CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   News, Current Issues, Rumours (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=72)
-   -   Guru DGA41 dakwa dianiaya (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=18984)

asniza78 16-07-2007 08:19 AM

Guru DGA41 dakwa dianiaya
 
KUALA LUMPUR: Lebih 50,000 guru bukan siswazah yang dinaikkan gred DGA41 selepas menamatkan pengajian peringkat ijazah, mendakwa dianiaya kerana menerima gaji lebih rendah berbanding guru bukan graduan.



Malah, mereka juga dikatakan kehilangan status kekananan kerana terpaksa meletak jawatan dalam skim lama sebelum dilantik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Anuar Ibrahim, berkata guru terbabit sebenarnya mengalami kerugian berbanding rakan mereka yang tidak menyambung pelajaran.

Katanya, guru berkhidmat hampir 10 tahun dan menyambung pelajaran tidak layak mendapat kenaikan pangkat ke gred DGA32 secara time based (tempoh masa) yang biasanya diperoleh selepas 10 tahun perkhidmatan.

“Masalahnya selepas dilantik dalam skim siswazah (DGA41), gaji mereka jauh lebih rendah berbanding guru yang tidak sambung belajar, tetapi mendapat kenaikan gred DGA32 secara time based, sedangkan tempoh perkhidmatan kedua-duanya sama.

“Perbezaan itu lebih ketara kerana guru DGA32 mendapat kenaikan gaji sebanyak 25 peratus berbanding 15 peratus bagi DGA41 bermula bulan ini,” katanya kepada Berita Harian.

Anuar berkata, keadaan itu memberi kesan negatif terhadap usaha Kementerian Pelajaran untuk menggalakkan semua guru sekolah menengah dan sekurang-kurangnya 50 peratus guru sekolah rendah memiliki ijazah menjelang 2010.

“Guru yang dilantik ke skim siswazah selepas begitu lama berkhidmat dalam skim terdahulu, juga akan kehilangan status kekananan apabila dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah,” katanya.

apa komen anda....

asniza78 16-07-2007 08:25 AM

saya adalah salah seorang yang terlibat dlm hal ini.ko orang pikir ler sambung belajar tapi gaji lebih rendah dari member aku yg sama berkhidmat masa dok sekolah rendah dolu.dah lah tu kena bayar ptptn lagi.kalo tak sambung senang lenang idup takda ler utang ptptn.aku anggarkan rugi kira-kira kat rm80k masa sambung belajar 4 tahun dulu.

blackcitra 16-07-2007 08:33 AM

Quote:

Originally Posted by asniza78 (Post 506397)
saya adalah salah seorang yang terlibat dlm hal ini.ko orang pikir ler sambung belajar tapi gaji lebih rendah dari member aku yg sama berkhidmat masa dok sekolah rendah dolu.dah lah tu kena bayar ptptn lagi.kalo tak sambung senang lenang idup takda ler utang ptptn.aku anggarkan rugi kira-kira kat rm80k masa sambung belajar 4 tahun dulu.

Bila tgk mcm tu susah gak... aku baru nak konvo oum ujung bln nie.. kalau mmg dah duduk kat DG32 (timebased) rasa2nye patut tak aku apply DG41 ni nnt?..

cmns81 16-07-2007 08:36 AM

rugi memang la rugiiiiiii..tapiii kita kena redha....adalah hikmahnya...may be sebab sambung belajar dulu...kenaikan gaji baru2 ni...korang plak untung berlipat kali ganda...siapa tahuuuu...yang ptg redha...Allah takkan aniaya umat nyaaaa..percayalah geng...

zanlin 16-07-2007 08:37 AM

rasanya gomen ikut seniority bukan ikut kelayakan

asniza78 16-07-2007 08:37 AM

Quote:

Originally Posted by blackcitra (Post 506400)
Bila tgk mcm tu susah gak... aku baru nak konvo oum ujung bln nie.. kalau mmg dah duduk kat DG32 (timebased) rasa2nye patut tak aku apply DG41 ni nnt?..

kalau dok kat dg32 dah sekarang then apply dg41 mmg ler untung.gaji naik berdesup.tapi yang masalahnya sekarang yg dok dg29 dolu-dolu naik dg41 sebelum kenaikan gaji baru2 ni.itu yang rugi.

