsep digital. DJ kelab memilih dan memainkan muzik di bar, kelab, disko, rave atau stadium. Disc jockey hip hop memilih, memainkan dan menghasilkan muzik menggunakan beberapa turntable, selalunya untuk menyokong dan membantu kerja MC.

Dalam muzik reggae, disc jockey (deejay) adalah vokalis yang menyanyi rap, menyampai ucap selamat atau bersembang dibantu muzik dan trek yang dirakamkan terdahulu, sementara individu yang memilih, menyusun dan memutarkan lagi dikenali sebagai pemilih (selector). Mobile disc players atau DJ bergerak pula bergerak bersama kelengkapan dan sistem bunyi mudah alih dan menghiburkan pengunjung serta pendengar di pelbagai lokasi.

Tahukah anda, peranan dan tanggungjawab memilih dan memainkan muzik yang dirakamkan terdahulu buat khalayak pendengar tertentu tidak banyak berbeza antara seseorang DJ dengan DJ lain. Muzik yang dipilih, khalayak pendengar, setting, medium digunakan, juga tahap kecanggihan manipulasi DJ terhadap bunyi adalah antara faktor yang membezakan antara jenis DJ tertentu.

DJ Radio memutarkan muzik yang dipancarkan menerusi gelombang radio, AM dan FM atau stesen radio gelombang pendek diseluruh dunia. DJ radio cukup dikenali menerusi personaliti dan kehebatan mereka berceloteh. Memandangkan radio terestrial biasanya menggunakan pengarah program/pengarah muzik untuk menjanakan senarai lagu. DJ radio masa kini secara tipikal tidak memilih muzik untuk dimainkan di stesen radio sebaliknya menjadi penyampai maklumat adalah tugas utama.

http://www.carmahlms.com/Info_Muzik/...G03tDJbhml.jpg

seether 26-11-2010 07:45 AM

Kenali muzik Britpop
 
Britpop adalah subgenre atau pecahan daripada muzik rock alternatif yang berasal dari United Kingdom. Britpop mula muncul dalam senario muzik Indie British pada awal 1990-an dan diberikan karakter berkenaan selepas dipengaruhi muzik berkumpulan terutama elemen muzik gitar pop era 1960-an dan 70-an seperti The Beatles, The Who, The Rolling Stones, The Kinks dan banyak lagi.

Gerakan dan gelombang pengaruh muzik ini berkembang sebagai reaksi terhadap kebangkitan pelbagai trend muzikal dan budaya akhir 1980-an dan awal 90-an, terutama fenomena muzik grunge dari Amerika Syarikat. Atas kesedaran menularnya muzik berkenaan ke United Kingdom seperti dibawa kumpulan Nirvana, banyak kumpulan muzik mula bangkit dan memperjuangkan muzik berlatarkan muzik gitar British lama dan menulis mengenai hal berkaitan betapa uniknya British. Kumpulan seperti Oasis, Blur dan Pulp sehingga kini masih dianggap kumpulan muzik paling berjaya dan menonjol dalam gelanggang muzik Britpop.

Ternyata kumpulan muzik Britpop membawa muzik rock alternatif British diterima masuk ke dalam arus perdana dan membentuk tulang belakang terhadap pergerakan budaya British yang lebih luas yang digelar 'Cool Britannia'. Gaya dan sifat tersendiri Britpop bergantung sepenuhnya pada rentak muziknya yang catchy dan bait lirik ditujukan khas kepada golongan generasi muda British.

Britpop bands secara terbuka mengutuk muzik grunge sebagai tidak ada kena mengena dengan apapun dan langsung tidak bercerita mengenai kehidupan mereka. Damon Albam, anggota kumpulan Blur pernah memberi gambaran sikap itu pada 1993 selepas ditanya adakah benar Blur anti kumpulan grunge. Jawab Damon: "Itu sudah bagus. Kalau punk wujud untuk menyingkirkan hippies, ini bermakna saya pula hadir untuk menyingkirkan grunge".

Dalam pada memandang rendah terhadap genre itu, sedar atau tidak, ada elemen tertentu muzik grunge mula mempengaruhi rupa bentuk sebenar Britpop. Contohnya Noel Gallagher (gitaris dan vokalis Oasis) cukup memuja Ride sehingga sanggup menerima Andy Bell (anggota Ride) menyertai Oasis. Noel juga pernah membuat kenyataan terbuka pada 1996 bahawa Kurt Cobain (Nirvana) adalah satu-satunya penicpta lagu yang cukup dihormati dan dikagumi sejak sekian lama seperti lagu Wonderwall.

http://musicwallpapers.net/o/wallpap...ig/Oasis_3.jpg


All times are GMT +8. The time now is 06:54 AM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.