disc_nogold 16-07-2007 09:18 AM

tgk seniority??...sianlah sapa yg belajar lama lama...

profesor 16-07-2007 09:40 AM

Menyahut seruan kerajaan utk menaikkan martabat profesion perguruan iaitu 100% guru siswazah bg sekolah menengah dan 50% guru siswazah bg sekolah rendah. Jd kebanyakan guru2 ditawarkan utk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda. Dalam usia yg sudah lanjut terpaksa tinggalkan keluarga, berhutang dan sebagainya. Bg guru2 yg dah 10-15 thn dlm skim DGA29 dgn P1T10/P1T15 pastu ambik degree. Bl kembali bertugas dlm skim DG41 senioriti automatik hilang. Tangga gaji mula balik dgn P1T1-P1T4. Dgn kenaikan gaji yg telah diumumkan baru2 ini maka apabila dikira2 jumlah kenaikan gaji yg diterima oleh guru2 DGA29 P1T15 dgn kenaikan 25% hampir menyamai gaji guru DG41 P1T4. Perkara ini tidak dirasai oleh guru siswazah yg baru (Fresh Graduate) tetapi sgt dirasai oleh guru2 senior yg baru shj menamatkan pengajian dlm sarjana muda.

cmns81 16-07-2007 09:42 AM

Quote:

Originally Posted by disc_****** (Post 506437)
tgk seniority??...sianlah sapa yg belajar lama lama...

macam mana erk? sabar jer laaaaaa...kembali kepada asas kehidupan kita...

asniza78 16-07-2007 09:45 AM

Quote:

Originally Posted by cmns81 (Post 506458)
macam mana erk? sabar jer laaaaaa...kembali kepada asas kehidupan kita...

sabar ada tahapnya gak.kalau selalu dibuli takkan nak terus sabar kot.

cmns81 16-07-2007 09:45 AM

Quote:

Originally Posted by profesor (Post 506456)
Menyahut seruan kerajaan utk menaikkan martabat profesion perguruan iaitu 100% guru siswazah bg sekolah menengah dan 50% guru siswazah bg sekolah rendah. Jd kebanyakan guru2 ditawarkan utk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda. Dalam usia yg sudah lanjut terpaksa tinggalkan keluarga, berhutang dan sebagainya. Bg guru2 yg dah 10-15 thn dlm skim DGA29 dgn P1T10/P1T15 pastu ambik degree. Bl kembali bertugas dlm skim DG41 senioriti automatik hilang. Tangga gaji mula balik dgn P1T1-P1T4. Dgn kenaikan gaji yg telah diumumkan baru2 ini maka apabila dikira2 jumlah kenaikan gaji yg diterima oleh guru2 DGA29 P1T15 dgn kenaikan 25% hampir menyamai gaji guru DG41 P1T4. Perkara ini tidak dirasai oleh guru siswazah yg baru (Fresh Graduate) tetapi sgt dirasai oleh guru2 senior yg baru shj menamatkan pengajian dlm sarjana muda.

harap kerajaan akan cepat bertindak..membela nasib kaum pendidik....bukakan minda celikkan hati...rasai apa yang mereka rasa..dan bagi yang teraniaya ini...banyak2 berdoa...doa orang yang teraniaya dimakbulkannn...doa plak biarla yang elok2..ok..minta kerajaan bela nasib korang...ok..

gengjawa 16-07-2007 09:46 AM

ramai cikgu cikgi dlm nie, harap berforum dgn aman.. org umah wak pon cikgu gak,tp kat swasta ler..

profesor 16-07-2007 09:47 AM

Ringan mata memandang, lg berat bahu memikul nya..

ammar5 16-07-2007 09:56 AM

:(( sabo je la....janji semangat mendidik tu cekal....

crkb 16-07-2007 10:06 AM

Quote:

Originally Posted by blackcitra (Post 506400)
Bila tgk mcm tu susah gak... aku baru nak konvo oum ujung bln nie.. kalau mmg dah duduk kat DG32 (timebased) rasa2nye patut tak aku apply DG41 ni nnt?..

kalo ko dah dpt dg32...teruskan la apply dg41.lagi la banyak untung.gaji akan naik lebih lagi la.OUM blaja PJJ...tak kena cuti separuh gaji...gaji jalan terus...merasa dpt dg32....takkan sama dgn belajar sepenuh mansa,cuti separuh gaji..kena tahan kenaikan gaji...

crkb 16-07-2007 10:19 AM

Quote:

Originally Posted by profesor (Post 506456)
Menyahut seruan kerajaan utk menaikkan martabat profesion perguruan iaitu 100% guru siswazah bg sekolah menengah dan 50% guru siswazah bg sekolah rendah. Jd kebanyakan guru2 ditawarkan utk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda. Dalam usia yg sudah lanjut terpaksa tinggalkan keluarga, berhutang dan sebagainya. Bg guru2 yg dah 10-15 thn dlm skim DGA29 dgn P1T10/P1T15 pastu ambik degree. Bl kembali bertugas dlm skim DG41 senioriti automatik hilang. Tangga gaji mula balik dgn P1T1-P1T4. Dgn kenaikan gaji yg telah diumumkan baru2 ini maka apabila dikira2 jumlah kenaikan gaji yg diterima oleh guru2 DGA29 P1T15 dgn kenaikan 25% hampir menyamai gaji guru DG41 P1T4. Perkara ini tidak dirasai oleh guru siswazah yg baru (Fresh Graduate) tetapi sgt dirasai oleh guru2 senior yg baru shj menamatkan pengajian dlm sarjana muda.

aku salah seorang yg menyahut seruan kerajan...dan aku adalah salah seorang yg rasa ter"rugi" belajo sepenuh masa...semua batch aku yg dlm dg29 dulu dapat dg32.skrg,aku dah dlm dg41 pd tangga t7.ko bayangkan geng2 aku yg tak sambung belaja..dpt dg32,gaji mereka dah mencecah rm3K...500-600 lebih tinggi dari aku...belum campur elaun2...dah tu kena kutuk lagi oleh mereka...terguris hati aku...sambil menjilat jari kerana mereka dpt tunggakan berbelas ribu...

matgori 16-07-2007 10:25 AM

persatuan perguruan mesti buat sesuatu tentang ini, itulah penting nya muafakat, pakat2 bagi memo kepada kementerian pendidikan, biar dorang buat sesuatu....

crkb 16-07-2007 10:36 AM

Quote:

Originally Posted by matgori (Post 506505)
persatuan perguruan mesti buat sesuatu tentang ini, itulah penting nya muafakat, pakat2 bagi memo kepada kementerian pendidikan, biar dorang buat sesuatu....

memang...kat tempat aku group PJJ dah daftar pertubuhan.mrk akan ikhtiarkan sesuatu dgn NUTP dan kementerian supaya tak la terkebelakang sangat berbanding dgn dg32.kesian kami...7-8 tahun lagi baru gaji kami sama dgn dg32.itu pun kerana dg32 dan sampai gaji mati.kalau mereka lompat ke dg34?gigit jari la kami.nak lompat ke dg44 belum layak kerana service dlm dg41 belum cukup 10 tahun sdgkan overall service dah lebih dari 20 tahun!

mey70 16-07-2007 10:38 AM

saya bersimpati dengan guru2 yang baru grad nie...sebab ramai kengkawan yang dah terkena..kat surat khabar pun banyak yang komlen..masalah yang ketara ialah bila guru2 yang hampir dapat timebase tu...bila dah gred dia akan hilang kekanannannya, macam sia2 berkhidmat selama nie kan?..apa2 pun saya nasihatkan kepada guru2 yang nak ambik ijazah tu fikirkanlah betul2, sebab kalau salah pilih..nyesal..

blackcitra 16-07-2007 11:01 AM

Quote:

Originally Posted by matgori (Post 506505)
persatuan perguruan mesti buat sesuatu tentang ini, itulah penting nya muafakat, pakat2 bagi memo kepada kementerian pendidikan, biar dorang buat sesuatu....

Bukan persatuan perguruan bro... janggal bunyinyer tu... Kementerian pun dah tukar nama ke kem pelajaran.... :D

Tapi aku rasa KPPK kena ambik tindakan kat sini... Ini ler masanyer nak bela kaum guru...

zed82 16-07-2007 11:45 AM

ramai cikgu sambung degree.. kerajaan tak de duit nak bayar gaji lebih.. keja macam tu jugak..:D

cybermaster 16-07-2007 11:56 AM

buat pilihan bijak dalam election , pilih yang mana bagus , tu boleh selamatkan semuanya ...insyaAllah:)

crkb 16-07-2007 12:23 PM

aku dah buat calculation secara kasar..kalau aku tak sambung belaja,still dgn dg29(tak naik kedg32), gaji aku sekarang dan di paras dg29 P1T17,iaitu rm207.80 lebih tinggi dari gaji aku terima sekarang dlm gred dg41.Tak ada logik langsung gaji SPM lebih tinggi dari gaji graduate...

crkb 16-07-2007 12:29 PM

Quote:

Originally Posted by cybermaster (Post 506606)
buat pilihan bijak dalam election , pilih yang mana bagus , tu boleh selamatkan semuanya ...insyaAllah:)

rasa aku tak de kena mengena dgn election..just teknikal aje...mungkin semasa pengiraan, mereka terlepas pandang pada kumpulan kami ni.sebab itu kerajaan perlu buat sesuatu secepat mungkin supaya tak la nanti gaji driver lebih tinggi dari gaji boss dia.tak ke haru nanti...:))

profesor 16-07-2007 01:15 PM

Quote:

Originally Posted by zed82 (Post 506596)
ramai cikgu sambung degree.. kerajaan tak de duit nak bayar gaji lebih.. keja macam tu jugak..:D

Sambung degree krn gesaan kerajaan bro.. bukan suka2.. pasal prestasi keja itu isu lain.. very subjective.. x kira keja kerajaan atau swasta kalo dah pemalas mmg pemalas jugak.. so ckap siang pandang2..

goldtrader 16-07-2007 01:56 PM

ramai aje cikgu dok wat keje luar kan ... apa nak bising pasal gaji rendah

VAMP 16-07-2007 02:16 PM

ramai cikgu sek.. yg dok buka tuition class... lepas tu dok kecoh nk gaji lebih.. ape pnye orng.. huhu :o :))

karkoon 16-07-2007 02:48 PM

Quote:

Originally Posted by vampire (Post 506738)
ramai cikgu sek.. yg dok buka tuition class... lepas tu dok kecoh nk gaji lebih.. ape pnye orng.. huhu :o :))

hmmm....ramai yg bukak tuition?berapa ramai?majoriti cikgu2 sekarang ni bukak tuition ke? :-? :-?

zed82 16-07-2007 02:49 PM

Quote:

Originally Posted by profesor (Post 506708)
Sambung degree krn gesaan kerajaan bro.. bukan suka2.. pasal prestasi keja itu isu lain.. very subjective.. x kira keja kerajaan atau swasta kalo dah pemalas mmg pemalas jugak.. so ckap siang pandang2..

bila masa pulak aku cakap pasal prestasi cikgu tak bagus... ko salah paham ni..#:-S

goldtrader 16-07-2007 03:01 PM

orang skang ni jadi cikgu sebab bukan nak jadi cikgu tapi sebab takde keje lain

ramai aje orang yang aku jumpa cam tu

keje cikgu laa best kerja separuh hari , gaji banyak bleh wat keje lain ...

profesor 16-07-2007 03:06 PM

Kalo nak citer kes terpencil tu payah gak kan.. x kira kita keje ape baik guru, kerani atau keje kilang sekali pun mmg ade yg buat side income.. tu usaha lebih diorg kite x leh nak larang.. asalkan drg x buat keje2 maksiat sudah..
p/s: Sikap org melayu mmg suka dengki & x suka tengok org lain lebih senang lebih kaya dll..

gengjawa 16-07-2007 03:07 PM

ramai jd cikgu sbb sng wat loan:D loan umah, keta, personal dll:"> gaji cikgu skrg nie pon best jugak:D

goldtrader 16-07-2007 03:10 PM

Quote:

Originally Posted by profesor (Post 506839)
Kalo nak citer kes terpencil tu payah gak kan.. x kira kita keje ape baik guru, kerani atau keje kilang sekali pun mmg ade yg buat side income.. tu usaha lebih diorg kite x leh nak larang.. asalkan drg x buat keje2 maksiat sudah..
p/s: Sikap org melayu mmg suka dengki & x suka tengok org lain lebih senang lebih kaya dll..

tak heran laaa budak2 skang ni mcm hape aje perangai .... dah keikhlasan dalam mengajar tu dah kurang ... ilmu tak berkat pas tu tak melekat ajarannya ....

guru skang ni mana ade dihormati mcm dulu dah

cam hari tu bersepah dok kedai kopi sambil bawak labtop dok bincang eaindex laa swisscash laa mutualfund laa bla bla bla

profesor 16-07-2007 03:19 PM

Quote:

Originally Posted by goldtrader (Post 506855)
tak heran laaa budak2 skang ni mcm hape aje perangai ....

kat sekolah budak2 besama guru hanya 8 jam sahaja, 16 jam lg dgn sape? :-?

Quote:

Originally Posted by goldtrader (Post 506855)
keikhlasan dalam mengajar tu dah kurang ... ilmu tak berkat pas tu tak melekat ajarannya ....

Ikhlas tu x nampak bro.. Allah dan diri sendiri jer yg tau.. :)

Quote:

Originally Posted by goldtrader (Post 506855)
guru skang ni mana ade dihormati mcm dulu dah

yg ni plak tanye kerajaan nape.. :-?

Quote:

Originally Posted by goldtrader (Post 506855)
cam hari tu bersepah dok kedai kopi sambil bawak labtop dok bincang eaindex laa swisscash laa mutualfund laa bla bla bla

Mmg wujud populasi mcm ni terdiri dpd pelbagai jab kerajaan & swasta. :)

p/s: Off topic da.. :)

marvelous 16-07-2007 03:52 PM

Quote:

Originally Posted by goldtrader (Post 506855)
tak heran laaa budak2 skang ni mcm hape aje perangai .... dah keikhlasan dalam mengajar tu dah kurang ... ilmu tak berkat pas tu tak melekat ajarannya ....

guru skang ni mana ade dihormati mcm dulu dah

cam hari tu bersepah dok kedai kopi sambil bawak labtop dok bincang eaindex laa swisscash laa mutualfund laa bla bla bla

jangan kerana mulut badan binasa...ayat anda itu telah di tujukan kepada semua warga pendidik..seperti aku...

kerana seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit...ini lah kisahnya...dengan komuniti @ populasi yang ramai ..guru terus di hamburkan dengan kata-kata yang tidak sedap di dengar...

ya..memang ada segelintir guru yang membuat perkara-perkara yang tidak sepatutnya..tetapi bukan semua guru begitu...

Anak jadi rosak..issssssh..issssssssh..adakah guru sahaja yang harus dipersalahkan.....

Guru semakin kurang di hormat------ tanyalah pemerintah apabila kedudukan telah dipolitikkan untuk kepentingan peribadi..

jangan hanya pandai menunduh dengan mengatakan semuanya adalah sama....

Janganlah pulak orang kata " Belajar aje Tinggi Bertingkat-tingkat...Tetapi..............." sambung ajelah sendiri..kalo mahu..

p/s: kpd cik kak yang tak puas hati..hebahkanlah ke tak puas hati anda kepada NUTPP..sebuah badan @ suara yang biasa di dengar oleh kerajaan..yg mewakili seluruh kaum pendidik..

Sekarang..of coz cik kak akan rugi...but for the long term..cik kak fikir sendirilah...


sorry banyak off topic..

zanlin 16-07-2007 06:22 PM

buat reformasi macam penyokong bola buat

RMteam 16-07-2007 07:47 PM

aku sokong
 
Quote:

Originally Posted by marvelous (Post 506968)
jangan kerana mulut badan binasa...ayat anda itu telah di tujukan kepada semua warga pendidik..seperti aku...

kerana seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit...ini lah kisahnya...dengan komuniti @ populasi yang ramai ..guru terus di hamburkan dengan kata-kata yang tidak sedap di dengar...

ya..memang ada segelintir guru yang membuat perkara-perkara yang tidak sepatutnya..tetapi bukan semua guru begitu...

Anak jadi rosak..issssssh..issssssssh..adakah guru sahaja yang harus dipersalahkan.....

Guru semakin kurang di hormat------ tanyalah pemerintah apabila kedudukan telah dipolitikkan untuk kepentingan peribadi..

jangan hanya pandai menunduh dengan mengatakan semuanya adalah sama....

Janganlah pulak orang kata " Belajar aje Tinggi Bertingkat-tingkat...Tetapi..............." sambung ajelah sendiri..kalo mahu..

p/s: kpd cik kak yang tak puas hati..hebahkanlah ke tak puas hati anda kepada NUTPP..sebuah badan @ suara yang biasa di dengar oleh kerajaan..yg mewakili seluruh kaum pendidik..

Sekarang..of coz cik kak akan rugi...but for the long term..cik kak fikir sendirilah...


sorry banyak off topic..

aah betul jugak apa yg ko katakan ni, kerja guru sekarang tak macam kerja guru 20 tahun yg lepas,, ianya semakin mencabar dari tahun ke tahun,,, tak baik kalau kita menuding jari kepada satu pihak saja... gaya hidup pun kena tgk jugak...

blackcitra 16-07-2007 10:06 PM

Apa kata NUTP
 
NUTP mahu sistem pelarasan gaji dinilai semula

KESATUAN Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) pada hakikatnya cukup memahami situasi yang berlaku membabitkan gaji guru terutama di kalangan guru siswazah bergred DGA41 dan guru bukan siswazah yang menerima kenaikan pangkat secara ‘time based’.

NUTP mengakui perbezaan gaji antara dua gred itu tidak boleh dijadikan perbandingan lantaran kedua-dua skim itu amat berbeza iaitu membabitkan perlantikan dan kenaikan pangkat.

Namun, atas tuntutan rasa simpati dan desakan kelompok guru siswazah yang menganggap diri mereka teraniaya, NUTP berasakan ada kebenarannya nasib guru terbabit perlu dibela dan meminta kerajaan terutama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam melihat semula sistem yang diguna pakai dalam kenaikan gaji seperti dinikmati kakitangan awam pada hujung bulan ini.

Presidennya, Anuar Ibrahim, berkata memang sudah ada pekeliling yang menjelaskan bahawa guru bukan siswazah akan secara automatik menukar gred mereka ke skim baru sekiranya memperoleh ijazah dan memohon memasuki skim perkhidmatan pendidikan siswazah.

“Justeru, golongan ini sepatutnya tidak perlu melenting sekiranya tidak memperoleh apa yang mereka inginkan kerana keputusan untuk menyambung pelajaran bukan atas desakan mana-mana pihak, tetapi keputusan guru itu sendiri.

“Tambahan pula, dalam situasi kerajaan kini yang menggalakkan dan memberi peluang terbuka kepada guru bukan siswazah menyambung pelajaran dengan pelbagai saluran menyebabkan terlalu ramai guru mengambil peluang itu tanpa sebelumnya memikirkan semua faktor yang mungkin berlaku kemudian,” katanya.

Namun, persoalan yang cuba dibangkitkan NUTP ialah jika dipandang dari sudut kemanusiaan dan ganjaran atas usaha gigih guru menyambung pelajaran, sewajarnya kerajaan mengambil kira dan memandang keluhan guru terbabit sebagai sesuatu yang serius dan perlu diberi perhatian.

“NUTP bersetuju atas tawaran gaji 35 peratus kepada Pegawai Kerajaan Sokongan Dua memandangkan keputusan ini adalah satu keadilan sosial yang perlu dilaksanakan dan membawa nafas baru kepada golongan berpendapatan rendah.

“Namun, pelaksanaan kenaikan gaji 25 peratus untuk guru bukan siswazah dan 15 peratus untuk guru siswazah menyebabkan skim gaji guru menjadi ‘huru-hara’. Guru siswazah menganggap mereka tertipu, teraniaya dan berasa sia-sia memegang segulung ijazah,” katanya.

Merujuk kepada kes guru yang sudah berkhidmat hampir 10 tahun dan belum dinaikkan pangkat secara ‘time based’ tetapi mengambil keputusan menyambung belajar, akan mendapati gaji mereka selepas memperoleh ijazah adalah lebih rendah berbanding rakan sejawatan sebelum ini yang dinaikkan pangkat secara ‘time based’.

Situasi ini berlaku kerana guru bukan siswazah yang sudah menjangkau 10 tahun perkhidmatan dalam skim itu akan menerima kenaikan pangkat ‘time based’ sekiranya lulus ujian penilaian tahap kecekapan (PTK) sedangkan guru yang menyambung belajar tidak akan mendapat kenaikan itu lantaran tidak berkhidmat di sekolah.

Situasi itu menjadi lebih kronik apabila guru yang menerima kenaikan pangkat ‘time based’ (DGA32) pada 2002 dan menerima gaji RM1,932.85 ketika itu, kini sudah memperoleh gaji sebanyak RM2,326.10, diberi pula kenaikan gaji sebanyak 25 peratus menjadikan mereka menerima sebanyak RM2,907.60.

Nasib berbeza diterima rakan mereka yang menyambung pelajaran dan dilantik dalam skim perkhidmatan pendidikan siswazah pada 2005, menerima gaji sebanyak RM2,103.85 pada tahun ini dan selepas kenaikan gaji sebanyak 15 peratus, gaji baru mereka hanya RM2,419.42, jauh lebih rendah berbanding rakan mereka sebelum ini dalam skim diploma.

Itu belum dikira pelbagai kerugian lain dialami guru yang menyambung pelajaran kerana turut berdepan dengan beban hutang ketika belajar, hilangnya status kekananan, masa yang terbuang dan tenaga dicurahkan ketika belajar.

“Guru yang baru dilantik dalam skim DGA41 (siswazah) terpaksa bermula dari bawah iaitu menunggu tiga tahun untuk disahkan jawatan, kembali menjadi seperti ‘orang baru’ dalam dunia pendidikan dan terpaksa bersabar sehingga 10 tahun jika ingin dinaikkan pangkat secara ‘time based’ ke gred DGA44.

“Semua keadaan inilah yang menyebabkan begitu ramai guru siswazah merungut dan menghantar e-mel kepada NUTP setiap hari dan meminta supaya nasib mereka dibela,” katanya.
(Dipetik daripada Berita Harian)

blackcitra 16-07-2007 10:09 PM

sambungan......

Selain itu, NUTP mencadangkan supaya guru bukan siswazah yang memperoleh ijazah hasil usaha melalui pengorbanan guru itu sendiri ditetapkan gaji mengikut Syor Laporan Abdul Rahman Arshad (1996) yang menyatakan – “Bagi guru terlatih yang mendapat ijazah, tempoh perkhidmatan sebagai guru bukan siswazah hendaklah diambilkira dalam menetapkan gaji permulaan mereka dengan memberikan kenaikan gaji bersyarat. Adalah dicadangkan satu kenaikan gaji diberikan bagi setiap tiga tahun perkhidmatan sebelum mereka ke universiti tertakluk kepada syarat tidak melebihi tiga kenaikan gaji.”

NUTP juga berharap pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dapat mengkaji semula sistem lantikan guru bukan siswazah yang melanjutkan pelajaran dan dilantik ke DGA41. Perkhidmatan guru bukan siswazah dalam perkhidmatan yang sama harus diambilkira secara Hadiah Pergerakan Gaji (HPG).

Guru ijazah yang terbabit dengan situasi ini melebihi 50,000 orang. Sekiranya sistem ini tidak diperbetulkan pada peringkat awal, kelompok guru ini akan menghadapi kerugian seumur hidup dalam gaji dan pencen,” katanya.

kikilala 16-07-2007 10:15 PM

pada aku....
guru mengajar aku mengaji Al-Quran jer dulu ikhlas kerana tidak melahirkan keluhan dan ikhlas mengajar demi agama..
kenapa orang bila demi agama dia mesti ikhlas? kerana takut orang lain mengata?

kenapa demi bangsa kebanyakkan guru buat sambil lewa?
adakah bangsa itu tidak bernilai kepada beliau?
tidak semua guru begitu ... dan saya menekankan di sini adalah kebanyakkan
so jangan salah tafsir ok.
apa-apa pun jangan cepat melatah selepas membaca comment saya nie :)


All times are GMT +8. The time now is 08:01 AM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.